Sunday, November 22, 2015

Kenangan...

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Kenangan..
suatu benda yang kekadang buat kita tersenyum sendiri.. kekadang menangis.. kekadang rasa kuat untuk berdiri.. dan kekadang lemah.. dan tak mampu untuk bangkit..

aku cuba menyelami kenangan lama..
kini aku rasa sangat sakit untuk berdiri.. yup aku sendiri yang cari penyakitkan..

26 tahun aku hidup..
banyak benda aku rasa.. pahit manis.. semua ada..
tapi kenangan nie.. aku rasa seperti luka lama berdarah kembali..
disebabkan oleh kawan...

aku rasa kami serupa.. tapi kenapa harus jadi begini..
adakah disebabkan ego.. panas baran.. masing-masing..
aku tak faham...
tapi rasanya.. perasaan ini tetap sakit..
sangat-sangat sakit...

Thursday, November 19, 2015

Master by RESEARCH...

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Walaupun otak tengah tadi bertekad nak fokus pada bacaan journal pagi nie..
tapi hati sangat-sangat memberontak untuk menaip sedikit coretan isi hati berkaitan tajuk ini..

master by research.. 
banyak manusia diluar sana.. yang tak makan cili pun.. apatah lagi menyentuhnya.. mempersoalkan.. kenapa student master by research nie lambat sangat habis study..  kata tak fokus la.. kata banyak main-main la.. kata banyak bersosial la.. macam-macam la kata-kata yang hebat keluar.. seolah-olah kajian nie.. boleh siap dalam sebulan dua saja.. dan tak akan memakan waktu anda kalau anda fokus pada kajian tersebut.. dan yang paling-paling tak tahan.. manusia yang akan mengeluarkan ayat-ayat tersebut adalah budak-budak degree.. yang belum merasai langsung lagi projek akhir.. subahanallah.. adik-adik belum rasa.. dah pandai judge situasi kan.. alhamdulillah sebab adik-adik.. sangat banyak pengalaman dari penelitian dan pengamatan walaupun belum merasai pengalaman.. dan ada juga dari segelintar manusia tersebut yang mengeluar kata-kata " urmmm.. kalau aku nanti sambung master aku nak buat satu tahun setengah jew.. tak nak jadi macam budak master yang sudah sampai bertahun-tahun tak habis.." alhamdulillah.. aku syukur.. sebab budak nie ada semangat yang tinggi untuk menyiapkan kerja tanpa tekanan..

jujur aku cakap.. waktu aku degree.. dan waktu tue aku tengah buat final year project.. aku pun terlintas benda yang sama.. tapi budak nie lagi advance.. tak merasa fyp macam mana lagi dah ada aim macam tue.. bagus budak nie.. so mana supervisor tengah cari budak nak buat research boleh ambil dia.. dia boleh disiapkan kerja dengan cepat...

aku nasihatkan awal-awal.. mana-mana yang rasa nak habiskan master awal tue.. aku rasa mungkin lagi elok la kalau korang sambung study under coursework.. tak payah nak fikir tekanan perasaan nak siapkan awal dan sebagainya.. coursework confirm.. korang akan habiskan dalam masa setahun jew.. tak susah.. tapi kalau under research.. nak habis dalam masa yang singkat.. banyak la korang kena ketepikan dalam hidup.. yup betul la korang cakap.. buang sikap main-main.. buang sikap bersosial.. insya-allah kerja siap.. tapi hidup dalam tekanan..

master by research... samalah dengan phd.. tapi tekanan dia mungkin kurang sikit.. kalau di upm.. phd ada CE .. aku tak ingat apa term dia, dan dia merupakan satu ujian bagi menguji kefahaman kita terhadap bidang yang kita ambil.. student phd sangat stress dengan ujian tue.. sebab kata mereka susah.. dan aku pun pernah tengok soalan tue dari student phd.. tapi untuk master ujian itu tak ada..  master hanya perlu fokus pada.. kajian.. manuskrip.. thesis.. dan viva.. so.. untuk empat benda nie.. nampak macam mudah.. tapi mampu juga la nak pecah kepala.. sebab aku sendiri pernah kena dengan pemeriksa dengan kata-kata berbunyi begini "study master bukan sama macam FYP.." dusshh.. rasa batu besar jatuh atas kepala.. so sampai sekarang aku fikir.. banyak benda aku kena belajar dan faham.. yup itu memang betul-betul terjadi.. banyak benda korang kena belajar dan fahami sendiri mengenai kajian yang korang buat..

aku master under biasiswa.. so nak tak nak aku kena siapkan dua journal untuk di publish.. kalau korang hantar dalam Malaysia insyallah.. korang dapat siapkan dengan cepat.. sebab piawaian yang diletakan untuk penerbitan tak tinggi.. buat cukup-cukup makan dan rasa dah dapat diterbitkan.. tapi kalau kau hantar ke journal international.. setakat setahun tue.. belum cukup dia terima sepenuhnya.. mau dua tiga kali edit.. baru lepas dari segalanya.. disitu hidup mesti kuat menerima tekanan.. kalau tak kau muntah hijau jew la tengok paper kau yang kena reject oleh editor luar negara tersebut.. 

thesis.. tyme kau muntahkan semua hasil kajian kau dari A to Z.. so aku rasa waktu nie bagi yang suka mengarang dan pandai english tak ada masalah untuk menghasilkannya.. tapi jangan lupa.. setiap hasil kau tulis perlu di refer dengan kajian-kajian yang sebelumnya.. so muntah hijau gak tengok journal dan cari balik kajian yang berkaitan..

viva voice.. aku belum ada pengalaman.. tapi selepas hantar thesis.. mengambil masa berbulan juga untuk pemeriksa menyemak thesis.. dan panggil kita untuk pembentangan hasil kerja.. so macam mana kau nak siapkan kerja dalam masa yang singkat.. tak makan tahun master kau.. hurmm.. fikir tengok... tak kira lagi dengan data awal yang kau collect tue.. kalau tak ada masalah alhamdulillah la.. kalau yang data kau yang jenis kena duduk makmal.. kena pula serang kulat dan ulang hasil kajian.. tak berjanggut menyiapkannya.. so dont judge sesuatu benda sebelum merasinya yea.. mungkin budak sains sosial.. kutip data cepat kot.. think positif.. tak sama dengan budak apply sains n pure sains.. data semua memakan masa berbulan..


Monday, November 16, 2015

aku benci perasaan nie...

*ayat kali nie penuh dengan kata maki hamun.. sesiapa yang punya sakit jatung, darah tinggi dan seangkatan dengannya sila jangan baca...


now aku faham perasaan orang yang bercinta.. kenapa dia menangis berhari-hari lepas putus cinta.. bagi aku kawan yang bagi ayat kejam macam tue pun aku rasa.. ya allah.. panasnya dunia... aku rasa macam nak jew ambik pisau bukan tikam.. tapi calar-calarkan kulit dia.. biar dia rasa macam mana sakitnya hati aku lepas dia cakap macam tue.. ya allah.. kuatkanlah hati aku untuk terima keadaan nie ya allah...

dah sebulan lebih kejadian tue berlaku.. tapi sakit and pedih dalam hati aku tak pernah padam.. sebab apa.. sebab dia tak pernah tunjuk rasa bersalah langsung weh dekat aku.. dia dah kutuk aku perempuan desperate.. then sekarang dengan senang hati dia boleh minta tolong aku macam tak ada apa-apa berlaku.. memang cap @#@$#%$#  apa ntah aku nak bagi kat dia aku tak tau... sakit hatinya... arghh.. nak jew aku menjerit kat telinga dia.. "woiii.. kau tak malu kew.. kau dah kutuk aku desperate, pathetic.. then sekarang minta tolong aku.. nak buat sendiri ah.. banyak lagi la keja aku nak buat.. nak cari "boifren "lagi... hahaha" 

xleh blah la manusia tue.. memang aku tak boleh nak hadam ayat dia bagi kat aku.. so disebabkan aku tak boleh nak hadam.. faham sikit pun tak... so aku nak bagi balik la ayat dia tue... tapi sampai sekarang susah betul nak bersua muka.. tak nak kew tunjuk muka kat aku nie.. lepas aku tak nak tegur kau.. tak respon cerita kau.. datang setakat nak menghampas pintu lab.. tak ada class la weh.. nak meh bertegur sapa tunjuk muka.. kebal sangat kan hati tue.. kata kat aku hari tue... then block aku semua skrang.. haha.. takut peluru berpandu aku.. yang kejam nie.. aduhss.. dah la hati.. cukup2 buat ayat kejam... dan kalau boleh nak buang semua malam  nie.. tak mau ingat dah.. tak mau simpan dah.. nak hapus dia terus dari hidup aku..

Saturday, November 14, 2015

kawan..

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Ada orang tanya aku.. kau tak ada kawan kew??
aku terdiam sejenak.. memikir.. kenapa dia tanya soalan sedemikian kat aku.. awat dia nampak aku keseorangan sangat ka??

Sekarang aku baru terfikir..
yup.. aku tak ramai kawan yang kekal dengan aku..
semuanya datang dan pergi.. tak pernah kekal walaupun bertahun berkawan..
tapi aku tetap syukur.. walaupun aku tak ramai kawan.. dan banyak yang datang dan pergi..
tapi aku masih ada beberapa kawan yang masih sanggup dengar cerita aku, masalah aku,.. walaupun bukan berada dekat dengan aku.. yup aku syukur sangat.. mereka adalah antara insan yang sentiasa tadah telinga dan memberi respon pada masalah aku...

yup aku tahu pada tuhan aku patut mengadu..
tapi aku masih manusia biasa jew.. bukan luar biasa.. aku pun ada kelemahan aku..
dan aku nak tindakbalas respon segera.. yang mampu membuang sikit keluh kesah aku..
dengan masalah yang berlaku pada aku..

kekadang aku rindu pada kawan-kawan aku.. yang selalu melepak dengan aku..
bertukar cerita, buat luahan hati.. duduk lepak sama-sama.. makan sama-sama..
nisa.. yana.. gha.. wanie.. faridah.. merekalah antara kawan-kawan yang aku rasa boleh berkongsi cerita bersama.. walaupun ada perangai dan sikap masing-masing.. tapi mereka banyak membuka fikiran aku untuk melihat arah kehidupan.. kerenah dunia yang macam-macam.. berkongsi ilmu dan pendapat.. dan boleh dikatakan antara yang menceriakan hidup aku sepanjang aku belajar bersama mereka.. tapi sekarang masing-masing dah busy dengan kerier dan kehidupan masing-masing.. mungkin untuk contact dan berhubung tue.. bukan sesuatu yang sesuai  sebab masa masing-masing berbeza.. aku harap mereka semua bahagia hendaknya.. dengan kerier masing-masing baik di dunia dan akhir.. dan insyaallah ada masa kita akan bertemu kembalikan.. wahai kawan.. aku hargai selama persahabatan dengan kalian..

kehidupan.. kekadang aku terlupa.. manusia dibumi nie berbeza.. aku selalu salah menilai.. tatkala aku berjumpa dengan manusia baru.. yang hampir sama sikap dengan kawan-kawan yang aku rapat dahulu.. aku akan bergaul dan bertindak serupa seperti kawan rapat aku.. tapi aku tak sedar.. manusia berbeza.. dan penerimaan mereka juga berbeza..  kekadang ada yang langsung tidak meletakkan aku sebagai kawan bagi mereka.. setiap tindakan yang mereka  beri dan lakukan sepanjang berkenalan dengan aku sebenarnya adalah atas dasar simpati..

owh SIMPATI!!! rupanya.. aku sangat mengharapkan simpatikah dalam persahabatan tue..??? terima kasih kepada insan yang pernah buat begini dalam hidup aku.. aku tak pernah melupakannya insyaallah.. dan terima kasih dengan setiap simpati yang telah dia berikan.. akan sangat hargai dan aku tak pernah lupakan.. rupanya ada juga manusia yang sebegini dimuka bumi tuhan nie.. berkawan atas simpati.. dan akhirnya.. tidak pernah menganggap kawan.. sukar aku fahami maksud manusia seperti ini.. harap kau pun bahagia dengan apa yang kau pilih...

p/s :: sebagai nasihat buat pembaca.. kalau kau jumpa rakan baru yang tetiba caring gila dengan kau.. jangan percaya sangat.. dan berhati-hatilah.. sebab mungkin caring yang diberikan sebenarnya hanya dasar SIMPATI pada kehidupan kau.. kalau kau tak nak simpati tue tapi inginkan keiklasan berkawan yang sebenar-benar kawan... silalah jauhkan diri awal2 dari manusia-manusia sebegini.. sebab, kekadang "simpati " manusia tue tak lama.. bila dia dah rasa penat utk "simpati" terhadap kau.. dia akan campak jew kau dengan pelbagai cara dan mungkin dengan cara yang kejam.. sebab dia ambil kau atas dasar "simpati" bukan keiklasan kawan... harap korang faham..