Posts

Showing posts from March, 2020

Innisfree product

Image
 Assalamualaikum warga net, Sekarang pukul 4 pagi tapi hati tak senang kalau tak tulis review ni untuk hangpa semua Jadi aku bergagahkan juga menulis untuk tatapan sendiri dan pembaca semua. Sebelum aku  teruskan cerita, aku nak sampaikan pesanan masyarakat juga. Stay safe all peeps. Ikutlah saranan dan arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan. Stay at home, kurangkan berkumpul, keep distance 1 meter or more, selalu jaga kerbersihan dan cuci tangan. Esok dah masuk hari keempat kuarantin harap semua dapat mengikut arahan yang dikeluarkan. Kalau nak refill stok makanan dirumah keluar seorang diri sahaja jangan bawa anak-anak beramai-ramai. Sampai rumah terus mandi bersihkan diri, cuci pakaian yang dipakai supaya virus tersebut tak merebak kepada yang lain especially orang tua sebab diorang paling sangat berisiko. Okey. Jangan pentingkan diri sendiri. Kalau dah jalan overseas pun stay dirumah jangan gedik sangat jalan satu kampung sebab kot la berwabak mana kita tau, nanti kena yang

BERSUAMI

Assalamualikum.. Aku umur 31 tahun  pada tahun ni. Kehidupan aku masih berstatus pelajar. Disebabkan itu juga aku tak sibuk nak fikir kahwin. Aku bebas dengan kehidupan aku sebagai  pelajar. Berjalan kalau aku mahu, berkurung kalau tak ada duit, meronda kalau rasa stress dan perlu ketenangan sekejap. Bebas. Bila nak masuk umur 30an rasa nikmat kebebasan tu sangat bermakna aku rasa. Sebabnya semuanya dah terbiasa sendiri, buat itu ini. Tambahan bila berjauhan dari keluarga lagi la kena fikirkan semuanya sendiri. Jadi akan rasa boleh buat semua walaupun kadang-kadang mustahil, sebabnya terbiasa. Tapi hari ini, isu itu muncul kembali dikalangan sanak saudara. Biasa la bila kahwin sepupu-sepupu. Aku sekarang dikatogerikan yang paling tua yang masih belum berumahtangga.  Sebenarnya aku nak buat ja "ah, peduli pulak aku!." terasa bangga pula pada usia ini masih solo berjalan dengan family bebas nak lakukan apa saja ataupun lari dari situasi. Tapi macam (-_-) . Masih perlu jaga

Corona virus dan PhD aku.

Image
Assalamualikum.. Berpegang kepada kata-kata "Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan" membuatkan  kadang-kadang aku rasa takut sendiri. Sejenis perangai aku, kalau nak sesuatu semua nak cepat. Sebab tu aku rasa tuhan uji aku dengan banyak benda melambatkan. Soal kerja, kahwin, kebendaan lain-lainnya, banyak aku rasa rimas dan lambat yang kadang-kadang aku rasa rimas fikirkan benda tu. Tapi Alhamdulillah dapat juga untuk sesetengahnya. Isu sekarang yang membimbangkan aku adalah phd aku sendiri. Supervisor aku yang ini suka betul melambatkan beberapa kerja aku, aku rasa. Tangguhkan method study yang aku rasa boleh buat sekali harung sem lepas tiga method sekali gus. Dia boleh hold lagi satu method buat sem ni. Lepas tu kacau bajet tak cukup sedangkan aku selalu contact dia boleh ke buat ni, boleh ke, aku try method, aku explain dah jadi macam lain. Keduanya isu identify spesies. Sekarang method satu dan dua masih tergantung sebabnya belum dapat identify sebab ada upd

Laptop Acer

Image
Assalamualikum.. Hari ni aku nak berkongsi cerita  berkaitan teman rapat aku sepanjang study iaitu laptop. Bagi yang sedia maklum, mungkin dah tau perjalanan pengajian aku, begitu jauh dan bertingkat-tingkat dari diploma (permulaan blog ini ditubuhkan) sehinggalah sekarang iaitu phd. Begitu panjangnya pengajian aku berbelas tahun laptop acer lah setia menemaniku sepanjang masa. Sekarang ni kalau jumpa mana-mana orang aku bawa laptop acer aku tu, mesti ada yang tegur. "Wah, akak masih pakai lagi laptop ni. saya dulu-dulu pun pernah guna juga laptop ni tapi sekarang dah laptop keempat dah." Begitulah yang aku dengar. Walau bagaimanapu  Acer Aspire 4736z masih utuh dengan aku. Mengimbau kembali kenangan  bersamanya, aku mula mengunakan laptop sendiri pada tahun dua pengajian diploma aku. Tahun pertama kebanyakan tugasan aku dan kawan-kawan banyak kami habiskan di ICT atau sebenarnya pusat komputer universiti dan juga di library (komputer perpustakaan) memang waktu tu kala