Friday, December 14, 2012

lepak di library hari nie...

assalamualikum..

tengok tajuk pun dah nampak macam buang tabiatkan... dari sebelum nie tak pernah muncul di ruangan blog.. tiba-tiba wujud semula dengan status lepak di librarykan... nampak macam buang tabiat.. tapi tue memang hakikat.. kalau aku ada di library tue perkara biasa kot.. bagi aku.. (kalau kawan-kawan dengar) tapi kalau lepak kat library hari tak da kelas tue.. memang orang akan syak rajin habis la budak nie.. tak da kelas pun lepak di library.. sorang-sorang lak tue... hahha.. ada sapa kisah aku macam nie...

tapi disebabkan situasi sukar untuk dijangka.. so aku nak cerita juga kenapa aku terpaksa untuk lepak di library hari nie.. dan kalau ikutkan hati aku sangat malas nak berganjak dari bilik.. biar berakar bontot dengan kerusi study aku di bilik tue...

aku tak pasti apa masalahnya dengan kolej aku dua tiga hari nie... silap dua tiga minggu nie.. kejap2 air tak ada.. terpaksa merempat bilik air blok lain.. nie pula.. wifi tak ada.. yang terpaksa aku merempat kat library hari nie.. untuk sedut jurnal-jurnal berkaitan untuk siapkan assignment and project aku..  so sesi sedut menyedut berlaku selama 3 jam.. n now.. rasanya cukup dulu aku sedut dan perlu balik...
 wa la weh.. makan pun belum... pagi tadi bangun tido gerak g markas dulu selesaikan apa kerja yang patut.. dengar cerita sana-sini sikit kat office tue.. then lepas zohor gerak ke library.. lupa lak ari nie ari jumaat.. x de bas menunggu kalau pukul 2 tue.. 3 baru start jalan... then kena la jalan kaki tengah-tengah hari rembang ok... sungguh sihat badanku ini... then sampai library buka laptop di pot selalu aku lepak di library.. celah2 rak buku.. (pot paling best aku lepak sebab x de orang d situ.. jauh dari orang) buka laptop.. sih.. x ada line pula.. terpaksa berkemas semula n cari meja kosong yang dekat rak buku yang aku nak untuk dapat lain wifi... 

n now.. segala urusan dah tamat.. supaya aku dapat siapkan keja aku nie dengan secepat mungkin.. cz mood malas aku boleh datang dengan tiba-tiba... 

sedut dari blog orang lain gak...

Sunday, July 22, 2012

menu ramadan..

assalamualaikum..

selamat berpuasa semua.. hari dah masuk hari keduakita berpuasa.. begitu juga dengan aku yang dah masuk hari kedua berpuasa dengan kawan-kawan FYP aku ditanjung karang.. seperti yang aku cerita sebelum nie.. kami dterpaksa menetap disini untuk menyiapkan collected data kami disini selama 2 bulan iaitu sehingga 1 september.. al maklumlah semua buat dua tahun setengah jew.. aku jew tiga tahun...

kami disini seramai 12 orang sepatutnya iaitu 6 lelaki  6 perempuan.. semuanya melibatkan projek hidupan liar iaitu burung, kelawar dan kera.. tapi aku dan seorang kawan aku jew.. iaitu din buat projek berkaitan serangga... dari 12 sekarang hanya tingga 11 disebabkan seorang terbang ke korea, mewakili universiti bagi pertukaran budaya di sana... sekarang tinggal 11 orang di meja empat segi milik Homestay Wak Amin di Tanjung Karang nie..

dah nama datang sini untuk kumpul data projek.. semestinya masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing.. disebabkan takut nanti x ada yang memasak dicampur penat pergi site dibulan puasa... maka jadual tugasan dikeluarkan bagi mengelak sebarang permasalahan.. seperti yang tertera dibawah..



dan disebabkan ini jugalah.. sekarang sibuk mencari resepi di internet.. sebab ada group untuk tugas didapur setiap hari.. kalau duduk dirumah sekarang.. mesti sibuk memesan menu untuk berbuka hari nie jew kan... ala emak yang masakkan.. tapi nie kalau dah nak kena masak sendiri.. barulah terkial-kial.. nak minta lebih pun tak boleh sebab baru nak belajar-belajar masak.. tengok resepi nie x boleh.. resepi tue x boleh.. sebab x berani nak cuba.. weh nie untuk makan ramai.. buka puasa pula tue.. kan tak sedap kesian kat semua..

tapi tadi bila buka menu berminat lak dengan masakkan mak yang selalu buat.. terutama bila bulan puasa.. nasi kerabu ulam... kerabu mangga ..asam pedas batang keladi.. dan bubur qhasidah.. wah sedapnya.. dulu tak suka sekarang dah kegemaran..rindu nak buka puasa kat rumah..

tapi diesebabkan aku nie x pandai masak dan baru belajar.. tambahan barang2 tue agak sukar aku nak dapatkan.. terpaksa lupakan.. maybe menu aku nanti sample-sample jew.. kerabu sardin.. sambal telur dan bubur qhasidah.. terima jew la kawan2 yer.. sori tak mampu nak buat yang best2..

Saturday, July 7, 2012

oh my fyp...

assalamualikum...

sekarang aku dah berada di minggu kedua  dan hampir masuk minggu ketiga sudah buat projek FYP di Tanjung Karang, SELANGOR nie.. sambil mengumpul data berkaitan spesies rama-rama dan kupu-kupu di kawasan Ladang Kelapa Sawit.. Alhamdulillah sehingga sekarang pun dah banyak spesies yang aku dapat...  dan cerita dan ragam pun pelbagai juga la selama aku duduk di Homestay wak amin nie dengan 12 rakan-rakan aku nie.. setiap hari mesti ada satu kisah diantara kami dan juga homestay.. hurmmm..  apa2  nanti aku cerita...

untuk pengetahuan korang semua.. kami yang datang disini melibatkan beberapa projek iaitu
    - burung
    - kelawar
    - serangga di tanah
    - lepidoptera (rama-rama dan kupu-kupu)

untuk projek ini melibatkan 12 orang pelajar iaitu aku dan kawan-kawan aku.. dibawah 2 orang supervisor Dr. Bad , Dr. Puan dan Dr. Hasmadi..

Skop kajian terdiri daripada kajian kelimpahan dan kekayaan spesies di kawasan kelapa sawit dan kawasan sawah padi...  oleh demikian kena la kenalpasti sp. dan juga ad juga yang membuat observation untuk analisis data  menggunakan system...


Sunday, June 24, 2012

Syaaban dan Nisfu Syaaban

Assalamualikum..

jom hari nie kita berkongsi sedikit mengenai kelebihan bulan syaaban.. bulan yang kita berada sekarang.. yang mana bulan nie juga mempunyai banyak kelebihanannya selain bulan Ramadhan dan Rejab..

Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya. Sebelum itu, marilah kita sama-sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang bulan Syaaban ini.

PENGERTIAN SYAABAN
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)

MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
 
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :

Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

FADHILAT BULAN SYAABAN
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

  • Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

 
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)


  • Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.

Sabda Nabi s.a.w.: Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.

 
PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN
Mengenali bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.



Wednesday, June 20, 2012

bahagiakah kalau tak ada peperiksaan...??

assalamualikum..

korang rasa bahagia tak kalau tak ada peperiksaan...?? 
mesti dalam hati korang akan melonjak kegembiraankan kalau lecturer cakap subjek2 tertentu tak ada peperiksaan.. dan hanya ada amali praktikal jew untuk subjek tersebut.. syukur la kalau ada amali praktikal.. kalau sekadar belajar jew.. tak ada apa2.. tak ada praktikal.. tak ada peperiksaan..  korang rasa apa korang dapat dari pembelajaran tersebut.. korang tak rasa rugi kew.. kerana bagi aku.. bila ada peperiksaan 

- mula la sibuk nak hafal note dan apa yang dipelajari
- kita akan cuba mengingatkan kembali apa yang kita belajar..
- kekadang dalam masa kita dok hafal untuk exam tue.. kita cuba praktik juga untuk kita ingat.. ataupun kita cuba cari keadaan aplikasi.. secara tak langsung..
- sibuk juga nak katam semua2 lecturer note yang diberi.. sebab sebelum nie tak fokus dalam kelas dan sebagainya..

dan cuba korang bayangkan kalau tak ada exam...
- agak2 korang baca tak semua note2 yg lecturer bagi.. terutama subjek yang korang tak suka..???
- ada korang nak katam2 note tue.. kalau tak masuk exam...
- ada korang nak praktikkan sesuatu yang korang belajar kalau keadaan tak mendesak..

conform2 semua tue korang tak akan buatkan.. jadi hargailah peperiksaan yang dijalankan.. walaupun kekadang hasilnya kurang memuaskan dalam slip peperiksaan.. tapi korang dapat ilmu yang korang pelajari... so jom kita study... chaiyuk2x...


Sunday, June 17, 2012

butterfly oh butterfly..

assalamualikum..


korang kenal makhluk ini..??
makhluk nie adalah makhluk paling seksi.. haha~~ bukanlah.. nie adalah kupu-kupu.. tipulah kalau korang x kenalkan.. dalam bahasa omputehnya butterfly.. kalau dalam latinnya.. atau saintifiknya.. x payah nak cakap sebab banyak sangat nama dan bergantung kepada  spesies dier.. tapi ordernyar adalah LEPIDOPTERA...
and jangan silap lak.. kupu2 dan rama2 adalah dua serangga yang berbeza.. kupu2 siang.. rama2 malam..

korang nak tahu.. hari nie aku nak melalut berkaitan rama-rama sikit.. sebabnya biasa la sekarang orang tengah sibuk2 study untuk final.. aku pula sibuk2 siapkan perangkap untuk final year projek..  hari nie dah masuk ari kedua aku tengah proses benda nie.. yang mana aku  dah start projek hujung minggu depan.. dah dekat dah weh... minggu depan dah la paper berderet..

oh... aku belum cerita kat korang lagikan berkaitan aku punya projek.. ok.. aku nyer projek nie tajuk dia abundent.. sama tajuk yang aku pernah buat tyme diploma dulu.. bezanya.. kalau dulu aku buat small mammals in Hutan Nirwana  and Planted Forest UPM.. kali nie aku ambil tajuk butterfly in Tanjung Karang pula.. in  oil palm plantation area aroun selangor maybe.. dan kawasan lebih luas dari tyme diploma dulu.. =)

oleh yang demikian, dua hari nie aku asyik sibuk menyiapkan trap aku.. untuk projek aku nie yang akan bermula minggu yang akan datang.. minggu depan dah final exam sederet.. mana sempat aku nak tengok trap lagi dah.. habis final dah mula nak start projek.. nak tak nak.. aku kena siapkan juga.. sambil2 study untuk final exam..  nie lakaran spesifikasi untuk trap aku.. dan macam mana rama2 masuk...



 bahan2 dan langkah kerjanya adalah seperti dibawah..


tudung salji, pelapik pasu, tali tangsi, dawai dan player.. jaring  tali oren tue..
 utk kegunaan korang akan tahu kelak...

KAEDAH..
kaedahnya pula adalah mudah iaitu dengan 
menjahit.. menyulam...
apa2 jew la yang korang rasa selesa dengan istilah
jom mulakan keja...




gaya lilitan, ikatan aku yang comot..

style dan gaya adalah paling penting untuk ada melakukan kerja dengan selesa...
then..  atas meja study pun boleh jadi kerja.. 
sambil layan cerita melalui Usiput..




dan akhirnya...  jeng.. jeng..jeng~~~



pilih2.. sapa nak beli.. murah jew.. murah jew..tapi belum siap sepenuhnya..
nampak tak dimana kegunaan tali oren tue..
kaedah untuk menyimpan.. bila bilik full dengan barang2..



dan ini pula bakal sumber rujukan akan datang... ada dari library ada juga yang aku beli sendiri.. dan box serangga tue.. ihsan fakulti untuk projek jew.. after projek bagi balik.. urmmm~~




Wednesday, June 13, 2012

Tak ada pakwe bukan maksud tak laku..

assalamualikum..

aku tertarik dengan beberapa cerita berkaitan isu wanita.. terutama..  yang  masih belum berpunya.. ataupun tak ada pakwe... terutama sekali di universiti..dimana ketika ini jiwa remaja semakin bergolak dengan pelbagai keadaan.. sambil difikirkan masa depan.. dan kehidupan kadang-kadang menjadikan itu suatu yang serius diminda remaja.. terutama bagi anak gadis yang sedikit pemalu sifatnya.. di tambahkan pula provokasi dari pelbagai media.. dan faktor penyumbang lain seperti kata2 lecturer yang menyatakan.. "di alam universiti nie waktu mencari pasangan hidup masing2.. yang terbaik untuk kamu.. nanti bila masuk alam pekerjaan kebanyakkan lelaki semua dah jadi suami orang, bapak orang.. dah tak ada peluang lagi kamu ketika itu.."

 bila berada dalam situasi ini.. remaja perempuan akan memandang perkara tersebut sesuatu perkara yang serius.. yang mana dalam fikirannya berfikir... perlu cepat mencari jodoh... nanti tak ada pasangan hidup.. dan mulalah proses bertindak untuk  mencari..  tak kurang juga seperti cerita 1,2,3 CINTA (pernah tengok x??).. 

aku sebagai perempuan.. aku sedar.. dan aku merasai perkara yang sama.. dan sering diprovok juga dengan benda2 yang sama.. mana dengan kawan2 perempuan atau lelaki.. dan orang sekeliling.. sometimes boleh tertekan kalau difikirkan.. nak pula umur semakin hari semakin meningkat dan kawan2 seusia dah pun berkahwin.. benda tersebut menjadi mainan di fikiran.. tapi alhamdulillah.. disebabkan oleh kesibukan dalam pelajaran dan banyak perkara lain.. benda tersebut bukan isu yang penting untuk dimainkan dalam mindaku..

bagi aku.. kita sebagai perempuan.. tak perlu terlalu risau tentang perkara ini terutama semasa dalam pengajian.. yang penting fokus pada matlamat utama..   insyaallah kalau ada jodoh.. adalah yang datang kemari.. terperlu susah2 mencari.. hinggakan kekadang maruah tergadai.. dan sebagainya...

 aku tertarik kepada kata2 ini... untuk kita renungkan bersama...

"Lelaki yang baik itu, tidak akan menyentuh kamu. Tidak akan sesekali cuba menyentuh kamu. Bukan sahaja tangan halus kamu, bukan juga 'menyentuh' mata bening kamu, tetapi yang lebih utama, dia tidak akan 'menyentuh' hati lembut kamu. Mereka tidak akan menyentuhnya selagi mana mereka tidak bersedia, dan pada ketika dia sudah bersedia, dia akan menikahi kamu dan pada saat itulah, barulah dia berani 'menyentuh' hati kamu. Lalu bagaimana mungkin lelaki baik tidak 'menyentuh' hati kamu sekiranya dia tidak menjauhkan diri daripada kamu? Sedaya upaya dia akan cuba menghindar, kerana dia tahu, pada ketika dia membuka mulutnya bagi berbicara, pada ketika itulah, bicaranya yang baik-baik akan 'menyentuh' hati kamu, dan 'mencengkam' hatinya pula. Terjadi rindu dan kamu pun tahu maknanya rindu kepada bukan mahram itu sangat halus sempadannya, antara rindu baik dan zina hati. Sangat-sangat halus, dan lelaki baik tidak mungkin mahu mengambil risiko itu."
-petikan dari : drmuslimah.blogspot.com  -

katanya.. lelaki yang tidak menyukai kamu, memang jelas dia akan menjauhi kamu atas alasan, dia tidak suka kamu. Manakala untuk lelaki biasa, yang menyukai kamu, dia akan cuba mendekati kamu, dan ini pasti kamu tahu. Cuma lelaki yang benar-benar baik, apabila dia menyukai kamu dia akan menjauhi diri dari kamu dan

 "Lelaki baik itu, akan mendekatimu dengan niat mahu bernikah. Jadi pada ketika ada lelaki, yang berkata mahu menjadikan kamu isteri, dan pada ketika itu hati kamu terus berasa bahagia tanpa ragu-ragu, ketahuilah itulah lelaki baik, kerana kamu bahagia untuk perkara yang sudah kamu tahu."

jadi kita sebagai perempuan tak perlu risaukan.. kalau kita betul-betul inginkan seorang peneman hidup yang terbaik bagi diri.. walaupun kita bukanlah baik sangat.. tapi bila ada pemimpin yang baik.. tak ke anak buah akan turut mengikuti jejaknya.. sekiranya mahu berubah.. dalam masa yang sama bukan bermaksud kita tidak berusaha langsung.. untuk mencari yang terbaik.. cuma kita mengunakan jalan yang betul untuk tujuan yang baik.. iaitu memohon pertolongan dari allah.. melalui doa.. dan amalan yang kita lakukan..

Jodoh ini adalah suatu gerak hati pada empunya diri yang ditakdirkan. Jodoh itu merupakan suatu takdir. Usaha bagaimanapun, jika tiada jodoh, tiada juga. Jika tiada usaha, jika ada jodoh maka ia tetap ada



Tuesday, June 12, 2012

AWAN DAN AMAL..

assalamualaiukum...

orang selalu cakap.. 
dunia dah tua.. hanya tunggu masa untuk rebah..

ada juga orang cakap..
keadaan sekeliling jadi indicator untuk usia dunia..
bila banyak perkara dah jadi menunjukkan  dunia semakin uzur..

namun dalam al quran menyatakan..
tiba suatu masa segala amalan akan dihisab..
bencana alam  adalah tanda2 kecil kiamat
bila berlakunya kiamat manusia akan dimatikan...
dan dihidupkan semula dialam akirat...

awan hujan ribut di  Centre Point, Marine Point, Sabah 
8.00pagi 12/06/2012

pernahkah kita fikir..
ilmu yang kita cari sekarang..
harta dan kekayaan..
adakah ia seimbang dengan kehidupan kita diakhirat kelak...
apakah amalan kita cukup untuk dijadikan bekalan kelak..
amal ibadah, jariah, pergaulan, percakapan,aurat, persaudaraan dan lain2 adakah kita jaga sebaiknya..
kalau tak banyak.. sikit pun jadilah..
carilah point untuk kita huni syurga allah..
semakin lama kita cari.. insyaallah kita semakin berubah ke jalannya..
jaga ibadah kita, jaga pemakanan kita, jaga pergaulan kita, jaga aurat kita..
supaya kita sentiasa memeliharanya..

aku tahu.. dan korang pun sedar..
susahkan nak jadi yang terbaik.. 
tapi tak salah kalau nak buat baik..
kalau baik di sisi allah.. dan kelihatan hina disisi manusia..
sebab kita manusia.. kita ada salah silap sebelumnya..
tapi baik kalau kita cuba berubah dan semakin baik kalau kita semakin perbaikinya..

:: hanya sekadar renungan bersama~~



teman bertaut..

assalamualikum..

sapa cakap dalam sunyi.. x ada kawan..
sapa cakap dalam sendirian .. x ada teman..
kita tetap ada kawan.. kita tetap ada teman..
yang bertaut selamanya dalam diri kita.. 
iman.. ilmu.. dan amalan..
yang perlu sentiasa kita pegang..

dalam isu aku sekarang.. 
teman aku.. dulu kini dan selamanya..

jeng..jeng..jeng...

 pensel, buku, pemadam, kakulator dan teman baru laptop..
berteman menghampiri dua dekad..

sejak  aku di alam tadika..
aku mula mengenal pensel, pemadam dan kertas..
disitu permulaan segalanya.. yang membawa aku kenali lebih dari itu kini..

masuk ke sekolah menengah..
aku mula tersenyum.. tatkala kemudahan semakin menjengah aku..
pelajaran semakin advance..  kira-kira matematik pakai kakulator..
semakin memudahkan perjalanan hidup..
kali pertama aku mempunyai alat elektronik ketika itu..

sedekad lebih berlalu.. tibanya ke alam universiti..
bermulanya kemudahan di hujung jari..
laptop, komputer riba mula disisi..
ketika ini kegilaan mula menjadi..
dunia tanpa sempadan kini diterokai..
namun pensel pemadan dan kertas tetap di hati..

sekarang dah 17 tahun aku menerima pendidikan..
pendidikan dari pusat yang dinamakan tadika sekolah dan universiti..
dan 17 tahun jugalah aku mencipta pelbagai pengalaman yang turut mengajar aku kini..

kini hanya tinggal setahun saja lagi.. 
bagi aku untuk menamatkan pengajian aku di universiti.. 
sebagai pemegang ijazah..
dalam masa satu tahun yang berbaki ini..
aku harap aku mampu lakukan yang terbaik..
seperti apa yang aku inginkan.. insyallah..
walaupun.. 
pembelajaran itu tidak penah ada penamatnya..
sehingga ke liang lahat..



**tak perlu baca dalam keadaan sajak , pantun , syair dan sebagainya..  tiada kaitan dengan mana.. hanya perlu layan jew.. sebab ayat #$^%&^ .... 
mood :: sasau final exam


Rakan seadanya..


bermula dari beberapa keperitan dalam hidup aku...
kerana RAKAN...
dan kini aku cuba untuk mengubah seadanya..

awal perkenalan.. tak selamanya kekal dengan kita..
kita kena bersedia dengan pelbagai keadaan..
dan tak semua rakan mampu menerima keburukan rakan..
tapi yang mampu menerima adalah baik..
sering memberi nasihat tu adalah rakan yang terbaik..
tetapi adalah lagi terbaik yang memberi teguran dan nasihat dalam keadaan berhemah..
itu sebaik-baiknya rakan..
saling membantu, dan saling menasihati..

kita juga perlu sedar..
Allah juga menegur kita dari rakan2..
jadi setiap pandangan kita perlu nilai dengan positif...
jadi terima rakan seadanya..




Thursday, May 31, 2012

no topic


AAAAARGHHHHHHHHHHHHHHhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~~~~~~~~~~~~~


datang nak menjerit jew disini.. mau hilangkan stress.. walaupun hanya ada satu hari jew lagi untuk habiskan kuliah semester nie.. tapi berat macam berminggu-minggu lagi dalam semester nie... cam mana nak hilangkan stress.. moga2 cepat la hilang stress nie... supaya dapat fokus dengan selesa untuk final exam nantii.. insyaallah...


Tuesday, May 29, 2012

tak semua benda indah..

dalam hidup nie..
diatas muka bumi ini.. ada pelbagai bentuknya..
ada lohong.. ada lekuk.. ada gunung.. dan ada lurahnya..

begitu juga kehidupan manusia..
tak semua nampak kesempurnaannya..
kekadang ada lemah.. ada kuat.. ada ditindas dan ada yang mempertahan..

semuanya mencorakkan kehidupan...
tidak adil kalau kita katakan kesusahan kita hari ini..
selamanya kita akan susah..
dan kekayaan kita hari ini.. selamanya kita akan kaya..
duit yang di cari semakin habis bila digunakan.. dan sentiasa perlu mencari..

begitu juga dengan kehidupan...
kalau kita kata hari nie kita lemah..
takkan selamanya kita membiarkan diri kita lemah..
macam mana sekalipun.. kita mesti berusaha keluar dari kelemahan tersebut..
cuma memerlukan masa dan ketika untuk berubah..

rungsing aku memikirkan diri aku..
kata orang kawan itu pemberi semangat..
kawan itu pencetus gaya cabaran..
namun hari ini aku nampak..
kawan semuanya pemusnah semangat..
peluntur segala harapan...

ya aku sedar.. aku semakin leka.. aku semakin alpa..
aku perlukan semangat.. aku perlukan nasihat..
tapi bukan dengan maki hamun.. atau dengan kata2 kesat..
yang kekadang aku rasa membawa diriku semakin tersesat..
dek kata-kata yang semakin memunahkan hati.. mencalar jiwa..
aku tak mampu hidup begini..

fine kalau ini namanya persahabatan..


aku tahu..
kalau kawan atas kejujuran semua ini tidak akan berlaku bukan..
semua ini berlaku atas paksaan.. dan aku nie hanya penumpang..
mengemis kasih atas nama persahabatan.. menumpang untuk setitik  ilmu..
namun aku sedar segelintir hati tidak sudi menerima aku..
namun aku paksakan juga.. akhirnya semua ini berlaku..
nasib akulah untuk menerima seadanya bukan..
sebab aku yang menjolok sarang tebuan...

adakah patut untuk aku menyendiri..
membiarkan ketidakrelaan itu pergi..
mencari ilmu seorang diri..
hanya bergantung harap pada diri sendiri...

salah aku juga...

bukan semua orang sudi berkawan denganku...
aku tidak mampu memberi keuntungan langsung...
malah menyusahkan dan menyulitkan kerja dek kemalasan aku...

aku sedar itu..
aku cuba untuk berubah..
aku memerlukan masa dan ruang.. untuk seimbangkan
dan berubah kepada yang lebih baik..
bukan aku suka untuk menyusahkan dan menyulitkan..
sesungguhnya aku sendiri rasa sulit...
namun sekiranya ini sukar bagi kalian..
aku mampu mengundur diri..
sebab aku tahu.. kekurangan yang ada pada diriku ini..





Friday, May 18, 2012

kenapa dengan aku...

termasuk hari nie dah 2 kali aku dipanggil oleh lecturer...
2 benda jew yang terlintas difikiran aku apabila rakan-rakan menelefon aku menyatakan hal tersebut.. pertama berkaitan kehadiran.. kedua berkaitan result.. yang mana kesan yang dek kerana kemalasan aku sejak akhir-akhir nie.. yang memberi kesan kepada dua benda tersebut...

sesungguhnya sekarang.. aku sangat hilang semangat.. hilang fokus aku untuk belajar.. bukan kerana aku terlalu asyik bersuka ria.. atau penat yang keterlampauan.. tapi entah.. pada fikiran aku  join palapes tue memberatkan aku.. dan merimaskan kepala aku.. walaupun semakin lama dah semakin kurang apa yang perlu aku lakukan...

hari nie hari kedua.. aku kena berhadapan dengan lecturer.. untuk menyatakan masalah.. kenapa result aku semakin hari semakin merosot.. prestasi aku dalam akedemik yang lain pun semakin teruk... dari budak berCGPA 3.6 lebih.. sekarang tinggal 3.2... budak yang cemerlang.. tapi apa masalah aku???

apabila ditanya dengan soalan yang bertubi-tubi seperti diatas.. aku hanya terdiam kelu.. dan cuma mutiara sahaja yang bertakung di kelopak mata.. tak tahu nak menyatakan bagaimana... 

ya aku mengaku.. aku cuba untuk bersemangat pada awal semester hari tue.. dengan harapan  semangat tersebut tidak akan punah dalam diri aku sehingga kini.. aku cuba buat yang terbaik.. berazam dan menebus kegagalan aku yang lepas.. dan cuba tingkatkan kembali prestasi aku kini dan naikkan semula CGPA aku yang dua kali berturut-turut jatuh.. aku tidak mahu mengulangi benda yang sama pada diri aku.. sesungguhnya aku manusia yang sangat bersemangat pada masa diploma dahulu.. mahu sentiasa merangkul anugerah dekan pada setiap pencapaian semester aku.. tapi mana diri aku yang dulu.. hilang.. hilang entah kemana..

pada ketika itu... sedaya upaya aku menerangkan situasi aku.. dalam keadaan kelopak mata sentiasa dibasahi.. aku tidak dapat fokus pada pelajaran aku.. aku rasa terbeban apabila latihan menjegah setiap saat malam aku bersama nota dan kerja sambil bersantai diragut.. sesungguhnya aku seorang yang sangat perlukan kosentrasi yang sepenuhnya terhadap pelajaran aku.. untuk aku melahirkan minta yang menghadirkan kefahaman pada pembacaan aku... tambahan pula.. nota-nota kebanyakkan dalam english.. aku sangat benci english.. jadi memerlukan banyak masa untuk aku terjemahkan bacaan aku untuk mencintainya.. yang mana barulah melahirkan pemahaman setiap sumber bacaan aku.. namun latihan yang menjegah aku tanpa mengira waktu menyebabkan mood aku sentiasa mati.. ya aku boleh fokus pada kerja aku 5 atau 6 jam tanpa henti.. apabila sudah memulakannya.. tapi untuk memulakannya.. itu sangat sukar bagi aku .. ibarat batu yang membebani...  nie kan lagi apabila menganggu separuh pekerjaan aku... lagi berat untuk aku lakukannya.. sebab sudah diganggu.. aku pula seorang yang kuat memberontak sedangkan apa yang aku berontakan ibarat.. marahkan nyamuk kelambu yang dibakar.. akhirnya aku sendiri yang mendapat denggikan.. 

kalau boleh aku tidak mahu teruskan sikap sebegini.. menyusahkan orang.. namun aku berterima kasih dengan lecturer2 aku kerana cuba memberi semangat kepada aku.. walaupun apa yang dikatakan tak banyak membantu.. tapi mampu menyedarkan aku.. untuk diri terus semangat.. ya mungkin aku semakin kurang motivasi dalam diri.. menyebabkan aku mudah kecundang.. dan cepat rebah apabila di sindir dan dihendik..


saat kejayaan dulu pasti akan tiba lagi.. apabila diselam
 dengan semangat dan usaha berpanjangan..



Tuesday, April 3, 2012

::UBAT PENYAKIT TENSION::




 assalamualikum...

tension dowh sekarang.. banyak kerja tak siap.. kena layan ragam orang pula lebih..sakit betul hati... tyme nie baru aku nampak guys classmate aku lagi terbaik daripada budak2 nie.. dah la budak2.. minta tolong sikit pun punya banyak alasan.. masyaallah.. tahan jew la dengan perangai masing-masing.. aku tak pasti la diorang masuk palapes nie untuk apa.. adakah sebab gila pangkat atau gila duit.. aku tak pasti.. yang pasti.. apa yang aku nampak.. bila tyme buat kerja memang sangat berkira... kalahkan perempuan... orang suruh buat itu tak boleh.. buat ini tak boleh... ada jew alasan yang diberi.. macam mana la nak pertahankan negara esok-esok.. alik-alik semua perempuan juga duduk di depan dok tatang senjata pertahankan negara.. yang guysnya duduk dalam bilik.. bagi arahan dari situ.. itulah yang aku nampak dari intake aku sekarang.. 

baik classmate aku pula.. bukan tentera pun.. bukan palapes.. tapi kami pelajar perhutanan.. sama-sama berganding bahu bekerjasama bila ada kerja yang akan dilakukan.. tujuan kami lagi berat.. masuk ke hutan sebagai pelajar yang cuba mengenalinya.. angkut tong gas.. angkut dapur.. dalam hutan.. semua bekerjasama.. tapi pada ladies dikurangkan beban.. hampir keseluruhan diorang yang buatkan...  bertuahkan.. tapi tak untuk intake aku yang suruh bank in duit pun banyak alasan.. sedangkan tue tugas dia as bendahari.. uhu~~ panas.. panas...  disebabkan aku tengah panas.. jom lah kita tengok hasil kerja aku as student perhutanan.. untuk sejukkan mata kembali..

MODEL PEMBALAKAN DI LEBUHRAYA




sikit-sikit lama-lama jadi bukit .. nie la hasil projek aku semester lepas model pembalakan lebuhraya.. hasil dari cadangan kawan nie sikit.. kawan tue sikit.. digabung-ganbungkan dan jadi model nie.. masing2 keluarkan kos untuk menjayakannya...










MY GROUP MEMBER.. AS FOREST ENGINEERING

walaupun result tak ada la nak memuaskan sangat bagi projek nie.. tapi apa pun aku puas hati dengan hasil yang telah dihasilkan dengan usaha , keringat dan idea sendiri yang bukan diciplak dari mana-mana agensi..  fungsi projek nie sebenarnya nak tebang pokok di sepanjang lebuhraya dan mengurangkan impak terhadap persekitaran dan mengurangkan kos yang dikenakan  kepada jentera dan mengambil kira masa juga bagi pembalakan tersebut berkualiti atau tak.. bukan model semata-mata..
mudah-mudahan semester nie lebih baik dari semester lepas..



Saturday, March 31, 2012

:: aku perlu perubahan..::

assalamualikum..

hai apa khabar semua.. mudah2an semua sihat2 belaka..

sekarang nie minggu kebusyan yang amat ketara.. dah tak tahu lagi macam mana nak bendung.. hari-hari kena push diri supaya jangan malas.. alert dengan keja.. dan cepat.. kalau tak.. tak siap la keja yang aku ada sekarang.. rutin aku dari start  buka sem ari tue sehingga sekarang.. pagi hingga petang kelas.. ada gap antara waktu kelas dengan amali petang tue.. mesti kena buat lab dulu.. lain punya lab..  kena kutip data amali lab yang sentiasa continue every day.. sometime forgot tue gabra gak.. sebab takut data ralat.. ada ahli group pun macam tak ada jew.. semua aku kena buat.. ( ok aku dah start membebal berkaitan ahli group aku..) (,^^).. selang-selang tyme lunch.. dengan tolong settlekan kelab pula.. balik ke bilik jew jangan mimpi nak rehat.. ada jew kerja-kerja yang perlu settle..tue tak masuk romate yang sentiasa memekak kat bilik lagi dengan speaker dia yang kuat tue.. cukup buat aku stress dalam bilik... penat weh.. pastu dengan program palapes la memanggil.. program kolej la.. haish sejak bila la aku suka aktif sangat nie.. sedangkan aku masuk nie semua dulu.. just nak isi sikit-sikit masa lapang yang ada jew.. bukan nak jadi aktif.. sebab aku tahu course aku adalah course yang sangat busy.. sebab banyak kerja lapangan.. aku tak mahu pelajaran aku terabai disebabkan aktivitii mengarut nie.. disebabkan ini jadual aku sebelum nie rombak terus.. tak ada masa rehat lagi kecuali 12.00 malam..

sibuk.. bukan alasan bagi aku untuk tidak meneruskan usaha aku.. kekadang.. aku fikirkan penat juga.. tyme tue malas memang datang menerjah dalam fikiran.. tanpa kekuatan semangat yang mendalam aku mampu tewas dengan kepenatan dan kemalasan.. dan mengelak untuk aku teruskan usaha aku untuk menjadi mengejar ilmu ini..

sekarang aku sangat takut dengan diri aku.. sebabnya aku ibarat seorang insan yang sangat lemah pada 2011.. sebab pada tahun tue result aku jatuh teruk.. pada kedua-dua semester.. aku tak mahu mengulangi kisah yang lama.. dan aku mahu tingkatkan prestasi aku kepada yang lebih  baik..  banyak orang cakap.. aku terlalu aktif dengan koko sehingga aku abaikan akedemik.. sebenarnya itu tak benar.. aku sebenarnya dalam keadaan terpaksa dan tanggungjawab.. tanggungjawab :: sebab aku sudah melibatkan diri aku dengan badan uniform ini..asyik disuruh, disuruh dan disuruh.. terpaksa:: dah diberi tugas..aku terpaksan menjalankannya sebab itu tanggugjawab aku.. kalau bukan aku yang buat.. siapa lagi yang bakal membuatnya.. akhirnya kos melepas akan terjadi..  yang mungkin salah aku juga.. aku mugkir pada janji aku disebabkan aku nampak ganjaran.. aku fikirkan masa yang terbuang kalau tidak diisikan dengan wang agak rugi.. namun sekarang aku menanggung akibat dengan pelajaran sedikit terabai.. namun tue tekad aku untuk berusaha menjadi yang terbaik.. dan pandai menjaga masa pelajaran dan aktiviti lainnya.. supaya aku terus cemerlang.. 

namun hingga hari ini.. sedikit demi sedikit aku cuba mengubah diri.. untuk jadi yang terbaik.. aktif pada aktiviti dan pelajaran diabaikan sesekali tidak.. sebab aku mahu jadi seorang yang berjaya..


bukan semua manusia mampu melakukan yang TERBAIK kepada dirinya, 
melainkan dia MENCARI yang TERBAIK..



Saturday, February 25, 2012

:: kenapa diciptakanNya NERAKA?? ::

Assalamualikum..

tadi aku membelek2 post di facebook.. dan hati tertarik dengan tajuk sebuah artikel nie.. "Kenapa DiciptakanNYA Neraka"...  ayatnya simple tetapi kekadang membuatkan aku terfikir dan merenung kembali.. ya.. sesungguhnya tuhan tue maha Adil dan saksama.. jom kita melihat ceritanya..


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum."






setiap kejadian yang telah diciptakannya.. mesti ada sebab dan hikmahnya yang tersendiri yang kita sendiri tak menyedari semua tue.. disebabkan itulah kita disuruh untuk belajar.. mencari ilmu.. dan berfikir dengan setiap kejadian alam ini.. bak kata pepatuh "mencari ilmu biar sampai ke negeri China".. right..  jauh sangat nak sampai china tyme dulu-dulu... 

apa2 pun mari beramal.. berubah kepada yang lebih baik.. =P


Friday, February 17, 2012

::akan bermula rutin sebagai pelajar::

assalamualaikum...

jangan salah faham.. aku masih lagi dirumah sekarang... dan masih belum start kuliah lagi.. isnin  nie baru start kuliah bagi para pelajar yang belajar di Universiti Putra Malaysia... kalau UMP dan UM.. sememangnya diorang dah start kuliah minggu nie lagi kan... tapi tidak untuk UPM... 

akan menunjukkan sesuatu yang masih belum terjadi tapi bakal terjadi... ya seperti diri aku yang bakal kembalu ke kampus malam ini..  bakal memulakan semester baru.. yang mana sekarang aku sangat-sangat memerlukan semangat yang banyak untuk aku kembali bangunkan diri aku dari tidur yang panjang.. yang telah aku lakukan pada semester-semester sebelum ini..

ya kali nie.. aku nak sedarkan diri aku lebih awal.. sebab aku tidak mahu mengulangi sejarah hitam aku pada semester-semester lepas.. yang mana aku rasa aku sangat teruk dengan diri aku sendiri.. tiada kejujuran dalam mencari ilmu.. kejujuran yang aku maksudkan bukan meniru dan sebagainya.. tapi kejujuran dari segi iklas belajar.. betul berusaha untuk mendapatkan sesuatu tue seperti tiada dalam diri aku.. jadi aku nak lebih serius tahu nie..

aku sedih dengan diri aku semester lepas... jeles menunjukkan aku terlalu main-main dengan diri sendiri.. kawan-kawan risaukan aku.. tapi apa yang aku buat pada diri.. masih tidak ambil kisah.. dan resultnya lihat sendiri la.. kini kawan-kawan aku semuanya dapat result yang best-best.. semua disenarai dekan... tapi aku masih di takok lama.. malahan result aku lebih teruk lagi jika dibandingkan dengan result tyme aku diploma.. aku sangat sedih dengan semua tue... sebab benda yang sama juga yang diajar berulangkali... namun kenapa aku tak mampu buat dengan lebih baik.. sedihkan..

Ya Allah.. Aku benar-benar memohon kekuatan kepadaMu... supaya aku berusaha bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita ini.. kau sebatikanlah diriku dengan semangat dan azam yang kuat untuk sentiasa berusaha mendapatkan ilmu dan kejayaan... kau permudahkanlah segala urusanku.. sesungguhnya aku tidak mahu mengecewakan orang-orang yang paling hampir denganku.. ibu dan bapaku... dan aku mohon juga seupaya aku mampu menjadi insan yang berguna.. yang mampu berbakti kepada masyrakat dengan ilmu yang aku perolehi.. AMIN...


AKU SANGAT BERHARAP UNTUK MEMPUNYAI SEMANGAT YANG KUAT DAN BERTERUSAN SEMESTER NIE... DAN DAPAT RESULT YANG BAIK...


p/s:: aku sedih tau dengan prestasi aku sekarang.. sebabnya aku banyak mengeluh dengan semua kerja buat aku.. banyak merungut dan sebagainya... nampak sangat aku tak iklas dengan apa yang aku pilih dan buat.. jadi sem akan datang aku harap aku dapat buat lebih baik.. aku kena pandai bahagikan masa.. iklas buat semua.. tak nak merungut lagi.. manage masa dengan baik.. dan iklas.. n fokus dengan study sebaik mungkin.. tue la tangga kejayaan kan.. betul tak??? jom kita cuba.. insyaallah..





Thursday, February 16, 2012

:: semester kembali::

assalamualikum...

hari nie dah masuk hari kelima aku duduk di rumah.. dalam lebih kurang tak sampai 48 jam.. aku dah kena balik ke UPM... balik dengan semester baru yang bakal membawa aku  yang aku sendiri belum pasti dengan perjalanan yang bakal aku tempuhi.. adakah lebih baik daripada sekarang atau bagaimana... namun itulah perjalanan semester 4 aku yang bakal aku lalui..

semangat.. cita-cita.. dan harapan selalu aku semat.. namun kekadang mudah pudar dek keletihan.. kepenatan.. dari tingkah laku sekeliling dan kerja-kerja yang ingin ditanggung... aku tidak mahu diri aku mengulangi kesilapan atau tingkah laku yang sama yang mampu membawa kepada kegagalan aku.. 

semesternya aku sedih.. sedih dengan diri aku sendiri pada semester lepas dan sebelumnya.. sebab aku tak mampu untuk menjadi diri aku sebenar.. aku mudah mengeluh.. aku mudah mengalah dalam situasi.. aku tak mampu membawa diri aku... dan aku tak cuba menjadi diri aku sebaiknya.. sebabnya malas menguasai aku sepenuhnya.. tanggunjawab yang aku sendiri pilih aku abaikan dan anggap sebagai bebanan.. mengelak.. please after this.. be your self.. buat sebaiknya tanpa gagal... jadi diri kamu... ingat tujuan kamu kenapa kamu sambung belajar...

- nak kejar cita-cita setinggi langitkan...

- tak nak hampakan harapan ibu bapa selama inikan..

- dan yang paling penting sekali.. dan dapatkan sebanyak
 mungkin ilmu dan pengalamankan...

jadi cuba jadi yang terbaik untuk kejar semua tue.. please don't give up... sebab masa dah tak lama untuk mencari semua tue.. semuanya dah semakin hampir dengan penghujungnya.. just setahun setengah sahaja lagi.. lepas nie dah tentu hala tuju sendiri.. please patient.. sesungguhnya orang yang bersabar tue banyak hikmahnya...



Sunday, February 12, 2012

:: semester break bermula::

Assalamualikum...

hola semua.. harap semua sihat... today.. i'm baru start semester break tau.. betul-betul ketinggalankan.. orang dah lama bercuti.. kita baru mula bercuti.. sedey betul.. dah la tue cuti ada tak sampai seminggu.. uhuu =(

namun tak kisah la.. dalam lambat bercuti tue.. banyak pengalaman yang saya perolehi.. kenal kawan baru.. kenal tentang disiplin.. kenal tetang pertemuan.. kenal tentang navy.. dan belajar banyak pengalaman.. sebabnya.. saya tak bercuti kerana mengikut kursus ACT di Lumut.. seperti yang saya katakan sebelum nie.. dan pergi selepas habis pra-act yang dilakukan di universiti..

penat tue.. bukan kepalanglah.. tapi pengalaman tue penting..apa-apa pun nanti saya ceritakan untuk entry khas punya bagi kursus yang telah dijalankan selama 2 minggu tue.. sebabnya saya tak ada gambar la.. hardisk saya ada pada kawan.. tak dapat nak upload gambar..

dan perkara yang tak boleh blah sekali.. tyme training nie.. macam biasa la aku.. mesti bawa balik parut kesan training.. untuk kali nie.. parut teruk sikit.. iaitu muka yang terbakar yang sangat ketara.. dan kaki yang terseliuh kerana jatuh tangga.. memang sangat memalukan..

apa-apa pun tunggu cerita yang lebih detail nanti ya~~ nantikan.....


Thursday, January 26, 2012

::kerana BAG::

assalamualikum..

hari nie penat..penat..penat dan penat.. disebabkan penangan bag.. dua hari ktorang terpaksa merayau satu KL untuk mencari...bag yang sesuai.. murah.. dan banyak.. sangat penat.. namun alhamdulillah.. akhirnya tepat kul 2.15 petang,khamis bersamaan 26 januari..  ktorang berjaya juga mendapatkan 
bag bimbit berjenama valuation.. 
(bukan prada and boss.. cz x dapat tadi..)
gembira bukan kepalang...


mangsa pencarian..

uhu.. penat tau.. nak tawar menawar.. cari kedai bag.. dan nak paten yang sesuai dengan semua orang.. cz ktorang dah dipertanggungjawabkan untuk membeli beg kelas ktorang.. bagi persedian ke kdsi.. 
nak sama semua satu intake.. terpaksa la jadi sukarelawan mencari...
namun dalam pencarian tue.. macam2 terjadi..
kena cop bawa  bag sampah la dalam suria KLCC..
kasut putus.. duit habis..tak cukup duit dan sebagainya..
macam-macam betul.. tapi hasilnya..
ALHAMDULILLAH..

harap2 semua orang puas hati..