Melawat Sarawak 2020

Assalamualaikum...

konon malam ni rancang nak fokus pada manuscript.. sekali terpergi pulak melawat blog honeykoyuki  baca punya baca semua post di sampai ke percutian di Pulau Perhentian teringat pula aku bercuti di Semporna hari tu.. dan terpergi pulak pada blog aku sendiri.. teringat disana cantik tempat dia.. tak rugi aku rasa setuju waktu kawan aku ajak join di pergi ke sana.. dan aku kiranya dah sampai la di salah satu Taman Laut Sabah.. boleh melawat gambar2 pada LIFE 2019..

So untuk hari ni punya cerita, berkaitan percutian aku  Sarawak dimana tempat pertama aku berjauhan dari family.. aku tak pernah duduk asrama ok.. sekali dapat jauh terus.. tapi xdak juga la aku culture shock time tu.. dan disana jugalah permulaan tertubuhnya blog ni..  so percutian kali ni aku bersama dua orang lagi geng kecoh aku sepanjang study di sana iaitu Jihah and Yana.. sepanjang perjalanan tu.. intinery aku yang buat manakala untuk tempahan hotel dan penginapan Jihah dan Yana yang lakukan.. perancangan kami ni sebenarnya dah berbulan awal dan Alhamdulillah.. menjadi juga.. sebab menjadi pun sebenarnya ada rahsia disebaliknya..


10 Januari 2020 -Bintulu, Sarawak



Flight kami lain-lain dari tempat berbeza-beza.. aku dari Sabah, Yana dari Penang dan Jihah dari KL.. tapi Yana ambil penerbangan lebih awal yang mana boleh sampai pada Jihah dahulu dan baru ke Sarawak.. tapi aku yang pasti.. aku yang sampai dulu di Sarawak yang mana detinasi pertama kami adalah Bintulu...

Disini, kami merancang untuk sampai awal pagi kerana hanya satu hari sahaja kami meluangkan masa disini.. Cukup la sekadar mengimbau kembali kenangan dan melihat sedikit sebanyak perubahan yang telah berlaku disitu..  So bila dah cukup corum.. bergerak la kami mencari tempat makan dahulu, mengalas perut yang lapatr dan mencari apa yang patut..bila dilihat balik sepanjang perjalana kami disana dah banyak perubahan di Bandar Bintulu ni.. dah bersepah dah hotel dan tempat-tempat makan serta shopping mall.. selepas breakfast destinasi kami adalah ke pasar utama sebelum masuk ke UPM.. kalau lambat-lambat nanti tamu tutup.. yang special disini adalah ikan terubuk dan belacan.. selain tu  hasil-hasil penduduk tempatan juga ada dijual disini seperti ragi,  madu dan lain-lain lagi.. tengok sendiri la gambar dibawah..



sarapan pagi  mee kolok ayam goreng.



Seterusnya selesai membeli belah di tamu bergerak la kami ke tempat yang sangat dirindui.. tempat jatuh lagi di kenang iaitu..

rindu.. hampir satu dekad meninggalkannya..


Walaupun dah banyak bangunan baru di sekitar UPMKB tapi bagi aku tak banyak yang berubah.. masih lagi dapat melihat laluan bukit dan kandang rusa tapi kelihatan sedikit usang.. bangunan jabatan dan library pun.. tapi ada sedikit perubahan yang mana lebih ceria si kawasan foodcourt dan  tempat berjalankaki pun dah berbumbung... dua jam berjalan sekitar UPMKB rasa sangat cepatuntuk mengimbau balik semua kenangan lama tu..  seterusnya perjalanan kami.. check in hotel dan berehat sebelum berjalan lagi sampai ke malam.

Petangnya kami berjalan-jalan disekitar Tanjung Batusemakin cantik tempat tu. ada tempat berjalanan kaki dan kawasannya pun semakin luas.. disini kami try pula ABC Buah Tanjung Batu.. dan malam nya melawat family angkat dan dinner disana..


Family angkat di Bintulu..


Esok paginya kami meneruskan perjalanan kami ke Kuching, Sarawak dan dihantar oleh family angkat kami ke airport. Sebelum tu hotel kami dah sediakan sarapan pagi secara buffet di sini.. not bad makanan dia..


11 Januari 2020 - Kuching, Sarawak 

Sesampai di Kuching.. dapatkan kenderaan dan meneruskan perjalanan kami ke Kampung Budaya Sarawak.. kalau kesana.. baiklahmembeli tiket secara online lebih murah berbanding beli on the spot di kaunter tiket bezanya hampir rm10 juga.. sebelum kami sampai kesana.. biasalah isi perut untuk tengah hari dahulu di kedai agak famous di Kuching iaitu Kopi O Corner.. bagi aku best juga makanan dia dan cepat.. disana menu aku laksa sarawak... sorry xdak gambar pula.. sana boleh bagi lima dari lima bintang..

Kami sampai di kampung budaya menghampiri jam 2..awal tanggapan kami ketika melangkah masuk kesana." ruginya rm80++kami dengan yang kami kira tak ada apa-apa yang menarik." tapi setelah kami menjejak masuk ke rumah-rumah tanggapan kami melesat.. banyak benda yang kami pelajari.. dari segi reka bentu rumah dan budaya kaum-kaum di Sarawak..

Reaksi awal-awal masuk..













Lepas puas hati dengan apa yang dihidangkan..




Kami mengambil masa tiga jam untuk melawat semua rumah, termasuk bergambar, beramah mesra dengan semua warga-warga staf rumah tersebut.. dan pada pukul 4petang kami diarahkan untuk ke dewan auditorium untuk melihat persembahan yang disediakan.. hasilnya saya bagi 4 dari 5 bintang.. 
 sebelum kami balik dan check in hotel.. kami singgah sebentar di Pantai Damai di sebelah hadapan taman ini. Malamnya kami makan di Warung Nusantara.. kalau ikut tekak kami yng cerewet ni.. makananya mungkin dua dari lima bintang dan seterusnya berjalan di dataran kuching sambil melihat air pancut yang menjadi skrin tv disitu.. sempat juga kami beratur dan merasa ais krim durian gulang apom..pure durian.. mungkin penegemar durian akan menyukainya.. tapi buka saya.. satu cawanberharga RM9.00.. beratur panjang Jihah disitu..


 
kuat rasa durian dan manis gula apang kurang..


12 Januri 2020 - Kuching dan Bau, Sarawak

Seperti yang dirancang hari ini kami bergerak ke Bau, Sarawak. Seawal tujuh pagi.. kami bersarap di hotel dan memulakan perjalanan kami.. arah tuju kami adalah ke Pasar Serikei.. sejujurnya aku tidak ingat pukul berapa kami mula bergerak tapi perjalanannya mengambil masa hampir satu jam ke sana dari Bandar Kuching dan aku sepanjang perjalanan sempat melelapkan mata sehingga ke destinasi..

Kawasan yang dilalui dikelilingan dengan hutan dan bukit.. sesampai sahaja disana terdapat banyak produk berasaskan rotan dijual.. dari cerita penjual-penjual disana, mereka merupakan penjual dari Kalimatan, Indonesia dan hanya hari minggu sahaja bereka dibenarkan untuk datang menjual di situ .. sebelum pukul 3ptang hari ahad mereka dikehendaki beredar dari kawasan tersebut.. disebabkan itu pada hari ahad jualan hanya dilakukan sebelum pukul 12tengahari.. sebelum kami sampai disana, ada juga khabar angin mengatakan penjual-penjual disitu kasar dan memaksa orang untuk membeli barangan mereka tapi alhamdulillah sepanjang kami membeli belah disana majoriti penjual ramah-ramah dan memberi diskaun  kepada kami.. oh ya.. kalau dilihat Pasar Sarikei inidiibaratkan seperti Bukit Kayu Hitam, Kedah, Padang Besar , Perlis dan Rantau Abang, Kelantan. Sepanjang disana.. selamatlah duit saya RM176membeli belah antaranya Kain batik 5helai RM35, seluar palazo 2helai RM35, kain pasang bercorak sulamRM70, kain pelikat gajah duduk RM17, kudap-kudap rm15 (kerepek ubi dan jeruk buah salak) dan frige magnet rm4.






Entah pukul berapa...kami meneruskan perjalanan kami balik ke Kuching.. sempat juga kami menyinggah sekejap salah satu gua berhampiran perjalanan pulang kami.. gua tersebut adalah salah satu tempat sembahyang kaum beragama buddha disitu..jadinya kami hanya bergambar dari luar sahaja..



perjalanan kami seterusnya adalah melawat kedai kek lapis.. ibarat pergi beraya.. oh.. sebelum itu.. singgah sebentar untuk makan tengahari.. di Mom's Laksa Kopitiam.. makanan dia best juga..  sya order nasi kuning ayam goreng dan disini kami dapat order teh c peng pandan.. best juga..  kedainya saya bagi empat dari lima bintang..

                                                                                                                                                                    
  


sempat juga diorang beli kek birthday untuk saya..  tq my fiends..


so.. bermulalah jalan-jalan raya.. sampai muak makan kek lapis.. ada dua cara untuk ke rumah-rumah jualan kek lapis.. pertama mengunakan sampan atau disana memanggilnya sebagai penambang.. menyebanginya mengunakan sampan dan membayar seringgit dan jalan lah disana kerana kedai ke kedaibersebelahan sahaja kedai-kedai tersebut.. manakala cara kedua menaiki kenderaan ke sana .. so kami memilih menggunakan kaedah kedua kerana awan gelap mula menyelimuti langit.. sebelum itu sempat juga  kami singgah sebentar di pasar untuk melihat harga ikan terebuk disini..



pasar ikan.. ikan terubuk masin..


 sempat juga membeli pes laksa serawak haji manan dengan harga rm5 sebungkus

dah penat berjalan dari pagi.. habis melawat semua kedai kek.. badan pun terasa penat so.. kami pulang la ke hotel berehat sekejap dan menjamakkan solat.. oh ya.. kek yang paling best antara semua2 kedai adalah dari kedai warisan.. dan kek yang di jual di gerai di pasar ikan tersebut xsilap ada nama siti.. 

Saya dan Jihah masih meneruskan perjalanan kami sebelah petangnya.. kali ni kami hanya berjalan kaki ke dataran kuching.. kalau diikutkan google map.. 15miit perjalanan dari hotel kami ke sana.. so alang-alang kami ke sini.. ini masanya kami cuba menaiki penambang.. dengan bayaran rm3 hantar sehingga ke jambatan dan kami pulang menggunakan jambatan ke sebarang.. sepanjang perjalanan itu sempat juga kami berkenalan dengan dua orang pemuda dari KL yang sedang bercuti di sana dan satu family dari singapura yang  tinggal di UK bercuti di kampung halaman isterinya di Sibu, Sarawak. Setelah hampir dua jam kami disana dan berhajat mencari guardian membeli ubat pada Yana, malangnya perjalanan balik kami semakin jauh dari arah sebenar.. dan kaki mula sakit-sakit dan waktu menjengah ke isyak..


            


Lawat malamnya.. sebagai malam terakhir kami disana.. dan malam last kami bersama setelah beberapa tahun tidak berjumpa.. kami memilih untuk dinner di Anuarr BBQ steamboat..bagi sayatempat kurang memuaskan.. pinggan mangkuk berminyak dan kurang bersih.. air habis lambat untuk refill.. dan malamnya.. hanya saya sorang je tak sedap perut dan muntah-muntah.. bintang yang saya boleh bagi.. kurang dari satu bintang..




13 Januari 2020 - Kuching, Sarawak

Last day kami disini.. Yana awal pagi  dah berangkat pulang... kerana flightnya rescedule lebih awal dari yang ditempah.. saya pulang actually balik paling lewat dan berminat untuk berjalan lebih banyak tempat sebab kereta kami akan pulangkan sebelum pukul tiga.. tetapi dengan badan yang rasa seram sejuk macam nak demam saya gagahi juga... mungkin akibat muntah-muntah malamnya.. selepas menyelesaikan urusan pagi..  kami meneruskan perjalananke muzium islam sarawak.. tapi mugkin under construction tempat tersebut ditutup dan akhirnya kami meneruskan perjalanan kami ke muzium kucing.. bagi saya secara jujur tidak ada apa yang menarik disitu.. walaupun saya meminati kucing.. dan lastkemi meneruskan perjalanan kami ke airport dan singgah sebentar mencari mcd sebagai bekalan kami di airport.. keadaan semakin okey beransur ok selepas dapat mcd.. haish.... apa masalah  sedangkan awalnya rasa tak lalu pun nak makan..  so pukul tiga sudah hantar kereta.. dan menunggu flight untuk pulang ke tempat masing2..


So.. seluruh perjalanan saya berpuas hati.. dan memang betul2 berjalan..yang mana boleh kira berapa jam sahaja kami di hotel.. sepenuhnya untuk segarkan badan dan tidur..  so bintang nak bagi empat dari lima juga.. sebab tak dapat tempat makan yang betul-betul best...


p/s: maafkan saya atas kesalahan ayat.. tanpa sempang dan sebaginya kerana mempunyai masalah teknikal pada correction blog..


04022020 0620am

Single mingle room
Angkasa Apartment
ayat skema mcm budak sekolah dan xdapat nak edit balik..







Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

::course perhutanan.. jom kenal::