Posts

Showing posts from February, 2022

Bila takda duit baru tau erti bersyukur..

Assalamualikum.. Aku ni kuat boros rupanya. Aku perasan dari zaman sekolah rendah lagi aku teringin nak beli macam-macam nak makan keropok-keropok sedap.. nak beli pemadam dan pensil cantik dari koperasi sekolah. Selalu jeles dengan abang aku, mana dia dapat duit beli pen cantik-cantik mahal-mahal jenama pilot. Sedangkan duit sekolah kami 50sen seorang. Aku masa tu duit tangan mak ayah bagi 50sen ja. Cukup-cukup untuk makan. Nasi 30sen air 20sen habis 50sen. Waktu aku darjah 1 tahun 1996. Kalau nak rasa kudap-kudap lain, kena la cancel makan nasi hari tu. Beli sengkuang calit 20sen boleh beli gula-gula 10 sen. Dah boleh simpan lagi 20sen. Kalau dapat simpan 20sen rasa macam bangga la dengan diri. Kak dan abag rasanya dah 60sen 70 sen kot, sebab aku baru nak pegang duit jadi mak cakp bagi sikit dulu. Masuk darjah 3 keatas, mak dah mula bagi duit tangan 70sen sebab ada kelas kafa pagi aku sekolah petang. Selalunya kafa aku tak makan apa sangat pun sebab pagi jadi duit tu aku sim

bOLEH TAK AKU BALIK SEMULA KE TAHUN 2019

Assalamualikum... Kalau ada mesin masa doremon tu aku betul-betul nak balik semula ke tahun 2019. Satu benda ja aku nak ubah, iaitu aku nak susun betul-betul data phd aku. Aku dah pening weh. Tiga puluh ribu lebih individu, tiga ratus lebih species sekarang aku tengah detact problem yang aku tak pasti masalahnya dekat mana. Tapi yang aku pasti memang sebab kecuaian aku yang tak buat kerja sungguh-sungguh. Aku dapat detact data aku ada masalah. Secara logik data aku memang akan berbezaan dengan data sebelum ni tapi takkan seketara tu banyaknya. Hipotesis aku species aku kedua tertinggi selepas tahun sebelum pembalakan berlaku. Tapi masalahnya sekrang data aku paling tinggi dari data sebelum berlakunya pembalakan . Ah logik ka. Tujuh puluh lebih pula species bercambah. Macam suka pula semut dengan kawasan secondary forest ni. Itu yang pertama dan yang keduannya data aku ada hilang sebelum ni di beberapa site. Sebab aku bergerak ke banyak tempat dan banyak yang bantu aku jadi aku ta

REZEKI..

Assalamualikum.. Hari ni aku nak bercerita sedikit berkaitan rezeki. Aku tulis rezeki hari ni bukan bermaksud yang aku dapat tawaran kerja mana-mana. Belum ada lagi. Doakan aku ya, bagi dapat kerja mana-mana. Rezeki hari ni yang aku ingin ceritakan adalah dari segi diberi kemudahan untuk beberapa aspek. Untuk pengetahuan korang, study aku dah cukup tiga tahun. Maksudnya dah tamat la dari segi bantuan elaun dan yuran daripada pihak universiti. Sekarang hidup aku kena sara diri sendiri. Aku bergantung dengan simpanan aku je, aku belum mula cari kerja lagi sebab aku nak habiskan analisis dan writing dulu. Target aku,aku hantar thesis baru aku nak cari kerja sebab aku tak nak buat banyak kerja sangat nanti aku tak dapat fokus dan semuanya tercicir. Sekarang aku try juga la untuk fokus sepenuhnya pada pengajian aku sampai habis. Target aku pun lepas aku hantar thesis aku akan stay lagi di Sabah sehingga aku viva. Kalau tak ada kekangan dan dapat kerja yang ok aku stay lagi disini dulu