Innisfree product

 Assalamualaikum warga net,

Sekarang pukul 4 pagi tapi hati tak senang kalau tak tulis review ni untuk hangpa semua Jadi aku bergagahkan juga menulis untuk tatapan sendiri dan pembaca semua. Sebelum aku  teruskan cerita, aku nak sampaikan pesanan masyarakat juga. Stay safe all peeps. Ikutlah saranan dan arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan. Stay at home, kurangkan berkumpul, keep distance 1 meter or more, selalu jaga kerbersihan dan cuci tangan. Esok dah masuk hari keempat kuarantin harap semua dapat mengikut arahan yang dikeluarkan. Kalau nak refill stok makanan dirumah keluar seorang diri sahaja jangan bawa anak-anak beramai-ramai. Sampai rumah terus mandi bersihkan diri, cuci pakaian yang dipakai supaya virus tersebut tak merebak kepada yang lain especially orang tua sebab diorang paling sangat berisiko. Okey. Jangan pentingkan diri sendiri. Kalau dah jalan overseas pun stay dirumah jangan gedik sangat jalan satu kampung sebab kot la berwabak mana kita tau, nanti kena yang lain pula. Jangan lah hati batu sangat sampai menyusahkan orang lain. Dah cukup disitu. Sebab geram pula aku orang yang nama F ni, tersama  pula perangai dan keras hati mereka tentang wabak ni. Sama nama, sama pula perangai. Ok cukup disini.

Berbalik kepada topik asal. Ini berdasarkan pengalaman aku dalam pemakaian beberapa produk kecantikan. Aku dah cuba pakai banyak produk sebelum ni, aku dah give up gila dengan produk dari drugstore macam watson dan gurdian, sebabnya tak okey dengan muka aku. Tapi tu la depa je tempat beli yang mudah dapat produk-produk kecantikkan ni. Tapi bila dah sambung belajar rasa teruk pula tak pakai apa di muka. Rasa  sememeh(comot). Jadi aku try la produk Naruko merah, raw job's tear kalau tak silap prodak ini dari taiwan. Tapi dalam hati macam nak cari innisfree sebab tengok instagram Nazim Othman cakap kulit muka dia licin sebab pakai bija trouble produk dari innisfree. Jadi memang membuak-buak la nak try. Masalahnya nak cari mana. Pakai je la Naruko merah. Biasa-biasa je tapi okey juga dari tak ada pencuci muka untuk dipakai. Muka aku jenis combination so, ada part kering gila sampai nampak bercapuk putih-putih mengelupas. Ada pula bahagiannya berminyak gila, iaitu hidung dagu dan dahi. Pakai apa pun jadi tak kena. Terpaksa juga aku beli pelembab himalaya bekas hijau untuk aku alas sebelum aku pakai sunblock.

Hinggalah satu hari aku jalan-jalan dengan adik aku di Suria Sabah. Tiba-tiba terjumpa kedai Innisfree disana. Time tu aku p cari dan beli pencuci muka bija trouble bekas warna biru muda, sunblock tune up yang bila pakai dia akan jadi macam foundation sekali dan no sebum power yang buatkan muka tak berminyak.   Jadi berhenti naruko dan pakai innisfree dengan himalaya saja.

Oh ya, krim malam naruko  terlalu jeli so aku tak suka sangat.  Bermulalah aku dengan produk innisfree. Bagi pencuci muka awalnya buatkan muka aku sangat la kering sampai senyum pun tak boleh mungkin sebab acrylic acid. Kali seterusnya aku beli serum pakai memang okey kulit aku. Tak ada mengering sangat.  Aku pegang muka rasa macam tampal plastik dimuka. Biji-biji white head tu still ada tapi pegang muka sangat lembut dan licin. Sampai nak picit white head pun licin-licin tak dapat nak picit.  Rasa macam pegang plastik. Tapi ada rahsia tambahan lain lagi.

Time tu aku ambil minuman birdnest dari ecolite juga. Aku beli 2 kotak sebab tengah promosi. Satu kotak hampir RM30, 2 kotak RM44. So memang aku angkat dua sekali la. Sedap minuman dia. Logan pun best tapi manis sikit, sebab tu aku prefer original kurang sikit manisnya.  Setiap pagi memang itu la minuman sebelum ke lab. Terasa la kulit licin.  Sekarang dah hampir sebulan pakai innisfree, aku rasa aku suka best. Rutin aku pakai kalau keluar, first tepuk-tepuk serum dulu hampir nak kering serum dimuka tepuk-tepuk moisturizer sukin pula sapu rata,  kemudiannya sapu pula tune up sunblock dan last tepik bedak. Bedak pun aku pakai no sebum powder dari innisfree juga yang bekas rm15 tu. Malam aku hanya pakai balancing lotion je. Tidaklah bercampur dengan serum hari tu pakai sekali naik jerawat. Alhamdulllah balancing saja ok.  balancing ni lebih kepada kurangkan minyak dimuka dan bagi seratakan. Kadang-kadang tu jadi juga kering muka sebab aku pakai balancing saja kan waktu malam. So siangnya mandi aku tepek balik serum dan normal balik kulit muka dan rasa lebih lembut. Dengan cara aku pakai macam ni, alhamdulillah muka aku tak kering sangat walaupun cuci  muka 2 kali sehari.  Kulit pun rasa best sikit.

Bab yang muka jadi plastik smooth best tu, time  tu aku minum bird nest ecolite, minum malam dan pagi  waktu perut kosong. Waktu sembahyang zohor, cuci bersih-bersih muka dan alas yang sama juga semua serum, pelembab dan sunblock lepas solat. Lepas asar pun aku buat macam tu juga kalau balik lambat. Disebabkan zohor di sabah awal 12.30 tghari so aku rasa tak rugi sangat la sapu dan buang balik lepas asar. Kalau aku malas sangat aku balik sembahyang dirumah je. Dirumah, tentunya aku dah freekan muka dari pakai apa sehinggalah tidur baru aku pakai balancing lotion/ serum sahaja. Bagi aku serum dah cukup bagus dah kalau tak nak beli  balancing lotion. Kenapa aku dah tak pakai krim himalaya dah? sebab tak sesuai dengan muka aku awal-awal sapu dah rasa pedih muka so aku tukar kepada sukin lebih lembut dan okey la. Kenapa aku tak pakai moisturizer dari innisfree juga? sebabnya aku belum jumpa yang sesuai dengan aku. slow-slow guys. Kalau susah nak jumpa kedai dia hampa boleh beli dengan lazada je memang original kedai dia. Tapi kalau hampa duduk di sabah atau KL baiklah hampa direct p kedai dia register ahli sekali sebabnya dia pada belian lebih pada rm300-rm400 setahun hampa akan dapat hadiah free dari produk innisfree. Setiap kali hampa beli juga macam-macam hadiah dia bagi walaupun just trial pack je. Kalau tempat lain aku tak pasti pula ada dimana lagi. Ok guys selamat mencuba bagi yang berminat.

p/s: time aku tak ambil minuman ecolite pun still kulit rasa lembut bila pakai tapi tak ada la macam plastik tu. Kalau tak pakai dua tiga hari pun tak ada juga biji pasir naik dimuka.





Comments

  1. Hi.. Lumut is here.. Still menulis.. Tq drop komen dan masih igt aku sebagai lumut.. I'm touched!! Hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

::course perhutanan.. jom kenal::