Tuesday, August 15, 2017

Hikayat sebuah kisah..

Rentetan dari cerita-cerita sis sebelum nie.. sis rasa.. sis nie memang tak ada bakat la untuk tulis novel.. sebab sis rasa.. dari entry-entry yang sis tulis tue.. kebanyakkan ulang-ulang part yang sama dan tak berubah.. part perkenalan dan part hati budi dan hancur hati.. dah bertahun sisi tulis still berulang..hurmmm... novel yang tak ada klimiks dan tak ada ending yang best.. morals value pun xde.. omoooo.. so bored kan... give up sis nak menulis macam nie...

sebenarnya sis nak join sayembara.. tapi cerita sis nie dah bertahun sis tulis.. intro and isi still sama xmau berganjak + sis xada idea nak tulis + idea sis tue asyik terkurung jew disitu.. so sis rasa cerita sis tak ada perjalanan dan haruslah give up disini..  atau patutkah sis menulis cerita buku yang berkaitan penulisnya yang give up pada pengakhiran ceritanya... (tetiba sis rasa, macam masuk storyline cerita w-world, yang cerita korea, penulis masuk dalam cerita sendiri and kill the hero n himself dalam cerita tue.. #justimagine)...

sis tak ada bakat la nak create cerita cinta.. atau kata lain hikayat megi cintan nie.. sebab sis pun jenis manusia yang hati kejung bak kata adik-adik sis.. manusia yang tak ada perasaan.. so bila sis tulis cerita pun sis rasa hati kejung sis nie tak dapat menjiwai watak tersebut.. tragis kan.. dan cerita pun jadi berulang-ulang benda yang sama.. and the last one.. inilah hasilnya daripada penulisan sis..

sis admirer gila penulisan hamka.. sebelum nie sis selalu dengan geng-geng hati jiwang dok berpuitis tentang kehidupan especially about married and etc. tentang penulisan hamka gitu-gini.. tapi lepas sis baca buku tenggelamnya kapal.. hati sis tertarik dengan setiap hasil penulisan dia.. dan rasa nak buat koleksi pula karya-karya dia..  sis tarik keluar karya yang diterapkan oleh penulis z dalam tenggelamnnya kapal.. dia mula menjadi penulis yang hebat rentetan daripada pengalaman hidupnya yang pahit membuatkan dia cuba mendalami kehidupanan masyarakat.. hasil daripada sikap tue, dia boleh menulis karya denga menjiwa kehidupan-kehidupan masyarakat.. bak katanya lagi.. manusia yang senang mana bisa kan rasa kesusahan yang dialami orang lain melainkan dia merasainya sendiri dan pengalaman itu menjadi pengajaran buatnya.. lebih kurang macam tue la ayat dia..

so untuk aku yang baru nak start langkah.. pengalaman mungkin jauh nak dicari.. tapi ada tue tetap ada dalam versi hidup sendiri.. mungkin penghayatan aku kurang  dalam mendalami cerita.. buatkan masalah penulisan aku.. terlalu berceramuk dan sebagainya.. dan lagi satu aku tertarik dalam karya dia tue..  dia cakap lagi.. masa yang dihabiskan bersendirian diruang peribadinya (bilik bukunya) disitulah gedung segala ideanya dicurahkan.. yup.. penulis sangat memerlukan banyak ruang masa yang tenang dan bersendirian untuk dia dalami, berfikiran, dan menulis semula..  itu  point yang aku sebagai tip untuk penulis menghasilkan karya yang cantik..

aku tak pasti aku nak terus sambungan atau tak karya 'megi cintan' aku tue.. kalau nak tulis mungkin aku perlukan masa.. untuk susun,tambah dan baiki semula dari plot awal hingga akhir... tapi sebelum aku akhiri penulisan hari nie.. au tertarik untuk menambah ini bagi klimik kisah itu..

 " semendung manapun langit kehidupan cinta itu, jangan biarkan ia menjerumuskan diri kamu semendung warna itu, sedarilah... sebelum kamu ikut warna cinta itu.. kamu mempunyai warna kehidupan kamu sendiri.. warna yang mewarnai kehidupan kamu sebelumnya... dan warna cinta itu hanyalah warna baru yang menambah dalam warna kehidupan kamu kini.. kalau buruk.. janganlah membiarkan ia mempengaruhi kamu.. buang kalau mampu jangan biarkan ia mengotori warnamu yang cantik sebelum itu.. "

selamat menulis.. :P :P

Sunday, August 6, 2017

satu tahun..

Dalam satu tahun 2017 tue ada 12 bulan.. ada 52 minggu.. ada 365 hari  bersamaan dengan 8760 jam atau 525600 minit ataupun  31 536K saat... bunyinya macam sangat banyak dan lama.. tapi sedar atau tidak sedar.. sebenarnya nilai bilangan yang banyak-banyak tue sebenarnya adalah sangat singkat bagi kita yang sedang menunggu atau menanti... sekejap saja setahun itu akan berlalu meninggalkan kita begitu juga dengan dosa-dosa yang kita lakukan.. tidak sedarkan kita.. kubur sedang kata mari..

Saturday, August 5, 2017

hamba kerdil

Cepat masa membawa sebuah kehidupan aku..

Aku masih ingat disaat aku menduduki sijil peperiksaan malaysia (spm).. saat itu aku diuji dengan telinga aku yang sakit.. di hari peperiksaan.. malamnya menangis sebab kesakitan esoknya perlu menjawab paper BM penulisan.. sabar jew la dengan ujian tersebut.. kata tok tam (jiran depan rumah aku dulu) "Insya Allah, tuhan bagi ujian lebih sikit sebab Dia nak bagi kejayaan.." aku simpan kata-kata tue.. dan aku ingat juga saat-saat peperiksaan bagi paper yang lain... banyak nak study.. tapi dah lewat malam.. tok tidur di rumah.. nak buka lampu takut ganggu tok tidur.. dan last aku buka lampu toilet.. study depan toilet.. tok cakap "buka ja lampu kalau nak baca.." tapi aku taknak menganggu dan aku teruskan jew macam biasa.. itu semua kenangan aku waktu study spm..

Lepas habis spm aku tak berkerja.. dan tak menganggur saja.. kerana aku dipilih mengikuti program khidmat negara sesi 1/2007 aku join.. aku manusia yang senyap dan susah juga nak berkawan rapat.. bertegur sapa tue boleh tapi susah nak akrab.. tak rapat kalau tak mengenali sepenuhnya.. aku lebih suka memerhati.. dan aku paling benci jenis manusia yang makan kawan sendiri sebab tue aku susah nak dapat kawan yang sesuai.. kebanyakan aku kawan hanyalah ala kadar.. disebab tue juga sepanjang aku di PLKN.. aku tak kisah tak ada kenalan rapat sentiasa disisi.. cukup budak-budak dorm aku jew yang jadi peneman disisi.. tue pun kalau diorang pergi dengan kawan lain aku tak kisah.. disebabkan tue juga aku tak kisah diletakkan dimana kelas time PLKN.. sebab aku tak ada kawan yang spesifik rapat.. so aku bebas pilih kawan dengan sapa-sapa saja yang jujur nak berkawan dengan aku.. 

sikap aku tue berterusan sampai aku masuk universiti (diploma).. aku bebas untuk memilih kawan sekelas... bebas untuk membuat hal sendiri.. tapi disini juga lah aku diajar dan aku mula mempunyai kawan rapat yang sentiasa ada dengan kau untuk membantu kau.. membuang sunyi kau.. saat kau berjauhan dengan keluarga.. aku mula mengenali rakan-rakan rapat dari jiran sebelah bilik aku.. kami membantu sebolehnya.. tapi dengan rakan-rakan sekelas aku tetap sama.. semakin hari aku disana semakin banyak aku mengenali sikap dan tingkah laku manusia...

Pengakhiran diploma.. sikap aku mula berubah dengan kawan-kawan aku dah mula mempunyai rakan baik sendiri.. tapi dalam masa yang sama aku merindukan kebebasan aku untuk berkawan dengan yang lain.. sebab aku tak suka dikongkong pada satu pilihan sahaja.. tolong la kawan tue meluas.. terutama dalam pelajaran lagi banyak kita berkawan lagi banyak ilmu yang dapat kita kongsi.. itu prinsip aku waktu itu.. saat itu persahabatan kami goyah dan awal degree kami bukan lagi kawan seakrab dulu.. aku mula melepaskan kawan aku itu.. masing-masing pilih dengan haluan sendiri..

awal degree persahabatan baru aku smooth.. tapi awan yang cerah bukannya berpanjangan.. dipenghujung degree.. aku diuji dengan namanya persahabatan itu.. aku sedar.. mungkin ini kifarah daripada sikap aku sebelum ini yang meninggalkan kawan aku yang sebelumnya.. memang sedih waktu itu.. tapi aku cuba membawa diri sendiri dan survive sebaiknya.. akhirnya tamat sudah pengajian aku diperingkat degree.. dan rezeki aku ditawarkan melanjutkan pengajian dibawah supervisor aku.. dan terima kasih juga buat rakan aku yang lain.. yang sudi berkongsikan maklumat tersebut denganku.. akhirnya aku menyambung pengajian seperti yang aku hajatkan sebelum ini.. denfan kawan aku yang sebelumnya.. aku mohon maaf darinya.. dan cuba perbaiki yang sebelumnya.. 

pengajian master aku.. walaupun pengajian master aku smooth.. tapi aku diuji dengan perasaan sendiri.. perasaan yang mana ingin disayangi. yang mana aku katakan pada kawan aku sebelumnya.. kini benda tue terjadi pada aku.. aku tak mahu lepaskan kawan aku pada peringkat master tersebut.. nie namanya cash..  dari sikap aku sebelumnya.. 

11 tahun sudah semua itu berlalu.. kini aku disini dengan melihat balik semua-semua yang berlaku sebelumnya dalam 10 tahun perjalanan aku dahulu.. disini aku duduk sebelumnya dan disini juga aku melihat perjalanan aku dulu yang kekadang diatas dan kekadang dibawah meratap segalanya yang berlaku..  Ya Allah aku sentiasa mohon supaya kau berikan kebaikan dalam setiap apa yang aku lakukan.. dan berikanlah kesedaran pada aku apabila aku melakukan sesuatu yang engkau murkai dan berikan juga kekuatan segera untuk mengubah perkara tersebut supaya ianya membawa kepada kebaikan semua.. Aamin yaRabbal alamin.. 

Aku sedar banyak khilaf aku.. mungkin disedari dan mungkin tidak disedari.. aku harap aku dapat perbaiki semua perjalanan hidup aku supaya lebih dijalanmu ya allah..  berilah aku kekuatan dan berilah perjalanan yang baik.. supaya mudah aku bertemu dengan mu kelak.. dan menjadi yang engkau kasihi.. perkenankanlah pemintaan hambamu ya allah.. yang kerdil lagi hina ini.. aaminnn..