Wednesday, January 20, 2010

BoRne0 kiTE fESTIvel..

hari nie memang agak tension... mana x nyer... aku punya la berjaga sampai pagi study, alik-alik aku x dapat nak jawab soalan test tadi.... memang geram giler... mana x nyer yang lain aku baca yang lain lak masuk ... pastu banyak la soalan yang agak KBKK... mana la aku tau.... nak pula benda tue yang x pernah2 aku ambil fokus dalam kelas, tetiba je masuk exam... huhuhu4 memang cuba nak bunuh aku la tue... memang give up giler aku jawab tadi... pastu keluar exam pun dengan muka sememeh je gi HEP teman kawan.... dengan keadaan yang mengantuk yang amat sangat... ktorg smua ( geng2 aku nie) apa agi... buat rancangan petang nie untuk lepaskan tension x bleh nak jawab exam nie... huhhuh.... ktorg g festival... lepaskan segalanya.... ( tapi balik tidur dulu la...petang baru keluar)

hurmmm... boleh tahan juga la festivel layang2 nie.... nie adalah first time aku gi walaupun dah masuk tiga tahun aku tinggal di bumi sarawak nie... memang diorg selalu cerita ttg festival nie , asal hujung tahun je... tapi aku tak pernah ada kesempatan untuk pergi ke sana... al maklumlah ... aku nie memang malas sikit bab jalan-jalan nie ( lain kalau dah boring sangat baru cari partner teman g jalan2) ....huhuuh4 memang tue la perangai aku...kat sana macam2 layang2kmi boleh tengok... ular, harimau , gajah, burung kenyalang , semua ada ... perlawanan nie juga diperingkat antarabangsa tau .. semua negara ikut serta..
memang colourful la.... tapi sayang cuaca time nie x elok sikit.. cz dekat sni mengalami jerebu ditahap sederhana.... memandangkan hujan pun turun secara gerimis je confrom2 le x boleh nak redakan jerebu nie....amatnyer terima je la....

dalam nie juga banyak gerai2 cenderamata yang berasal daripada kepulauan borneo terutama barangan sarawak la... memang banyak dijual kat sini... tapi aku tak sempat nak ambil gambar... cz teruja sangat tengok barang yang dijual.... barang dijual kebanyakkannya terdiri daripada barang2 kraf tangan yang dibuat sendiri dan juga pakai2... memang best la... tapi aku x mampu nak beli cz sekarang nie tengah mengamalkan sikap berjimat cermat... al maklum lah awal semester... tak boleh nak boros sangat nanti x sempat cuti hujung semester dah abis duit... dah la tue ... tiket flight pun x beli agi... tak balik aku nanti cuti nie kot (kalau boros la)...

dalam jalan nie pelbagai gerai makan terdapat disini... bukan sekadar dari kepulauan borneo je... tapi dari perlis pun ada.... huuhuhu4... biasa la jiran negeri aku.... apa agi... memandangkan kami semua nie bebudak semenanjung memang pantang nampak makanan semenjung dijual kat sini... memang kena serbu... biasa la kan kat sarawak... memang susah nak jumpa makanan semenanjung... sambal jauh sekali la nak jumpa... alau nak makan pedas gak... ambil la sos.. tambah la sendiri... rasanya makanan yang pedas kat sini pun diorg masak sos je.... kalau nak pedas yang meletup... ambil la cili padi.. potong dalam pinggan makan atau campur kicap... tu je la rutin makanan pedas kami kat sini... yang mengidam sangat nak makan makanan yang pedas2... disambungkan cerita... aku n the geng pun g la makan kat gerai tue... kebetulan sorg agi bdk laki kelas aku pun join sekaki makan skali (cz tadi masing2 lepas kelas memang tapau je terus balik... pastu balik tidur x sempat nak makan terus keluar... keluar je masing2 merayap la cari makanan alas perut). sesudah je makan masing2 pakat lawan meneka berapa bihun sup nie semangkuk ( tadi nyer time order memang x ingat nak tnya harga cz masing2 lapar) ... setelah ditanya... wow.... bapak nyer mahal... dah ler mangkuk kecil... skit pula tue... ada kew patut rm5 semangkuk... mahal giler... masing2 mengeluhlah dah terkena....( bebdk u kalau rm5 semangkuk mmg mahal) .... sampai la kul 5 petang ktorg berjalan2 je kat situ utk release tension yang x seberapa nie... nie pula ktorg singgah tgk pak cik nie buat gula kapas time jalan2
tengok dari gerai ke gerai ( mengalahkan pengadil pertandingan gerai terlawa ktorg jalan..)
memang laju giler pak cik nie buat .. kusyuk ktorg tgk...

Monday, January 11, 2010

hati oh hati...

Susahkan hati nie bila mudah sangat tertarik dengan kebaikkan orang… asal sedikit jew kebaikan dilontarkan pada diri ini, bagai magnet telah menarik kepadanya.. dan disini bermulalah ingin melihat setiap tingkahlakunya… pada hal apa yang dilakukannya sememangnya adalah sikapnya, perwatakannya dan tingkahlakunya yang asal pada semua orang dan rakan-rakan… tapi, bagiku tindakkan dia telah meletakkan sesuatu yang membuatkan aku tertarik… mahu memerhatikannya dan melihat tingkahlakunya…

oh tuhan, nyahkan perasaan ini dari hatiku…sesungguhnya aku tidak tau perasaan apa yang bersarang dalan hatiku ini… sesungguhpun dia tidak perasan dengan apa yang aku rasai terhadapnya… buanglah segala perasaan ini.. sesungguhnya aku tidak menginginkan langsang perasaan ini muncul dalam hatiku... Kalau benar perasaan ini tak pernah menipu diriku.. kau tunjukkan kepadaku… apa perasaan ini.. respect sebagai seorang kawankah atau apa sebenarnya…

sesungguhnya aku tidak mahu perasaan sayang atau kasih muncul pada diriku diusia muda ini… sesungguhnya aku mahu mencari kejayaanku sendiri, cita-cita dan impianku yang telah aku impikan sebelum ini… andaikan perasaan kasih ini juga yang diminta untuk hadir pada diriku… biarlah ia datang sesuai pada tempat dan waktunya… selepas kejayaan dan impian aku terlaksana sudah… muncul ketika itu… sekiranya benar ada insan yang jujur pada diriku… hadir dengan penuh adat dan agamanya… melafazkan kata terpendam pada kedua ibubapaku… walaupun memang terpendam hati ini… tapi aku tetap tidak akan merelakannya sehingga tiba waktunya… sesungguhnya aku berserah padamu Ya Allah... untuk jodoh dan pertemuan ini.. seperti mana aku berada disini hari ini…. biarlah aku simpan hatiku.. terkunci rapat sehingga dibuka oleh dikau sendiri dengan jodoh yang bersesuai seperti yang aku ingin dan idamkan….


Sunday, January 3, 2010