Sunday, December 31, 2017

AZAM 2018

Hai.. malam tahun baru..

Tadi bila tengok my timeline blog nie.. maksudnya tahun nie paling sikit post cerita... 12 post jew.. tahun 2016 ada 18 post.. so kalau cerita ini berjaya di post sebelum pukul 12 malam means tahun nie punya 13 post la.. okey boleh la kan.. daripada x ada langsung... (sebab wujud satu blog tentang kekecewaan hati.. itu sebab blog nie kurang entry.. okey abaikan la tentang tue dah malas nak ingat.. sekarang aku nak fokus pada blog nie je..)

 Lagi 70 minit... nak masuk 2018 dah.. sebab sebelumnya.. iaitu tahun 2017 aku banyak sangat benda yang bagi aku tak puas hati.. atau dalam erti kata lain tahun 2017 adalah tahun yang mana aku masih terkontang kanting lagi mencari arah tuju kehidupan.. aku tak nampak apa aim aku untuk kedepan.. dan aku rasa hidup aku 2017 lebih kepada redha jew la... follow the rule... tak ada matlamat dan tak ada ketetapan.. so lebih kepada pengharapan  bagai tunggu bulan jatuh keriba.. 

So ,2018 aku harap aku more energy then before.. tak mahu jadi bagai tunggu bulan jatuh ke riba.. dan kalau boleh tahun nie aku nak cipta pesawat aku sendiri untuk aku betul-betul sampai ke bulan...

Impian aku sebelum-belumnya... nak pergi umrah dengan parent dah tercapai.. nak nak belajar sampai master dah tercapai.. nak jalan-jalan di kota kinabalu dah tercapai..

Next aims..  untuk tahun 2018, jangka pendek; of couse aku nak 
1. aku dapat berjimat cermat duit gaji yang aku kerja sekarang (tuisyen n insurans).. dan dapat kumpul duit banyak-banyak supaya mudah aku nak sambung study dan nak buat apa yang aku nak..
2. student semakin meningkat, dalam masa yang sama sistem pengajaran aku pun dapat difahami sepenuhnya oleh student aku dan dapat mengaplikasikan segala ilmu yang aku bagi pada mereka sebaik mungkin..
4. tingkatkan penguasaan bahasa inggelish dan penulisan.. moga boleh publish paper di high impact lagi.. 
4. aku harap sangat tahun 2018 aku dapat scholarship yang mahal-mahal yang dapat support aku study sepenuhnya dan dapat sara aku sepenuhnya sepanjang phd aku...
3. diberi keberkatan sepanjang perjalanan phd dan dipermudahkan semua urusan sehingga bergraduat dan dapat habiskan study dalam masa 3 tahun sahaja (GOT)..

Aims kebendaan..
1. lepas habis graduat aku mesti dapat kerja dah ( so waktu study phd please dah start semak-semak peluang kemasukan pensyarah or researcher yang mana berkaitan)...
2. nak ada kerete sendiri.. tanah sendiri..
3. 30 y/o mesti dah ada pasangan hidup dan dah ready untuk mendirikan mahligai impian duniawi ukhrawi... ( kawen umur 30 hokey.. insyaallah)..
4. pergi jalan-jalan luar negara dengan family.. bandung please.., trip jalan-jalan dengan kawan jepun, australia, poland,switzeland... 

Benda yang paling penting sekali nak tingkatkan dalam hidup..
1. sentiasa dekatkan diri dengan Allah.. perbaiki amalan wajib, tingkatkan amalan sunat dan jauhi larangannya.. jaga aurat dan benda-benda yang tak elok jauhkan..
2. tingkatkan kemahiran dalam diri masa dan kemahiran lain.. penguasaan bahasa juga (english n arab kalau boleh)
3. nak hafal surah... nak faham makna.. nak orang ajar ngaji lagi..
4. nak buang sifat-sifat negetif dalam diri.. nak hidup yang sentiasa positif.. insyallah..

dah cukup-cukup dulu.. rasa macam sama jew dengan tahun-tahun lain.. tapi harapnya dapat improve dan lakukan yang ternaik tahun nie.. chaiyuk.. aja-aja fight!!.. insyaallah...

Done before 00:00:01.. ahak (*_ <)//







Tuesday, December 26, 2017

My master 2013-2017


Assalamuaalaikum... selamat malam..

nie la buku hikmat aku.. yang sentiasa menemani aku sepanjang pengajian masterku.. dia lah yang menyimpan setiap perjalanan hidup, pahit getir manis pengajian.. semua tertulis dalam tue... disitulah objektif kajian, disitu juga segala problem statement.. method, LR versi sendiri nak kenal alam serangga bernama lepidoptera dan sebagainya.. dan disitu juga doa-doa mohon kekuatan jenis-jenis solat yang aku pelajari.. hingga ke mekah dia pergi menemani aku tau.. sentiasa disisipkan dalam beg sehinggakan ada sorang makcik datang tegur aku.." bagus la adik nie.. jalan-jalan pun bawa buku nota catat semuanya.." waktu tue makcik nie tegur aku selepas solat zohor di madinah dia nak tau perkembangan di tanah suci mekah.. sebab esok dia akan bertolak ke mekah.. manakala waktu tue aku baru sampai madinah dari mekah.. keluarkan buku nota kononnya nak inform waktu solat pada dia.. sebab di mekah pintu akan ditutup 15-20 minit sebelum masuk waktu solat.. so kena prepare awal dan ambil tempat awal di dalam masjid kalau betul-betul nak solat didalam masjid mengadap kaabah depan mata kita.. nanti aku buat entry khas untuk umrah yea..

Nampak perjalanan master aku macam 4 tahun.. tapi hakikatnya master aku habis dalam masa lebih kurang 3 tahun jew.. pertamanya setahun aku tunggu untuk konvo selepas submit thesis dan 1 semester lagi tunggu untuk viva.. so waktu senggang aku sangat banyak.. dan inilah yang menyebabkan aku rasa tak buat apa-apa gelebah semacam dan sibuk nak cari kerja.. dan  rasa macam terlalu lama menganggur..

Pengajian aku bermula september 2013. Pada semester pertama kami atau aku hanya fokus pada persiapan kertas kerja, proposal defense dan kelas study method untuk penyelidikan.. kalau ikutkan syarat universiti mewajibkan setiap student master research untuk mempunyai sekurang-kurangnya 9 kredit subjek sebelum bergraduat.. tapi disebabkan kami student GRF, diwajibkan menghandle kelas atau amali setiap semester 4 jam kredit jadi kami dikecualikan untuk 9 jam kredit kelas... so aku hanya ambil satu kelas sahaja research method untuk preparation kepada study site..settle semester satu dengan 3 benda tersebut (kelas study method, proposol defense n research). 

semester kedua dan ketiga sepenuhnya fokus kepada data collection... tak ada cuti tak ada gap kecuali cuti hari raya.. hari lain collect data macam biasa.. time tue juga ada selang seli dengan projek konsultant.. so boleh tambah ilmu pengetahuan mengenai bidang kajian kami..  dan juga handle wildlife camp untuk student degree..  pertengahan semester 3 dah habis collect data dan selesai.. mula susun,  analisis dan run data-data yang diperolehi...  semester empat dan lima dah start writing untuk journal paper dan thesis..  setahun juga benda tue berjalan.. terutama paper la.. jap kena reject.. jap tak memenuhi syarat dan piawaian journal tersebut.. macam-macam lah time tue.. awal semester 5 aku dah hantar notis penyerahan thesis (borang GS14a) so pada masa tue sv aku dah buat penamaan calon untuk examiner aku dah masuk dalam rekod student portal pada 28 Julai 2015 dah ada rekod. 3 bulan struggle siapkan thesis untuk submit pada sgs.. 

Pengakhiran semester 5,  tanggal 19 Februari 2016, akhirnya aku telah berjaya menghantar thesis aku ke sgs bersama-sama dengan borang 15a.. menandakan berakhirnya sedikit kegelisahan aku zaman master dan dengan itu juga mengistiharkan yuran pengajian aku bagi semester 6 hanyalah RM350 sahaja..dan daftar kursus seperti biasa.. walaupun  telah berjaya menghantar thesis. Start dari situ mulalah saat-saat menganggur aku dan carian-carian kerja yang tidak berkesudahan ini..

Debaran kian terasa semula bila, tunggu punya tunggu tak panggil-panggil juga untuk viva.. 3 bulan 4 bulan tak panggil-panggil lagi.. awal bulan Julai 2016 baru aku dapat call untuk confirmkan tarikh viva.. tue pun dua kali dia call dan cancle dengan tarikh tersebut dan akhir sekali 22 ogos 2016 barulah betul-betul tarikh viva aku yang sebenar, dan aku viva pagi di bilik viva 4.. dua hari sebelum aku viva kawan aku viva dulu.. so aku pergi tengok macam mana dia viva waktu tue dan sama-sama rasa debarannya lah time tue.. time aku viva dia tak dibenarkan masuk.. so viva nie ikut kebenaran dari examiner la kalau examiner tak nak pengerusi majlis xboleh nak benarkan orang luar tengok situasi perbahasan tersebut.. kalau waktu kawan aku tue chairman n examiner ok so aku okey jew untuk stay skali dalam bilik viva.. 

lepas viva tengok la keputusan examiner.. kalau major correction dia akan bagi masa dalam 3 bulan untuk siapkan manakala untuk minor correction diberi masa dalam seminggu hingga sebulan untuk disiapkan bergantung kepada budi bicara chairman dan examiner.. tempoh tersebut aku bermula selepas  report viva dikeluarkan..  kalau ikutkan dari tarikh viva dengan correction aku time tue sebenarnya sempat je untuk aku siapkan correction and konvo pada tahun tue juga iaitu 2016... tapi disebabkan memikirkan kena konvo sorang.. dan last dah dengan kawan-kawan so aku ambil keputusan untuk tunggu jew la konvo ramai-ramai dengan yang lain.. thesis aku betul-betul hantar sekali borang pengesahan bergraduat semua adalah pada 27 Oktober 2016. so beberapa hari selepas konvokesyen.. paper aku pula accepted sehari sebelum aku viva.. so antar penyelamat aku juga time viva tue sebab paper dah diterima oleh journal yang berimpak tinggi wiley.. 20 november 2016 offically aku keluar kolej dan tamat sudah sebagai student di UPM..  20 Disember 2016 nama aku dah disenarai senat untuk bergraduat pada tahun 2017.. 2 oktober terima surat konvokesyen dan majlis konvokesyena aku pada 6 november 2017.

Kalau dilihat pada yuran pengajian aku.. aku student GRF.. so akan diberi pengecualian yuran pengajian selama dua tahun pengajian.. yuran pendaftaran  awal pengajian memang kena RM2400 tapi aku ada mohon MyBrain15 so yuran tue akan diberi semula pada semester ke tiga dengan dua kali pembayaran RM900 dan RM1500... yuran-yuran seterusnya dibayar sepenuhnya oleh mybrain dan semester kelima aku kena buat pembayaran sendiri la time tue RM1850 tapi beberapa bulan berikutnya aku dapati bahawa peruntukan yuran bagi mybrain aku masih belum melebihi RM10K seperti peruntukan yang ditetapkan.. disitu aku jumpa bendahari dan buat claim untuk yuran semester 5 alhamdulillah berjaya.. memandangkan waktu tue pun ekonomi aku meleset so.. alhamdulillah la boleh dapat semula duit tersebut..  yuran seterusnya semester 6 dalam bajet la sebab dah hantar thesis so RM350.. selepas selesai hardbound.. yuran berbaki dari RM10K tue masih lagi boleh claim untuk thesis.. sila rujuk balik perjanjian dengan mybrain.. sekiranya masih berbaki ada hak untuk pelajar claim semula duit tersebut tidak melebihi RM3000.. alhamdulillah untuk aku semua selesai.. untuk next pengajian harap dipermudahkan juga seperti ini aamiinn..





Monday, December 25, 2017

Cerita terlepas 2016-2017

Hai Assalamualikum..

Afternoon christmas. While orang pergi kenduri  n berjalan di kala cuti, aku prefer duduk rumah sorang-sorang. Hayati the leisure of time. Perut kenyang rumah dah kemas, orang pun xde kita nak sembang.. so nie adalah time untuk scroll balik cerita lama-lama yang pernah aku tulis di blog suatu ketika dulu.. lama tau blog aku bersawang.. so aku start jelajah balik aktiviti aku dari zaman diploma hinggalah master sekarang... conclusion yang aku boleh buat berdasarkan blog aku.. and nampak sangat.. di penghujung master emosi aku mula bersepah..  terutama start aku kena writing lepas aku dah habis collect data.. iaitu awal 2015 sebenarnya tapi emosi damage teruk start 2016 keatas.. tue faktor mungkin waktu tue banyak senggang.. otak terlalu banyak fokus pada writing dan submited schedule menyebabkan otak penuh dengan tension tau nak bergaduh dan cari salah orang jew time tue.. hahahha... kalau baca balik penulisan aku dalam blog nie pun time tue penuh dengan luahan perasaan jew.. kecewa la.. itu la.. ini lah.. xde langsung yang mengembirakan kan ke ? where is happening life time tue..? ada sebenarnya cuma tak terlalu mengfokus.. atau menghayati sewaktu tue jew.. mungkin juga sebab mood untuk menulis blog kurang.. kerana kehidupan time tue penuh dengan orang disekeliling.. maklumlah.. blog hanya tempat melepaskan perasaan yang sunyi ja.. ah.. tapi tanpa sedar dia jugalah tempat cerita sumber inspirasi, tempat simpan kenangan dan mungkin tempat yang xboleh dilupakan juga... okey sayang kamu blog.. sebab banyak simpan memori suka duka aku.. hahah..

ok back.. so hari nie nak cerita dulu apa aktiviti sebenarnya yang terlepas di 2015-2017 yang tak diceritakan.. hanya tutup dengan awan mendung perasaan jew.. jom buka buka lama jap...

LATIBA 22 Okt - 6 November 2015
Latihan Tahunan pegawai simpanan tentera laut nie  kali kedua yang aku join... pertamanya yang pernah aku join dengan zamir allan dan jah dan yang keduanya aku, anis, insyirah dan wan. sebab benda tu dah lama sangat terjadi aku susah nak ingat mana satu aktiviti dia sebab terkeliru dengan yang sebelum-sebelumnya.. tapi yang pasti latihan ini ada melibatkan pelayar kami ke langkawi.. owh yang nie mungkin anis tak ada.. pelayaran kami ke langkawi mengambil masa 5 hari termasuk latihan diperairan dan cara pengendalian kapal sekiranya terdapat kebocoran, bantuan penyelamat kapal barang dan apabila diserang dengan penjenayah.. aktiviti dia memang best..


Program Consulting 
Nie kerja samping waktu aku study master kalau kerja sebagai projek consultant aku dapat dalam RM150 sehari.. nie pun lebih kurang tue juga.. tapi nie just kami handle program untuk seminar.. contoh ada agensi nak buat seminar.. kami akan pergi check tempat tue.. pastikan kemudahan yang ada pada peserta program.. barang-barang yang diperlukan label tempat dan sedia peralatan sediakan makan minum, uruskan pendaftaran dan sijil para peserta mengikut pemintaan perbadanan tue la.. untuk program nie aku join diorang tiga tempat iaitu Melaka, Bangi dan Terangganu.. tak ada la rushing sangat ok jew.. yang pasti penginapan dan makan minum diorang sediakan.. dan RM300 confirm untuk 2 hari handle program.. senang-senang je kan dapat pakej berjalan lagi hilangkan stress.. duit tambang perjalanan disediakan... so aku relax jew la waktu tue berjalankan.. dapat tinggal di hotel mewah pulak tue..

Eneumoretor ( 8 Okt -14 Oktober 2016)
Ni pun kerja sampingan juga aku buat sebelum aku submit last thesis after correction viva.. nie kira kerja sambilan sambil tunggu doc aku check thesis nak dihantar semula sebelum buat hardboud..  Kerja ini adalah kajian servai di kampung nelayan untuk projek konservasi dugung di kawasan mersing... upah dia RM50 sehari pengangkutan dan penginapan disediakan.. sepanjang kajian tue aku rasa aku dapat banyak benda baru. Pertama, kenalan. aku budak wildlife banyak hidup dengan geng aku jew.. hingga aku tak kenal yang lain.. bila dengan diorang  aku dapat kawan baru dari kalangan budak rekreasi dan ilmu baru sebab diorang dari kalangan student phd banyak la yang open aku punya minda bila berkawan dengan diorang. Kedua tentang masyarakat nelayan disana. By my observation, kadang-kadang pembangunan itu bagus dan adakalanya dia agak menyusahkan rakyat. kat sini bila aku buat kajian servai tue sendiri aku boleh nampak pelbagai keluhan dan pendapat masyarakat yang mungkin kita tak sedar.. dalam kita sendiri sebagai yang atas bina itu ini untuk kebaikan umum kononnya tetapi sebenarnya dalam pada masa yang sama menindas golongan-golongan minoriti secara tak langsung.. kawasan mersing yang kita sedia maklumat semakin meningkat dari segi prasarana disebabkan oleh kawasan lautnya yang cantik mampu meningkat kadar kehadiran pelancong di kawasan tersebut.. yup rata-rata kawasan laut yang kami servai dan cari para nelayan di kawasan tersebut, semakin banyak dibina dan digazetkan sebagaikan kawasan kerajaan negeri.. yang dibina untuk tarikan pelancong. Tapi dalam sedar tak sedar, pembinaan tersebut telah sedikit sebanyak mengurangkan mata pencarian penduduk tempatan. sebab apa kawasan untuk nelayan menangkap ikan semakin berkurang terutama buat nelayan boat kecil sebab kebanyakan kawasan digazetkan untuk pulau.. nelayan kebanyak komen mata pencarian mereka hilang disebabkan ikan-ikan banyak berlari ke pulau sebab lebih banyak terumbu disana.. penduduk setempat ibarat ditindas.. terumbu ada.. orang luar curi pukat tunda orang luar yang pakai musnahkan habitat buat jahat.. semuanya diterima oleh penduduk tempatan.. peluang pekerjaan  berapa orang sangat yang boleh isi peluang tersebut dan kebanyakan juga masih ambil orang luar so penduduk tempatan terima apa ja.. itulah anatara keluhan-keluhan yang kami terima.. so sebagai orang tengah.. suara-suara tersebut cuba dibawa ke atas.. tetapi ntah la diikutkan atau tidak..






my team survey... dugong n seagrass conservation's team.


tu la antara pengalaman-pengalaman aku mengisi kekosongan tahun 2016-2017.. dan dalam tahun tue juga dua kali pergi sabah.. pertama jalan-jalan kedua hantar adik sambung belajar disana..



our chalet lodge.. really cool and freeze..

dan jalan-jalan di besut kuala terangganu juga, kawen my kuzen,,.....



budak kecik nie macam first time jumpa laut berlari tengah panas cari laut n nak main dengan ombak..



sekian,, xoxo



Kinohimitsu review..

Assalamualikum.. HELLO PEEPS..

Disebabkan esok cuti krismis.. ingat malam nie nak berjimba sikit dengan internet.. tapi mata deme sekarang dah tak mampu bertahan lama.. after pukul 11 malam je automatik rasa mengantuk dah menebal, dah nampak bantal n tilam jew... sebelum jam berganjak ke pukul 12 malam.. jom kita tengok jap hasil-hasil research sis dapat mengenai produk kecantikan inside out  buatan jepun nie..

Mostly bila sis baca review mengenai produk kinohimitsu nie, majoriti  pengguna adalah dikalangan chinese around 25-35 y/o yang kebanyakan kulit cerah tapi kusam dan kulit mula ada garis-garis halus..  so after menggunakannya, mostly cakap ada perubahan especially produk kinohimatsu diamond 3500mg.. eyebag, garis halus dan kedutan pada wajah semakin berkurang, liang pori semakin mengecil, muka kurang berminyak dan semakin anjal, dan penggunaan dalam tempoh yang lama mampu mencerahkan kulit dan menegangkan kulit wajah.. kesannya boleh dilihat pada penggunaan  lebih 21 hari..  bagi aku kesan yang hebat jugalah.. sebab rata-rata testimoni dan review ada menunjukkan gambar-gambar sebelum consume dan selepas consume.. so ternyata agak berkesan.. dan memberi perubahan kepada pengguna..

Aku kalau bab produk dari jepun nie aku percaya sikit.. sebab diorang sendiri lebih suka benda yang bersifat natural, so aku assume kuranglah penggunaan bahan kimia dalam penggunaan produk kan.. (wlupun a few part mungkin x juga, sebab aku pernah baca artikel mengenai satu kilang radioaktif dekat jepun yang nak buang sisa toksik dia ke dalam laut, tapi masih menjadi bahan pendebatan negera-negara luar kerana mungkin menyebabkan kemusnahan dan pencemaran bagi habitat akuatik di laut-laut negara berhampiran..)  so depend on diri sendiri la nak letak kepercayaan yang macam mana kan..  untuk produk inside out nie.. ataupun senang cerita produk kecantikan kolegen dari jepun nie banyak sebenarnya di drugstore di watsons, guardians dan sebagainya kan... contohnya NH colla-plus,  brands innershine, firmUp+, kinohimitsu dan lain-lain lagi.. tapi aku lebih prefer kinohimitsu..

1. mungkin sebab nie produk first yang aku jumpa sebelum produk lain.
2. produk yang banyak review tentang kebaikkan dia..  [produk lain pun mungkin banyak kebaikan tapi bila aku klik butang review, tak banyak story tentang diorang..]
3. produk yang murah waktu aku jumpa [sebab tengah discount kan.. kalau ikutkan FirmUp+ lagi murah (16 botol RM84 bkn discount), NH colla-plus (16botol RM98 bkn discount) so lagi murah dari kinohimitsu diamond collegen  )
4. kinohimitsu lagi sedap rasanya daripada NH ( NH ada rasa hanyir sikit).. tp yang lain-lain aku tak pernah rasa.. kelebihan consume NH nie, setiap kali pembelian dapat la plastic box percuma.. dapat la simpan benda lain dalamnya nnt.. khas untuk set 16botol...

Innershine aku baca review dia, lebih kurang juga dengan kinohimitsu.. kesan dia boleh tahan hebat.. antaranya pengguna menyatakan  kesan daripada penggunaan mampu membuatkan kulit rasa halus, cerah, lebih anjal dan hilang kesan garisan pada senyuman, kalau yang jenis nocturnal (berjaga malam) esok bangun lambat pun kulit tak jadi kusam dan tak nampak sangat sembab tidur tue.. tapi cara consume dia tue boleh ambil 1-3 saclet setiap hari dan dia punya, dalam bentuk jelly yang mempunyai 3 rasa pilihan iaitu oren, anggur dan beri.. majoriti menyatakan rasanya sedap.. so xde masalah untuk ambil 3 saclet sehari.. tapi bagi aku yang jenis berjimat cermat nie, aku rasa macam tak berbaloi pula.. memang kesan dia boleh dilihat dalam masa 2 minggu jew sebab kaya dengan kandungan vitamin c dan b3... tapi bagi aku yang nak jimat dan berterusan rasanya x perlu kot kandungan dose yang tinggi dan banyak dalam satu hari.. 1 hari ambil 3 saclet dose dia dah banyak at same time, n makan hari-hari.. n makin banyak la bajet keluar bulan-bulan untuk produk nie ja.. kalau sebulan sekali kira ok la lagi..

kinohimitsu  penggunaan dia  16 botol bertahan sebulan.. while consumer need to take 6 botol pada awal-awal pengambilan (sehari sebotol) dan 2 hari ambil 1 botol pada hari-hari berikutnya.. rasa dia lebih kepada rasa jus laici jew sebenarnya tapi bagi aku.. mampu bertahan perut juga la bila ambil waktu pagi.. sebab rasanya sangat manis.. tapi yang aku perasan dari semua review effect dia semua adalah effect yang sementara.. kau ambil kau rasala effect.. bila kau tinggal  back la pada asalnya.. untuk semua jenis produk.. kalau ada yang cakap pengambilanan produk-produk nie adalah placebo, ataupun kuasa minda kau je rasa cantik hakikatnya xde pun.. aku rasa x.. sebab gambar pengguna dan bila aku guna pun ada rasa perubahan dia.. cuma dia berlaku dalam kadar yang sedikit..yang bukan perubahan ketara dalam masa yang terdekat...

bagi pendapat aku sebagai pengguna yang dah habis satu kotak dan masuk kotak kedua, consume kinohimitsu collagen 5300mg nie.. aku rasa muka aku kurang sikit jerawat pasir, kurang sikit kusam walaupun masih ada kusam, kulit nampak la light sikit walaupun hakikatnya aku tetap sawa matang, kesan parut dimuka pudar sikit untuk parut lama, parut baru tetap macam tue juga.. eyebag ya kurang sikit.. sebelum ni aku perasan aku dah start ada garis halus di bahagian hujung mata, sebelah mulut dan tepi hidung.. sekarang dah tak ada... owh itu jew la kot.. actually kinohimitsu collagen 5300mg nie sepatutnya untuk umur 30 sebab mungkin dose dia tinggi dan kurang sesuai pada yang umur 30 kebawah.. orang yang sesuai mengambilnya adalah orang yang selalu bekerja bawah sinaran uv, kerja shift, suka kopi, banyak travel, selalu stay up  banyak duduk dalam air-cond dan sebagainya la yang menyebabkan kulit kering dan sangat tak bermaya.. boleh mengambilnya sebab perkara-perkara diatas akan meneyebabkan seseorang kurang kadar kolegen dalam badan.. aku lepas guna kinohimitsu diamond aku berpuas hati.. boleh la bagi 4.5 bintang dari 5.. lepas nie aku rasa aku nak stop makan nie sebab dose dia xsesuai dengan umur aku.. n aku rasa aku nak try kinohimitsu uv-bright pula.. sebab aku jenis kulit yang mudah sunburn.. naik motor 10 minit pun kulit dah hangus terbakar.. gelap gila tangan.. dan memang ketara la rupa tangan dan mukanya.. so.. maybe uv-bright lagi better.. dan tahap keanjalan semua rata-rata yang menggunakan masih menyatakan benda yang sama.. tapi diamond 5300mg lagi bagus untuk keanjalan kulit la compare yang lain...

Tengok.. menaip benda-benda mengarut macam nie pun dah ambil masa 2 jam menaip.. cerita benda yang semua dah ada dalam kepala dah ja.. macam mana la nak tulis  thesis bagi cepat.. kalau macam nie gayanya kan... hahahahh.. okey la daa.. nite and selamat malam...

 XOXO..









Friday, December 22, 2017

Boiling Frog..

Pernah dengar mengenai prinsip psikologi " Boiling Frog". Prinsip ini adalah kerana keselesaan yang mampu membunuh hidup seseorang. Kalau dilihat kepada teori prinsip ini, katak yang ditinggalkan dalam periuk yang mendidih, masih boleh duduk lagi menetap didalam periuk itu walaupun menyedari periuk sedang mendidih. Lumrahnya benda hidup, dia boleh melompat keluar dari periuk bila sedar akan kepanasan air yang didih tadi. Tetapi disebabkan terlalu selesa, dia membiarkan dirinya mati disebabkan kepanasan air. Itu konsep yang diterapkan dalam prinsip ini,  dan kita sebagai manusia elakkan dari menjadi the boil frog ini, kerana ia akan memusnahkan kehidupan kita sendiri..

Berbalik kepada cerita kehidupan aku. Aku kira setahun dalam haluan mencari halu tuju yang sebenar. 2017 mengajar aku banyak benda yang baru yang pahit yang tak pernah aku lalui dalam hidup. Ia betul-betul mengajar aku sesuatu terutamanya bab perasaan, tanggungjawab dan halatuju yang bukan mudah dirancang dan sepenuhnya bukan mudah apa yang kita fikirkan. Sebolehnya, biarlah 2017 berlalu sebagai suatu pengalaman bagi aku dan 2018 adalah satu kehidupan yang baru yang mampu mencorak kehidupan yang lebih cerah dimasa hadapan.

Pengalaman 2017:
- hati dan perasaan- aku manusia yang hati keras dan penuh dengan emosi perasaan dan kehendak sendiri. mencinta dan dicintai bukanlah suatu matlamat aku. dan keegoan adalah sesuatu yang terserlah dalam mengecapi kerjaya yang diinginkan. sehinggakan kekadang mengabaikan perasaan manusia-manusia disekeliling yang cuba menerima hati kita. 2017 membawa aku pengalaman yang baru, yang mana aku tersungkur dengan namanya perasaan dan naluri ingin dicintai. tak semudah yang kita impikan saat kita dah mampu memberi kasih, kadangkala kasih orang bukan milik kita lagi, cinta kita mula ditepikan dan ditumpukan pada suatu yang baru. saat nie aku merasai perasaan manusia-manusia yang pernah mengalami putus cinta. melepaskan kasih bukan pada miliknya. kadang-kadang aku tak dapat terima kenyataan itu. tak logik dek akal kenapa manusia selama ini yang memeberi perhatian berubah arah tujunya.. tapi itulah lumrah kehidupan insan, hati ini milik Allah sekejap sahaja kalau dia ingin menguji engkau.. dan engkau lihatlah kebesarannya. dan alhamdulillah dengan redha Dia juga dan pertolongan dari Dia juga.. aku mampu kembali hati aku kepada sediakala. walaupun berparut, biarlah ia ditinggalkan sebagai pengajaran buat aku. hargailah hati-hati manusia yang mengasih kita dan berkawan biarlah berpada-pada, jangan mudah terbahagi hati...

- kerjaya dan halatuju- sukar... dan jawapan yang tak pasti... ya allah bantu aku.. aku sangat buntu dengan kehidupan aku sekarang.. aku sangat-sangat perlukan kerjaya yang stabil, yang masuk dengan jiwaku, dalam masa yang sama mampu membantu keluargaku ibubapaku supaya lebih stabil lagi kehidupan mereka dan lebih  memberi keselesaan kepada mereka. Aamiin. buat masa sekarang dah banyak sangat aku isi kekosongan dan peluang-peluang pekerjaan dalam bidang aku. tapi rata-rata langsung tidak memberi respon pada aku.. kekadang rasa give up dan kecewa juga dengan diri sendiri.. tapi usaha akhir aku.. yup sambung pengajian.. setakat ini takde respon negetif.. moga dipermudahkan perjalanan pengajian aku diperingkat seterusnya dan mohon ya Allah mohon cita-citaku ingin jadi pendidik dan penyelidik tercapai..

-kerja yang sekarang- yup ini yang berkaitan dengan the boiling frog... selepas tamat pengajian diperingkat master  ( november 2016), sempat jugalah aku rasa menganggur dan rasa hidup tak bermatlamat selama 2 bulan.. akhirnya januari 2017 satu pusat tuisyen ditempat aku dibuka dan kebetulan tiada cikgu yang mengajar, aku volunteerkan diri untuk mengajar di pengakhiran januari 2017.. start dari situ aku mengajar sehinggalah sekarang disember 2017 dalam subjek matematik dan sains sekolah rendah dan menengah. boleh la sebulan maksimum pernah aku dapat RM450 dan average lain-lain bulan mostly dalam RM150 ja.. tapi boleh la.. hidup rasa macam berilmu la sikit sebab bila mengajar kau sendiri boleh refresh balik apa yang lama-lama kau belajar dulu. Dalam masa yang sama, sentiasa gerakan otak kau untuk berkomunikasi secara berkesan dengan student-student kau dan otak tak adalah jem sangatkan.. sebab gerak juga hujung-hujung minggu.  Aku perasan sesuatu juga, waktu interview rasa lancar sikit untuk bercerita berbanding dulu-dulu mungkin sebab kemahiran komunikasi waktu tuisyen dan mungkin juga berkat doa-doa yang aku before masuk iv mungkin. Aku suka dengan situasi pemgajaran nie sebab aku dapat berkongsi ilmu dengan student aku. so aku tak kisah sangat dengan gaji dia semua dan tekanan pun tak banyak, sebab student pun kebanyakan mereka-meraka yang betul-betul nak belajar  dan so kita  pun semangat nak mengajar.. overall semua ok je.. gaji sikit aku tak kisah asal aku suka dan dapat tabur bakti... tapi yang aku tak selesa dan sangat-sangat tak selesa dan bagi aku kekadang aku rasa tertekan adalah bekerja insuran..
1. aku jenis yang straight dan malas bab-bab orang suka cerita itu ini  so aku rasa sangat rimas.. so tue salah satu kondisi kerja yang  aku tak selesa.
2. aku jenis suka sendiri, tapi kerja kat situ ramai orang kejap orang tue kejap orang nie.
3. aku tak suka penjadualan tak terancang..rasa serabut dan memenatkan sebenarnya.. walaupun tak banyak keja..
4. sisa makanan terperap 3-4 hari tak reti buang, sampai berulat and last aku kenang buang... ermmm... (tau la aku nie kuli )
5. ada part masam-masam muka.. yup aku mengaku aku selalu lambat..
6. gaji sikit tapi kena ulang-alik pejabat pos lebih dari komisen aku dalam satu hari.. gaji aku sehari RM25  komisyen diorang ambik setiap kali aku pergi pejabat pos diorang ambik RM10 seorang. Tapi kekadang macam saja untuk diorang biar aku ulang  3,4 kali pergi pejabat pos sedangkan benda tue boleh kumpul-kumpul dulu baru pergi. so aku rasa benda tue sangat-sangat tak adil.. tak berbaloi dengan gaji aku dan komisyen yang diorang bagi.. mula-mula ada la nampak diorang simpatinya.. kumpul-kumpul dulu baru pergi pejabat pos.. tapi lama-lama macam ada yang lain macam sikit rasanya.... Ya Allah, tolong la aku.. bagi aku dapat kerja baru.. untuk aku out dari situ... Aamiin...

That is situasion boiling me, yang comfort aku sekarang sebab aku duduk dengan parent.. sunyi lepas balik keja aku tak rasa.. nak kata macam zaman study dulu, time cuti time malam mesti rasa sunyi, alone, lonely... tak ada sapa nak teman lebih-lebih kecuali buku n lappy.. stress ke apa pandai la kau hadap sendiri.. tapi duduk di rumah, tengah buat keja pun aku boleh keluar kacau sapa-sapa yang patut... kecoh-kecoh.. tarik muka lari masuk bilik balik, sambung buat kerja balik.. hahha... so tak ada sunyi sorang-sorang dan tak ada tensionnya.. semua ruang masa terisi.. tak sempat nak touching-touching sorang-sorang... so bila dengan parent pun, susah diorang kekadang aku ada.. walaupun aku bukanlah jenis manusia yang membantu sangat, tapi sekurang-kurangnya ada la sikit hilang sunyi-sunyi diorang semua tue. Makan pakai aku pun semua dengan diorang... tidur lena aku pun masih diorang kejutkan.. BAHAHAHA.. tapi itulah.. aku betul-betul nak ada kerja sendiri.. aku tak nak jadi katak yang terbunuh disini.. walaupun ada part aku selesa...

sekian saja cerita the boiling frog aku...



Tuesday, August 15, 2017

Hikayat sebuah kisah..

Rentetan dari cerita-cerita sis sebelum nie.. sis rasa.. sis nie memang tak ada bakat la untuk tulis novel.. sebab sis rasa.. dari entry-entry yang sis tulis tue.. kebanyakkan ulang-ulang part yang sama dan tak berubah.. part perkenalan dan part hati budi dan hancur hati.. dah bertahun sisi tulis still berulang..hurmmm... novel yang tak ada klimiks dan tak ada ending yang best.. morals value pun xde.. omoooo.. so bored kan... give up sis nak menulis macam nie...

sebenarnya sis nak join sayembara.. tapi cerita sis nie dah bertahun sis tulis.. intro and isi still sama xmau berganjak + sis xada idea nak tulis + idea sis tue asyik terkurung jew disitu.. so sis rasa cerita sis tak ada perjalanan dan haruslah give up disini..  atau patutkah sis menulis cerita buku yang berkaitan penulisnya yang give up pada pengakhiran ceritanya... (tetiba sis rasa, macam masuk storyline cerita w-world, yang cerita korea, penulis masuk dalam cerita sendiri and kill the hero n himself dalam cerita tue.. #justimagine)...

sis tak ada bakat la nak create cerita cinta.. atau kata lain hikayat megi cintan nie.. sebab sis pun jenis manusia yang hati kejung bak kata adik-adik sis.. manusia yang tak ada perasaan.. so bila sis tulis cerita pun sis rasa hati kejung sis nie tak dapat menjiwai watak tersebut.. tragis kan.. dan cerita pun jadi berulang-ulang benda yang sama.. and the last one.. inilah hasilnya daripada penulisan sis..

sis admirer gila penulisan hamka.. sebelum nie sis selalu dengan geng-geng hati jiwang dok berpuitis tentang kehidupan especially about married and etc. tentang penulisan hamka gitu-gini.. tapi lepas sis baca buku tenggelamnya kapal.. hati sis tertarik dengan setiap hasil penulisan dia.. dan rasa nak buat koleksi pula karya-karya dia..  sis tarik keluar karya yang diterapkan oleh penulis z dalam tenggelamnnya kapal.. dia mula menjadi penulis yang hebat rentetan daripada pengalaman hidupnya yang pahit membuatkan dia cuba mendalami kehidupanan masyarakat.. hasil daripada sikap tue, dia boleh menulis karya denga menjiwa kehidupan-kehidupan masyarakat.. bak katanya lagi.. manusia yang senang mana bisa kan rasa kesusahan yang dialami orang lain melainkan dia merasainya sendiri dan pengalaman itu menjadi pengajaran buatnya.. lebih kurang macam tue la ayat dia..

so untuk aku yang baru nak start langkah.. pengalaman mungkin jauh nak dicari.. tapi ada tue tetap ada dalam versi hidup sendiri.. mungkin penghayatan aku kurang  dalam mendalami cerita.. buatkan masalah penulisan aku.. terlalu berceramuk dan sebagainya.. dan lagi satu aku tertarik dalam karya dia tue..  dia cakap lagi.. masa yang dihabiskan bersendirian diruang peribadinya (bilik bukunya) disitulah gedung segala ideanya dicurahkan.. yup.. penulis sangat memerlukan banyak ruang masa yang tenang dan bersendirian untuk dia dalami, berfikiran, dan menulis semula..  itu  point yang aku sebagai tip untuk penulis menghasilkan karya yang cantik..

aku tak pasti aku nak terus sambungan atau tak karya 'megi cintan' aku tue.. kalau nak tulis mungkin aku perlukan masa.. untuk susun,tambah dan baiki semula dari plot awal hingga akhir... tapi sebelum aku akhiri penulisan hari nie.. au tertarik untuk menambah ini bagi klimik kisah itu..

 " semendung manapun langit kehidupan cinta itu, jangan biarkan ia menjerumuskan diri kamu semendung warna itu, sedarilah... sebelum kamu ikut warna cinta itu.. kamu mempunyai warna kehidupan kamu sendiri.. warna yang mewarnai kehidupan kamu sebelumnya... dan warna cinta itu hanyalah warna baru yang menambah dalam warna kehidupan kamu kini.. kalau buruk.. janganlah membiarkan ia mempengaruhi kamu.. buang kalau mampu jangan biarkan ia mengotori warnamu yang cantik sebelum itu.. "

selamat menulis.. :P :P

Sunday, August 6, 2017

satu tahun..

Dalam satu tahun 2017 tue ada 12 bulan.. ada 52 minggu.. ada 365 hari  bersamaan dengan 8760 jam atau 525600 minit ataupun  31 536K saat... bunyinya macam sangat banyak dan lama.. tapi sedar atau tidak sedar.. sebenarnya nilai bilangan yang banyak-banyak tue sebenarnya adalah sangat singkat bagi kita yang sedang menunggu atau menanti... sekejap saja setahun itu akan berlalu meninggalkan kita begitu juga dengan dosa-dosa yang kita lakukan.. tidak sedarkan kita.. kubur sedang kata mari..

Saturday, August 5, 2017

hamba kerdil

Cepat masa membawa sebuah kehidupan aku..

Aku masih ingat disaat aku menduduki sijil peperiksaan malaysia (spm).. saat itu aku diuji dengan telinga aku yang sakit.. di hari peperiksaan.. malamnya menangis sebab kesakitan esoknya perlu menjawab paper BM penulisan.. sabar jew la dengan ujian tersebut.. kata tok tam (jiran depan rumah aku dulu) "Insya Allah, tuhan bagi ujian lebih sikit sebab Dia nak bagi kejayaan.." aku simpan kata-kata tue.. dan aku ingat juga saat-saat peperiksaan bagi paper yang lain... banyak nak study.. tapi dah lewat malam.. tok tidur di rumah.. nak buka lampu takut ganggu tok tidur.. dan last aku buka lampu toilet.. study depan toilet.. tok cakap "buka ja lampu kalau nak baca.." tapi aku taknak menganggu dan aku teruskan jew macam biasa.. itu semua kenangan aku waktu study spm..

Lepas habis spm aku tak berkerja.. dan tak menganggur saja.. kerana aku dipilih mengikuti program khidmat negara sesi 1/2007 aku join.. aku manusia yang senyap dan susah juga nak berkawan rapat.. bertegur sapa tue boleh tapi susah nak akrab.. tak rapat kalau tak mengenali sepenuhnya.. aku lebih suka memerhati.. dan aku paling benci jenis manusia yang makan kawan sendiri sebab tue aku susah nak dapat kawan yang sesuai.. kebanyakan aku kawan hanyalah ala kadar.. disebab tue juga sepanjang aku di PLKN.. aku tak kisah tak ada kenalan rapat sentiasa disisi.. cukup budak-budak dorm aku jew yang jadi peneman disisi.. tue pun kalau diorang pergi dengan kawan lain aku tak kisah.. disebabkan tue juga aku tak kisah diletakkan dimana kelas time PLKN.. sebab aku tak ada kawan yang spesifik rapat.. so aku bebas pilih kawan dengan sapa-sapa saja yang jujur nak berkawan dengan aku.. 

sikap aku tue berterusan sampai aku masuk universiti (diploma).. aku bebas untuk memilih kawan sekelas... bebas untuk membuat hal sendiri.. tapi disini juga lah aku diajar dan aku mula mempunyai kawan rapat yang sentiasa ada dengan kau untuk membantu kau.. membuang sunyi kau.. saat kau berjauhan dengan keluarga.. aku mula mengenali rakan-rakan rapat dari jiran sebelah bilik aku.. kami membantu sebolehnya.. tapi dengan rakan-rakan sekelas aku tetap sama.. semakin hari aku disana semakin banyak aku mengenali sikap dan tingkah laku manusia...

Pengakhiran diploma.. sikap aku mula berubah dengan kawan-kawan aku dah mula mempunyai rakan baik sendiri.. tapi dalam masa yang sama aku merindukan kebebasan aku untuk berkawan dengan yang lain.. sebab aku tak suka dikongkong pada satu pilihan sahaja.. tolong la kawan tue meluas.. terutama dalam pelajaran lagi banyak kita berkawan lagi banyak ilmu yang dapat kita kongsi.. itu prinsip aku waktu itu.. saat itu persahabatan kami goyah dan awal degree kami bukan lagi kawan seakrab dulu.. aku mula melepaskan kawan aku itu.. masing-masing pilih dengan haluan sendiri..

awal degree persahabatan baru aku smooth.. tapi awan yang cerah bukannya berpanjangan.. dipenghujung degree.. aku diuji dengan namanya persahabatan itu.. aku sedar.. mungkin ini kifarah daripada sikap aku sebelum ini yang meninggalkan kawan aku yang sebelumnya.. memang sedih waktu itu.. tapi aku cuba membawa diri sendiri dan survive sebaiknya.. akhirnya tamat sudah pengajian aku diperingkat degree.. dan rezeki aku ditawarkan melanjutkan pengajian dibawah supervisor aku.. dan terima kasih juga buat rakan aku yang lain.. yang sudi berkongsikan maklumat tersebut denganku.. akhirnya aku menyambung pengajian seperti yang aku hajatkan sebelum ini.. denfan kawan aku yang sebelumnya.. aku mohon maaf darinya.. dan cuba perbaiki yang sebelumnya.. 

pengajian master aku.. walaupun pengajian master aku smooth.. tapi aku diuji dengan perasaan sendiri.. perasaan yang mana ingin disayangi. yang mana aku katakan pada kawan aku sebelumnya.. kini benda tue terjadi pada aku.. aku tak mahu lepaskan kawan aku pada peringkat master tersebut.. nie namanya cash..  dari sikap aku sebelumnya.. 

11 tahun sudah semua itu berlalu.. kini aku disini dengan melihat balik semua-semua yang berlaku sebelumnya dalam 10 tahun perjalanan aku dahulu.. disini aku duduk sebelumnya dan disini juga aku melihat perjalanan aku dulu yang kekadang diatas dan kekadang dibawah meratap segalanya yang berlaku..  Ya Allah aku sentiasa mohon supaya kau berikan kebaikan dalam setiap apa yang aku lakukan.. dan berikanlah kesedaran pada aku apabila aku melakukan sesuatu yang engkau murkai dan berikan juga kekuatan segera untuk mengubah perkara tersebut supaya ianya membawa kepada kebaikan semua.. Aamin yaRabbal alamin.. 

Aku sedar banyak khilaf aku.. mungkin disedari dan mungkin tidak disedari.. aku harap aku dapat perbaiki semua perjalanan hidup aku supaya lebih dijalanmu ya allah..  berilah aku kekuatan dan berilah perjalanan yang baik.. supaya mudah aku bertemu dengan mu kelak.. dan menjadi yang engkau kasihi.. perkenankanlah pemintaan hambamu ya allah.. yang kerdil lagi hina ini.. aaminnn..

Tuesday, June 27, 2017

kawan vs ???

28 tahun tipu kalau kau tak fikirkan mengenai teman hidup dan create imaginasi untuk hidup dengan seseorang. Hati aku tak seteguh mariam.. membina satu matlamat untuk berdiri tenguh pada pencipta-NYA. Dan aku bukanlah khadijah seorang usahawan wanita yang mempunyai segalanya dan mampu meminang yang terbaik untuk dirinya.. Aku hanyalah secebis dari nafsu zulaikha yang mengidamkan yusuf untuk dimiliki disebalik kekacakan beliau.. tapi semuanya hanyalah angan-angan kosong yang tidak pasti kesudahannya.. sebabnya aku bukan seberani khadijah ataupun zulaikha untuk bertindak sedemikian.. aku hanya makhluk biasa, yang sedari siapa diri aku sebenar..

Kecewa. itu jalan aku sekarang. dan harapnya tidak berpanjangan. menyukai makhluk yang bernama kawan sendiri sebenarnya bukan benda mudah. perkara yang pernah aku tolak dulu kala. tapi itu yang datang. manusia yang pernah dilabel tidak berperasaan kini rebah atas nama cinta yang sendiri bina, tanpa ada balas dari pihak kedua. sakit. itu perkara biasa, bila kau tahu cinta kau bukanlah siapa-siapa.

Jangan dipaksa ayam untuk bertelur kalau kau pasti dia tidak mampu menjaganya. Apa susah kau ambil jew telur tue makan. Falsafah apa lagi untuk senang dibicara. Berkawan atas dari iklas dan terpaksa tue ada bezanya. Kawan yang iklas akan kekal selamanya. Tapi kawan yang terpaksa dan bersebab, habis sebab akan hilanglah kawannya. Simpan dalam kepala. Sedar tak sedar dia juga yang membuka pekung didada kau. Tragis nama persahabatan itu.

satu silap aku. aku terlalu letak sepenuh pengharapan dan kepercayaan. tapi sekarang ibarat pelamin anganku musnah. aku tak pernah beri harapan pada dia,tapi pada diri aku sendiri. itu salah aku. klimik akhir dari cerita lara aku, aku dapati dia sudah jatuh hati pada seseorang yang berganda lebih baik dari aku. Kelu. Sebak. itu perasaan yang bertandang bila dia mengiakan wujudnya cinta pertama dalam dirinya. lagi kaget pada aku, dia memulakan langkah untuk menikahi wanita tersebut. Subahanallah, yang dinamakan cinta itu bukan lagi untuk berlengah, jujur. Aku. Tahan perasaan pendam sendiri. "Ya Tuhanku, adakah ini caranya dikau mahu tunjukkan aku pada calon yang lebih baik.. adakah kewujudaan dia dalam hidup aku hanyalah sebagai ujian semata-mata. Jika itu benar, kau kuatkalah hati aku. kau tabahkanlah. beri aku kekuatan untuk melalui jalan ini. dan berikanlah yang terbaik buat aku dan gantikanlah aku yang lebih baik dari dia...AAMIINN..."

Saat ini dia letak aku sebagai kawan, walaupun dia pernah nyatakan aku bukan kawan bagi dia. Aku cuba humban semua perasaan yang ada sebelum ini, untuk ingat itu hanyalah kawan. mohon aku kuat. jujurnya aku mahu tanya pada kalian wajarkah aku abaikan segalanya.




Thursday, March 2, 2017

Kehidupan versi lepas mencari..

Panjang kehidupan yang perlu kita lalui...

pada saat kita rasa  bahagia di atas... tanpa disangka-sangka.. sepuluh tahun kemudian merasai semula hidup di bawah tanpa tujuan tanpa hala tuju..
sedih.. yup.. meratap.. yup.. terkurung.. yea.. tak mampu ingin melaluinya..
cumanya sangkar itu berubah keadaan.. yang sebelumnya usang kini berhias cantik... namun suasananya tetap sama... sunyi.. dan sayu...

Aku meratapi hari demi hari.. kehidupanku untuk mencari apakah itu kehidupan..
kehidupan yang aku pernah cita-cita bagai bayangan kini.. yang dibawa hanya mimpi ngeri...
aku lelah dengan kehidupan ini.. lelah sesangat..

sesungguhnya aku cemburu yang dinamakan kejayaan buat kawan-kawanku...
mana arah kehidupan... mana hidup aku.. sampai bila aku ingin merintih sendiri sebegini..

setiap kehidupan ada takdirnya..
pohonlah pada yang maha esa..
sesungguhnya aku tidak kuat untuk terus sebegini..
lelah.. penat.. dan kecewa pada diri sendiri..
ya allah aku mohon padamu capailah segala hajatku..
aku merayu padamu..
aku penat dan lelah untuk menerima keadaan ini..
beri yang terbaik padaku YA ALLAH...

Tuesday, January 17, 2017

tANAKA wHite..

Tanaka white dari bio-essence.. produk kecantikan keenam yang aku pakai dan aku rasa sesuai.. sebelum nie sebenarnya aku pengguna setia produk fair n lovely.. muka aku tak ada masalah pun dengan produk tue.. aku pun dah pakai selama 14 tahun start pakai dari muka aku berparut waktu sekolah rendah sebab bergaduh dengan abang aku, start dari situ aku consume pakai fair n lovely.. ternyata kesan parut, luka dan jerawat boleh hilang dengan mudah.. ambil masa 1-2 minggu jew hilang..

Itu  aku dengan fair n lovely.. aku start tukar produk nie, lepas kawan aku  kutuk-kutuk aku pakai produk yang bagi cerah cepat sedangkan aku tak cerah-cerah lebih kurang tue la ayat dia.. lepas tue dia cakap lagi  "produk murah nie banyak pakai bahan kimia.. maybe sekarang okey dengan kau.. nanti lama.. xtau apa effect dia.." so lepas dia cakap macam tue.. terus terpikir dan tergerak hati nak tukar prodak lain yang lebih selamat kekononnya....  nano white second produk aku pakai selepas fair n lovely..

Aku pilih nano white time tue sebab dia produk dari jepun dan ada set promosi RM100 boleh dapat krim siang+ malam +pencuci + toner.. so aku pun beli n pakai... lama-lama pakai aku rasa kulit aku berminyak dan tak best... rasa kusam.. sebabfair n lovely macam serap terus dalam kulit tapi krim nie rasa berminyak je atas kulit...so aku beralih arah lagi pakai gurnier pula yang merah jambu tue..

Gurnier aku pakai dengan pencuci muka eucerin.. mula-mula aku rasa best dan muka cuci sangat (pencuci eucerin).. pakai gurnier pun okey.. sebab aku pakai serum dia jew bukan krim siang malam pun.. muka pun jadi pinkish sikit (bila aku tgk dalam gambar la compare dengan muka orang lain..) tapi lama-lama aku perasan muka aku mula naik bijik-bijik pasir yang kerap.. muka aku jenis yang licin tau walaupun ada parut-parut bekas aku picit jerawat pasir tue..tapi bila pegang permukaan muka takkan rasa gerutu kew apa.. tapi  start dari aku pakai nano white mula la naik biji pasir tue,  tapi xbanyak.. aku still ok lagi dengan tue sebab bila aku picit jerawat tue akan hilang dan tinggal parut jew.. dan parut boleh recover dalam masa seminggu dua.. tapi dengan pencuci eucerin muka aku jadi jerawat batu.yang susah nak picit benda tue keluar n blackhead  dia akan membesar jadi jerawat yang dalam dan susah nak buang nanah tue.. aku perasan  dia jadi makin kerap dan last aku terus stop..  parut jerawat dia still kekal sampai sekarang.. aku stop... sebab selalunya parut aku tak akan ambil masa yang lama untuk hilang..so aku fikir better aku stop semua tue...

aku pakai produk berasaskan tumbuh-tumbuhan.. start dari lumina white,, duta produk diana amir.. pun tak menjadi sebab bau dia terlalu kuat.. buat aku rasa pening...  aku tukar lagi produk ke cellinue pun tak menjadi.. parut tak hilang walaupun aku dah pakai ke bekas yang kedua.. then.. aku teringat kawan aku yang kulit dia semakin berseri.. dia cakap dia pakai produk bio essense.. so aku try miracle bio water just yang spray muka jew... aku suka!!! then try pula tanaka white krim siang+ malam dan pencuci.. alhamdulillah dua bulan aku pakai okey.. cuma krim siang dia jew terlalu berminyak dan aku tak suka,, tapi aku pakai juga.. heheh.. pastu aku up kepada toner dia n serum.. serum baru nak cuba.. tapi toner dia aku dah pakai 3 minggu alhamdulillah jerawat kecut dan  jerawat pasir pun tak ada la bercambah.. parut yang lama pun makin pudar dan pudar nampak la kesan berbanding produk lain...

kawan aku yang dulu tue.. yang cakap xbagus pakai produk murah tue.. tetiba tanya aku apa produk kau pakai sekarang.. aku cakap la tanaka.. pastu dia balas dengan.. "wah.. pakai produk mahal.. banyak duit kau.." senget punya manusia.. dulu dia  xbagi pakai produk murah bahaya.. sekarang aku pakai produk lain dia komen lain lak... fyi.. dia bkn penjual produk kecantikan dan dia lelaki.. mulut dia memang suka komen dan suka compare orang lain dengan apa yang kakak2 dia pakai.. nie la masalah adik kakak nie.. please la jangan bandingkan orang dengan family kau.. sapa2 jew la aku nasihat nie.. sebab gaya hidup orang dan pembesaran orang berbeza ok.. sila faham.. lagi satu dia komen orang suka hati dia jew.. bila orang komen dia marah yang bukan2..  tak pernah nak sedar diri pulak tue.. #hormonxstabilpunyalelaki....

untuk pengetahuan korang bio- essence nie tak ada la mahal sangat kalau bijak membeli.. kenapa.. sebab produk2 nie selalu ada promosi sebenarnya.. so kena alert n rajin2 belik di watson or gaurdian.. macam aku beli.. krim siang malam aku beli yang pak value punya harga, baru rm30 berbanding beli bekas besar satu dah rm50++ kan.. kalau toner dia pula asal rm40++ promosi dalam rm37.. dan kalau lagi bijak beli di lazada hanya rm22 sahaja (tapi tue pun ada yang cakap lazada punya tiruan, aku pun xpasti).. untuk serum aku tengok di lazada mahal dalam rm99 tapi kat watson without promotion rm78 tapi kalau lagi bijak beli macam aku pak value sekali pencuci dan mask tanaka baru rm78 kan dapat berjimat banyak tue.. pencuci muka 100g dah rm16 tapi dia bagi yang 50g jew la.. mask pula satu dah rm6 tapi nie free... pandai tak.. okey.. selamat la berjimat dalam berbelanja...

latest 22 dec 2017 : aku pernah stop kejap pakai tanaka n bebalik pada fair n lovely.. sebab bila jumpa kawan lama dia cakap dia prefer kulit aku dulu time pakai fair n lovely compare time aku jumpa dia tue.. yea la muka berparut dan sebagainya.. lepas dia cakap cam tue aku pakai balik fair n lovely.. tapi apa yang aku perasan.. lepas aku pakai balik krim fair lovely pun, dan dah habis satu bekas pun.. effect dia dah xsama macam dulu... still keluar biji2 halus dan kesan parut sukar pudar.. so aku assume maybe waktu dulu kulit muda n parut senang pudar.. so aku stop pakai fair n lovely seminggu n aku just sapu bio essence (bio treatment essence in oil) yang scar specialist  sapu pada tangan n muka aku tanpa produk lain... lepas dalam sejam atau dua jam baru cuci muka atau mandi.. selama seminggu aku buat macam tue n balik pakai tanaka white mix juga dengan  bio treatmen oil nie.. aku rasa sikit kelainan pada kulit... kulit rasa macam best sikit... parut dah pudar n tangan jew yang gelap taknak cerah.. so bertambah lagi set bio essence aku.. hahahh harga promosi bio treatment oil time tue RM23.. best bau bunga matahari bila korang sapu dimuka.. aku kalau pakai make up pun akan sapu dia dimuka dulu dalam 30 minit sebelum cuci muka.. baru rasa macam keluar semua make up dari kulit.. selesa sikit ambil wuduk... + kinohimitsu  diamond.. rasa macam kulit tegang jew.. walaupun effect dia lambat juga la..

Aku bukan promoto bio-essence just pengguna yang selesa dengan produk yang ada jew.. tapi dalam banyak-banyak bio essence produk aku paling suka miracle bio essence.. xtau la sangat jatuh cinta dengan produk tue... spray-spray terus segar.. gitue...


Sunday, January 8, 2017

Jangan lupakan aku..

hello peeps..

welcome back in 2017..

0080 am, 8 januari 2017, at home... saat ini aku dah melangkah ke satu tingkat usia.. iaitu 28 tahun.. belum mempunyai sebarang aset, hanya guru kelas tambahan dan belum mempunyai kerja yang tetap. Belum juga mempunyai pasangan hidup.. dan hanya mempunyai crush yang xmenjadi..

Berkaitan dengan kerja.. dah banyak interview dijalankan dan merantau.. dan sekarang hanya dipilih sebagai simpanan lantikan.. masih menunggu dengan peluang pekerjaan dan mencari terus mencari hingga dapat.. insyaallah.. tolong doakan yea kau dapat kerja..

mengenai crush xmenjadi... topik ini yang ingin diketengahkan hari ini.. sebenarnya.. memang tak berminat nak bercerita mengenai cinta, hati dan perasaan.. tetapi bila otak selalu terganggu.. jadi perlukan suatu ruang untuk diluah dan dilepaskan.. seperti yang all peeps sedia maklum.. 1'm adalah seorang yang susah nak luahkan perasaan.. tapi dengan seorang crush nie.. habis hancur segala prinsip hidup aku.. dan rata-rata kawan aku boleh nampak yang aku ada perasaan dngan crush aku nie.. sebab ktorang macam rapat dan gaya aku lain dengan kawan lelaki yang lain..

i'm still call him as my crush.. sebab  walaupun selalu bersama.. dan rata2 orang cakap kami saling ada hati antara satu sama lain.. tapi bila dia dengan aku dia xpernah mengaku dia suka aku.. asal aku buat ayat hint2 mesti dia akan marah gila dengan aku dan akan cakap " aku tak suka kau pun lah.." yup.. aku sakit hati.. sebab aku suka dia, dia boleh jawab macam tue dengan aku.. tapi bila aku xnak cakap dengan dia after tue.. pandai pula dia datang dan tanya macam2 dengan aku.. seolah-olah pujuk.. walaupun xde nada pujuk.. dan setiap kali aku cuba nak lupakan dia.. dan setiap kali tue juga la dia akan muncul balik depan aku.. antara mesej dia atau orangnya.. how to handle that..

ok cukup tentang tue.. sebab dia,. aku jadi gila.. sasau dan tak habis ingat dia.. seolah-olah seperti dia harapkan jangan lupakan dia.. macam ayat dia pernah cakap kat aku " jangan tinggal aku!!." dan tajuk movie yang dia pernah bagi 'stand by me' and 'i'm fine.. thank you.. love you..'..

mood sasau.. abaikan.. hehehhe...

serius..
sekarang aku lebih kepada nak perbaiki hidup aku.. pasangan hidup.. aku tak pasti.. dan malas mencari biarlah datang sendiri,, kalau betul dia suka aku.. biar dia datang pada aku.. macam yang dia cakap.. " aku nak kawin dengan orang yang betul2 aku suka.. taknak parent yang carikan.. n bla.. bla.. bla.. bla.. " panjang la dia bebel.. dan aku pastikan aku ada kerja sendiri.. ada duit sendiri.. nak lagi hebat cari peluang kerja lagi best lepas habis phd.. means akan sambung phd nnt insyaallah.. doakan aku jangan lupa.. *smile*