Jika dunia berubah #FICTIONVERSIAKU

 Assalamualikum..

Korang ikut ke perkembangan semasa sekarang? isu minyak dan sebagainya. Aku ada terbaca thread yang dia cerita dari side dia kalau dunia berubah. Sekarang aku nak cerita dari side aku pula. Walaupun hakikatnya tak ada la jadi teruk mana pun, imaginasi kita je selalu buat teruk lebih. 

Aku sekarang duduk dekat kolej di kepulauan Borneo. Dulu aku suka tengok cerita family Robinson yang tiba-tiba kapal diorang terdampar di satu pulau dan diorang cuba untuk hidup di pulau tu. Dari buat rumah bercucuk tanam. Bela haiwan. Aku nampak seronok. Slow living. Kau bayangkan, dengan isu perang dan minyak ni, tiba-tiba semua negara tak boleh fly sudah ke mana-mana. Maksudnya aku pun kena terdampar permently di kepulauan borneo ni. Time tu macam cerita faction lain selalu bayangkan tiada elektrik, tiada minyak, tiada internet dan sebagainya. Macam mana nak hidup. Aku sudah la tiada family langsung di sini. Nak tak nak aku kena survive sendiri juga. Aku just nampak hutan di sebelah kolej. Dan pokok-pokok yang aku tanam. itu ja kot sumber survive aku. 


Aku pasti kalau situasi berlaku. Majoriti pelajar akan cuba juga untuk balik ke kampung halaman dan yang tinggal hanyalah yang cuba untu stay di kolej dan  yang memang familynya di semenajung. Kolej kami hanya ada kolam depan kolej. Staf kolej dan beberapa orang students pernah memancing disana dan diorang pernah jumpa ikan patin. So sumber protein ada. Kolej kami juga selalu jadi laluan untuk kerbau-kerbau liar berendam terutamanya di kolam depan kolej. Aku pernah kira haritu ada dalam 15 ekor juga tapi 3 ekor masih anak lagi mungkin baru lahir. tapi kerbau tu sangat besar.

Pokok sekitar kolej?Belakang kafe ada la pokok mangga, jambu dan betik. Pokok cili dan serai sikit belakang kafe. Pokok-pokok aku semuanya pokok untuk spice dan sikit sayur.

Kalau fikir balik semua makanan ni berapa hari je aku boleh survive dengan bilangan pelajar yang tinggal di kolej lagi. HURRMMMMM....

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

::course perhutanan.. jom kenal::

Andai esok aku tiada..