Monday, December 12, 2016

Perasaan..

Rindu..
perasaan itu pelik..
perasaan itu buat orang jadi gila dan tidak tentu arah..

Dulu aku kata pelik..
pelik dengan sikap manusia yang gila cinta..
sekarang aku merasainya..
dan aku tak sanggup menghadap perasaan gila itu..
lucukan..
itulah  maksud disebalik kehidupan ibarat roda..

Rindu..
Perasaan itu buat aku ingin mengetuk hatinya..
perasaan itu buat aku ingin pergi bertemu dengannya..
perasaan itu buat aku ingin berada dihadapannya..
cinta manusia.. lemah..
kenapa tidak pergi sahaja menghadap Allah yang lebih berkuasa..

Aku rindu dia... jujur..
walaupun aku sedar dia tidak merindui aku..
walaupun aku sedar dia sering menolakku..
walaupun aku sedar perasaan aku bertepuk hanya sebelah sahaja..
tapi aku tetap merindui dia..

kenapa aku rindui dia...
aku rindu usikkannya..
aku rindu dia yang sentiasa membantu saat aku memerlukan
aku rindu dia yang sering bercerita denganku
aku rindu dia yang sudi menemaniku..
aku rindu dia yang berusaha bersama dengan aku mencari jalan kehidupan..
menegur salah dan silapku..
dan cuba memperbaiki diri bersama dengan ku..
yang mungkin ada perkara dia berdegil depan aku tetapi dia berubah di belakangku..
aku nampak itu walaupun dia tidak menunjukkan..
yup aku rindu dia..


Sunday, November 27, 2016

Teman Hidup..

Dengan penyakit rindu  dan confius hilang tak nak habis.. datang pula soalan kahwin terjah menerpa aku.. dah agak dah situasi nie mesti akan jadi punya bila aku dah habis study..

genap hari nie baru seminggu aku duduk dirumah.. dah ada tanya soalan sudi tak terima dengan calon sedemikian-demikian.. anak kawan mak... dah ada kerja tetap, cikgu.. muka biasa-biasa jew.. tapi muda sikit la.. takpe kan beza tak jauh pun umur tue.. asal dah ada kerja.. urmmmmmmmm...

persoalannya... yang buat aku serabut...
bukan sebab dah ada kerja apa atau apa.. tapi masalahnya.. aku belum sedia untuk terima sesorang masuk dalam diri aku.. takut untuk pikul tanggungjawab.. takut aku tak mampu puaskan hati semua orang.. takut dalam macam-macam keadaan..

Percaya atau tidak.. kalau aku katakan dalam hati aku dah ada orang yang bertahta di hati..
tapi dengan dia sendiri.. aku masih takut menerima.. takut untuk pelbagai benda.. walaupun kekadang dari penceritaan dia cuba menyakinkan aku dan sebagainya masih aku takut lagi untuk terima dia andai dia meluahkan kata-kata untuk masuk sekalipun dalam kehidupan aku.. aku sendiri tak mampu nak terima.. walaupun kekadang aku cuba sikit-sikit untuk terima dia dalam hidup aku..






Friday, November 25, 2016

Di Mana Halatuju aku?

kembali kepada diri sendiri penentu kepada kehidupan sendiri dan seterusnya..

Tanggal 27 Oktober 2016.. complete sudah kehidupan aku sebagai seorang pelajar master.. dah berjaya viva.. dah berjaya submit thesis dan dah berjaya submit 4 paper pada journal high impact factor.. tau tak la nak rasa bangga kew.. nak rasa sedih kew.. atau nak rasa sayang untuk melepaskan... tapi kalau aku tunggu pun memang dah tak ada makna pun.. kan..

first bagi aku.. memang terdetik aku nak sambung juga study aku sampai phd.. sebab supervisor yang membantu... persekitaran yang aku biasa.. kawan-kawan masih ada.. dan semua kemudahan aku dah tersedia ada disana.. tapi last minit aku terpaksa ubah fikir.. disebabkan oleh kekangan dari segi wang ringgit aku terpaksa tangguh dahulu hajat aku untuk sampai ke peringkat phd..

kekadang aku terfikir..
betul kata orang.. anak yang terlalu dimanjakan akan sukar berdikari.. kekadang ada betulnya juga.. sebab bagi aku kekadang kami terlalu dimanjakan oleh supervisor dan kawan-kawan.. sehinggakan kekadang nak pergi site pun berteman.. haha.. hakikatnya memang aku takut.. tapi itulah kenyataannya.. sehinggakan bila berpisah daripada rakan-rakan aku, aku rasa.. adakah aku akan bertemu lagi dengan orang yang pernah aku jumpa sebelum nie.. yang mampu bantu aku setiap kali aku susah.. dan kekadang aku rasa takut untuk berdiri atas kaki sendiri.. disebabkan oleh bantuan-bantuan mereka yang senang dihulurkan sehinggakan aku takut untuk berpisah dengan mereka..

ada seorang kawan.. yang kerap membantu aku.. terutamanya dalam penulisan english.. kau tahu perasaan terlalu mengharapkan dia sehingga kau takut untuk melepaskannya.. disebabkan oleh satu perkara tersebut sahaja.. kau rasa nak dia sentiasa ada dengan kau.. kerana setiap kali kau memerlukan semestinya dia akan membantu.. walaupun pada awalnya ada penolakkan tetapi dia tetap akan datang membantu kau..  dan keadaan itu akan menyebabkan kau rasa nak kan dia untuk sentiasa ada bersama kau..

sehinggalah suatu hari.. kata-katanya membuatkan aku tersedar..
"sampai bila kau nak mengharapkan aku.."
kata-kata tersebut memang membuatkan aku tersedar dan sedih.. yup.. betul.. tak semestinya dia nak tolong aku selamanya.. aku perlu mencari haluan aku sendiri.. aku perlu bergerak sendiri.. aku tak boleh mengharapkannya lagi.. aku perlu sedar dan aku perlu bergerak..

sekarang aku perlu mencari halatuju aku sendiri.. yup.. sendiri..



Wednesday, August 24, 2016

Dah selamat viva untuk master study..


Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah...
Akhirnya.. tanggal 22 ogos.. aku dah hampir sampai ke pintu keluar mastar study.. (tapi masih belum habis lagi.. sebab ada correction kena betulkan..) kalau daripada pengiraan  semester.. kiranya aku dah berjaya siapkan master aku dalam masa 3 tahun.. ataupun 2 tahun setengah.. dengan satu semester hanya tunggu untuk panggilan viva.. lambat gila ok aku and the geng dipanggil untuk viva.. kitorang tunggu hampir 6 bulan.. bayangkan 22 februari aku hantar thesis dan 22 ogos aku dipanggil untuk viva.. tapi walupun 6 bulan debaranya macam apa lagi ntah.. bayangkan dua hari before viva.. aku dah tak lalu nak makan apa pun.. dan tidur pun aku dah tak boleh.. yang sebelumnya lagi la.. nak demam la.. nak termuntah lah semua ada...penangan viva ok..

setakat hari nie.. aku dengan dua orang lagi kawan dah selamat lulus dalam viva voce kami.. dan ketiga-tiga waktu pebentangan tue aku ada masuk dalam bilik viva.. mean aku duduk dalam la waktu kawan aku present.. walaupun kalau ikutkan viva, orang luar tak dibenarkan masuk sebenarnya.. hanya yang terlibat sahaja.. tapi kedua-dua chairman kawan-kawan aku nie baik hati.. so diorang benarkan aku untuk tengok kawan aku present.. tapi time aku.. chairman garang.. kawan aku tak dapat tengok aku present.. hehehe.. dan aku sangat kecut perut.. internal examiner aku  pun sangat teliti.. mak takut weh.. memang mulut terkumat kamit jew time tue supaya tuhan permudahkan urusan aku.. doa pelembut hati tue.. memang asyik duk fuhs.. fuh.. la kat exeminer dengan pengerusi.. supaya tak tanya soalan-soalan killer..

ini berdasarkan pengalaman masuk viva kawan-kawan aku.. dan aku sendiri..
1. Pemeriksa dah tak tengok sangat apa yang kita present kan.. sebab dia dah baca thesis sebelum nie.. yang dia tengok adalah kita faham tak dengan kajian kita..
2. Apa tujuan kajian kita dilakukan.. apa sumbang kajian kita nie pada masyarakat atau persekitaran..  adakah mencapai matlamat tersebut..
3. Kenapa kita pilih kajian tersebut.. daripada mana kita refer kajian tersebut..
4. kenapa kita pilih analisis yang terlibat.. faham satu-satu yea setiap analisis yang kita lakukan.. kalau tak nak kena tembak time viva nanti.. kau tranform kew tak tranform kew analisis tue ambil tahu.. setiap detail yang keluar dari analisis.. ambil tahu fungsi dia.. jangan kau ingat nak ambil kat data kau tue jew.. sekali tanya yang lain.. tergangga weh..
5. Method.. apa yang kau buat apa yang kau pilih.. kau kena betul-betul detail dalam thesis.. sebab tue akan dijadikan rujukan akan datang.. kalau tak memang kau akan kena tanya lagi time viva.. camtue juga analisis..
6, Result n discussion.. ok kot tak ada masalah kalau kau terang betul-betul dan terperinci..
5. references.. up to date.. paling penting.. paper2 ahli-ahli keluarga kawan mestu ada kau ulas sekali.. faham tak maksud kiasan aku.. mean.. journal-journal supervisor kau.. kawan-kawan kau.. senior kau.. jangan lupa masuk sebagai references.. tue ahli keluarga kau yang kau buat rujukan mula-mula sekali..

bagi tak ada masalah kalau kita faham kajian kita.. bila objektif dan problem statement kita selari.. dan conclusion mencapai matlamat kajian kira ok la.. kajian lancar.. nie aku rasa tiang penting dalam kajian untuk menjadi penanda aras.. kajian kita lulus kew tidak.. reason kena kuat weh.. kalau tak goyah..

aku dengan kawan aku pernah kena tembak pada method.. dipersoalkan tentang tak releventnya kajian serangga kat kelapa sawit.,. dikatanya aku memang tak ada pokok berbunga.. terang-terang akan tunjuk data kamu tak significant.. kenapa kamu nak lagi buat kajian disitu.. dah boleh nampak secara mata kasar time nie.. objektif main peranan dengan contribution.. goyah weh.. kecut perut.. nasib baik lulus..

kawan aku pula.. kajian dia sampai order.. dipersoalkan pula.. kenapa kajian kamu sampai order jew.. sedangkan dalam satu order mybe hanya satu spesies jew yang menyumbang dalam kajian kamu.. so tak relevent untuk kamu kata order tue bagi sumbangan kat richness di kelapa sawit.. kenapa tak ambil sampai family.. bila method kena soal.. memang discussion kena tambah kena bagi mantop la alamatnya.. sebab kajian kitorg lawan hukum alam katanya.. so.. sekarang perah otak lagi betulkan discussion...

so good luck bagi sapa yang tengah buat kajian.. prepare mental and fizikal yea...




Wednesday, August 3, 2016

Kehidupan aku..
kekadang kita mengeluh.. kekadamg kita rasa diri kita sangat tak sempurna.. kadang kala kita rasa takut melalui kehidupan kita yang bakal mendatang.. kekadang confius risau sedih duka seribu satu rasa yang tak pasti dalam diri datang menghantui diri..

kini aku rasa.. aku berada dalam situasi genting yang mana aku sendiri takut untuk laluinya.. sebab masa yang bakal aku lalui itu adalah penentu kehidupan aku akan datang.. viva thesis dan  interview.. viva penentu kehidupan aku lulus atau tidak untuk pengajian ini.. dan interview pula penentu bagi kehidupan aku menganggur atau tidak lagi.. sesungguhnya kedua-duanya aku inginkan kejayaan.. aku nak lulus master.. aku nak lulus interview dan dapat pekerjayaan tue.. sebab aku tak sanggup lagi menggangur... semua tue buat aku risau dalam diri..

tapi aku berada dalam situasi tak selesa bila tengok mak ayah aku sendiri tak berapa sihat.. terkenang pula bila mereka hanya berdua sahaja ada di rumah.. teringat bila mereka bersusah payah tatkala kita anak-anak sakit.. sentiasa mereka ada disisi,, tapi bila mereka dah tua.. semua anak-anak jauh daripada mereka.. tak betah untuk aku kenangkan semuanya.. ya Allah berikanlah kesihatan yang baik buat kedua ibubapa aku..


Sunday, July 24, 2016

cerita Aku hari ini.. 24/7/2016

Status diri..
27 tahun.. Bujang.. Pelajar- final stage master (tunggu viva voice).. Masih belum bekerja..

P4 Kolej 14 Serumpun UPM...
nocturnal... mungkin rutin bagi aku.. malam sehingga lewat pagi menghabiskan sisa-sisa kerja aku yang berbaki sebagai pelajar... dalam masa yang sama melawat beberapa website dan journal untuk pembelajaran sendiri.. tambah pengetahuan dan memperbaiki kelemahan diri.. kadang-kadang masa ini juga aku gunakan untuk memikirkan berkaitan masa depan aku yang belum pasti bagaimana keadaannya.. kalau boring.. sudah tentu beralih arah ke youtube untuk melayan drama-drama korea sementara merehatkan otak sebentar sebelum mencari idea-idea baru..

Aku selalu berfikir.. dan aku tahu.. perjalanan hidup manusia semuanya berbeza-beza.. mungkin sama itu hanya kebetulan tetapi setiap manusia ada nasibnya yang tersendiri..

Setiap hari sebenarnya aku memikirkan tentang hidup aku.. mungkin riak muka aku nampak bersahaja.. dan aku pasti.. orang sekeliling aku pandang aku dengan pandangan yang aku tak pernah memikirkan masa depan untuk diri sendiri.. hanya pentingkan belajar.. belajar.. belajar.. siapa tahu sebenarnya rumit soalan itu bagi aku.. dan siapa tahu sesaknya aku memikirkannya setiap hari.. tiga benda yang selalu bermain dalam fikiran aku.. pembelajaran (master).. pekerjaan dan jodoh..

yup.. aku studykaholic..  aku bukan budak pandai.. sekali belajar boleh terus masuk.. tapi aku seorang yang sentiasa perlu diulang-ulang.. belajar.. cari.. belajar.. cari.. baru aku boleh faham.. sekali tinggal memang akan lesap.. cukuplah tiga hari aku tak semak kerja-kerja aku.. memang akan lupa.. sejak kecil lagi.. memang macam tue.. puas mak aku berubat merata dulu.. supaya aku cepat tangkap semua benda.. lembab pun mungkin.. tapi alhamdulillah.. mungkin berkat usaha dan doa seorang ibu.. dan semangat dalam diri aku sendiri.. aku berada pada keadaan yang aku ada sekarang.. cita-cita nak jadi penyelidik.. harap dimakbulkanlah cita-cita tersebut.. kalau ikutkan nak kejar sampai phD.. tapi.. kita hold dulu kot.. cari duit bagi selesa sikit dan kita continue nanti..

kerja..  tak adalah nak memilih.. tapi harapan dapat kerja yang stabil.. yang boleh hidup dengan selesa.. tak jauh dari bidang.. dan still ada penyelidikan.. panjang nak cerita tentang tue.. lain kali aku sambung lain.. solat subuh dulu.. then nak tidur.. dah penat..

Thursday, June 16, 2016

Pasangan dan hati..

Malam nie tetiba aku rasa tertarik hati untuk mengupas berkaitan hati dan perasaan..

Bila aku terdengar lagu Ainul Mardiah nyanyian UNIC.. antara bait lagunya 
" Oh tuhanku, biasakah dicari di dunia ini seorang wanita bak bidadari.. menghulurkan cinta setulus hati... di hati lelaki bernama kekasih.." 
antara bait lagu itu menjadi bukti bahawa lelaki juga mencari seorang peneman yang baik budi pekerti untuk menemani kehidupanan mereka.. bukan hanya wanita atau perempuan sahaja..

yup.. aku percaya dan sehingga kini aku berserah.. kerana aku pasti jodoh dan pertemuan itu milik tuhan.. dan aku percaya sejauh mana kau lari pada suatu keadaan kalau sememangnya itu tertulis jodoh kau.. kau akan bertemu kembali dengannya.. dan kalau itu bukan jodoh kau.. sebaik dan serapat mana sekali pun.. bukan jodoh kau.. semuanya akan berlalu begitu saja..

huhhss.. (buangkan keluh yang berat itu..) 

pernah tak korang rasa.. korang telah menemui sesorang yang memenuhi citarasa korang.. dan mungkin dia juga pernah bercerita.. ciri-ciri wanita idamannya pada korang.. dan korang rasa diri korang sangat serasi.. serasi.. yang memenuhi ciri masing.. dan mungkin korang sehingga ke jinjing pelamin.. yea.. mungkin.. tapi hubungan korang terputus.. atas sebab perkara yang kecil jew.. keserasian itu hilang tak semena-mena.. itu maksudnya.. mungkin bukan jodoh korang... dan ada yang lebih baik dan lebih serasi daripada itu buat korang..

okey.. kalau fikir tentang jodoh nie kekadang rasa macam sesuatu benda yang mustahil.. tapi mesti akan terjadi juga.. benda yang tak yakin.. tapi itulah suratannya..  korang minat kat seseorang.. dan seseorang tue tak ada perasaa langsung pada korang.. tapi dalam keadaan lain.. korang tak pernah ada perasaan pun pada orang tersebut.. tapi itulah yang selalu mengejar korang.. syukurlah buat manusia yang menemui insan yang sama-sama menyukai antara satu sama lain.. mencintai dan sampai ke jinjing pelamin.. 

aku rasa dulu yea aku seorang insan yang lari dari kenyataan untuk dikasih dan mengasihi sesorang.. tapi sekarang.. aku rasa ati aku perlu dibuka untuk menerima keadaan itu.. keadaan yang mana perlu dibina tiang dan singgahsana yang kukuh untuk didiami.. mencipta kebahagian sama-sama dan saling melengkapi antara satu sama lain.. 

Ya Allah aku mohon padamu dalam bulan yang mulia ini Ya Allah.. kau temukanlah aku jodoh yang mampu menguatkan aku.. yang sentiasa memberi nasihat dan dorongan padaku.. baik pada kehidupan dunia dan akhirat.. yang sanggup menerima aku seadanya aku.. dan sama-sama memperbaiki diri.. bekerjasama dalam memimpin keluarga mengingatimu dan menuju kesyurgamua.. Ya Allah makbulkanlah doa ku Ya Allah.. Aaminn.. 



Monday, June 6, 2016

move on


masa terus berlalu dengan pantasnya..
hari demi hari sehingga kita lupa pada apa yang berlaku semalam..
terdetik dari hati dari setiap waktu masa berlalu.. aku perasan sesuatu.. ada seseorang cuba move on dari aku... tatkala hati ini terdetik itu.. fikiran merewang seketika..

wah.. berpuitisnya aku malam nie.. hahahaha..

tapi betul aku perasan sesuatu itu dalam diri aku..
yup.. aku tak mampu nak kata apa.. tapi kalau itu pilihan yang tepat bagi dia.. seorang kawan.. (yang aku anggap kawan sebab banyak tolong aku.. tapi dia tak pernah anggap aku kawan.. kerana segala pertolongan dia hanyalah simpati semata, right?..) buat lah yang terbaik.. yang mana kau rasakan terbaik.. kerana yang baik-baik.. bukan datang selalu.. dan apa yang kau jumpa hari nie mungkin bukan lagi yang sama pada hari esok..

sekarang aku rasa.. mungkin masa yang terbaik untuk aku lepaskan.. sebab dia pun dah pergi tanpa bersebab.. dan aku pasti ini gaya move on seseorang...

aku tak tahu nak kata apa.. tapi aku rasa nie waktu terbaik kot.. sama-sama melepaskan tanpa rasa bersalah pun.. good bye kenanang.. harap kau takkan hadir lagi dalam benak fikiranku.. pergilah bersama dengan masa yang telah pergi..


Wednesday, June 1, 2016

cerita sahabat..


Hari nie aku belajar sesuatu...
tak perlu untuk bersama dengan orang yang tak memerlukan kita..
dan last keputusan aku.. serta nekad untuk kali nie insyaallah.. 
kuatkan hati.. selamat tinggal semua kenangan itu..
wahai kawan yang aku kenali..

aku memilih untuk bersama dengan siapa yang ingin bersama dengan ku..
yup.. dengan orang yang sanggup terima baik buruk aku..
terima kasih kawan-kawan yang masih berada disisi aku sehingga saat ini..

esok bergaduh hari ini kita bersatu kembali..
sebab kita tahu dan pasti itu fitrah sebuah persahabatan.. bukan selamanya gembira..
akan ada hari untuk kita bersengketa.. tapi dalam hati masing-masing masih bertauh kasih dan sanggup menerima.. itu tanda persahabatan yang tak akan hilang kemana-mana..


tapi aku tak boleh terima..
kawan yang senyap tanpa kata..
ibarat kita berbual dengan angin... hilang entah kemana..

mungkin pada firasatnya..
diam boleh mengelakkan persengketaan..
dalam masa yang sama.. soalan tanpa berbalas.. ibarat ikatan tanpa sambungan..
tak akan bersambung.. jadinya silaturahim terputus disitu sahaja..
dan itu yang kau harapkan selama ini kan.. okey dia dah terjadi.. dan semoga berbahagia..

yeah.. i'm understood.. i'm an annoying person, right..
always disturb u.. and now it never happens again.. and i'm quit..

aku mohon tekad aku kali ini cukup kuat untuk melawan cobaan itu..
dan harap ini tidak lagi terjadi bagai yang sebelumnya..
aku kuatkan kini..







Sunday, May 29, 2016

Belajar dari pengalaman..

Aku rasa aku belajar sesuatu daripada pengalaman..

Nie dalam erti kata lain.. 
bertindak sebelum terlambat.. cemburu.. hati-hati.. dan belajar daripada pengalaman.. 

Dia manusia yang baik.. suka membantu orang lain..  tidak dikenal ramai... dan kau rapat dengan dia.. (nie isu berlainan jantina)

Disebabkan kau rasa dia baik.. dia suka bantu kau.. selalu tolong kau dalam kesusahan dan sebagainya.. kau cerita kebaikan kawan berlainan jantina kau tue.. pada kawan-kawan perempuan kau.. bila kau suka dan kau baik dengan dia mesti kau akan puji dia melambung-lambung kan.. sehinggakan kekadang tanpa kau sedar.. ada kawan kau yang lain jatuh hati dengan sikap dan perwatakan kawan kau yang berlainan jantina tue.. melalui cerita kau... mungkin disebabkan memenuhi krateria dan peribadi jejaka idaman dia sebelum ini... dan dia juga mungkin anggap kau dengan kawan berlainan jantina kau tue tak ada apa-apa perasaan.. membuatkan dia masuk line.. ataupun kalau korang couple sekalipun.. dia try masuk line senyap-senyap tanpa kau sedar.. tup.. tup.. kau dengar diorang bercinta.. tak kew jadinya menangis tak berlagu...

Ini realiti.. dan kes ini pernah berlaku dalam sebuah rumah tangga..  bila si isteri selalu menceritakan kebaikan suaminya pada kengkawan.. sehinggakan ada kawan yang sanggup mengoda suaminya disebabkan terlalu taksub dengan cerita kawannya.. hati manusia kita tak tahukan..  berhati-hatilah..

Disebabkan itulah dalam islam.. suruh merahsiakan hal-hal rumahtangga.. jangan buka cerita suami isteri pada orang lain.. takut ada yang menaruh perasaan daripada cerita anda.. perempuan kalau bercerita boleh tahankan semua benda nak cerita.. hari nie suami tolong masakan.. esok suami sweet-sweet bagi bunga dan coklat pagi-pagi.. and macam-macam cerita lah.. 

so.. hari nie aku post.. bukan nak menakut-nakutkan.. tapi  nak suruh hati-hati..  kalau boleh.. kalau kau suka seseorang tue.. janganlah cerita lebih-lebih pada orang lain tentang si dia itu ini.. sebab akan ada manusia mudah jatuh hati dengan cerita korang.. kalau kau kata nie lah masanya kau nak uji tahap kesetiaan si buah hati kau.. atau suami kau pada kau.. boleh cuba tapi jangan menyesal..  sebab sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.. 






Three Month Tanam Anggur...


Dear dairi..
(sesiapa sahaja yang membaca aku anggap macam dia sebahagian daripada dairi aku.. wakaka.. okey tahu xlucu..)

Tak tahu macam mana nak cerita.. tetapi yang pasti inilah kehidupan yang telah aku alami setakat nie.. selepas jew aku hantar thesis master aku.. aku isytharkan diri aku sendiri sebagai penganggur terhormat.. sebab boleh diketogerikan sebagai hidup yang belum pasti hala tuju.. dan agar tergantung.. terkontang kanting pun ada juga..

tiga bulan dah berlalu.. sebulan aku duduk di UPM dengan isi jawatan kosong dari mana-mana web dan hantar resume sana sini.. uruskan benda yang patut untuk kehidupan akan datang termasuk yuran kolej dan borang-borang berkaitan sebelum aku pulang ke kampung.. dah settle balik kampung.. sebulan di rumah.. minggu first okey la belajar memasak konon.. so try la apa resepi yang patut guna kos sendiri..masuk yang seterusnya..dah tak boleh jadi.. aku buat aku.. aku kena habiskan.. pokai gak simpanan aku gini.. so stop.. memandangkan berat pun boleh bertambah macam tue.. so kehidupan seterusnya hanya jadi bibik dirumah.. bangun.. tengok makanan apa yang patut kemas rumah, tonton tv.. siram pokok bunga.. sapu2 diluar.. berkebun apa yang patut.. malam gaduh dengan budak kecik tue.. kemas rumah again.. cuci calat dapur.. mengadap laptop dan tidur.. itu jew rutin kematu aku dirumah.. yang kekadang boring gak.. tapi better sikit la daripada duduk di UPM.. sebab takde geng nak sembang.. nak bertekak.. nak gaduh.. so balik rumah gaduh dengan budak kecik tue kira ok gak la kan.. ada geng.. then sekarang kembali semula di UPM.. buat part time kerja.. tapi duit sekadar mampu settlekan yuran bilik jew.. agak-agak ada untung tak bagi aku??? 4 hari kerja..  settle yuran bilik untuk 3 bulan.. tapi hari-hari lain hidup tanpa hala tuju..

complete 3 bulan aku menganggur.. dan sekarang masih melepak di UPM.. tunggu tarikh viva konon.. dan sekarang aku rasa memang patut balik kampung semula.. kalau x duit simpanan aku kering macam tue jew...

******
hati nie sebenarnya nak mengadu macam-macam.. terutama bila ada kampung.. yup hati nie memang senang bila ada dikampung.. sebab kita tau condition mak ayah kita tak berapa sihat.. so bila kita ada dikampung.. kita dapat lihat diorang.. diorang ada di depan mata kita.. sakit demam diorang kita dapat tolong.. so benda tue rasa macam okey sikit.. tak serba salah dan sebagainya.. tapi bila datang cerita saudara mara besar.. aku jadi malas nak balik kampung... aku malas nak dengar dan aku sakit otak dengan semua tue..

latar belakang aku : Student master.. anak ketiga daripada lima adik beradik..umur 27 tahun still bujang..
kedudukan aku dalam keluarga besar : ayah aku anak kedua tapi disebabkan maklong aku meninggal awal kedudukan ayah aku jadi anak sulung daripada lapan beradik.. tertua dalam family.. mak aku pulak.. anak kelima daripada sembilan adik beradik.. so dia yang tengah-tengah.. and the first anak perempuan daripada tiga adik beradik perempuan..  so kalau tengok daripada kedudukan mak dan ayah aku dalam family diorang.. umur aku dalam adik beradik besar atau sepupu sepapat.. kira dalam yang tertua jugak la... dan yang paling best.. rumah memang tak jauh.. paling jauh pun dalam 45 minit atau sejam dah boleh sampai.. so cerita tentang sorang-sorang keluarga memasing boleh tau sangat la..

disebabkan oleh latar belakang dan kedudukan aku macam dia atas.. kekadang aku dijadikan sumber perbandingan..

aku introvert people.. orang yang tak suka masuk campur sangat dalam family.. dan hanya akan talk active dengan sesetengah sepupu jew yang masuk kepala dengan aku dari kecil lagi.. yup aku pemerhati.. dan aku tak suka dengan sikap membanding-banding anak masing-masing.. sejak kecil lagi aku perasaan.. dan mak aku sangat suka ambil port tentang nie.. membuatkan kekadang aku rimas.. yup aku faham peranan mak aku sebagai anak tengah.. dan anak first perempuan.. kebanyakkan abang-abang dia akan datang cari dia mengadu tentang masalah keluarga memasing.. tetapi aku paling tak tahan bab.. diorang nak membanggakan anak-anak diorang nak membanding bezakan dengan aku.. rimas.. tue yang kekadang aku duduk di dapur atau bilik senyap jew.. malas nak masuk campur.. dan kekadang aku lagi selesa kalau tak ada di rumah time tue..

sekarang benda yang paling ketara adalah bab isu kahwin.. mostly sepupu-sepupu aku yang sebaya atau 5-6 tahun muda daripada aku.. semuanya dah bertunang dan berkahwin.. dan kebanyakkan diorang lepas abis diploma terus ada calon.. dan terus dipinang atau meminang.. then aku dijadikan isu besar.. belum ada calon kew?? tak cuba cari?? tak nak kahwin kew?? nak terus membujang..???.

hello tak da manusia yang nak hidup membujang selamanya.. aku xtahu nak cakap apa kalau isu nie keluar.. aku tahu aku takut dengan masa depan aku.. tapi tak adalah sampai aku tak nak kahwin kan.. kalau jodoh tue sampai.. sampai lah.. dan aku harap dia orang yang mampu pimpin aku dan bertanggungjawab.. tahu peranan dia sebagai suami dan bapa dalam keluarga..

cari..??
aku rasa aku bukan lelaki untuk mencari.. sebab perempuan adalah dipinang bukan meminang..

usaha..??
sapa cakap aku tak usaha.. aku selalu berdoa.. supaya tuhan temukan aku dengan jodoh seperti yang aku inginkan.. cuma aku tak minta dipercepatkan.. aku cuma mohon supaya ditemukan pada waktu yang sesuai.. yang aku rasa aku ready untuk menjadi seorang isteri mampu pikul tanggungjawab tersebut.. seorang isteri dan ibu..

kekadang terkilan juga aku bila diorang persoalkan aku bab jodoh.. sebab aku tak pasti tentang jodoh aku.. sebab aku bukan seorang yang mudah berbual, berkenalan dengan orang..  aku hanya akan berkawan dengan orang yang aku rasa selesa.. dan bila aku selesa memang susah aku nak tinggalkan walaupun selalu bergaduh sekalipun.. akhirnya mesti akan berbaik juga.. tapi kalau nama jodoh tue.. walaupun tak kenal.. jauh berbatu-batu.. kalau dah jodoh mesti bertemu dan bersatukan..

tapi apa pun aku lebih serabut tentang kerjaya aku akan datang sebenarnya.. apa yang aku nak kerja nie????.....




Wednesday, April 27, 2016

Personaliti Aku dan ....


Aku..

Hijau. Capricorn girls. Januari. Anak ketiga.

kata orang personaliti manusia yang sukakan warna hijau adalah manusia yang sukakan kedamaian, romantik, orang yang berperinsip, tegas atau mempunyai pendiriannya sendiri sehingga kekadang kelihatan kolot dan suka pada perhiasan. Manakala, insan capricorn atau januari mempunyai sifat yang tidak jauh bezanya dengan si pengemar warna hijau. sikapanya yang pemalu, suka menyendiri atau tinggal di rumah, seorang yang rajin, kemas, sensitif dan berfikiran mendalam. Bercita-cita tinggi dan setiap apa yang dilakukannya menampakan keuntungan menjadikan ini kelebihankukan. Seorang yang romantis tapi tidak pandai mempamerkannya dan sorang yang setia. Bagi anak ketiga, perangai pelik daripada adik beradik yang lain. Perangai sedikit menjengkilkan tetapi kuat. Seorang yang degil dan keras kepala tetapi seorang yang manja. Suka tunjuk garang tetapi berjiwa sensitif dan seorang pemendam, marah dalam senyap sentap dalam senyap dan tidak suka menceritakan masalahnya kepada orang lain. Kecilnya banyak menyusahkan tetapi bila dewasa merupakan tulang belakang kepada keluarga. Dengan dikap anak ketiga sebegini membuatkan diminati ramai.

Yup. keseluruhannya tepat.. itu sifat aku.. manusia yang ada ego sendiri.. degil keras kepala.. tapi bila nak marah senyap.. malas nak tunjuk sebab rasa memang takkan ada sesiapa pun ambil peduli.. yea.. aku sukakan kekemasan.. ketenangan .. kedamaian.. tak suka gaduh-gaduh.. tak suka benda yang serabut... tapi aku jenis dengil sikit.. kalau aku nak sesuatu benda.. nak tak nak macam mana sekalipun memang aku nak dapat juga.. tegas dan setiap apa yang dibuat menampakan keuntungan.. haah.. dengan sikap nie.. membuatkan aku cukup marah dengan orang yang buat culas-culas main dengan sesuatu kerja yang tengah aku serius.. benda tersebut akan buat aku naik angin tahap dewa punya.. tapi keras sikap aku yang pemendam.. kekadang aku buat diam jew dengan situasi.. tapi kekadang terhembur jugakan... yea itu semua sifat aku.. personaliti aku..

bab diminati ramai.. urmm.. aku tak sangkal.. memang ada beberapa yang ajak berkenalan.. tetapi sifat aku yang tegas dan kolot tue.. membuatkan semua yang minat aku tak dapat masuk line pun.. kebanyakkan aku buat bodoh jew.. tue sebab kot umur 27 pun masih belum kawen-kawen lagikan.. dan pernah aku cakap kat kawan aku aku nak seorang yang sama sifat dengan aku.. yang tegas, yang berprinsip, tetapi penyayang dan caring.. yang mampu jaga aku.. dan didik aku.. sehingakan kawan aku cakap.. "arghh.. boringnya.. tak ada variaty perangai..  kau dah la senyap.. suami kau senyap.. aku dah boleh agak situasi rumah korang.. suram..".. tapi dia tak tahu.. perangai aku macam mana.. hah lagi satu.. sifat bulan januari.. seorang yang pendiam tetapi kecoh apabila dirangsang.. kau kenal aku kau akan tau betapa kecohnya aku nie.. pot.. pet tanpa henti..

bila bercerita bab jodoh.. lama berjalan dan mengharungi kehidupan.. kekadang kau akan jumpa dengan manusia-manusia yang kau inginkan sebelum ini.. yea.. aku pernah rasa.. aku jumpa dengan manusia yang aku inginkan..  yang serupa dengan diri aku.. ibarat berkawan dengan cermin.. dan adakah ini jodoh..????

continued bab2 #mungkin jodoh..

Wednesday, March 16, 2016

Help and return back...


Kita memberi dia membalas.. dulu aku kira ini sikap yang bagus diamalkan.. kerana bersifat menghargai.. saat kau beri orang balas balik apa jasa yang telah kau lakukan.. tapi sekarang aku terfikir.. membalas semula bukanlah suatu sikap yang mampu menyempurnakan dan memuaskan hati manusia kalau benar-benar ingin kau membalas semula.. sebabnya manusia tidak pernah puas dengan apa yang dia ada.. tak pernah cukup.. walaupun segunung emas kau beri daripada setinggi bukit yang pernah kau dapat dulu.. manusia tetap akan tamak dan tidak menghargai sekiranya dalam hatinya menyatakan jasa dan pengorbanannya lebih daripada apa yang kau berikan padanya sekarang.. susahkan..

tapi kalau dalam hati kau.. simpan sikap iklas memberi.. walaupun sedikit.. walaupun tuba yang dibalas.. kau tetap redha dan tetap  rasa cukup dengan pemberian tersebut.. pengorbanan yang kau beri sebenarnya yang x pernah minta dibalas.. akan membuatkan rasa lebih tenang.. lebih rasa bersyukur dan lebih rasa dihargai walaupun manusia tidak menghargai pengorbanan yang telah kau berikan padanya..

Ya aku tahu... kita manusia yang ada khilaf.. sedikit sebanyak mesti terdetik juga di hati kecil untuk manusia lain menghargai setiap pengorbanan dan jasa yang telah kita berikan kepada orang lain.. tapi kekadang tanpa kita sedar.. pengorbanan dan pengharapan dan dipenuhi dengang keikhlasanlah yang lebih-lebih dihargai oleh manusia lain tanpa kita sedar.. dan dengan keikhlas tue jugalah.. sebenarnya melahirkan jiwa yang lebih tenang, gembira, tanpa ada penyakit hati dalam diri kita..

yup sekarang aku faham.. bukan return back yang yang aku perlukan dalam kehidapan.. tapi KEIKHLASAN  dari setiap pemberian yang kita bagi.. terima kasih tuhan kerana menyedarkan aku.. betul apa yang diperkatakan orang.. kekadang kehadiran sesorang dalam kehidupan kita sebenarnya memberi pengajaran kepada kita secara langsung dan tak langsung... mungkin sebelum nie aku rasakan diriku cukup sempurna dan terbaik.. tapi dengan kehadiran seseorang.. menyedarkan aku.. yea.. banyak.. masih banyak yang perlu aku baiki dalam kehidupan aku.. tanpa aku sedar.. mencari kesalahan dalam dirinya.. sebenarnya ibarat mencari kesalahan dalam diri aku.. kerana kebanyakan apa yang ingin dia cari adalah serupa seperti apa yang aku ingin.. ibarat refleksi diri.. disitu aku cuba mencari kesempurnaan diri.. walaupun aku tahu hakikatnya.. manusia tidak pernah sempurna.. tapi mencuba itu pasti...

Friday, March 11, 2016

Kerja vs Penyelidikan.. Mana satu pilihan anda?



Pada era ekonomi malaysia semakin gawat.. cita-cita aku pun perlu ditangguhkan.. aku rasa.. dulu biasiswa tampung lebih dari cukup.. sampai berlebih-lebihan mampu buat simpanan.. tapi sekarang.. biasiswa sikit ciput.. dan mungkin akan memakan kos kau sendiri untuk menyiapkan kajian yang kau jalankan.. urmmm..


Bermulanya disini..


22hb 2, 2016.. bermulalah detik-detik perjalanan hidupku sebagai penganggur  tak bertauliah.. this is first time, yang aku rasa peralihan waktu.. peralihan hidup aku yang aku rasa paling aku tak ada cita-cita dalam hidup.. well this is what people always call LOSER, right??..  yes.. i think it, and I am in that boundary... hidup yang tak punya cita-cita.. dan tak tahu mana nak tuju..

kalau dikira dari tarikh itu, hari ini adalah hari yang ke tujuh belas yang hidup aku macam manusia yang tiada goals, tiada aimsan tiada halatuju untuk pergi.. terasa juga macam hidup dalam sebahagian angan-angan mat jening.. yang mana menanti peluang pekerjaan dalam bidang sendiri ibarat tak berkesudahan.. bukan give up.. tapi ntah.. tetiba rasa diri nie loser sangat-sangat kali nie.. mostly apabila kawan-kawan terdekat dah dapat kerja.. kita disini.. sorang-sorang masih ternanti-nanti.. dan keluarga pula sibuk tanya apa kesudahan hidup aku selepas ini.. well ini boleh dipanggil sebagai.. rimas, menjengkelkan tak mau balik rumah.. nak silent phone.. taknak berhubungan dengan sapa-sapa... dan hiduplah menyendiri sendiri... tapi nie semua takkan berkesudahan.. dan bukan kesudahan yang baik..

okey.. kita lihat balik pada sejarah hidup aku.. jujur aku katakan.. sejak kecil.. aku manusia yang aim dan cita-cita sendiri dalam hidup.. walaupun aku bukanlah seorang budak yang bijak pandai.. dan skore dalam kelas.. tapi dengan cita-cita yang aku ada.. aku bawa diri aku hari demi hari ke peringkat yang tinggi tanpa mengalah.. sebab  aku sedar.. setiap kali kau usaha.. kau akan nampak hasilnya.. dan aku anggap pembelajaran seperti permainan game.. kalau harinie kau tak berjaya pada level nie.. esok kau cuba lagi dengan ubah strategi kau yang lebih baik supaya kau lebih cemerlang pada sebelumnya.. selalunya aku mampu.. aku berjaya dengan usaha itu.. tetapi dengan sedikit bangga.. aku mampu jatuh balik pada asalnya.. itu diri aku.. kelemahan dan kelebihan aku.. aku adalah pendorong diri aku sendiri.. apa yang aku inginkan.. mak ayah pula merupakan pemangkin atau perasa tambahan menjadikan aku naik dengan lebih cepat.. 

dari tadika.. aku dah ada aim ke sekolah mana untuk darjah 1 dan selepas darjah 6.. well biasalah kawan aku pandai-pandai diorang isi sekolah asrama penuh semua.. tapi aku punya kesedaran diri.. cukuplah aku ke sekolah kebangsaan biasa.. sama juga pada tingkatan 3.. sekali lagi diuji dengan rakan pandai-pandai sekolah aku berubah status ke sekolah kluster.. kau kebanyakkan pindah ke sekolah asrama penuh dan mrsm aku cukup aim aku masuk kelas sains di sekolah sedia ada yang aku belajar cukup.. dan aku isi juga borang sekolah teknik.. sebab aku tak yakin dengan keputusan peperiksaan aku.. tapi alhamdulillah result berpihak pada aku dan aku berjaya  memenuhi cita-cita aku untuk masuk kelas sains.. dan keputusan aku sebelumnya ke sekolah teknik aku tarik balik... delima kembali melanda.. lepas tingkatan 5.. aim aku selalunya tak adalah tinggi melangit.. aku sedar kemampuan diri.. kawan-kawan isi matrikulasi.. guru-guru war-warkan tentang borang tersebut.. aku buat bodoh jew tak pernah ambil port sebab aku pernah ada pengalaman sepupu gagal matrix.. so aku ambil keputusan untuk isi Diploma, kolej komuniti, politeknik dan kolej jururawat.. last keputusan aku rasa tingkatan 6 adalah pilihan terbaik.. yang mampu membawa aku ke cita-cita aku.. dan aku masuk tingkatan 6 selama tiga bulan.. rayuan aku diperingkat diploma diterima dengan tiba-tiba.. rezeki atau kebetulan tapi itulah kehidupan aku kini.. pada awalnya aku cuba tolak.. disebabkan kedudukannya yang jauh.. akhirnya disitu rezeki aku.. dan kini.. disini aku menatap dan cuba mencipta kerjaya.. UPM.. dan course perhutanan... disini aku kini... selepas habis diploma terus degree dan master..

itu cerita dulu.. tapi cerita hari ini.. apa hala tuju aku seterusnya.. 

memang.. memang aku tengah tunggu waktu untuk viva.. memuntahkan segala hasil kajian aku.. dan cita-cita aku seterusnya phd... tapi.. tapi sebelum tiba waktunya itu.. apa yang aku ingin lakukan dalam masa yang ada ini???

konfius.. asakan manusia nie sebenarnya bahaya jugakan.. kejap-kejap soalan bila nak habis study.. kejap-kejap soalan bila nak kawen.. kejap-kejap soalan bila nak kerja.. nasib baiklah aku tak diasak dengan soalan.. bila kau nak mati.. nampak sangat hidup aku dimuka bumi nie menganggu pandangan mereka-mereka walaupun tiada didepan mata mereka.. oh.. manusia..

sekarang.. bulan mac atau bulan yang ketiga..  viva entah bila.. dan konvonya pasti bulan 10.. yakin dan pasti.. phd.. aku nantikan biasiswa.. tapi biasiswa kali nie terlalu sedikit.. membuatkan aku terkira-kira untuk sambung atau kerja..sebab aku nampak peritnya perjalanan hidup itu.. tapi aku pasti.. aku akan meneruskan cita-cita itu.. usahanya sikit saja lagi.. insyaallah.. moga dipermudahkan ya allah... aamiinnn..

Friday, March 4, 2016

Tension dengan manusia....


Argh...
aku rasa aku akan sangat bersyukur.. kalau hati aku keras macam batu dah benci gila-gila dengan manusia nie lah daripada aku ada perasaan dengan dia... bengok betul aku rasa.. macam kena dipermainkan...

First bajet mesra.... tapi sangat menyakitkan hati orang.... arghhh... before nie ok jew.. sekarang dah jadi perangai gila apa ntah..

depan orang lain bajet tunjuk bagus lagi bila dengan aku.. then bila aku mesej dia jew personal mulalah buat perangai bukan-bukan fine.... okey.. okey... aku buang kau.. nyah.. nyah dari hidup aku... aku tak mau kau dah.... jangan datang lagi dalam hidup aku.... jangan kacau sikit pun... 
AKU BENCI KAU!!!!! AKU BENCI!!!!

terasa menyesal weh aku tolong kauhari tue.. taknak tolong kau dah lepas nie... taknah dah.. jangan buat lembut leher depan aku lagi.. aku dah tak nak...

ya allah tolong aku lupakan tentang hambamu yang seorang tue dari kepala aku...
hilangkanlah semua ingatan aku tentang dia.. aku rasa sakit macam nie..


Friday, February 12, 2016

hidup dan kehidupan..



saat nie aku terfikiran mengenai arah hidup aku.. yang aku sendiri belum pasti.. kekadang aku rasa jatuh dan kecewa sangat.. kekadang aku rasa sangat bersemangat untuk meneruskan perjalanan hidup nie.. dan kekadang aku rasa pening dengan hala tuju yang aku sendiri tak pasti..

2016.. umurku telah berganjak ke 27 tahun.. masih lagi dalam kehidupan yang tak pasti.. kerjaya, cita-cita dan keluarga.. masih bergantung harap pada ibubapa.. tanpa mampu membalas apa-apa pun jasa yang pernah dicurahkan mereka kepada aku.. pada usia yang dikira cukup matang bagi orang lain..

aku masih dengan hidup aku yang belum pasti..

Monday, January 4, 2016

kata orang : Cakap Pandang atas..



Hari nie aku nak ambil port tentang pendapat orang kat aku...
Ada beberapa orang.. sangat marah bila dia cakap dengan aku.. aku pandang atas.. tak pandang muka dia.. katanya.. aku cuba sembunyikan cerita yang sebenar.. tipu dia dan tak ceritakan kenyataan yang sebenar ataupun cuba ubah sikit jalan cerita agar tak sakitkan hati dia..

Hakikatnya itu tak benar..
Mungkin.. (ini untuk kemungkinan jew.. sebab aku sendiri tak pasti apa pandangan orang terhadap aku.. tapi aku rasa mungkin begitu..) diorang anggap aku nie jenis kawan yang taknak sakitkan hati kawan.. ataupun.. CUBA BERCAKAP BAIK DIHADAPAN tapi dibelakang tak pasti macam mana.. ataupun aku jenis manusia yang suka tunjuk baik.. control dan sebagainya..

Hakikatnya.. aku nie sebenarnya.. 
manusia yang hanya cuba berikan hakikat yang sebenar.. yang ingin seseorang tue tahu.. apa yang dia nak tahu..  tak ada tujuan aku pun nak tunjuk baik.. dan sebagainya.. sebab aku sendiri tak suka orang yang hipokrit.. depan nak tunjuk baik belakang macam lain.. kalau boleh.. aku nak apa yang aku sampaikan pada kawan-kawan aku tue.. semua yang aku cakap.. diorang ambil pengajaran.. kalau aku cakap benda yang tak baik,.. diorang cuba ubah diri kepada yang lebih baik.. maksudnya ada imput la setiap apa yang aku ceritakan.. tue maksud aku cakap sebenarnya.. tapi kawan-kawan tak paham diorang tetap cakap aku nak tunjuk baik.. lagi satu hal.. bila cerita aku selalu pandang atas.. bukan maksud aku bela hantu raya kew yang aku tak pandang muka orang waktu cakap.. atau aku takut pandang muka dia kew apa.. ataupun.. aku tak suka tengok muka dia kew.. bukan maksud aku.. aku tak pandang muka orang sebab aku.. selalu terlupa apa yang orang cakap.. dan aku tak suka untuk sampaikan cerita yang lari dari maksud sebenar.. sebab aku sendiri rasa sangat marah kalau sesorang salah tafsir maksud cerita aku dan sampaikan dekat orang lain... tue sebablah.. bila aku nak cerita kat orang.. aku cuba ingat betul2.. supaya apa yang aku cerita.. betul dengan keadaan sebenar ataupun sama dengan cerita orang sebelumnya.. itu maksud sebenar bila aku cerita tak pandang muka orang.. sebab aku nak ingat kembali.. tapi orang selalu salah anggapkan..