Tuesday, April 3, 2012

::UBAT PENYAKIT TENSION::




 assalamualikum...

tension dowh sekarang.. banyak kerja tak siap.. kena layan ragam orang pula lebih..sakit betul hati... tyme nie baru aku nampak guys classmate aku lagi terbaik daripada budak2 nie.. dah la budak2.. minta tolong sikit pun punya banyak alasan.. masyaallah.. tahan jew la dengan perangai masing-masing.. aku tak pasti la diorang masuk palapes nie untuk apa.. adakah sebab gila pangkat atau gila duit.. aku tak pasti.. yang pasti.. apa yang aku nampak.. bila tyme buat kerja memang sangat berkira... kalahkan perempuan... orang suruh buat itu tak boleh.. buat ini tak boleh... ada jew alasan yang diberi.. macam mana la nak pertahankan negara esok-esok.. alik-alik semua perempuan juga duduk di depan dok tatang senjata pertahankan negara.. yang guysnya duduk dalam bilik.. bagi arahan dari situ.. itulah yang aku nampak dari intake aku sekarang.. 

baik classmate aku pula.. bukan tentera pun.. bukan palapes.. tapi kami pelajar perhutanan.. sama-sama berganding bahu bekerjasama bila ada kerja yang akan dilakukan.. tujuan kami lagi berat.. masuk ke hutan sebagai pelajar yang cuba mengenalinya.. angkut tong gas.. angkut dapur.. dalam hutan.. semua bekerjasama.. tapi pada ladies dikurangkan beban.. hampir keseluruhan diorang yang buatkan...  bertuahkan.. tapi tak untuk intake aku yang suruh bank in duit pun banyak alasan.. sedangkan tue tugas dia as bendahari.. uhu~~ panas.. panas...  disebabkan aku tengah panas.. jom lah kita tengok hasil kerja aku as student perhutanan.. untuk sejukkan mata kembali..

MODEL PEMBALAKAN DI LEBUHRAYA




sikit-sikit lama-lama jadi bukit .. nie la hasil projek aku semester lepas model pembalakan lebuhraya.. hasil dari cadangan kawan nie sikit.. kawan tue sikit.. digabung-ganbungkan dan jadi model nie.. masing2 keluarkan kos untuk menjayakannya...










MY GROUP MEMBER.. AS FOREST ENGINEERING

walaupun result tak ada la nak memuaskan sangat bagi projek nie.. tapi apa pun aku puas hati dengan hasil yang telah dihasilkan dengan usaha , keringat dan idea sendiri yang bukan diciplak dari mana-mana agensi..  fungsi projek nie sebenarnya nak tebang pokok di sepanjang lebuhraya dan mengurangkan impak terhadap persekitaran dan mengurangkan kos yang dikenakan  kepada jentera dan mengambil kira masa juga bagi pembalakan tersebut berkualiti atau tak.. bukan model semata-mata..
mudah-mudahan semester nie lebih baik dari semester lepas..