Saturday, August 5, 2017

Mna satu Pertemuan?

Tajuk agak weird sikit.. tapi aku nak dijadikan bahan cerita juga..

Aku dikenali sebagai manusia yang tidak berperasaan akhirnya tersuka tanpa sengaja pada seseorang yang bergelar kawan aku sendiri.. OMG.. Rasanya dah banyak kot aku buat entry pasal dia 'disaat aku disakiti'.. hahaha.. lawak pula aku baca post2 aku yang sebelumnya.. 'sastera gila'...  tapi aku nak biarkan jew.. supaya sejarah lama tak berulang kembali.. dan aku nak sedarkan diri aku juga.. betapa tak semegahnya perasaan cinta tak kesampaian, tak diberi tahu kepada pemilik hati, tak bergantung harap pada yang Esa.. dan mengharap pada sesama manusia yang ada khilaf ..

sakit tue sapa la tak rasa sakitnya apabila orang yang kita minat tak ada perasaan yang sama pun.. dan lagi sakit apabila sebelumnya kita beria-ia tolak akhirnya tewas juga dengan perasaan sendiri dan lagi sakit  bila perasaan tue kita sendiri jew yang rasa.. tapi pihak sebelah sebaliknya.. kita buka pintu untuk orang masuk.. dan dia tak berminat langsung nak masuk dalam rumah kita yang siap berhias dengan taman semua bagai.. itulah umpamanya..

aku pernah cerita pada kawan aku.. diawal perkenalan aku dan dia (means ex or crush xjadi tue)

mungkin aku pernah jatuh cinta padangan pertama dengan dia.. waktu diploma aku pernah dikenankan dengan beberapa orang classmate.. tapi aku tak berminat pun.. tapi dengan sorang nie aku dikenankan bila kitorg jadi partner untuk projek.. aku namakan dia dengan A.. A lembut n supportive.. sebab, time group aku tak de hasil tangkapan langsung.. si A lah yang selalu bagi semangat, sebab ktorg satu team.. tapi aku still macam tak ada perasaan langsung.. seminggu group ktorg tak da hasil tangkapan.. asyik bermalam saja dalam hutan tapi tangkapan tak ada.. aku rasa down gila time tue sebab kalau xde hasil means ktorg xde result untuk discuss bagi kerja projek dan ini memungkinkan ktorg akan gagal untuk final year projek.. aku memang dah tak semangat dah time tue nak check perangkap pun aku malas dah.. sebab dah dapat agak, mesti takkan ada hasil punya.. tapi si A waktu aku down, dia tak pernah turut down.. dia selalu bagi semangat.. "hari nie kita dapat hasil kot.." setiap hari mesti ayat tue dia bagi kat aku.. dan setiap kali aku dah malas masuk.. dia mesti akan gantikan aku.. sedangkan ktorg memang dah buat jadual time sapa yang patut masuk.. supaya ada gap rehat antara masing2.. tapi dia selalu cakap.. " xpe la biar aku jew yang masuk.. kau jaga khemah jew la.." n last2 week kepada projek kitorg akhirnya ada juga hasil tangkapan.. alhamdulillah.. gembira hati..

banyak juga kawan-kawan yang kenankan aku dengan dia.. sebabnya kata diorg aku lembut dia lembut.. so sesuai la.. kalau dengan orang lain.. kesian dia.. mungkin dia akan dibuli.. tapi aku dengan dia biasa jew.. aku kurang sikit dengan dia.. sebab dia kurang tegas orangnya..

tamat sudah diploma.. kebanyakan kami hampir semua melanjutkan pengajian di peringkat ijazah.. tetapi dia tidak.. sebab aim dia memang ingin bekerja.. cari duit dan sara adik-adiknya.. aku melanjutkan pengajian sama dengan rakan-rakan yang lain.. hinggalah suatu hari.. di dalam kelas kemahiran berfikir aku terlihat seorang budak nie.. gayanya lembut, tapi ada ketegasan.. aku tengok dia aku teringatkan A.. dan memang terdetik di hati aku " kalaulah si A ada sikap tegas macam budak nie.. mesti aku dapat terima A kan.." dan time tue juga kawan aku tegur aku.. "woiii.. apa yang kau tenung budak tue.. kau minat dia ah?" kata kawan aku, dengan segara aku alihkan pandangan dan kembali fokus dengan kerja-kerja tugasan kami yang perlu dihantar...

Selepas dua tahun dari kejadian tue.. aku bertemu kembali dengan budak tersebut.. pertemuan pertama  kami disebabkan oleh event fakulti.. aku diamanahkan untuk mencari ajk bagi program tersebut, program meraikan senior.. dengan senarai nama yang ada sebagai sukarela menjadi ajk, aku mengagihkan tugas mengikut cadangan majoriti.. time tue.. aku kira nama dia sama nama dengan A rupanya nama dia E, dan A adalah kawan rapatnya yang tidak dapat hadir sekali dalam meeting tersebut. Dan sepanjang meeting tersebut, tak habis2 aku panggil dia dengan nama A..  sampai kawan aku pening membetulkan setiap kali aku memanggil A pada E..

Berlalu sudah zaman ijazah aku.. tamat pengajian aku dioffer menyambung pengajian dibawah supervisor aku.. untuk meneruskan projek yang sama yang pernah aku jalankan pada peringkat ijazah.. waktu tue.. kekangan bagi aku dan rakan aku adalah pengangkutan..disebabkan kami masing-masing tidak mempunyai kereta.. agak sulit juga untuk memjalankan projek kami yang jauh.. saat tue...kawan aku ada menyatakan yang jiran biliknya ada yang ingin melanjutkan pengajian memandangkan sukar untuk mendapat peluang pekerjaan pada masa itu.. supervior aku suruh kawan aku inform rakannya dan datang jumpa dengannya untuk berbincang mengenai projek tersebut pada next meeting.. dan dia akan dipertnerkan dengan aku.. memandangkan bahawa untuk perempuan sorang-sorang keja di ladang kelapa sawit... tanpa disangka.. rupa-rupanya kawan kepada kawan aku dan yang bakal menjadi partnership aku dalam projek ini adalah si E.. time tue mula la aku dengan desas-desus mengenai E yang dikaitkan dengan aku.. antaranya adalah.. untung la aku sentiasa dapat partner yang lembut-lembut, baik-baik... seterusnya ada pula yang mengata.. aku xmampu bertahan punya dengan partner yang macam si E sebab mulut dia sangat laser.. dan percaya kami tidak mampu berkerjasama dengan baik.. itulah antara kabaran2 pada aku dengar tentang E.. start dari situ aku add FB E dan stalk dia.. owh.. pandai BI rupanya mamat nie.. dan disitu juga la aku mohon dari supervisor aku untuk mohon E membantu aku dalam penulisan juga...

E sepanjang study site dengan E.. dia memang seorang yang mengambil berat, mulut manis, pelindung, dan supportive.. tapi dia agak malas dan tinggi egonya.. berbanding dengan A ringan tulang untuk membantu.. kalau nak dibandingkan A dan E.. memang aku tak kenal sangat dengan A sebab waktu kami berkenalan hanyalah satu semester.. manakala E, tiga tahun kami berkenalan.. tapi waktu aku study degree dan master pernah juga A call aku dalam sekali dua.. tue pun aku jadi kekok sebab lama sangat tidak berhubung dengan dia.. dan kami pun bukan diketegori rapat sangat time diploma.. tapi dia pernah juga la datang beraya di rumah aku pada hari raya.. E sweet.. tapi bukan untuk semua hal.. ikut mood.. awalnya dulu dia suka untuk menolong aku.. tapi lama kelamaan dia tunjuk sikap sebenarnya.. setiap kali minta tolong mesti merungut dan kekadang aku geram, menyebabkan aku membalas semula tapi time tue.. dia cakap aku tak menghargai segala usaha dia pula.. dan aku ambil kesempatan pada dia.. mana ada.. sedangkan aku nak kalau berjaya.. biar kita sama-sama.. nak tertinggal aku cuba tarik kau.. tapi kekadang aku rasa dia tak pernah paham... banyak yang kami gaduhkan (aku dan E atau ex xmenjadi aku tue) sepanjang kami menjadi partnership..

tak ada la aku nak bandingkan sikap A dan E semua.. tapi lepas aku mengadu pada member aku.. yang E dah jumpa kekonon partner life dia.. dan tinggalkan aku.. kawan aku start bandingkan A dan E dari pemerhatian dia.. dan dari cara pergaulan aku dulu dengan diorang.. yup aku mengaku.. kalau dibandingkan A dan E aku lebih sukakan E.. sebab E ada ciri-ciri yang aku nak.. dan kekadang E ada serba sedikit tentang aku pada dia.. A aku tak berapa kenal dia dan aku tak tahu tentang dia..

bila difikir-fikirkan semula.. A dan E.. kedua-duanya adalah partnership aku..adakah ini ujian tuhan daripada pemintaan aku sendiri.. adakah aku ada kecewakan hati A dan sekarang E kecewakan aku.. ntah la aku tad ada jawapan bagi kedua-duanya.. mungkin kehadiran diorang untuk memberi pengajaran pada aku kot.. ataupun memikirkan sesuatu.. tentang perjalanan hidup..