Posts

Showing posts from December, 2015

Impian: 2015, 2016 bakal tiba...

Image
BIS MIL LA HIR RAH MA NIR RAHIM. Pejam celik.. pejam celik 2015 bakal melabuh tirai... hari nie 29/12/2015.. tak sangka.. impian aku pada   2013  dah pun jadi kenyataan.. Alhamdulillah.. terima kasih ya Allah.. kerana menjemput aku menjadi tetamumu pada 5hb disember 2015.. dan alhamdulillah.. satu peluang yang sangat bernilai buat aku.. diberi peluang untuk berada dekat denganNya.. mengenal umat islam seluruh dunia dan dari situ aku rasa lebih berkobar untuk mempelajari bahasa syurga.. bahasa arab dan mendalami dan mengetahui selanjutnya mengenai sirah-sirah Rasul dan para sahabat yang telah banyak berkorban dalam memperjuangkan agama islam.. terima kasih juga buat mak aku kerana support perjalanan aku disana.. jazakillah.. moga rezeki mak lebih melimpah ruah... Pengharapan aku pada 2016 pula.. - aku harap sangat aku dapat siapkan pengajian master aku dengan sempurna dan jayanya... siapkan thesis dengan jayanya dan dapat jawab viva dengan sempurna then graduate...

Perasaan: Owh!! bencinya...

Image
BIS MIL LA HIR RAH MA NIR RAHIM. hELLO yolls.. *senyum*... hari nie dah dapat balik draft thesis pun still boleh layan blog.. * senyum again* Sebenarnya dalam hati nie ada perasaan tak puas hati.. tak puas hati bila doc tetiba ungkit balik hubungan aku dengan dia.. doc cakap.. "mesti kamu ada buat sesuatukan.. menyebabkan dia bengang dengan kamu"..  bukan maksud nak sentap.. tapi kalau boleh dah malas dah nak ingat tentang dia.. nak lupakan jew terus.. nak anggap dia tak pernah wujud langsung dalam kehidupan aku sebelum nie.. dah dia sendiri taknak kawan dengan aku kan.. so.. kita happy la dengan hidup kita sendiri.. orang tak sudi nak bantu.. so kita bantulah hidup kita sendiri.. aku faham maksud doc.. doc cuba beri yang terbaik untuk aku.. dalam masa yang sama nak bantu aku.. dan aku faham semua tue.. aku cuba.. cuba yang terbaik.. untuk atasi segala kelemahan yang aku ada.. ingat aku suka orang nak kutuk semua keburukan aku ada tue.. aku cuba untuk

Persepsi : Perjalanan Hidup

  BIS MIL LA HIR RAH MA NIR RAHIM. Kekadang kita mudah untuk mentafsir perjalanan hidup orang melalui mata kasar kita tanpa kita ketahui apa yang dirasai oleh dirinya yang sebenar-benarnya... Tanggapan kita padanya semestinyalah seperti apa yang diberikan oleh dia kepada kita.. tanpa kita sedar manusia boleh mencipta pelbagai karator dan watak dalam hidup dan pada setiap orang sekalipun.. tidak akan sama layanan yang diberikannya.. jujur aku katakan.. aku juga begitu.. yang mana aku tidak meletakkan cara yang sama bagi perbualan aku pada setiap orang.. lain untuk kawan-kawan.. lain untuk orang tua dan lain untuk kanak-kanak..  bak kata pepatah.. masuk kandang kambing mengembek.. masuk kandang harimau mengaumm.. ikut pada kesesuaian keadaan.. Aku masih dalam proses mengenali.. mengenali erti kehidupan.. dan mengenali erti perhubungan dengan sesama insan.. jujur aku katakan.. siapa yang ingin terus menerus membiarkan kehidupannya dalam kegelapan.. dan tidak menginginkan sebuah c

Jangan Pernah Menilai Manusia..

  BIS MIL LA HIR RAH MA NIR RAHIM. Hai.. Assalamualikum... Moga jumaat ini menjadi jumaat yang ceria buat anda semua dan juga saya.. Hari nie masih dalam topik sahabat, kawan dan teman.. tapi lebih spesifik lagi hati budi dan penilaian.. benarkan untuk saya membahasakan diri dengan 'aku' untuk menyampaikan hasrat hati dengan lebih mendalam dan lebih jelas diperlihatkan.. Aku manusia biasa.. hamba Allah yang mempunyai kekhilafan tersendiri dalam setiap perilaku dan gerak geri.. bukanlah manusia yang bersifat maksum yang sentiasa jauh dari kesalahan dan mungkin tiada cacat cela dari setiap perilaku.. tapi aku mengaku.. aku cuba memperbaiki diri.. cuba untuk memikir dan melakukan yang terbaik dalam diri.. mengelak dan cuba menjauhi kejahatan dan ketidakselasaan manusia lain terhadap diriku dan memperbaiki kepada yang lebih baik.. tetapi manusia tetap manusia.. tetap mempunyai kelemahan dan kekurangan tersendiri.. yang mungkin sedar atau tidak sedar melakukan kerosa