Posts

Showing posts from January, 2024

WELCOME 2024

Assalamualaikum.. To my life again sampai juga ke satu lagi angka baru dalam hidup iaitu 35 tahun. Terbaca tadi post dari Sahilbloom's ig. Sepuluh tahun lepas dia pernah tulis pada diri sendiri berkaitan hidup dengan berbunyi.. " Hai orang tua, jika kamu baca ini bermakud kamu masih hidup. Taniah.." Melihat pada apa yang dia tulis refleksi semula pada diri sendiri. Tiga hari lagi genap tiga puluh lima tahun kehidupan aku di bumi ini. Alhamdulillah. Walaupun masih dalam fasa hidup single belum ada keluarga kecil sendiri tapi tuhan bagi aku mata dan fikiran untuk melihat dan telitikan sekeliling dan bersyukur apa yang telah diberikan buat masa ini. Alhamdulillah 12.12.2023 aku berjaya melepasi satu lagi fasa hidup kerjaya aku iaitu menghantar penulisan thesis bagi pengajian phd aku. Satu cita-cita yang aku impikan moga dipermudahkan juga urusan viva dan mendapat pekerjaan sebagai pensyarah tetap. Tiga puluh lima tahu. Satu angka yang aku tak pasti macam mana pe