Thursday, May 12, 2011

::kunci kejayaan di dunia dan akhirat ::

"Persoalan empat perkara dalam dirimu satiap hari.."

  •  apa yang kamu lakukan sepanjang usia kamu???
  • apa yang kamu lakukan dengan ilmumu??
  • apa yang kamu lakukan dengan hartamu??
  • apa yang kamu lakukan dengan kesihatanmu??
persoalan dirimu dengan aktiviti harianmu..  insyaallha.. kamu mampu mengubahnya...


Tuesday, May 10, 2011

:: Review :: last semester 2010/2011 ::

alhamdulillah....
akhirnya berkesempatan agi buat ruang review untuk semester nie.. sama juga dengan semester2 yang lepas.. aku akan review kembali aktiviti yang dilakukan semester nie untuk jadi kenangan dan mengimbau kembali aktiviti yang aku lakukan semester nie.. tapi berbanding dengan semester2 lepas.. semester nie aku tak banyak sangat amali luar yang aku lakukan.. sebabnya semester nie .. kebanyakkan subjek yang diambil adalah subjek luar fakulti.. iaitu subjek wajib universiti.. jadi memang kurang la kerja lapangan .. dan tak kurang gak keja kat lab.. menyebabkan.. kurangnya lawatan luar..  
berbalik pada tajuk.. jom kita jenguk2 lawatan luar aku semester nie.. 

               tarikh :: 25 Feb - 1 Mac            
lokasi :: Sekitar Negeri Pahang
subjek  :: ekologi hutan
untuk amali nie.. setiap kumpulan dipecahkan mengikut kumpulan masing2 untuk mengambil data ekologi  bagi setiap plot yang mana merangkumi keluasan 70m x 50 m... data ekologi yang diambil termasuk la data biotik (benda hidup) dan abiotik (bukan hidup seperti, kelajuan angin, keamatan cahaya, ph tanah dan sebagainya).. maklumat bagi setiap pokok kat kawasan tersebut juga.. perlu diambil , dicatat dan dilukis... bagi melihat profil hutan di kawasan tersebut.. kerja dia bukan mudah.. tapi dengan kerjasama.. memang senang.. kerja nie turut melibatkan pemerhatian yang tajam.. dan kemahiran berfikir sebab terjadinya sesuatu dan kewujudan hutan tersebut .. termasuklah spesies2 yang ada dan terlibat.. terdapat empat lokasi kajian yang terlibat untuk kerja amali nie.. iaitu.. Lowland forest, Peat swam foreat, Mangrove forest n Health Forest.. keempat adalah lokasi yang berbeza.. jom terjah sikit gambar2 kerja di lokasi berkenaan..

 kerja di hutan tanah rendah... nie tengah bincang kew.. rehat2..

 nie pula di hutan tanah gambut.. sangat advance.. dengan banyak pokok tumbang.. dan berduri..
angin kuat pula tue.. sipi2 jew ranting besar nak jatuh atas kepala ari tue.. nasib baik tuhan nak selamatkan.. jz kena bahu jew.. kalau tak.. aku tak dapat bayangkan..

nie keadaan yang lagi2 advance.. memang berjalan atas akar pokok jew.. walaupun setinggi mana.. 
sama gak keadaan tyme ambil data.. cam nie la.. hutan paya bakau

nie pula.. adalah healt forest atau dikenali sebagai hutan keranggas.. 
yang mana hutan nie agakj terganggu.. disebabkan tanah dier kurang subur.. tengok pokok dier.. kecil2 jew..
nie dekat Taman Negara Endau Rompin..

hasilnya..  ktorang jumpa pokok nie juga..
Nepthus...









              



:: welcome back ::

" Apa yang korang buat bila bersama dengan keluarga di kampung??"

assalamualaikum.. dan berjumpa lagi.. yang mana kali nie.. aku dah sampai kat rumah.. sangat gembira.. sebabnya hari2 perut kenyang tanpa keluarkan wang sendiri.. uhuhu~~ bahagia sikit.. tapi kena selalu ringan tulang tau.. tolong keluarga di rumah pula kali nie.. bukan bergelumang dengan buku2 dan assgmnt yang bertimbun.. dan memenatkan kepala untuk berfikir.. well.. sebelum memulakan aktiviti aku untuk program cuti empat bulan nie.. aku balik  lepak dulu dengan keluarga.. uhuh~

apa jew yang aku buat kat rumah ???
macam biasa.. bangun pagi kemas rumah.. buat kerja rumah.. petang mula la sesi mengadap tv atau lappy sampai malam.. sambil borak2 dengan family.. maksudnya sini.. kalau mengadap lappy pun.. secara tak fokus.. dengar cerita jep.. mengadap jap.. dengan cerita jap.. last2.. tutup dan buka balik.. tengah malam cam nie... nak pula broadband nie.. agak lembab dan tak selaju uspot kolej.. jadi sangat la malas nak buka.. dan mengadap.. kan.. dan aku pun tak berapa ada cerita sangat nak kongsi juga..

tapi aku nak sisipkan disini.. lagu kegemaran kakak aku yang sowang nie.. suka sangat lagu baru hafiz nie.."Awan Nano"..  sarat dengan nasihat katanya... meh la dengar sekali.. first aku dengar cam biasa jew.. tapi biler dengar lama2 rasa macam ok pula.. jom layan~~~



cam mana lagu nie bagi korang .. ok x???
Jangan sedih2 tau.. apa yang penting korang jaga.. orang yang korang sayang..
selamat hari ibu.. hihi~~ walaupun gambar atas tunjuk bapa.. bulan depan yerk hari bapa..



Saturday, May 7, 2011

::thanks pada semua detective conan junior::

" Terima kasih kerana sudi memberi respon "

hahah.. ayat.. macam satu kes yang besar pula.. pada hal hanya bagi penilaian jew kan.. terima kasih semua yang sudi memberi pandangan dan pendapat mengenai tindakkan manusia melalui ciri2 peribadi.. urm.. semua pendapat bernas2 belaka.. ok.. hari nie.. tak boleh cerita panjang.. cz nak kemas barang.. packing2.. n dah nak balik rumah esok.. hoho~~ insyallah kalau tak ada apa2 masalah.. online lagi di rumah.. (tapi selalunya susah sikit nak mengadap lappy di rumah.. cz nanti kena bebel.. hoho)

nie aku sisipkan satu teori mengenai sikap manusia dari Sigmund Freud - Teori Psikoanalisis 

Teori psikoanalisis mula dikenali sejak penerbitan buku Interpretation of Dreams pada tahun 1900 hasil penyelidikan yang dilakukan oleh Sigmund Freud. Dalam buku ini Freud memperkenalkan konsep yang disebut "unconscious mind" (alam ketidaksedaran). Beliau menyatakan bahawa motif tak sedar mengendalikan sebahagian besar tingkah laku manusia.

Teori ini menyatakan bahawa tabiat manusia pada asalnya jahat kerana dipengaruhi oleh unsur-unsur rangsangan seksual, kuasa agresif dan tidak rasional yang wujud dalam diri manusia bagi tujuan menjaga survival perkembangan hidupnya. Unsur-unsur itu bertindak di dalam diri manusia secara membabi buta. Teori psikoanalisis juga percaya bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi oleh proses psikilogi tidak sedar akibat konflik dalaman, impulses, kemahuan dan motif yang tidak disedari. Di samping itu, teori ini juga turut mengandaikan bahawa semua tingkah laku sama ada normal atau abnormal terhasil daripada faktor genetik dan persekitaran. Kombinasi unsur-unsur itu dan konflik hidup semasa kecil yang tidak dapat diselesaikan pada masa itu akan menjadi punca dan penentu tabiat anak pada masa hadapan.

Beliau telah memperkenalkan konsep assosiasi-bebas (free-assosiation) selepas berjaya dalam amalan hipnosis. Freud menggunakan kaedah assosiasi untuk menerokai minda tidak sedar manusia. Dalam pendekatan psikoanalisisnya, Freud memberikan penegasan dan percaya bahawa personaliti individu dapat diketahui melalui kajian minda tidak sedar.

Konsep-Konsep
Konsep-konsep penting dalam teori perkembangan Sigmund Freud ialah alam sedar, prasedar dan tidak sedar, id, ego dan superego. Freud percaya setiap entiti ini bertanggungjawab bagi satu set operasi psikologi. Mengikut pendekatan psikoanalisis, id, ego dan superego biasanya mempunyai matlamat dan kaedah-kaedah yang berbeza. Sekiranya id dan superego menjadi cukup kuat untuk menguasai ego, maka keadaan itu akan membawa kepada konflik dalaman, dalam diri seseorang individu. Begitu juga jika terdapat konflik antara id, ego dan superego  yang tidak selesai, maka ia akan membawa kepada kecelaruan mental.

Alam Sedar dan Tidak Sedar
Pemahaman tentang kesedaran dan ketidaksedaran manusia salah satu sumbangan terbesar dari pemikiran Freud. Menurut beliau, kunci untuk memahami tingkah laku dan masalah peribadi bermula daripada hal tersebut. Ketidakasedaran itu tidak dapat dikaji secara langsung, kerana perilaku yang muncul itu merupakan konsekuensi logiknya. Menurut Gerald Corey, bukti klinikal untuk membenarkan alam ketidaksedaran manusia dapat dilihat dari hal-hal berikut, seperti: (1) mimpi; hal ini merupakan pantulan dari keperluan, keinginan dan konflik yang terjadi dalam diri, (2) salah mengucapkan sesuatu; misalnya nama yang sudah dikenal sebelumnya, (3) cadangan pasca hipnotik, (4) materi yang berasal dari teknik asosiasi bebas, dan (5) materi yang berasal dari teknik projeksi, serta isi simbolik dari simptom psikologi. Sedangkan kesedaran itu merupakan suatu bagian terkecil atau tipis dari keseluruhan pikiran manusia. Hal ini dapat diibaratkan seperti sebuah gunung ais yang ada di bawah permukaan laut, di mana bongkah ais itu sebenarnya lebih besar di dalam laut berbanding apa yang terlihat di permukaan. Demikianlah dengan kepribadian manusia, semua pengalaman dan memori yang tertekan akan dihimpun dalam alam ketidaksadaran.

Id (Pleasure Principle)
Menurut teori ini, manusia sebenarnya dilahirkan dengan Id, iaitu satu sumber tenaga psikik yang terdiri daripada life instinct (libido) dan death instinct (thanatos). Id merupakan sumber dorongan nafsu yang kuat, diwarisi, primitif, mementingkan diri sendiri dan tiada pengaruh dunia realiti. Fungsi Id ialah untuk mengekalkan organisma dalam keadaan yang tiada ketegangan dan dalam keadaan selesa. Oleh itu, Id akan sentiasa mencari kepuasan dan keseronokan segera.

Ego (Reality Principle)
Tugas Ego ialah sebagai mediator antara Id dan Superego, dengan kata lain ia berfungsi sebagai pengawal kepada Id dan Superego. Ego berkembang melalui interaksi antara individu dengan persekitaran dan dalam proses ini Id dan Superego cuba dikawal mengikut kehendak moral dan piawai etika masyarakat. Dengan kata lain Ego adalah eksekutif kepada personaliti, iaitu ia dapat mengawal dan menyeimbangkan personaliti Id dan Superego.

Superego (Moral Principle)
Superego merupakan sumber awal suara hati (conscience) iaitu kebolehan untuk membezakan yang baik daripada yang buruk. Superego muncul secara perlahan apabila mempelajari peraturan yang digunakan oleh ibubapa. Ia bersifat ideal dan sentiasa mencari kesempurnaan.

Meskipun idea Freud berkenaan psikoanalisis telah mencetuskan pelbagai kontroversi dan kritikan-kritikan daripada masyarakat serta ahli psikologi yang lain, namun idea utama Sigmund Freud berkenaan psikoanalisis itu telah berabad-abad bersama kita. Dalam penulisan ahli-ahli psikologi yang terbaharu, idea, konsep dan prinsip asas beliau masih diperkembangkan, dibincangkan, merangsang penyelidikan dan disanjung tinggi.


tue sahaja dulu perkongsian kita hari nie.. jumpa agi akan datang.. petikan dicopy dari 




Friday, May 6, 2011

:: rakan blogger tolong bagi pendapat?? ::

" Tolong selesaikan misteri nie macam korang detective Conan "
 

wow.. ayat memang tak boleh blah.. macam ada masalah besar.. tapi sebenarnya nak tanya pendapat.. dan  nak tahu penilaian korang terhadap  sesuatu keadaan.. bila berlakunya sesuatu.. apa first impression korang terhadap tingkah laku seseorang.. bila mempunyai sikap tertentu..  contoh disini aku bagi dua orang si A dan si B yang mempunyai sikap yang berbeza..

si A :: mempunyai rupa paras yang cantik..  suka bertegur sapa dengan orang..  banyak mulut juga.. mempunyai pendapat tersendiri dalam sesuatu hal.. dikategorikan sebagai gadis ayu bagi orang yang tidak mengenalinya..

si B  :: rupa paras biasa2 jew.. tapi jenis yang senyap.. dan suka buat hal sendiri.. tak suka bertegur sapa dengan orang.. dan kalau ditegur pun sekadar senyum sahaja.. kalau oarang yang tidak mengenalinya mungkin dikatakan budak sombong..

dua manusia yang mempunyai perwatakkan berbeza.. dan korang hanya mengenali dua insan nie.. dalam  keadaan sekali imbas jew.. seperti di atas.. kerana tidak mengenali rapat antara kedua-dua insan tersebut.. namun .. pada suatu hari.. kedua2 insan tersebut.. bergaduh besar dan dikenakan tindakkan disiplin.. namun keadaan sebenar kejadian.. dan puncanya.. korang tidak tahu..

pandangan :: berdasarkan kepada ciri2 dan perwatakan kedua2 insan tersebutlah kan.. agak2 korang yang mana memulakan pergaduhan dahulu.. ceritakan sedikit situasi dan bagi pendapat..?? 


please.. saya mahu tengok pelbagai reason dan penilaian korang... 
tak ada yang betul dan salah dalam situasi ini.. 



Thursday, May 5, 2011

:: pengalaman tinggal di rumah panjang ::

" Rumah panjang, terdiri daripada satu kediaman 
yang mempunyai bilik yang panjang"
                                                                         - Wikipedia-


korang pernah melawat atau menginap di rumah panjang??? semestinya pernahkan.. bagi sesiapa yang berasal dari Sabah atau Sarawak.. atau melawat ke sana.. terutama Kampung Budaya Sarawak.. aku pun tidak terkecuali untuk merasai pengalaman tinggal di RUMAH PANJANG.. alhamdulillah..  selama tiga tahun belajar di sarawak dapat rasa juga tinggal di sana.. iaitu pengalaman aku amali kat Binyo.. tapi ini  bukan kampung budaya.. nie betul2 kediaman penduduk sendiri.. hah.. kat atas tue... tue la rumah panjang yang pernah aku menginap.. ianya milik keluarga Wiliam..
untuk pengetahuan korang.. rumah panjang sebenarnya adalah milih sebuah keluarga tersebut.. yang mana terbahagi kepada beberapa buah rumah di dalamnya.. macam rumah teres.. tapi.. hubungan diorang sangat erat.. tak macam perumahan teres.. maybe x kenal jiran sebelah kot.. dalam rumah panjang nie.. terdapat banyak pintu.. yang mana setiap pintu tue mewakili.. bilik2 rumah tertentu.. dalam bilik tue juga.. ada lagi bilik2 kecil.. macam bilik tidur dapur ruang tamu dan sebagainya.. macam sebuah rumah gak dalam bilik tersebut.. dan ketua rumah akan berada di bilik tengah.. dan rumah dier lebih cantik.. uhuhu.. rumah dier macam kat bawah nie..

tyme nie ktorg tengah mendengar taklimat dari pensyarah.. 
nie dikawasan lobi rumah.. kalau ada keraian.. disinilah diorang buat sambutan...  
pintu tue mewakili setiap bilik.. langsir kuning tue.. bilik bagi ketua rumah.. 

tujuan kitorang datang ke sini adalah untuk menjalankan amali bersepadu yang libatkan tiga subjek.. iaitu ekonomi hutan.. perundangan hutan.. dan pengurusan hutan.. ktorang terpaksa menetap disini terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan lokasi hutan yang ingin di balak.. sebabnya hutan yang ingin di balak.. tak selamat untuk kami stay di sana.. jadi terpaksa la cari penginapan sementara.. untuk amali nie.. aku tak buat entry lak.. maybe penat sangat tyme tue.. aku jz tulis simple jew..  nak tahu "klik cnie" .

lupa pula nak informkan kat korang.. family nie sebenarnya kristian tau.. bukan islam.. tapi  tak kisah sangat pun.. kalau kita nak buat aktiviti kita disana.. sebabnya.. makan dan pinggan mangkuk peralatan.. memang kita bawa sendiri.. jadi terselamat sikit berkaitan makanan nie.. cuba ktorang selalu takut dengan anjing jew.. yang menjaga rumah tersebut.. kalau tyme mandi pula.. memang aku tak suka.. cz mandi dier terus kat sungai.. aduhss.. parah sikit bagi aku yang tak suka mandi secara terdedah nie.. tapi nak buat macam mana.. terpaksa juga.. nak mandi malam tak boleh.. sebab ada buaya di sungai tue.. tue pun kawan aku yang mandi petang dah terserempak dengan buaya.. nasib baik la dier perasan terus diorang cepat naik atas.. bahaya betul.. tapi before tue aku terselamat cz aku sempat mandi dalam tandas.. hari last jew aku mandi sungai.. cz air tangki dah nak habis.. terpaksa juga mandi sungai.. tapi kena sembunyi belakang boat.. uhuh~~

tengok.. santai betul diorang mandi kan.. aku yang tengok pula jadi segan sendiri..

amali yang kitorang pergi tue.. selama empat hari.. tapi hari pertama dan terakhir jew.. ktorang stay kat rumah panjang.. hari yang lain2 nya kitorang berkhemah tepi sungai.. best sangat tyme tue.. macam2 pengalaman ada.. hari terakhir ktorg tinggal dirumah panjang.. macam biasa.. kalau tetamu datang.. majlis keraian.. mesti wajib ada di rumah panjang.. kecuali la waktu kita datang ari tue.. ada kematian di rumah panjang yang lain.. untuk rasa hormat.. majlis keraian nie.. terpaksa ditangguhkan pada hari teakhir kitorang ada kat sana.. disebabkan siang tue... terlalu penat beraktivit.. malamnya aku tertidur awal.. tapi keesokkan pagi tue.. aku dengar yang kawan2 aku cerita.. yang diorang diberi tuak untuk minum.. yang mana syarat bagi keraian di rumah panjang bagi mengalu2kan tetamu yang datang.. sambil menyanyi..  tyme tue semua dah cuak nak kena minum tuak.. tapi nasib la ktorg ada 3 wakil non-muslim  dalam kelas ktorg nie.. jadi diorang la jadi mangsa malam tue..  memamg mabuk habis diorang.. menyanyi x ingat dunia..  tak kurang gak aku yang tido x sedar dengan dunia...

keesokkannya sebelum pulang.. sempat lagi ambil beberapa gambar di sekitar rumah panjang untuk dijadikan kenangan bagi kemi.. budak2 perhutanan 23 untuk menjadi kenangan kami .. kami first batch yang pergi melawat ke kawasan pembalakan tersebut dan berpeluang tinggal di rumah panjang.. wah.. bangga betul...

 sesi bergambar.. 
lecturer ktorg pun tumpang sekaki.. biler tengok ktorang yang asyik posing..

sebelum balik.. salam dulu dengan ahli rumah.. untuk ucapkan terima kasih..

kenderaan ktorang dah tunggu tue.. bukan keta mercedes.. tapi 
tambang bos express.. uhuh~~ best..  santai.. boleh nampak buaya terdampar..

 nie la.. penyumbang besar kepada gambar-gambar di blog nie.. 
terutama yang melibatkan kerja lawatan amali dan sebagainya..
thanks pada kuzzy...

ok.. setakat tue dahulu story morey aku hari nie..  banyak agi cerita lama aku yang aku ingin kongsikan dengan korang.. jangan lupa datang lagi.. da~~~




:: dengan blogger pun boleh jadi satu family::

"Laman sosial, laman yang mengeratkan hubungan silaturahim"
betul kew??


Tak sangkakan.. sebelum nie kita ingat.. laman sosial macam frienster, twiter, facebook jew.. yang boleh kita berkomunikasi dengan orang dan berkenalan dengan rakan-rakan baru.. tapi rupa2nya.. berblogging nie.. sebenarnya lagi advance la dalam perhubungan dan berkenalan dengan seseorang.. mana taknya.. kalau melalui facebook.. kita jz tahu jew apa yang dia makan hari nie.. apa perasaan dia heri nie.. tapi kalau blog.. dari A hingga Z berkaitan dengan diri seseorang kita dapat tahu dengan detail.. (kalau yang jadikan blog sebagai dairi maya dia..) tak kurang juga dengan penulisan sebenarnya.. seseorang dah dapat baca.. dalam diri seseorang tersebut dengan jelas.. jadi bila faham sama faham ..suka sama suka .. namanya dah satu kepala.. dah boleh jadi satu geng.. hari2 kongsi dengan dia.. macam tue la lebih kurang..

apa yang aku merepek kat atas.. rasa macam x sampai jew maksud..  (melalut terlebih).. ok sebenarnya.. aku nak ceritakan tentang perkahwinan Ujang n Yana.. bagi aku.. diorang nie blog yang famous gak la.. cz aku jalan2 mesti ada jew entry tentang diorang.. maybe aku banyak jalan ke geng blogger diorang gak kot.. (maybe la kan)..  aku tengok perkahwinan diorang sangat meriah.. mana taknya .. kalau dijemput gaya macam tue kan.. "klik cnie"..  aku tengok memang meriah la.. cz banyak rakan blogger yang hadir perkahwinan diorang.. dah nampak macam satu family dah semua.. dah lama kenal.. padahal semua rakan2 alam maya jew.. aku rasa bersua muka pun baru first tyme barangkali.. kan..  buktinya jelas di bawah nie..

 kalau tak silap aku nie semua rakan blogger yang pergi majlis perkahwinan ujang & yana
dicopy dari blog  osman yusoef..

apa2 pun aku ucapkan taniah kepada Yana & Ujang
yang melangsungkan perkahwinan diorang pada 2Mei ari tue..
moga berkekalan hingga akhir hayat..
kalau korang nak tengok perjalanan perkahwinan mereka kunjung blog life 101



Wednesday, May 4, 2011

:: jom berkenalan dengan alam haiwan::

"anda kenal tak dengan haiwan bermata besar dan 
hidup di tengah malam nie???"

 
korang kenal tak haiwan nie..??

untuk pengetahuan korang.. nama saintifik bagi haiwan ini adalah  Tarsius bancanus.. atau dalam inggerisnya Western tarsiers..  di Indonesia, dikenali sebagai Bangka Belitung.. dan di Malaysia comman name dia adalah KERA HANTU.. sebabnya di  berjaga pada waktu malam (nocturnal) dan mempunyai mata yang besar..  mungkin la.. pada pendapat aku.. haiwan nie di panggil kera HANTU.. kalau kera mungkin sebab rupa bentuk sama dengan kera dan perwatakan dier yang melompat dari batang pokok ke pokok..

kalau korang nak tahu.. haiwan nie sangat la baik.. dan kekadang aku rasa manja pun ada.. sebabnya sepanjang kajian kami.. dia duduk dengan baik.. dan tak mengigit.. macam tupai bila stress..(cz kawan aku dah kena gigit tupai tyme ktorg buat pengukuran.. 

meh aku ceritakan serba sedikit berkaitan haiwan nie.. 
macam aku cakap tadi.. haiwan nie.. dia berjaga waktu malam.. habitat dia biasanya hutan bukit la.. tapi tanah pamah aku rasa ada juga.. ciri penyesuaian dia iaitu tinggal di batang2 pokok dan melompat pokok ke pokok.. dan makan serangga serangga yang merayap waktu malam.. maksud aku macam belalang, kupu2 semut, kumbang.. cam tue la.. bukan yang betul2 merayap..

haiwan nie endemik di kepulauan borneo.. jadi korang boleh jumpa dia kat Kalimatan, Sumatera dan kepulauan Borneo juga.. iaitu Sabah dan Serawak.. kalau kat semenanjung .. memang susah la nak jumpa.. tapi tak tau la kalau korang pernah jumpa kan..  haiwan nie juga di red listkan dalam IUCN tau.. sebagai haiwan yang terancan.. jadi korang tak boleh suka2 tangkap dan bunuh haiwan nie.. sebab dia dah masuk dalam CITES.. dan korang akan dikenakan hukuman jika disabitkan bersalah.. macam yang tentera ari tue tue.. kan.. (korang ada baca paper tak??)

tapi untuk pendapat korang.. ini adalah hasil tangkapan aku.. realnya.. aku tangkap gambar.. waktu aku study diploma.. dan juga projek akhir aku.. iaitu '' MENGKAJI POPULASI MAMALIA KECIL DI HUTAN NIRWANA DAN HUTAN LADANG " .. hutan nirwana tue.. hutan ktorg la.. hutan universiti.. ktorang dibenarkan tangkap tue.. atas tujuan kajian ok... kat bawah nie beberapa la gambar yang aku tangkap tyme kmi buat kajian..

 korang tengok.. baikkan dia.. 

tyme ukur panjang badan, ekor, kaki, kepala dan semua la..

nie pula untuk kita tahu berat dia.. berapa??? sihat tak.. 
ola2.. baiknya dia tidur..

kalau korang nak tahu kerja2 ktorang tyme buat projek nie tengok '' cnie ''....  untuk pengetahuan korang.. dia bukan la sebaik tue ok.. tidur dengan baiknya dan sebagainya.. tapi ktorg dah peningkan dia dengan kloroform.. untuk tidurkan dia sementara ktorg buat pengukuran tersebut.. tujuan pengukuran dilakukan adalah untuk kadar perkembangan haiwan tersebut.. selain tue juga pengecaman spesies juga dilakukan dengan melihat saiz haiwan tersebut.. selain tue.. kita akan perhatikanlah apa2 yang patut berkaitan haiwan nie dengan lebih teliti.. ketika dia separa sedar nie.. kalau dier sedar conform2 korang takut nak pegang.. nanti kena gigit tau...  rakan partner aku yang sorang tue pun.. untuk projek nie dah dapat kerja dah.. sebagai penolong pegawai perhilitan.. sekarang tinggal aku jew la.. n kawan2 yang lain.. teruskan dengan subjek nie...

oppsss~~ asalnya nak cerita tentang kelawar.. tapi terubah topik ke kera hantu lak..
sowie..sowie..




Tuesday, May 3, 2011

::cuti semester bakal tiba::

" cuti yang bakal tiba.. turut bakal memboringkan aku "


yea.. cuti semester bakal tiba.. membelon la aku dudduk dirumah selama cuti semester empat bulan tue.. yahuu!! (yea..yea.. la sangat cuti semesternyer tue pada hal ada satu agi paper exam yang belum habis.. sebab lambat sangat.. dan gap dier terlalu lama.. menyebabkan aku rasa dah start cuti semester..) apa rancangan korang sempena musim cuti empat bulan nie.. 
  •    melepak kat rumah sambil meningkatkan kos elektrik dirumah.. cz mengadap tv and lappy 24 jam..   
  •    habiskan kolelsi cerita korea dan movie2 yang korang kumpul dari kawan-kawan
  •    membelonkan diri..
  •    menghabiskan beras mak bapak korang..
  •   lepak sengan kawan-kawan pergi shopping, tengok wayang, karoke...
  •   layan anak-anak saudara korang yang bersepah di rumah..
  atau kalau yang di tahap yang baik sikit....
  • cari kerja tambah duit poket
  • minta latihan intership tambahan kat lecturer (kalau rajin)
  • tolong mak ayah berkerja (ke kebun ke yang ada kebun)
  • jadi guru sambilan di sekolah2 (tue pun kalau dapat)
  • atau pergi tuision bahasa dan kelas muzik.
yang masa satu pilihan korang tyme cuti nie cakap-cakap... jom kita berkongsi bersama..  sesungguhnya aku sangat boring duduk di rumah tau.. tak tahu nak buat apa... habis x pun kerja aku seharian jz kemas rumah jew.. dan tengok tv..  memang tak akan keluar punya.. nak jumpa kawan2 agi la minta simpang.. oleh yang demikian.. aku terpaksa mencari alternative lain.. untuk hilangkan rasa boring aku tue.. bukan cari kerja tapi minta kerja..

setakat nie alhamdulillah aku tak miss sangat dalam keja keculia bulan puasa full day kat rumah.. beforenyer.. gap seminggu jew sebelum buat keja lain..  kerja aku cuti semester nie bermula..

21 Mei 2011
CO PARADE/kawad co

28& 29 Mei 2011
KARNIVAL SUKAN

*7-10 Jun 2011
FOMDEX

*13 Jun 2011
PRA PENTAULIAHAN
 
1-30 Jun 2011
Mobility Tay Nguyen University, Daklak Province, Vietnam
 
4 -30 Julai 2011
Volunteer  Global Environment Centre
 
* tak pasti dapat join atau tak..
 
wah.. best-best penuh aktiviti.. x de la nak membelon sangatkan kat rumah .. sekurang-kurangnya ada juga aktiviti manfaat untuk dibuat walaupun tek berapa nak ada income masuk tapi.. sure2 ada kerja nak dibuat... tapi yang takutnyer.. transfer student mobility.. urmm.. kat vietnam tue.. apa la aku nak cakap dengan diorang nanti dah la bahasa diorang aku tak faham.. nak guna english nie tersekat sikit tekak aku.. apa2 pun.. cuba dulu la.. terbang juga aku ke negara orang kan... alhamdulillah.. 


adakah tempat tue nanti macam nie??? sapa yang ada pengalaman di vietnam tolong share...
 



:: 2011 HARI BIODIVERSITI ::

When we plant trees, we plant the seeds of peace
and the seeds of hope”
                                                                                                     -Wangari Maathai

 korang tahu  22 Mei tahun lepas... kita telah manyambut Hari Biodiversiti.. iaitu kali pertama di Malaysia.. yang mana sebelum nie pada tiap-tiap tahun.. pada tarikh 22 Mei.. di peringkat antarabangsanya.. telah lama menyambut HARI BIODIVERSITI dan GREEN WAVE ACTION.. iaitu hari tanam pokok.. berperingkat...  alah.. macam hari bumi juga.. dilakukan pada tarikh yang sama seluruh negara terlibat... tapi yang bezanya adalah tanam pokok dan tutup lampu jew..

Sambutan macam nie biasanya dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat selain menjaga dan menghargai sumber yang kita ada sekarang.... nie kiranya.. termasuk kempen la.. kalau diperingkat antarabangsanya dia dilakukan berperingkat ikut masa.. sama juga kempen pada padam lampu 60minit tue.. untuk penanaman pokok pun dilakukan secara berperingkat juga ikut negara.. yang dipanggil GREEN WAVE (gelombang hijau)..  

Sambutan nie akan dijalankan di Batang Ai, Lubuk Antu , Sarawak.. oleh Kementerian Sumber  Sumber Asli dan Alam Sekitar.. kalau korang nak tau maklumat lanjut mengenai program nie.. boleh la melawat di cnie GREEN WAVE..  dan aku sajikan satu video kat korang berkaitan Hari Biodiversiti tahun lepas.. yang mana kerja yang kami selalu jalankan sebagai budak perhutanan nie.. jangan tak tengok tau..

ada kew aku kat ctue..???  cari la kalau korang jumpa

aku dah terlepas hari perhutanan la.. iaitu pada 22 APRIL... tapi tahun nie juga merupakan hari kelawar.. nanti aku sajikan sedikit mengenai kelawar pula ok.. daaa~~~




Sunday, May 1, 2011

:: my ambition is.. ::

... minat boleh dipupuk dari pembelajaran usaha dan kemahuan kita sendiri
kalau kita betul-betul nakkan nya..


disebabkan terasa amat boring .. berminat pula hati nie untuk mengimbau kembali kenangan lama...
waktu aku kecil dulu.. aku nie bukan dalam ketogeri anak saudara kesayangan.. buat mak-mak saudara aku.. sebabnya aku nie sejenis budak yang suka buat hal sendiri.. yang mana, bila tengok budak2 laki buat.. aku pun rasa aku boleh buat.. contonhya macam lari, panjat pokok, tangkap ayam dan sebagainya.. (kecuali pokok kelapa.. sampai sekarang aku tak dapat panjat kecuali guna tangga).. aku nie ketogeri sebagai budak nakal.. yang tak ambil port kerja perempuan.. terutama dalam bab masak memasak dan kerja di dapur.. disebabkan tue.. diorang pandang semacam jew kat aku.. (tapi sekarang aku rasa anak diorang agi teruk dari aku dulu)..   tapi yang pasti  kakak aku la yang diorang selalu puji.. sebab kakak aku rajin bab2 kerja di dapur nie..  aku pula dikatakan budak malas..  tapi walau apa pun orang cakap kat aku .. aku buat bodoh jew.. tapi semua benda tue aku terasa... aku simpan dalam hati.. namun aku tak tunjukkan..

oleh sebab tue.. aku tak berapa rapat dengan keluarga2 saudara  terutama sebelah ayah aku.. sebab aku rasa diorang x respect pada aku.. jadi aku jauh sikit dari diorng.. mak saudara yang aku rapat pun adalah.. mak teh aku (sebelah mak).. sebabnya dier jenis yang tak kisah sangat.. asalkan anak2 buah dia  buat yang baek.. tak salah.. kira ok jew... dia pun jenis spoting dan akan ikut sekali join kadang2 tue apa yang ktorg nak.  Kalau aku nak tumpang bermalam pun selalunya pergi rumah mak teh aku jew yang aku rasa selesa walaupun pergi solo2..
********

bagi aku tyme kecil.. kakak aku adalah saingan aku.. dalam masa yang sama dia juga adalah guru aku... yang mana... aku nak jadi lebih baik.. terutama dalam pelajaran... sebab yang lainya aku tak mampu kerana... dia selalu dapat pujian.. aku pula.. dapat tomahan.. jadi aku nak buktikan pada mak2 saudara aku yang aku boleh buat yang terbaik tak seperti yang diorang katakan.. (tak pastilah yang diorang sedar atau tak kata-kata diorang dah membakar aku sebenarnya..)

kakak aku budak sains.. dalam masa yang sama dia sangat berminat dalam bidang2 sains.. terutama biologi.. aku tak tahu kenapa dia suka sangat biologi .. tapi apa yang pasti dia suka disebabkan biologi.. pelbagai benda kita dapat tahu.. katanya.. dalam masa yang sama aku ikut kakak aku.. aku join kelas sains.. tapi aku lebih minat kepada kimia dan fizik.. bukan biologi.. cita-cita aku pula..terikut-ikut dengan cita-cita kakak aku.. tapi aku ambil yang lebih advence.. (sebab aku minat kimia.. aku ambil farmasi) aku tak pasti apa cita2 kakak aku sebenarnya.. tapi yang pasti dia sangat suka biologi.. aku pula cita-cita.. tak nak kalah.. semua nak libat dalam bidang sains.. tapi dalam masa yang sama aku dah mula berminat dalam bidang sains lepas mempelajarinya.. (nie bukan agi sebab nak bersaing dengan akak aku)

sehinggalah masanya.. kakak aku habis SPM.. dia dapat tawaran ke kolej nursing under KPJ... sebagai jururawat.. yang mana tak jauh juga larinya dari bidang sains.. (dapat juga guna kemahiran biologi yang dia belajar).. aku dengan kakak aku beza tak jauh antara kami hanya 4 tahun.. lepas aku habis SPM.. tibalah masanya aku isi borong UPU untuk tentukan masa depan aku pula... tyme nie pun aku, x abis juga nak bersaingkan.. jadi kebanyakkan daripada bidang yang aku pilih.. semuanya dalam bidang perubatan.. di UITM.. yang terdiri daripada bidang farmasi, teknologi perubatan dan sebagainya..  

namun tuhan tue MAHA MENGETAHUI hambanya.. dia tahu mana kesesuai hambanya.. kesemua pilihan yang aku buat tersebut tak dapat.. dan aku perlu buat rayuan.. dalam masa tue.. aku dah putuskan untuk teruskan pengajian aku di PRA-U still lagi aku dalam bidang sains.. yang mana aku tak nak mengalah..

dalam masa yang sama kakak aku suruh aku isi untuk sambung pengajian under kolej dier.. dalam bidang yang aku minat.. abang aku pun tak lepas peluang gak... suruh aku isi kolej tentera dier tue... (tiba2 lak suruh aku masuk tentera).. then lepas tue x bagi aku isi takut pangkat aku nanti lagi tinggi dari dia.. tapi sure awal2 lagi.. aku tak isi... taknak aku masuk tentera.... (tapi sekarang terlibat gak dalam badan uniform jew la.. up sikit NAVY palapes).. seperti yang kakak aku cadangkan.. aku isi borong-borang tersebut.. dalam bidang yang aku minat.. FARMASI..

aku yang masih stay dengan pra-u sains melalui kehidupan aku di situ.. sehari demi sehari.. bilangan kelas ktorg semakin sikit.. dari 20++ tinggal kepada beberapa orang.. kebanyakkan semua dapat tawaran.. aku pun tak terkecuali juga.. rayuan yang aku buat.. diterima.. tapi bukan dalam bidang yang aku minat.. aku ditawarkan dalam bidang DIPLOMA PERHUTANAN di UPMKB..  tyme tue sukar aku nak pergi.. sebabnya bidang tue aku tak minat... pastue jauh pula.. di SARAWAK.. (biasa la metality tyme tu kolot sikit.. x nak g sarawak.. tapi lepas pergi x nak balik pula).. 

aku tunggu temuduga dari kolej akak aku.. dalam masa yang sama.. UPM masih bagi tempoh untuk aku daftar diri.. sedangkan kalau diikutkan dah lewat tyme tu.. (dalam pertengahan bulan 7.. sedangkan orang masuk bulan 6).. akhirnya aku dipanggil dan pergi temuduga..(kolej akak aku) tyme tue aku pergi dengan jiran aku.. dia minta dalam bidang physiologi.. aku farmasi.. selepas temuduga tue.. En. Din, pegawai HEP UPMKB.. masih lagi call aku beberapa kali ...  untuk sahkan aku nak mendaftar atau tidak.. tapi tyme tue aku tak bagi lagi kata putus.. still tunggu jawapan dari kolej akak aku.. 

hingga la satu hari aku dapat tahu.. aku x untuk temuduga farmasi tue.. sebabnya.. kolej tue.. sangat2 nak bidang physiologi.. bukan farmasi.. sebab dalam farmasi dah dihadkan orang.. dia cakap kalau still nak datang agi temuduga semester depan.. dan minta physiologi..  tapi conform2 la aku tak nak.. cz aku nak farmasikan.. akhirnya aku buat keputusan teruskan pra-u.. tapi semua tue x lama.. lepas jew balik kelas ari khamis.. hujung bulan 7.. mak aku serahkan duit kat aku cash RM1000.. untuk aku pergi daftar UPM.. sebabnya.. En. Din call lagi tanya kepastian.. petang tue juga mak aku pergi beli tiket dan bertolak ke SARAWAK malam tue.. tak sempat aku nak informkan pada cikgu dan kawan-kawan yang aku sambung belajar di UPM.. pada 1 ogos.. aku mendaftar masuk UPMKB..

*********

dan sejak hari tue.. hingga hari ini.. aku bukan lagi budak sains dalam bidang perubatan.. tapi sains di bidang pertanian.. sehingga hari tue.. aku sedar.. tuhan dah tetapkan yang terbaik untuk aku.. bukan pada bidang kakak aku.. tapi bidang aku sendiri.. sekarang.. aku masih meneruskan pengajian aku dalam bidang yang sama.. tapi di upkan sikit iaitu BACELOR SAINS PERHUTANAN.. insyaallah dalam 2 tahun lagi mungkin aku akan sambung dalam MASTER PERHUTANAN  dan PHD PERHUTANAN  atau sebagainya.. dan tahun lepas.. aku ada call akak aku cerita mengenai amali dan pembelajaran aku disana.. dari situ.. baru aku sedar yang sebenarnya minat akak aku adalah dalam bidang yang aku ambil sekarang.. EKOLOGI.. 
" tadi kitorang ada buat amali di kajian ekologi di Gunung Gading, Kuching.. tengok banyak lumut kat sana.. bunga pakma pun ada kak...."
" wah... best nya.. rupa2nya bidang yang kak minat dulu.. hang yang dapat kan"
" hah..?????" 
semuanya terbukti disini.. bila aku dah betul2 minat dalam bidang aku sendiri.. kejar cita-cita aku... dan dah tak berniat untuk bersaing lagi... tyme tue aku dapat jawapan sebenar.. 

AKU SANGAT BERSYUKUR PADA NYA DENGAN APA YANG AKU DAPAT KINI...

kenangan graduation day diploma tahun lepas..