PHD dan perkongsian #02






Perkongsian ni aku ambil dari facebook Dr. Rahim Ridzuan.. so sebab aku jenis yang rajin juga baca blog.. so aku kongsikan disini juga..

Kepada rakan rakan yang baru memulakan pengajian master atau PhD pada semester ini, tahniah diucapkan!

Izinkan saya berkongsi tips dari hasil pengalaman saya sendiri berkenaan perjalanan melengkapkan pengajian PhD saya dalam tempoh 5 semester (dari awal sehingga selesai viva). Tips ini ditujukan khas kepada pelajar yang menggunakan secondary data (economy, accounting, finance etc) sebagai analisis kajian.Moga coretan ini juga dapat dimanfaatkan sepenuhnya kepada kesemua rakan seperjuangan.


Sem 1 pengajian PhD :

1. Mengenalpasti isu kajian dengan lebih mendalam. Pembacaan jurnal perlu lebih kerap bagi mengupas isu yang sedang berlaku dan mengaitkan dengan skop kajian kita (negara, dasar, polisi, entiti lain seperti syarikat, perbadanan dan lain lain). Dah mengenalpasti isu, baru lah kita boleh nampak research objektif untuk tesis kita.

2. Lihat semula format tesis. Ada tesis hanya mempunyai Introduction dan ada juga yang mempunyai Introduction dan juga Background of the study. Sekiranya kalian hanya merancang untuk menulis introduction..isi kandungan mestilah padat dengan info berserta jadual dan graf graf tertentu. Bagi yang merancang memecahkan introduction kepada 2 bahagian, elemen seperti graf jadual perlu diletakkan sebaiknya di chapter 2 anda. Jumlah mukasurat bagi chapter 1 sebaiknya tidak melebihi 40 mukasurat.

3. Buat rangka ringkasan kajian lepasan bagi chapter Literature reviews. Untuk chapter ini, 2 bahagian utama perlu dibuat secara berkala iaitu theoretical dan emprical study. Bahagian theoretical merupakan bahagian yang paling sukar disiapkan dalam tesis saya ini. Bahagian ini perlu dilakukan dengan teliti untuk memastikan sesuatu teori mahupun school of thought yang berbeza dapat disusun dengan cara yang kritis/cermat bagi mengupas tajuk kajian tesis.

4. Untuk bahagian empirical study, beri fokus kepada model model kajian lepas (contoh model of income distribution)..mengenalpasti variable yang digunakan dan "berpontensi" digunakan dan mula mengumpul data! Anda juga sudah boleh menguji model berkenaan dengan teknik teknik regression yang anda mahir. Sebaiknya juga, ikuti bengkel bengkel teknik analisis bagi mengukuhkan kefahaman dan cara menganalisa data dengan tepat.Bagi yang perlu hasilkan penerbitan berindex, misi ke4 adalah misi yang sangat penting dan perlu dilakukan seawal sem 1.

Note:

Cadangan laman database: http://saeedmeo.blogspot.my/p/data-base.html



Sem 2 pengajian PhD:

Sebagai pelajar PhD, tiada sebenarnya istilah cuti semester. Perancangan masa sejak awal semester hingga ke semester seterusnya (termasuk waktu cuti sem) amatlah penting. Memandangkan momentum diri untuk tahun pertama pengajian sangat tinggi, perlu kita berkorban lebih masa untuk menyiapkan penulisan demi mencapai target proposal defense samada pada semester ke 2 ataupun pada semester seterusnya. Berikut adalah tumpuan yang saya lakukan pada semester ke2


1. Kemaskini Chapter 1 (Introduction), Chapter 2 (Background of the study) dan Chapter 3 (Literature Review). Proses kemaskini ataupun revision untuk ketiga tiga chapter utama ini hakikatnya berterusan sehingga penghujung pengajian kita sehingga penulisan tesis kita dimuktamadkan.

2. Dengan mengenalpasti setiap research objectives yang diperkenalkan dan apakah jenis model atau method yang bersesuaian, maka, kita sudah boleh memulakan penulisan bagi chapter ke 4 iaitu methodology. Chapter 4 secara amnya juga mewakili 2 bahagian utama iaitu research framework and juga estimation technique.

3. Research framework memberi fokus kepada model model yang diperkenalkan. Untuk bahagian ini, kita menyentuh "model specification" dimana kita perlu menulis dan menerangkan bagaimana model asal yang dipilih dikembangkan dengan penambahan variable variable tertentu yang menjadi fokus kepada topik kajian tesis kita. Untuk bidang seperti ekonomi, perlu adanya paparan equation dan formulation yang teratur. Dibahagian akhir bahagian pertama chapter ini, kita memberi tumpuan pula kepada "description" of each variable. Bahagian ke2 chapter ini dilihat paling mudah kerana kita perlu hanya mengenalpasti dan menaip kesemua jenis jenis teknik analisis yang perlu dilakukan mengikut tertib untuk mencapai objekif kajian kita. Memandangkan bahagian ini terlalu teknikal, tiada masalah untuk kita "copy and paste" jenis jenis analisis yang terlibat dengan syarat ada juga menyatakan reference asal text berkenaan.

4. Berjaya menyiapkan 4 chapter utama juga bermaksud anda sebenarnya telah pun melengkapkan draf proposal untuk tujuan proposal defense. Bergantung kepada universiti masing masing, ada yang memohon pelajar menyiapkan proposal dalam bentuk seringkas yang mungkin manakala pengalaman saya di USM, saya diminta oleh kedua dua SV untuk menyediakan full proposal. Maksud full proposal adalah isi kandungan setiap chapter telah lengkap kesemuanya dan setiap analisis pada setiap model yang diperkenalkan juga telah berjaya disiapkan (pre test). (Disebabkan arahan sebegini, saya hanya dapat melakukan proposal defense saya ketika penghujung semester ke 4 pengajian Phd saya dimana proposal saya telah mencecah hampir 200 mukasurat namun isi kandungannya telah padu dan teliti.

5. Sedia maklum, SV memerlukan masa untuk membaca draf kita...sekurang kurangnya 2 ke 3 minggu. (Bagi ruang masa yang secukupnya kepada sv untuk membaca hasil tulisan kita supaya mereka dapat memberi feedback dengan lebih baik pada sesi pertemuan seterusnya). Oleh itu, saya sarankan gunakan masa yang ada untuk menulis kertas penyelidikan sebanyak yang boleh. Saya berjaya hasilkan 2 kertas penyelidikan ketika semester ke 2 untuk tujuan pembentangan yang berlangsung pada sem 3.

Note: Contoh plan of study (asal) dan pemilihan analisis time series



Sem ke 3 dan sem ke 4

1. Lebih aktif dalam penulisan kertas kajian. Sepanjang tempoh ini, saya menyiapkan beberapa lagi kertas penyelidikan. Sebahagian darinya adalah kertas kajian yang dihasilkan dari research objektif kajian yang saya perkenalkan dalam tesis. sebahagian lain pula adalah berdasarkan kajian pada area yang sama tetapi pada negara negara lain. Tujuannya untuk menambahkan lagi kefahaman terhadap hypothesis kajian yang diuji.

2. Beberapa kertas kajian yang telah disiapkan telah dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kertas kajian dibawah kumpulan pertama saya hantar terus kepada jurnal jurnal berindex manakala kertas kajian yang selebihnya digunakan untuk tujuan pembentangan dalam persidangan.

3. Saya juga menggunakan tempoh masa ini untuk membentang kertas kajian dibeberapa pesidangan dalam (ICOSS 2015, ICABEC 2016, AIA 2016 dan luar negara (Bali dan Korea). Saya menerima banyak cadangan penambahbaikkan dari conference dan juga reviewers comments yang saya gunakan untuk tambahbaik content tesis saya. Rezeki saya juga memenangi best paper award daripada persidangan ICABEC 2016 yang saya hadiri. Selain itu, beberapa kertas kajian saya juga mula diterima untuk penerbitan dan proses penambahbaikkan (correction) sepanjang semester ke 4 dan ke 5 ini.

4. Dengan segala usaha penulisan kertas kajian, pembentangan dan penerbitan, saya menjadi semakin yakin dengan apa yang saya hasilkan dalam tesis draf saya untuk tujuan proposal defense. Akhirnya, pada penghujung semester ke4, main SV saya telah berpuas hati dan mengizinkan saya untuk submit for PD.

5. Kelebihan bagi pelajar yang telah menyediakan full proposal draft antaranya:

  • - Pengetahuan pelajar terhadap tesis jauh lebih mendalam dan lebih bersedia ketika menghadapi PD
  • - Hasil draf lebih solid..dan pelajar hanya terus memberikan perhatian kepada chapter analisis dan akhir apabila telah lulus PD.

6. Alhamdullilah, proses PD saya berjalan amat lancar sekali. Segala soalan panel dapat saya jawab dengan tenang. Saya lulus dengan very minor correction.



Semester 5


1. Dengan greenlight yang diterima, saya terus memberi perhatian penuh untuk melengkapkan chapter analisis dan conclusion. Memandangkan kesemua analisis telah disiapkan (disusun dengan cermat dalam jadual), fokus saya hanyalah kepada penerangan atau ulasan setiap analisis berkenaan yang dihasilkan mengikut reserach objektif masing masing.

2. Saya mengambil masa selama 2 bulan untuk menyiapkan kesemuanya. Setelah itu, saya serahkan full tesis kepada both sv untuk semakan akhir. SV mengambil masa selama sebulan untuk menyemak tesis berkenaan.

3. Ketika menunggu semakan siap, saya cuba pula menyertai beberapa pertandingan seperti three minutes thesis competition, pertandingan inovasi untuk mengisi masa lapang. Alhamdullilah, tak sia sia saya join. Saya berjaya memenangi beberapa gold medal dan special award dari pertandingan inovasi tersebut yang mana produk yang saya hasilkan adalah framework dari tesis saya sendiri.


Tips untuk memenangi gold medal dan juga special award (contoh poster disediakan)
  •  Pilih innovation competition yang bersifat akademik
  • -Pastikan ada publication berindex (ketika ini beberapa kertas kajian saya telah berjaya diterbitkan setelah 6 bulan ke setahun proses pembetulan)
  • - Sampaikan idea dengan penuh keyakinan dan jawab semua soalan panel dengan sebaik baiknya.


4. Apabila dapat semula tesis yang telah disemak oleh SV (ada 2 kali meeting diadakan untuk membincangkan penambahbaikkan) fokus saya kembali kepada pembetulan tesis. Setelah disemak sekali lagi, main sv telah berpuashati dan memberi greenlight untuk submission for viva.

5. Sebelum saya submit tesis for viva, saya menggunakan perkhidmatan proofread bagi memastikan tesis sy diedit terlebih dahulu untuk memastikan kualiti penulisan tesis dijaga. Proses ini telah saya hantar lebih awal pada pertengahan semester ke 5 ketika sv masih lagi sibuk menyemak tesis. Proses editing mengambilmasa lebih kurang sebulan.

6. Saya berjaya menghantar tesis saya ketika bulan terakhir semester kelima saya untuk tujuan viva (bulan june yang lalu) dan setelah submission, saya dikehendaki melapor diri untuk bertugas semula (saya lapor diri lebih kurang 6 bulan lebih awal dari tarikh sepatutnya iaitu 1 November 2017)

7. Peperiksaan viva berlangsung pada penghujung bulan 8 yang lalu. Ianya berlangsung kira kira 1 jam setengah. Alhamdullilah, saya dapat minor correction yang diberikan oleh kesemua internal dan external examiner saya.



Tips persiapan viva.


1. Pastikan anda benar benar faham apa yang anda tulis dalam tesis tersebut.
2. Jawap soalan panel dengan tenang. Sekiranya tak tahu jawapan. terus terang.
3. Buat sedikit praktis menjawap soalan soalan viva. Soalan soalan ini boleh ditanya samada dari examiners atau dari chairperson sendiri.
4. Skop yang paling banyak diperbincangkan ketika viva adalah "justifikasi"..semakan examiner terhadap tesis anda. Jadi bersiap sedia menjawap soalan soalan mereka dengan baik.

Saya mengambilmasa selama seminggu untuk pembetulan tesis dan akhirnya, saya berjaya submit tesis (hardcover binding) saya pada 7.9.2017..minggu terakhir sebelum bermulanya semester baru di USM.

8. Paling mengembirakan, pihak IPS menerima rayuan saya untuk masukkan nama saya didalam senat meeting yang akan berlangsung pada hujung bulan ini. Oleh itu, saya dapat menghadiri masjlis konvokesyen yang akan berlangsung pada 28.10.2017 nanti.

Dengan izin Allah, saya berjaya mencapai status graduate on time (GOT)..daripada proses menyiapkan tesis, proposal defense, viva, dan convocation...kesemuanya dalam tempoh hampir 3 tahun pengajian Phd saya! Alhamdullilah :D

Apa yang saya dapat simpulkan disini adalah: jangan sesekali mengalah dan terus berserah pada takdir. Kita mesti gigih berusaha untuk mencapai matlamat yang ditetapkan biarkan berbagai halangan. Usaha, doa dan tawakal, moga segala yang diimpikan menjadi kenyataan!


Terima kasih kepada yang sudi baca.


Comments

  1. Hi! saya daftar pengajian PhD September 2019. Universiti tempat saya belajar ambil masa satu bulan sebelum umum tarikh PD. Saya sangat nervous tapi tak sabar pun ye..tq atas perkongsian..inspirasi..

    ReplyDelete
  2. Menarik artikel dikongsi..hebat org yang boleh habiskan PHD ni not easy kan...btw saya merupakan RA atau pembantu kajian.Jika ada perlukan bantuan utk penulisan jurnal/mencari jurnal,thesis writing SPSS dan sebagainya juga menulis untuk buku dan novel bolehla hubungi saya 0166371460.Mana tahu nak upah kan..boleh berbincang nt.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

::course perhutanan.. jom kenal::