PKPB fasa5. DEKO BILIK

Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk pembaca dan diri sendiri juga.

Terima kasih kerana sudi datang melawat walaupun ayat aku serabai dan aku sendiri baca pun rasa serabut kepala membacanya. Sekarang aku berada pada fasa 5 PKP dan masih sama, aku masih berada di kampung daan masih struggle untuk siapkan paper review aku yang tak siap-siap. Baru tau sebenarnya, sangat susah rupanya nak siapkan paper review. Nak pula sekarang malas sangat-sangat nak membaca. Membaca pun tak dapat nak serap laju apa yang dimaksudkan dari pembacaan, jadi hilang mood nak membaca. Seterusnya ada yang pergi baring dekat katil sambil layan anime netflix di phone.

Fasa 5 pkp dah banyak kelonggaran tapi diketatkan juga waktu hari raya  hari tu. Dimana polis akan pantau rumah ke rumah. Kunjung mengunjung dibolehkan tetapi isi rumah tidak boleh melebihi 20 orang. Banyak kompaun telah dikeluarkan pada raya hari tu termasuklah merentas negeri yang mana sebanyak rm1000 dikenakan sekiranya didapati bersalah merentasi negeri dan pulang ke kampung untuk beraya. Walaupun raya tahun ni banyak dirumah tapi siaran raya tahun nu pun tak banyak so sangat membosankanlah.

Aku. Aktiviti aku sekarang tiap-tiap malam try paksa diri untuk siapkan paper aku. Target aku minggu depan aku nak  hantar first draf aku pada sv. Tapi sampai sekarang baru siap intro, manakala topik-topik dalam dia macam pening kepala nak cari. Sebelum ni, iaitu sebelum raya progress aku banyak ke mengemas rumah dan cat rumah. Aku pun dah kemas-kemas bilik belakang dan jadikan bilik aku sekarang berada di my sea breeze room dah tak tinggal di my lovely room, tak berkongsi bilik dengan adik lagi dah. Tapi tu lah setiap hari buat tour room gak budak-budak ni ke bilik masing-masing. Kejap bilik orang ni, kejap bilik orang tu dan masing-masing pun dah create character bilik masing-masing. Bilik aku, tema 'sea breeze'  sebab warna light blue, langsir berombak-ombak dan berbintang-bintang itu pun tak cukup langsir sebab salah kira time order. Satu bidai patut pakai 3 langsir aku book 4, so ter miss lagi 2 langsir just top up langsir dari Mr DIY  yang jarang je nanti ada duit baru book lagi 2. Manakala bilik adik  'lovely room' kekal konsep lama iaitu pink and love dengan aksesori lampu bola pink n merah. Cumanya dia luaskan bilik dengan tukar katil kepada katil single  yang sebelumnya katil queen sebab kami berdua dalam bilik tu dan pasang karpet untuk nampak bilik penuh dan selesa untuk solat. Jat pula tema bilik 'blue star 'langsir sampai cadar semua sedondon. Katanya lagi nak cat bilik dark blue tapi tak tau bila dia nak buat dan bila kami kemas bilik dia pun start kemas-kemas juga yang sebelum ni nak masuk pun mengucap banyak kali lah. Bab rumah, belum complete cat sepenuhnya. Dah kempis duit aku, tunggu next elaun pula nak fokuskan bahagian luar rumah. Dalamnya tinggal kawasan ruang tamu je, ruang tv dah settle walaupun tak seberapa jadinya.


Jangan blame sis tak kemas katil, actually dah tidur pastu bangun semula nak buat kerja. Ni la yang sis cakap warna sea breeze daripada colorland. Sebenarnya sis nak buat tema daun tropika yang ada di frame hujung kepala tu. Sekali dah jadi biru pula semua benda. Ni adalah ruang katil sis and ruang study. Warna asal bilik ni adalah warna purple pink tu.

Ni pula ruang yang sis rasa perlu dibaiki semula. Awalnya nak buat tema warna kayu la sebab katil kayu. Sekali lepas cat rasa tak matching pula warna diorang, lagi masuk dengan warna putih. Manakala rak buku tu macam serabut. Silap pula beli jenis ni awalnya nak beli rak buku ikea entah macam mana tukar fikiran pada yang jenis ni. Pintu tu pula yang asal dulu tak diubah. Sebabnya rasa menarik pula pintu tu gaya pintu gerbang. Tapi kadang-kadang nampak serabut pula. Rasa macam nak tukar tapi malas nak cabut sticker bata-bata tu. Extension pula serabut-serabut je atas tu xtau nak  buat cam mana dah nak nampak kemas.

Ingat bahagian cermin nak beli cermin bulat  bingkai cerah-cerah putih atau kayu oak dan bawahnya letak chest drawer yang empat selesa sikit dengan ketinggian n boleh la sumbat-sumbat barang peribadi yang lain dalam drawer dan beli rak buku ikea yang macam bawah ni la.. aku isikan pada ruang cermin. Side table katil aku tukar dengan yang bilik adik punya boleh la dapat yang kecil sikit. Inilah gambaran banyangan tapi bukan beli dalam masa terdekat la.. maybe cari yang penting dulu.. manakala pintu aku akan cat balik semua biru.. sayangnya warna purple tu..





Kos semua setakat hari ni

Katil, tilam, cadar, meja tepi katil = sedia ada
Cermin muka = RM 30.00 (ECOSAVE)
Almari buku = RM 94.40 + RM16 (POS -LAZADA)
Lampu pokok = RM35.00 + RM4.50  (POS -LAZADA)
Langsir 4 helai = RM 196 (pos free -lazada)
Kayu langsir 2 batang = RM100 + RM4.60 (pos -lazada)
meja study  = RM59.88 +RM9.50 (POS -LAZADA)
Lampu study include bulb = RM53.50 (pos free -lazada)
Frame daun tropika 3keping  =  RM36 ( Mr DIY)
Hanging note = RM25 (Ecosave)
Almri baju = RM 103 + RM5 (POS- LAZADA)
cat bilik = RM35.00

TOTAL =RM807.38 hah.. mau dekat seribu gak masuk bilik baru je.. kalau tak ada kos pos dan cari barang sendiri di kedai mungkin dapat kurangkan lagi kos.. almaklumlah pkp kan...

Benda yang nak cari akan datang
- hanging book shelter  (RM54 -LAZADA)
- langsir 2 helai  (RM58 -LAZADA)
dan cari pokok-pokok kecil , nak juga tema tropika tu. Musim pkp ni tengok laman sosial masing-masing menghias rumah sakan dengan tanam pokok perhiasan dalam rumah  sebagainya. Almaklum la, masing-masing tak kerja. Bagi yang kerja gov gaji jalan macam biasa. Itu la seronoK shopping sakan walaupun kedai banyak tak buka. Online shopping kan ada.. Dunia di hujung jari.. bukan kereta yang terbang 2020 ni.. duit yang terbang sebab beli barang online.


Itu je la kali ni tak ada apa sangat nak cerita. Okey sambung buat kerja.


Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

::course perhutanan.. jom kenal::

Master by RESEARCH...