Kinohimitsu review..
Assalamualikum.. HELLO PEEPS..
Disebabkan esok cuti krismis.. ingat malam nie nak berjimba sikit dengan internet.. tapi mata deme sekarang dah tak mampu bertahan lama.. after pukul 11 malam je automatik rasa mengantuk dah menebal, dah nampak bantal n tilam jew... sebelum jam berganjak ke pukul 12 malam.. jom kita tengok jap hasil-hasil research sis dapat mengenai produk kecantikan inside out buatan jepun nie..
Mostly bila sis baca review mengenai produk kinohimitsu nie, majoriti pengguna adalah dikalangan chinese around 25-35 y/o yang kebanyakan kulit cerah tapi kusam dan kulit mula ada garis-garis halus.. so after menggunakannya, mostly cakap ada perubahan especially produk kinohimatsu diamond 3500mg.. eyebag, garis halus dan kedutan pada wajah semakin berkurang, liang pori semakin mengecil, muka kurang berminyak dan semakin anjal, dan penggunaan dalam tempoh yang lama mampu mencerahkan kulit dan menegangkan kulit wajah.. kesannya boleh dilihat pada penggunaan lebih 21 hari.. bagi aku kesan yang hebat jugalah.. sebab rata-rata testimoni dan review ada menunjukkan gambar-gambar sebelum consume dan selepas consume.. so ternyata agak berkesan.. dan memberi perubahan kepada pengguna..
Aku kalau bab produk dari jepun nie aku percaya sikit.. sebab diorang sendiri lebih suka benda yang bersifat natural, so aku assume kuranglah penggunaan bahan kimia dalam penggunaan produk kan.. (wlupun a few part mungkin x juga, sebab aku pernah baca artikel mengenai satu kilang radioaktif dekat jepun yang nak buang sisa toksik dia ke dalam laut, tapi masih menjadi bahan pendebatan negera-negara luar kerana mungkin menyebabkan kemusnahan dan pencemaran bagi habitat akuatik di laut-laut negara berhampiran..) so depend on diri sendiri la nak letak kepercayaan yang macam mana kan.. untuk produk inside out nie.. ataupun senang cerita produk kecantikan kolegen dari jepun nie banyak sebenarnya di drugstore di watsons, guardians dan sebagainya kan... contohnya NH colla-plus, brands innershine, firmUp+, kinohimitsu dan lain-lain lagi.. tapi aku lebih prefer kinohimitsu..
1. mungkin sebab nie produk first yang aku jumpa sebelum produk lain.
2. produk yang banyak review tentang kebaikkan dia.. [produk lain pun mungkin banyak kebaikan tapi bila aku klik butang review, tak banyak story tentang diorang..]
3. produk yang murah waktu aku jumpa [sebab tengah discount kan.. kalau ikutkan FirmUp+ lagi murah (16 botol RM84 bkn discount), NH colla-plus (16botol RM98 bkn discount) so lagi murah dari kinohimitsu diamond collegen )
4. kinohimitsu lagi sedap rasanya daripada NH ( NH ada rasa hanyir sikit).. tp yang lain-lain aku tak pernah rasa.. kelebihan consume NH nie, setiap kali pembelian dapat la plastic box percuma.. dapat la simpan benda lain dalamnya nnt.. khas untuk set 16botol...
Innershine aku baca review dia, lebih kurang juga dengan kinohimitsu.. kesan dia boleh tahan hebat.. antaranya pengguna menyatakan kesan daripada penggunaan mampu membuatkan kulit rasa halus, cerah, lebih anjal dan hilang kesan garisan pada senyuman, kalau yang jenis nocturnal (berjaga malam) esok bangun lambat pun kulit tak jadi kusam dan tak nampak sangat sembab tidur tue.. tapi cara consume dia tue boleh ambil 1-3 saclet setiap hari dan dia punya, dalam bentuk jelly yang mempunyai 3 rasa pilihan iaitu oren, anggur dan beri.. majoriti menyatakan rasanya sedap.. so xde masalah untuk ambil 3 saclet sehari.. tapi bagi aku yang jenis berjimat cermat nie, aku rasa macam tak berbaloi pula.. memang kesan dia boleh dilihat dalam masa 2 minggu jew sebab kaya dengan kandungan vitamin c dan b3... tapi bagi aku yang nak jimat dan berterusan rasanya x perlu kot kandungan dose yang tinggi dan banyak dalam satu hari.. 1 hari ambil 3 saclet dose dia dah banyak at same time, n makan hari-hari.. n makin banyak la bajet keluar bulan-bulan untuk produk nie ja.. kalau sebulan sekali kira ok la lagi..
kinohimitsu penggunaan dia 16 botol bertahan sebulan.. while consumer need to take 6 botol pada awal-awal pengambilan (sehari sebotol) dan 2 hari ambil 1 botol pada hari-hari berikutnya.. rasa dia lebih kepada rasa jus laici jew sebenarnya tapi bagi aku.. mampu bertahan perut juga la bila ambil waktu pagi.. sebab rasanya sangat manis.. tapi yang aku perasan dari semua review effect dia semua adalah effect yang sementara.. kau ambil kau rasala effect.. bila kau tinggal back la pada asalnya.. untuk semua jenis produk.. kalau ada yang cakap pengambilanan produk-produk nie adalah placebo, ataupun kuasa minda kau je rasa cantik hakikatnya xde pun.. aku rasa x.. sebab gambar pengguna dan bila aku guna pun ada rasa perubahan dia.. cuma dia berlaku dalam kadar yang sedikit..yang bukan perubahan ketara dalam masa yang terdekat...
kinohimitsu penggunaan dia 16 botol bertahan sebulan.. while consumer need to take 6 botol pada awal-awal pengambilan (sehari sebotol) dan 2 hari ambil 1 botol pada hari-hari berikutnya.. rasa dia lebih kepada rasa jus laici jew sebenarnya tapi bagi aku.. mampu bertahan perut juga la bila ambil waktu pagi.. sebab rasanya sangat manis.. tapi yang aku perasan dari semua review effect dia semua adalah effect yang sementara.. kau ambil kau rasala effect.. bila kau tinggal back la pada asalnya.. untuk semua jenis produk.. kalau ada yang cakap pengambilanan produk-produk nie adalah placebo, ataupun kuasa minda kau je rasa cantik hakikatnya xde pun.. aku rasa x.. sebab gambar pengguna dan bila aku guna pun ada rasa perubahan dia.. cuma dia berlaku dalam kadar yang sedikit..yang bukan perubahan ketara dalam masa yang terdekat...
bagi pendapat aku sebagai pengguna yang dah habis satu kotak dan masuk kotak kedua, consume kinohimitsu collagen 5300mg nie.. aku rasa muka aku kurang sikit jerawat pasir, kurang sikit kusam walaupun masih ada kusam, kulit nampak la light sikit walaupun hakikatnya aku tetap sawa matang, kesan parut dimuka pudar sikit untuk parut lama, parut baru tetap macam tue juga.. eyebag ya kurang sikit.. sebelum ni aku perasan aku dah start ada garis halus di bahagian hujung mata, sebelah mulut dan tepi hidung.. sekarang dah tak ada... owh itu jew la kot.. actually kinohimitsu collagen 5300mg nie sepatutnya untuk umur 30 sebab mungkin dose dia tinggi dan kurang sesuai pada yang umur 30 kebawah.. orang yang sesuai mengambilnya adalah orang yang selalu bekerja bawah sinaran uv, kerja shift, suka kopi, banyak travel, selalu stay up banyak duduk dalam air-cond dan sebagainya la yang menyebabkan kulit kering dan sangat tak bermaya.. boleh mengambilnya sebab perkara-perkara diatas akan meneyebabkan seseorang kurang kadar kolegen dalam badan.. aku lepas guna kinohimitsu diamond aku berpuas hati.. boleh la bagi 4.5 bintang dari 5.. lepas nie aku rasa aku nak stop makan nie sebab dose dia xsesuai dengan umur aku.. n aku rasa aku nak try kinohimitsu uv-bright pula.. sebab aku jenis kulit yang mudah sunburn.. naik motor 10 minit pun kulit dah hangus terbakar.. gelap gila tangan.. dan memang ketara la rupa tangan dan mukanya.. so.. maybe uv-bright lagi better.. dan tahap keanjalan semua rata-rata yang menggunakan masih menyatakan benda yang sama.. tapi diamond 5300mg lagi bagus untuk keanjalan kulit la compare yang lain...
Tengok.. menaip benda-benda mengarut macam nie pun dah ambil masa 2 jam menaip.. cerita benda yang semua dah ada dalam kepala dah ja.. macam mana la nak tulis thesis bagi cepat.. kalau macam nie gayanya kan... hahahahh.. okey la daa.. nite and selamat malam...
XOXO..
p/s : 2023 sekarang aku dah tak pakai produk ni. Aku pakai innisfree lagi better dengan kulit. Walaupun mahal tapi berbaloi