Bila takda duit baru tau erti bersyukur..
Assalamualikum..
Aku ni kuat boros rupanya. Aku perasan dari zaman sekolah rendah lagi aku teringin nak beli macam-macam nak makan keropok-keropok sedap.. nak beli pemadam dan pensil cantik dari koperasi sekolah. Selalu jeles dengan abang aku, mana dia dapat duit beli pen cantik-cantik mahal-mahal jenama pilot. Sedangkan duit sekolah kami 50sen seorang. Aku masa tu duit tangan mak ayah bagi 50sen ja. Cukup-cukup untuk makan. Nasi 30sen air 20sen habis 50sen. Waktu aku darjah 1 tahun 1996. Kalau nak rasa kudap-kudap lain, kena la cancel makan nasi hari tu. Beli sengkuang calit 20sen boleh beli gula-gula 10 sen. Dah boleh simpan lagi 20sen. Kalau dapat simpan 20sen rasa macam bangga la dengan diri. Kak dan abag rasanya dah 60sen 70 sen kot, sebab aku baru nak pegang duit jadi mak cakp bagi sikit dulu.
Masuk darjah 3 keatas, mak dah mula bagi duit tangan 70sen sebab ada kelas kafa pagi aku sekolah petang. Selalunya kafa aku tak makan apa sangat pun sebab pagi jadi duit tu aku simpan untuk petang. Lagipun rumah aku dekat dengan sekolah. Jadi lepas habis kafa balik makan rehat jap mandi pergi sekolah balik petangnya. Waktu ni dah pandai kumpul duit simpan sikit- sikit untuk beli stationery, nak beli apa-apa yang teringin. Main kutu bagai. Tapi kecoh. Haish. Paling teringin dulu waktu kawan-kawan jual kad nama di sekolah yang ada gambar artis-artis tu. RM3.00 16 keping kad kot. Waktu tu aku rasa sangat mahal. Ye la duit makan aku pun 70sen beli benda mengarut macam tu mana nak cukup. Lama nak kena kumpul. Teringin tapi dengan duit tak cukup tengok je la kawan-kawan beli. Ada juga kawan yang cakap aku kedekut, tak pernah beli barang orang jual-jual di kelas. Ada juga kawan-kawan yang tak nak bagi kad nama kat aku sebab diorang cakap aku tak ada kad nama. AD juga cakap aku ni jenis yang suka datang jamuan je sebab ada byk makanan tapi kalau ajak untuk benda lain tak nak datang. Aku rasa dari pengalaman-pengalaman tu ajar aku untuk jadi hati tegar dengan kata-kata orang. Macam, lantak kau la nak cakap apa pun. Tapi benda tu kita ingat sampai sekarang dan aku ingin lagi siapa kawan-kawan aku yang cakap macam tu dulu pada aku. Dan aku rasa bersyukur juga. Dari bilangan duit yang sikit dapat hari-hari pergi sekolah tu, aku belajar berjimat.
Masuk sekolah menengah aku dapat biasiswa sekolah dibawah kerajaan negeri. Waktu ni aku terkejut juga, kenapa cikgu cari aku. Tiba-tiba cikgu cakap aku dipilih untuk dapat biasiswa sekolah. Alhamdulillah. Duit tu aku guna untuk beli buku, basikal, bayar yuran tuisyen dan baru la rasa bebas beli alat-alat tulis yang diminati. Merasa la guna pensil picit pilot tu. Dulu zaman sekolah rendah mana mampu. Terima kasih kerajaan negeri Kedah. Cukup la. Dapat Rm600 setahun selama 5 tahun. Masuk Diploma dan degree bergantung dengan ptptn. Sebab diploma aku di Sarawak, aku perlu duit lebih tambang tiket. Mahal rupanya harga tiket dulu. Duit ptptn tak cukup untuk tampung aku satu semester dan harga tiket flight. Setiap semester mesti aku akan minta mak RM500 untuk tiket pergi balik dan duit ptptn sepenuhnya untuk tampung makan minum sepanjang satu semester pengajian. Itu pun boleh kira sebulan sekali je aku keluar bandar dan restock makanan. Sekali keluar habis seratus. Mungkin boleh baca post-post lama tahun 2007 dan keatas. Yang aku kata mahal tiket dulu pergi balik hampir RM500 belajar di Sarawak. Sekarang aku di Sabah lebih kurang RM300 je pergi balik. Oh mungkin juga sebab sekarang aku boleh balik suka hati yang tidak bergantung pada tarikh tertentu. Mungkin itu sebabnya murah. Dulu bergantung penuh pada jadual pengajian.
Masuk degree, awal pengajian sahaja ada masalah kewangan sebab pemohonan ptptn aku lambat diterima, sebab ada masalah. Seterusnya semua alhamdulillah tak kacau dengan duit parent lagi. Memang guna duit ptptn sepenuhnya dibantu juga dengan elaun palapes. Selalu jadi pada aku. Elok duit ptptn habis, duit palapes pun akan masuk 2 atau 3 hari kemudian. Syukur. Dulu pun aku bukan jenis boros. Makan sekali sehari sahaja. Banyak boros dengan baju dan aksesori yang mengarut-mengarut. Masuk master alhamdulillah lagi dipermudahkan dalam urusan kewangan. Ada elaun bulanan, tak boros, ada elaun palapes, kadang buat part time juga bila ada kawan-kawan nak pakai asyher katering dan konsultant. Dan ceritanya sekarang phd. Hantu mana ajar aku boros ni.
Phd elaun paling tinggi. Elaun luar RM2500 sebulan + elaun universiti RM700 sebulan pun tak cukup. Bulan-bulan pernah pokai. Pastu rasa macam tak nak keluar mana-mana. Dua tahun perangai macam tu. Astaghfirullah al azim. Aku tak tahu waktu tu. Nafsu yang tak boleh dikawal. Dua tiga bulan sebelum elaun habis pun aku still sama macam tu, kuat boros wlaupun aku sedar " jangan boros, elaun dah nak habis. Jimat..." Tapi tak boleh kawal. Macam-macam aku beli, itu ini. Aku fikir duit aku bakal tak ada nanti. Tapi aku still boros juga. Nampak benda seratus lebih .. ah murah je. Beli barang dapur kadang sampai 200, 300 . Sekarang aku fikir. Kenapa aku beli barang RM30 dan RM40 je. Pastu cukup je semua benda. Pelik aku rasa kadang-kadang. Nampak sangat dulu aku banyak habis duit dengan barang yang tak perlu. Mungkin juga tak berkat. Tak buat kerja duit masuk bulan-bulan. Sekarang tak ada duit bulan-bulan tapi tetap buat kerja tu ada kebekatan kot. Boleh pakai ka teori tu. Tapi tak apa bersyukur. Cuba berjimat apa yang boleh dan survive sampai habis pengajian. Doakan aku cepat habis phd dan cepat dapat kerja.
Urus data semut esok kena present result pada sv Bilik kesayangan, Blok A1, KKTPAR.
23022022 12:16PM

Comments
Post a Comment