Thursday, March 31, 2011

::kenapa nie??::

.. isyh.. kenapa ntah.. sejak dua menjak nie.. aku rasa aku cepat jew nak marah dekat orang... mudah terasa hati.. mudah kecil hati dan nak merajuk.. apa penyakit nie...tak suka betul... lepas tue.. cepat tak berpuas hati dan sebagainya.. dan kalau orang marah ... aku balas balik jew sekarang.. tak macam dulu... kalau orang marah kew.. orang kata apa kat aku.. aku just diam jew.. n buat bodoh jew.. tapi sekarang.. rasa cam semua tue dah x dapat nak control.. nak lepaskan jew.. then.. mula la menggigil satu badan.. lepas dah lepaskan.. isyh.. x faham betul dengan  diri aku sendiri...

aku x suka buat diri aku susah.. x suka buat diri aku sakit.. dan x suka untuk sakitkan diri aku sendiri.. aku nak jadi biasa-biasa jew.. biar orang cakap aku slow.. asalkan semua benda.. yang berkaitan menyakitkan hati atau sebagainya nie.. aku tak rasa.. dari macam nie.. aku nak lepas rasa cam sesak nafas.. ahh~ betul2 x suka... dan tak faham.. 

korang pernah rasa x macam nie???

p/s::  aku tak suka dan tak selasa dengan situasi nie...

Wednesday, March 30, 2011

... sedey sangat...

.. tadi aku kul rumah.. sekadar saja2... nak tahu perkembangan di rumah.. biasa la lepas aku dengar berita  perlis banjir.. aku nak juga tahu perkembangan tempat aku... cz selalunya.. kalau banjir.. di bahagian utara.. tempat aku tak ketinggalan untuk turut serta.. biasa dekat dengan empangan.. bila air naik diempangan...air biasanya akan dilepaskan.. dan sekitarnya pun tek terkecuali untuk naik.. tapi alhamdulilah.. lepas call tadi aku dapati ok jew.. x banjir pun kali nie..(hakikatnya.. kalau banjir pun.. selalunya memang x kan kena rumah aku pun..  jz pekan jew.. kena teruk..cz rumah aku kat tempat tinggi..)

tapi yang sedey nyer bila aku dengar.. masalah kesihatan yang menimpa ayah aku... ayah aku kurang sihat sekarang..  masalah hati.. hari tue dah buat operation sebelah hati.. dah buang.. dah ok kesihatan ayah aku.. tapi kini.. ketumbuhan tue dah merebak ke sebelah agi dah.. sedih bila aku dengar keadaan tersebut.. tak tahu nak cakap macam mana.. sedih la.....

kata ayah aku " dalam badan ayah dah x ada apa-apa agi dah... dulu operation jantung.. sekarang buang hati  pula....." 

apa yang pasti.. aku doakan supaya ayah aku sihat.. sihat.. dan sihat selalu.. bertahan sekejap.. sehingga dah betul-betul stabil.. dan dapat pekerjaan.. nak balas budi ayah dan mak aku yang banyak sumbang jasa dalam mendidik aku... bagi aku dapat graduate untuk kali kedua nie.. aku berharap sangat..ayah aku mampu bertahan.. cz aku x nak tengok mak aku bersedih.. dan aku x nak juga ayah aku tersiksa dengan sakit dier.. apa2 pun aku nak sangat ayah aku sihat..dan dapat lakukan aktiviti harian seperti biasa... aku harap sangat..

kali nie.. biar aku tangguhkan cita-cita aku sekejap..  (nak sambung master n phd).. aku akan ikut cakap mak aku.. untuk cari kerja dulu.. buat apa2 yang patut untuk keluarga.. lepas nie.. baru kejar balik cita-cita diri.. nak sambung master kew.. nak ke luar negara dan sebagainya...
p/s: : Ya Allah.. berikanlah kesihatan yang baik kepada ayahku ya allah.. dan dapat melakukan apa yang dier mahukan..

:: confius ::

... lebih kurang lagi 5 minggu.. tamat la pengajian aku sebagai budak tahun pertama untuk bachelor sains perhutanan.. dan mula melangkah ke tahun seterusnya pengajian iaitu tahun dua.. tapi untuk ketahun seterusnya pengajian aku nie.. membuatkan aku bertambah confius dan pening untuk menyusun jadual aku sebagai student.. yang turut melibatkan aku dengan aktiviti koko.. bertambah agi aku konfius... sebabnya...

kredit aku dah x cukup untuk stay hingga tahun tiga...

pening doh.. aku mengatur jadual.. kalau ikutkan.. sekarang kredit aku tinggal agi 33 kredit jew.. yang mana kalau aku ambil 17 kredit untuk sem depan.. dan 16 kredit agi untuk sem 4.. bermaksud aku akan habiskan degree aku dalam masa dua tahun jew ... termasuk dengan tesis (cz boleh buat dalam masa cuti 4 bulan nie) wah..wah.. wah.. bagus la kan.. kenapa nak pening pula kan??....

tapi masalah aku sekarang... aku dah terikat dengan koko.. yang mana aku kena habiskan dalam masa 3 tahun.. nak tahu apa.. mestilah sebabkan PALAPES... jadi cam mana pun.. aku kena stay sampai 3 tahun.. dengan kredit yang tinggal 33 tue.. nak tambah subjek malas lak.. kalau dapat habis awal agi bagus kan.. dah malas dah aku nie.. 3 tahun diploma.. tambah agi 3 tahun degree.. dah 6 tahun aku stady di sini.. isyh.. betul2 pening.. then sekarang tengah usahakan.. kalau aku dapat JPA semester depan.. semangat juga la aku nak terus study sampai 3 tahun pun.. kalau dengan pinjaman jew.. better aku study dua tahun jew dan terus kerja.. sijil diploma aku pun still panas agi.. belum berguna... ( cakap nak sambung master.. cam mana nie??).. master2 gak.. kalau dapat singkat tahun.. lagi cepat aku sambung master...


Sunday, March 27, 2011

:: posto.. posto ::

.. kalau dalam cerita P. Ramlee.. ada sorang pakcik posmen nie  sebut posto... posto.. sebab dier nak antar surat.. tapi.. dalam isu aku sekarang.. aku sebut posto..posto.. sebab budak2 aku semua dah kena badi buat poster.. untuk tugasan tambahan kitorang...oleh yang demikian.. ktorang sekarang  mengelami kegilaan poster yang perlu disubmitka  pada minggu nie.. 

sekarang nie.. aku n group.. perlu menyiapkan dua poster ilmiah.. satu untuk ekologi punya.. yang kitorang dapat tajuk mengenai HILL DIPTEROCARP FOREST... dan satu agi silvikultur nyer.. iaitu TEKNIK INOKULASI... yang mana untuk ekologi.. siapa yang buat paling terbaik akan dapat RM200 bagi  kumpulan tersebut.. pensyarah aku bagi..( baik x hati beliau..) manakala yang satu agi.. x de janji apa2..( tapi aku rasa kalau nak dier naikkan markah untuk first test ari tue pun dah cukup baik...)

..apa2 pun sekarang nie.. tengah cari gambar2 yang menarik dan terbaik selain dengan info-info yang berkaitan dengan poster.. tapi still belum jumpa2 gak.. apa yang aku jumpa adalah.. nie ha.. gambar yang terbaik punya daripada ahli group aku...  ( maybe dier nak lepaskan tension kot...) lawak betul aku tengok... kawan2 aku nie... layan jew la..

p/s:: bak kata nyer :::
krew2 liputan...
dari kiri tu jurukamera,director,last skali tu wartawan dia...

Saturday, March 26, 2011

:: selepas 60 MINIT ::

.. selama 60 minit tadi.. berada di dalam kegelapan.. sempat agi aku mengambil berapa gambar dari sudut tingkap bilik aku.. yang menunjukkan tanda support terhadap EARTH HOUR..

 MENARA KLCC DAN KUALA LUMPUR..
 sebelum 8.30....

 selepas 8.30...

..berbangga aku tengok... mana x nyer.. menara yang tinggi  dan ramai orang pun.. sanggup sokong EARTH HOUR... masa satu jam tanpa lampu..dan hanya lampu keselamatan jew dinyalakan... tapi.. tak semua orang mampu melakukannya.. dekat kolej aku sendiri pun.. tak ramai yang sudi turut serta.. tak pasti la antara diorang tak mengikut perkembangan semasa.. ataupun.. tidak sudi join... tapi apa yang pasti.. selepas aku tutup jew.. lampu-lampu yang tidak digunakan.. seperti lampu di bilik pantri dan koridor... ada jew orang akan buka... tiga kali aku tutup pun.. ada juga orang buka.. sehingga  8.45pm.. ketua blok menjerit... "tutup lampu!! tutup lampu!!!".. baru la.. tak ada agi tangan2 yang buka lampu tersebut.. sehingga pukul 10pm... tadi.. room mate aku balik.. baru dier bukakan.. SEE.... 

entahlah.. nama penduduk universiti.. kekadang aku pun x pasti.. diorang alert atau tak perkembangan semasa.. dan best ayat tyme aku dengar di KIOS tadi.. tyme aku nak beli air... seorang budak laki cakap.. "pentingkan duit agi.. daripada selamatkan bumi..??"  dan jangan salahkan alam.. kalau bencana berlaku.. semua berpunca dari manusia juga...fikir-fikirkanlah...

p/s:: tapi lepas baca entry2 yang lain.,. better agi orang  stay go on macam biasa.. dari orang yang tunjukkan dier support.. tapi..  pasang lilin beramai-ramai.. effect dier.. sama gak la.. meningkatkan pemanasan global.. sekarang apa yang penting.. faham maksud sebenar.. setiap tindakkan.. bukan sekadar suka2 saja sambut.. tapi x de apa2 makna... 

:: Hoodie Jacket ::

.. ari nie.. aku teringin nak bawa korang2 semua dengan style hoodie jacket.. sebab aku nampak style nie menarik dan bergaya.. lagi pun sesuai untuk lelaki dan perempuan... sekiranya pandai disesuaikan.. kalau diikutkan pada iklim kita pun.. sekarang  dah x kisah.. walaupun panas terik.. still ada juga pakai baju berlapis2.. al-maklumlah.. style punya pasal...berpanas pun sanggup.. ok.. jom kita tengok..





 macam2 style kan.. so.. yang mana korang minat.. pilih2... 
aku lak rasa cam tertarik yang kat atas nie.. yang tangan  cam kelawar.. bergaya tue.. uhuh~~
biler tengok gambar2 nie semua.. terasa lak cam nak tambah koleksi sweater aku.. uhuh~~
pembaziran.. pembaziran..


Friday, March 25, 2011

:: EARTH HOUR ::

JOM....
sama-sama kita meraikan HARI BUMI..
pada ESOK MALAM
26 MAC 2011..

dengan tidak menggunakan sebarang sumber tenaga
selama 60 MINIT...
dari 8.30-9.30 malam...
bagi mengurangkan kesan keatas pemanasan global..
hanya satu hari sahaja..
dan satu jam..
bersama-samalah kita menjayakannya...
hargai BUMI yang anda miliki sekarang...
sedikit kita menyumbang.. mampu beri kesan yang besar pada bumi kita..
 TURN OFF YOUR LIGHT



:: suka.. tidak.. atau segan ::

.. wah.. hari nie punya entry disebabkan oleh terpalit.. pengaruh cerita korea yang aku tonton sampai pagi tadi.. hahah... memang gila habis... walaupun dalam keadaan yang banyak kerja.. dan asigmnt yang perlu siapkan.. tapi still boleh habiskan satu petang.. malam.. hingga pagi... aku menonton cerita korea tue.. secara marathon.. dari 7pm hingga pukul 8am.. mau lebam mata aku.. tapi nak juga habiskan..

cerita dier biasa2 jew.. tapi best..  you're beautiful..  menceritakan seorang paderi wanita nie... menyamar jadi adik lelaki dier.. dan join satu band popular.. iaitu A.N.JELL.. selama dier menyamar nie ok la..  cuma kekecohan selalu terjadi bila ad sorang artis wanita n reporter yang nak bongkarkan identiti dier sebagai perempuan.. (artis wanita nie.. terlalu minat dengan leader band tue..  n jeles menyebabkan dier nak bongkar rahsia tue..) apa2 pun.. korang tengok la sendiri.. baru la best kan...

apa yang istimewanya.. yang aku suka dengan cerita nie adalah... aku suka tengok.. sikap yang dipamerkan (nak kata tegas n disiplin pun x sangat..) maybe prinsip diri + ego kot.. x nak rendah dari orang... tapi... kekadang sangat romantik.. namun semua tue dier x tunjuk secara nyata... tue yang mahal tue.. uhuh~~ aku suka tue.. hahha~~


p/s:: tajuk yang tak ada kaitan dengan cerita... adakah??? maybe dalam cerita korea tue jew kot.. uhuh~~ ok laen kali aku buat entry yang berkaitan dengan tajuk tue.. cz sekarang nie... aku nak teruskan marathon aku yang seterusnya.. iaitu menyiapakan asgmnt2 aku yang banyak minggu dah bertangguh dan tak terbuat.. minggu depan dah kena hantar... mati aku nanti kalau tak siap.. ok cau dulu.. nanti datang melawat agi untuk entry yang seterusnya..


Thursday, March 24, 2011

::rehat minda jap ::

.. satu agi cerita dari facebook.. yang agak x boleh bla.. tapi kekadang betul gak..  tapi terasa pula tersangat tak logik.. namun.. apa2 pun.. bergantung kepada individu la... pandai atau tidak dier men'arrange' masa dier yang ada... sepanjang satu tahun tue.. cz orang lain pun ada masa yang sama gak.. tapi kenapa still boleh berjaya.. kenapa tidak kita...  fikir-fikirkanlah... tapi nie.. jz nak santai minda jew.. jom.. enjoy...

Alasan Kenapa Pelajar U Tidak Lulus Peperiksaan?

by Khairul Hazman

Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian,
Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat…
 Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik … Mari kita kira!

Hari Minggu
52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.

Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb… Baki tinggal 283 hari.

Cuti Semester
Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.

Baki tinggal 223.
Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari.

Beribadat
Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun. Baki tinggal 95 hari.

Bermain
Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari. Baki hari tinggal 80.

Makan :
Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari. Baki tinggal 65 hari.

Berborak
Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. Baki tinggal 50 hari.

Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari.

Exam
Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam.
Baki tinggal 21 hari.

Refreshing
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari.

Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan blog isuhangat . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.

Jadi baki tinggal 1 hari.
Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!! Mana boleh belajar!


Monday, March 21, 2011

tyme aku tengah check in box aku di facebook.. aku terjumpa dengan satu post nie.. mengenai hati dan perasaan antara perempuan dan lelaki.. tetiba2 aku rasa.. nie merupakan satu artikel yang menerik untuk di kongsikan dengan rakan blogger.. jom baca sikit...

Lelaki perlu tahu yang perempuan:
  1. Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Bukan bermaksud cerewet tak tentu hala, kadang kala wanita ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam.
  4. Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Wanita amat tabah.
  6. Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam kerana wanita itu prihatin.
  7. Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum.
  8. Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.
Peranan lelaki dalam kehidupan wanita adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. Wanita diciptakan oleh Allah SWT dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami hati dan perasaan wanita.

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.
  13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan.
  15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
  17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.

 p/s:: apa pula pendapat korang???

Thursday, March 17, 2011

::suasana d satu petang ::

dalam suasana yang seredup2 cuaca... tatkala kelas-kelas dibatalkan.. perdebatan diri pun mula berlaku...

"wah... selesanya hari nie.. x de kelas.. tyme bebas.. mau tonton movie.. tengok cerita.. dowload pukal cerita korea.. best.. best... jommmmm.. lakukan...
kata hati " ko tue.. result dah la teruk.. ada hati nak tonton movie agi.. ko patut habiskan semua homework ko tue..target di situ.. dapatkan highest... back up result... cepat buat..   minggu nie ko lapang.. esok-esok tak tahu agi macam mana.. nak pula minggu nie ada training.. cam mana ko nak siapkan kerja... pastu test lak datang menjengah ko agi... dengan asgmnt bertimbun-timbun ko x selesaikan.. nanti bertambah agi.. report.. presentation.. poster.. biler ko nak siapkan... dua minggu agi ko berjalan agi ke Terangganu lak.. hurmm.. bila agi nak siap..."
"alah.. relax la dulu.. sok ada agi satu hari cuti.. sempat nyer nak siapkan semua tugas tue.. kecoh er..."
"mana sempat.. ko tue buat kerja  terhegeh-hegeh.. lambat.. nak perfect.. pikir lama-lama.. pastue baru buat.. lambat kot.. satu hari.. untuk siapkan semua kerja .. ko memang x kan sempat nyer...  better ko pergi buat cepat.. sebelum ko x sempat nak siapkan nanti... "
"alah relax la dulu... aku nak hilangkan stress nie.. jangan lak buat aku tambah stress... nanti aku buat la.."
"isyhhh.. cepat la gerak.. apa nak jadi la dengan ko nie.. kata nak graduate dengan first class degree.. tapi malas macam hantu... pastu nak bercita-cita tinggi.. "
" hello... aku cita-cita pun.. aku berusaha untuk dapatkannya ok.. bukan buat bodoh jew.. atau angan2 mat jening... kata orang.. usaha tangga kejayaan tau.. insyaallah..."
" abis tue.. x tahu agi gerak nak siapkan kerja..."
"heheh~~. jap lew.. bagi aku 10 minit.. nak rest jap.. pasnie aku buat la..." 
"10 minit jew tau.. jangan lebih...."
"ok.. baek big bos.."

empat jam kemudian...

" alamak... kerja aku... !!!!  aku mesti habiskan segera.. aduhs.. mana satu nie.. isyh.. isyhs.. panda la aku malam nie.. kerja x siap agi nie.. x dapat tido aku.. waa.....erk~~ 8| "

macam tue la jadinyer... bila la nak berubah nie... haish... sabor jew la..


Sunday, March 13, 2011

:: nak dengar cerita x??::

tadi tyme lipat baju.. tetiba lak aku teringat cerita kawan aku nie.. yang bergaduh dengan.. (boleh dikatakan kawan baik dier juga la.. kata orang.. tapi aku x perasan lak yang diorang kawan baik.. cz aku nampak biasa-biasa jew.. ) aku teringin nak cerita sebenarnya.. tapi rasa cam busy body lak... tapi dalam hati nie teringinlah nak tahu cam mana keadaan diorang...

permulaan cerita tentang kawan aku nie.. (aku letakkan dier sebagai A).. dier nie pada mulanya x kawan dengan lelaki..  dan satu kelas lak dengan si B nie ( B.. kawan yang digaduhkan).. pada awal pandangan dier pada  si B..  sangat menakutkan.. walaupun orang  selalu cakap si B boleh la tahan.. baik dan pemurah.. tapi tyme tue A.. memang x berani.. kalau selisih tepi pun jz tengok cam tue jew.. sehinggakan B jatuh kerusi hingga patah di library pun.. si A jz tengok jew.. tanpa berani kata apa2.. sebabnya.. si A nie.. ada pengalaman yang menyebabkan dier x suka lelaki..  dan nak pula.. pertama kali A jumpa B..  A rasa B nie sama perwatakan dengan lelaki yang dier tak suka tue.. lagi-lagi la dier x nak dekat..

sehingga la satu masa.. pemilihan kumpulan dilakukan.. A just join jew kawan2 yang terdekat dengan dier.. nak pula tyme tue.. kawan A nie rapat dengan B.. jadi diorang.. terpaksa la satu kumpulan.. tyme tue.. aku rasa A punya perasaan.. aku pun x pasti la.. tapi dier cakap dier x suka.. tapi x tahu nak nyatakan macam mana.. last2 dier jz ikut jew... sebab terpaksa..

semester dua.. aku x tahu sangat perkembangan dier.. sebab kos dier pun busy kan.. dengan pelbagai kerja amali.. jadi kami x banyak bersembang.. dan masuk semester.. semester yang seterusnya.. A cakap.. dier dah ok dengan lelaki.. walaupun dier rasa perlu berhati-hati dengan lelaki... tapi dier dan open dengan lelaki (open yang still berpegang pada batasan islam) .. x macam dulu.. x berani nak bertegur dan bercakap lagsung.. ckp pun jz yang penting2 jew.. dan perkembangan terbaru.. dier banyak group dengan si B.. cam tue la keadaan dier dah ok dengan si B... katanyer sebab si B nie.. selalu bercerita sikit.. maybe sebab tue diorang boleh rapat... (rapat kew???)

sehinggalah kalau ada apa-apa si A nie selalu minta tolong pada si B.. sebab A rasa B nie kawan terdekat dier yang boleh diharapkan.. dan setahu aku B... x pernah membantah.. cuma dier bagi suggestion la kalau ada yang tak kena.. (cam tu la kot.. cz aku pun kenal juga si B nie.. sebenarnya.. uhuh )cam tue la keadaannya si A dan si B nie.. nak kata rapat.. aku tengok biasa-biasa jew diorang nie.. tapi kawan2 aku yang lain cakap.. diorang nie sangat rapat.. aku pun x pasti.. cz biasa la.. aku nie kan manusia yang tak ada perasaan.. jadi susah nak faham perasaan orang nie...

dan yang terlatest punya cerita..  si A dan si B.. sekarang.. masing2 tak bertegur sapa.. (dah pula dah..) sebab sorang cakap kawan makan kawan dan sorang cakap.. dier dah banyak menyusahkan kawan.. lebih baik  menyepi... dan masing2 bawa haluan sendiri la.. walaupun satu kelas.. masing2 tak bertegur sapa.. kepala angin dua2.. ntah la.. aku pun x faham dan x tahu macam mana dengan diorang tue..

tapi apa yang aku pasti.. aku dengar2 la.. kawan si B yang ceritakan pada aku.. (kalau dier tipu aku tipu la).. kenapa si B suka berkawan dengan si A.. cz aku ada nampak si B nie jenis memilih kawan sikit.. x semua dier akan kawan rapat.. jawapan si B sebab si A nie lonely.. suka sorang2... jadi dier nak kenal dengan lebih rapat..  dan sekarang.. aku pun x pasti dengan diorang.. masing-masing ada pendapat masing-masing.. 
NTAH LAH...


p/s:: pada pendapat korang pula... macam mana???

 

Saturday, March 12, 2011

:: pemeriksaan kesihatan::

hati sedikit tenteram.. bila aku menyatakan masalah pada pegawai yang terlibat.. dier bagi pelepasan kepada aku selama sebulan dari training.. untuk siapkan kerja aku yang tertangguh tue.. dan buat exam dengan terbaik..  aku gak disuruh untuk buat surat pada pihak atasan.. untuk menyatakan masalah emosi x stabil aku tue.. selesai seketika masalah tue..

sekarang.. masanya untuk aku siapkan kerja-kerja yang mentensionkan aku... tapi sebelum tue aku nak cerita mengenai pemeriksaan kesihatan yang aku lakukan pada khamis lepas.. pemeriksaan kandungan lemak dan tekanan darah... di lakukan di foyer fakulti aku.. sempena hari bertemu pelanggan... tyme tue.. aku dan rakan2 ambil kesempatan untuk buat pemeriksaan kesihatan gak.. walaupun tujuan sebenar diorang buat untuk staff...

hasil yang diperoleh.. boleh dikatakan normal la.. cuma lemak lebih sikit.. dari situ gak aku diberi nasihat daripada pemakanan harian dan sebagainya.. suggest nurse tue.. adalah seperti berikut... 
  •  makan makanan yang betul..  
makanan yang seimbang harus diambil berat.. katanya pengambilan diet yang betul boleh buang lemak dibahagian  perut... makan yang bagus untuk adalah karbohidrat komplek, vitamin dan mineral...nurse tue juga sarankan aku untuk makan ikan.. sebabnya ikan kandungan lemaknya rendah.. dan kaya dengan protein.. dan ikan yang terbaik adalah ikan air tawar yang dibakar.. cz kandungan proteinnya baik untuk diet.. selain itu.. susu dan air masak jangan diabaikan.. mesti habiskan.. dua botol besar.. minimum..
  • tinggalkan makanan ringan
makanan fast food mesti dikurangkan kerana tinggi dengan kandungan garam yang tidak baik untuk kesihatan... ia juga akan menyebabkan lemak terkumpul dibahagian perut.. sekiranya diambil secara berlebihan.. begitu juga dengan makanan bergula... gorengan... makanan laut.. nasi lemak dan roti canai.. turut perlu dikurangkan...
  • berhenti makan lewat malam
 aktiviti ini perlu dihentikan dengan segera.. sebabnya.. pada waktu malam selalunya..sebarang pergerakan dan aktiviti akan berkurang.. kalau ada pun just mengadap laptop dan note.. ataupun tidur.. dan x ada aktiviti.. jadi.. tenaga tidak diperlukan.. dan makan akan bertukar kepada lemak.. yang menyebabkan semakin gemak..
  • kurangkan minuman manis dan bergula
makanan bergula mengandungi banyak kalori.. menyebabkan lemak mudah terkumpul... oleh sebab tue.. pengambilan air kosong dan air mineral adalah yang terbaik untuk kurangkan lemak...  katanya.. sebelum makan.. minum satu botol air mineral dahulu.. untuk memecahkan lemak.. betul kew???
  • lakukan latihan kardio dan berat
nie yang paling x boleh blah.. cz nurse tu suruh aku buat stretcing dalam bilik mandi .. tyme tengah mandi.. kalau malu nak buat kat luar.. uhuh~~ tapi yang terbaik.. ambil la masa sehari 20 minit.. untuk bersenam.. seperti joging, menaiki tangga.. atau berjalan-jalan.. ruang kan sedikit masa.. untuk lakukan senaman ringan..
katanya.. mungkin kita x nampak hasilnya.. tapi sebenarnya memberi sedikit effect..


itulah.. antara nasihat yang diberikan dari nurse tue pada aku.. aku pun x pasti.. dapat ikut kew x.. cz ikan yang dijual di kolej aku sendiri pun x berminat.... tapi sesiapa yang berminat.. untuk kempiskan perutnya bolehlah mencuba.. kita lihat hasilnya... mana la nak tahukan.. mungkin mampu slim.. uhuh~~


:: diri ku bukan aku ::

perbaiki diri adalah perkara yang baik dalam terbaik.. sebaik-baiknya.. kita mencuba.. daripada tidak melakukannya langsung.. aku teringat lagi satu kata-kata motivasi...

      " mengapa seseorang itu lemas apabila ia jatuh ke dalam air??
lemas kerana ia menetap di situ tanpa bergerak dan mengerakkan dirinya ke tempat lain.
ramai dan akhirnya mati sebagai seorang yang gagal 
sebenarnya tersungkur dan tidak 
bangkit-bangkit lagi...."


aku tefikir mengenai keadaan diri aku sekarang.. kalau aku tak cuba sedaya upaya.. untuk tingkatkan kembali diri.. berusaha sebaik mungkin untuk mencapai aoa yang dikehendaki.. aku seumpama.. manusia yang lemas tadi.. kerana.. x cuba.. untuk menaikkan diri aku sebaiknya.. sekurang-kurangnya.. bila aku dah berusaha tapi tak dapat.. bermaksud aku dah cuba.. aku dah berusaha.. seperti dalam ayat SYURGA CINTA..

" KEKADANG ALLAH SEMBUNYIKAN MATAHARI. 
DIA DATANGKAN PETIR DAN KILAT
KITA MENANGIS DAN TERTANYA-TANYA
KEMANA MENGHILANGNYA SINAR
RUPA-RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI.."

bila aku teringat kembali ayat tue.. aku berserah sepenuhnya kepada ketentuannya.. aku akan terus berusaha dan sabar dengan dugaan ini.. mungkin dengan dugaan ini.. sebenarnya ujian yang diberikan olehnya.. untuk melatih diri aku pada keadaan masa akan datang atau sebagainya.. wallahhualam..


::lupakan duka... tingkatkan diri::

semua manusia pun x kan dapat untuk melepaskan diri daripada masalah.. apatah lagi bila nak lari macam tue jew.. tapi kalau masalah semakin kian difikir.. akan semakin membunuh diri..  hanya bergantung kepada manusia tue sendiri jew.. bagaimana nak menguasai dan kawal masalah yang berlaku pada dirinya..  dan menenangkan diri kembali kepada keadaan normal..

bagi aku.. kalau aku stress.. marah2.. menyampah dan benci.. aku x suka duduk dengan keadaan yang negetif.. sebab ini akan meningkatkan agi masalah yang terjadi pada aku.. aku x suka.. pada keadaan tue.. orang sekitar aku pun x tenteram dan bernilai negetif..  contoh marah2.. membebel dengan keadaan yang berbeza.. hempas barang dan pintu.. yang menyebabkan aku bertambah bengang...  tapi aku nak suasana yang lebih positif tenang.. happy2 (dengan kawan2) atau sunyu sepi (dengan roomate).. tue labih natural bagi aku...

then tadi.. aku cuba naikkan kembali semangat aku.. sambil mendengar lagu AIZAT- Pergi dan ALI SATAR- Cukup Indah.. aku cuba memotivasikan diri kembali...
  • baca artikel berkaitan dengan motivasi.. supaya semangat kita kembali naik  
  • tulis artikel berkaitan motivasi...
  • berdoa- mohon kekuatan dan hidayah dari allah...
  • dirikan solat dan berzikir..
  • buat satu kata2 semangat.. sebagai contoh " orang lain boleh buat kenapa tidak aku??"
  • dengar lagu yang mampu berikan semangat...
  • tatap gambar yang mampu memberi semangat dan ispirasi kepada anda
  • tidur secukupnya.. untuk memberi tenaga..
  • tekad untuk siapkan kerja dengan sebaik mungkin..
  • buat kajian semula kerja dan hidup...
  • susun atur barangan.. supaya tenang dan kemas..
  • jumpa kawan-kawan..
  • beriar-siar atau beriadah..
 aku rasa keseluruhan daripada perkara diatas.. aku lakukan ketika tension.. tekanan dan stress.. tapi kenapa..kenapa dan kenapa???  untuk kali nie.. semua tue x berkesan untuk aku... still fikir.. rungsing dan nak menangis... ahhh.. adakah kesedihan hari nie.. merupakan kegembiraan hari esok... ??? mudahan.. hendaknya.. Ya Allah.. kuatkanlah diri aku.. dan tabahkan aku untuk hadapi semua nie...

:: aku dan sakit hati::

sekarang nie... hati aku.. dah macam nak remuk sangat dengan situasi... anti giler... dah tak tahu nak buat macam mana... aku boleh contral.. dan aku boleh tenang pada beberapa situasi.. dan aku boleh larikan diri pada keadaan tersebut.. bila aku change no.phone dan sebagainya.. tapi aku tak boleh kari daripada keadaan tue.. apabila aku buka facebook.. dan baca dan lihat berkenaan dengan diorang.. aku x boleh lari.. 

aku tengok gambar-gambar kenangan yang diorang post.. aku jadi sakit hati.. bila mengingatkan kembali dengan keadaan diorang.. dan sekarang.. untuk mengelakkan aku lebih sakit hati.. dan susah nak fokus dengan study.. cz asyik sangat fikir diorang.. aku jarang-jarang nak buka facebook..  dan ubat hati aku dulu..

aku pernah gak terfikir untuk keluar dari group.. remove diorang dari fb aku.. tapi.. tue semua.. kerja tak berfikir panjang.. singkat.. cz bukan selamanya aku akan berada dalam keadaan begini.. tyme aku lapang dan tenang.. aku nak aktif balik dalam semua keadaan.. bukan sekadar tercangak jew kat bilik.. jadi.. tyme tue.. aku rasa aku perlu maklumat untuk aku join kembali.. jadi memang x patut aku keluar group.. dan remove keadaan tue..

tapi hanya untuk ketika kini jew.. biar aku fokus dengan akademik aku....



Friday, March 11, 2011

:: stress aku dan hilang::

aku x tahu la... nak cakap apa.. tiap kali aku rasa sakit hati dan marah.. air mata aku akan mengalir.. dan terus mengalir.. tue yangb terjadi pada aku.. sekarang.. still aku rasa.. aku aku dalam kepompong.. x mampu bebas.. dan aku x pasti.. kepompong tue.. sebenarnya protect aku .. atau menjadi penjara bagi diri aku sendiri.. tak mampu untuk melihat luar daripada keadaan tersebut atau bagaimana..

aku x faham dengan keadaan aku sekarang.. x mampu bergerak dan berganjak denga lebih jauh.. stress pada semua keadaan.. yang kekadang aku sendiri tak pasti.. orang melihat pada luaran aku.. pandang .. memang mudah.. dan sebagainya.. tapi cuba diorang berada pada keadaan aku.. mampu x untuk berdiri gagah.. pertahankan diri.. melalui keadaan seperti hidup aku kini.. seperti manusia yang tidak berkeruan.. tanpa hala tuju.. dan asyik sakit hati memikir keadaan sekeliling..

dan kekadang.. aku rasa.. mau jew.. lepas segalanya.. aku x sanggup hidup dalam keadaan tension  nie.. dan kekadang aku rasa bodoh.. sebab mengalirkan airmata dengan perkara remah dan tak masuk akal... 

aku pernah fikirkan dengan otak yang waras.. mengenai tekanan yang aku rasai kini... study tungang langang.. result.. entah apa2.. rotu.. asyik memanggil2.. asgmnt bersepah2.. test lagi yang datang.. serabut semua tue.. kawan2 lain.. fahamkah dengan situasi tue.. ahhh.. abaikan.. tapi apa yang pasti sekarang..aku x mampu nak berfikir dengan waras.. kalau dapat pun.. jz sekejap.. bila tekanan datang kembali.. hilang lesap segala kewarasan diri.. dan kekadang aku rasa.. aku dah x mampu nak jadi diri sendiri... aku berharap sangat .. supaya aku dapat lalui dengan hati yang tabah....


ya allah.. aku mohon padamu.. untuk memberi ruang ketenangan kepada aku.. 
untuk aku lalui kehidupan ini dengan sebaiknya.. dan dapat fokus penuhnya kepada study yang ada dengan sebaiknya....

Wednesday, March 9, 2011

:: andai aku boleh bahagikan diri ku::

penat... biler tengok kerja yang banyak..
letih.. biler terpaksa tangguhkan kerja..
dan tension.. biler orang panggil meeting sana sini..
wahhhh.. sangat banyak benda perlu dibuat... dipertengahan semester nie..
tambahan pula.. banyak pula orang bagi tekanan sana sini.. dengan asgmt.. program.. dan menatang alah bagai...asal malam jew.. memang x da masa nak rest.. ada jew mesej masuk untuk hadiri meeting itu dan ini... tension otak aku... mana dengan asgmat.... presentation.. poster.. slide present.. x siap dibuat.. tambah pula dengan tekanan rakan2 yang x faham keadaan kita.. asyik panggil meeting jew.. senangkan program tue.. memang kita x akan terlibat pun.. saja jew nak habiskan masa aku dengan hadir..aduhsss..tension kan..
bagi la ruang untuk aku melihat kerja-kerja aku yang bertangguh nie... tak berapa hari nak hantar... cz sebelum nie aku dah banyak fokus kat sana kot... bagi peluang pula aku fokus akademik.. dengan trip amali lak sana sini.. banyak kerja aku nak kena siapkan.. sakit.. sakit.. tabah jew la hati...


rasa nak belajar kuasa bayang-bayang naruto.. untuk hadirkan diri dalam semua majlis...

Monday, March 7, 2011

:: si rama-rama ::

cantik tapi tak biasa di sentuh.. bebas mengibarkan kepakmu kemana sahaja.. dengan haluan sendiri.. kecantikanmu juga diratapi alam..

Tenang dalam diamnya,
Lebih jelas dari orang yang berbicara.

Bila diamnya terlalu lama,
Tergugahlah ia oleh keharusannya untuk bergerak.


Betapa sering ia melihat bayangan dirinya,
Yang terpantul dari riak air,
Seakan-akan bintang yang berkilauan,
Sedang permukaan air adalah cakrawalanya.

Ia terbang mengelilinginya,
Menatapinya dan merindukan seandainya dapat hinggap padanya,
Akan tetapi hampir saja ia binasa tenggelam,
Andai dirinya tidak segera sedar.

Itulah gambaran jiwa yang beriman,
Mustahil membodohi dirinya,
Jelas sekali perbezaan antara kesesatan dan petunjuk baginya.

 

:: aku mahu bebas::

korang pernah tak rasa hidup tersekat... x bebas.. di kawal... dan rimas..
tersekat.. sesak nafas... dan sebagainya...

kalau korang nak tahu..macam mana serabutnya.. sesaknya perkataan diatas..
sama lah dengan keadaan aku sekarang.. yang rasa sangat sesak.. 
di kawal .. x bebas.. terkongkong dan. x mampu nak buka kepak aku sendiri...
sesak.. 

tapi diri sendiri.. x tahu.. terkawal.. terkunci.. terkurung dari apa...
yang teramat merasai diri ini...berada di dalam..
KEPOMPONG....
 saya mahu bebas keluar dari kepompong nie dengan segera...
nak jadi seperti rama-rama nie.. yang sudah bebas terbang...mencari haluan sendiri...

::potensi diri::

apakah potensi diri anda??
sudikah jadi mangsa interview saya???

pening... pening.. pening..  cam mana  nak siapkan kajian kes nie.. x faham.. x faham... tadi baru jew rasa ada idea nak buat.. tapi sekarang bila dah mengadap laptop.. hilang segala idea..

potensi diri dan kecerdasan...manusia semua ada potensi diri kan.. tapi macam mana nak olah.. aduhss.. betul-betul kemahiran berfikir.. sakit kepala.. tapi x mo tido... gerakkan otakku.. untuk berfikir...

p/s:: potensi diri... terbang ke langit tujuh... uhuh~~ malaikat kew roh???

Sunday, March 6, 2011

::aku dan study ::

start dari esok.. bermulanya minggu kuliah yang ke-9.. minggu ke-10.. hampir seluruhan jenis asgmt2.. yang terkumpul sebelum nie.. kena summit... tapi sampai sekarang.. aku rasa.. jadual aku berterabur dan hancus... semuanya aku terabai.. dan masih berada di awangan.. kelibat sebenar aku tak temui..

ntah.. aku rasa macam separa sedar dengan minggu kuliah semester nie.. banyak kerja aku seperti tak terbuat.. dan result aku first test ari tue pun.. semuanya.. sangat-sangat teruk... uhhhh~~
aku x tahu macam mana agi... aku nak score n cover balik untuk sem nie.. supaya result aku x jatuh..po

dari segi kerja report dan sebagainya pun.. aku rasa tak perfect.. dan sepenuhnya... tuhan.. kuatkan semangat aku kembali.. untuk semester nie.. dan semester akan datang.. supaya akau dapat capai yang terbaik.. amin..

Friday, March 4, 2011

:: hidup aku dan stress:::

stresskan hidup bila orang x faham dengan keadaan kita.. asyik fikir kita mengelak jew.. pada hal.. kita banyak komitmen lain lagi kena buat.. aku x pasti... diorang x faham.. atau buat-buat x faham.. nak paksa orang untuk memberi sepenuh komitmen pada kokurikulam yang berberapa kredit tue.. berbanding.. kredit akademik yang wajib.. dan kekadang.. nak juga aku leseng.. mulut-mulut busuk.. yang aku rasa diorang buat kerja tak iklas tue..

diorang sering persoalkan.. kenapa orang lain x datang dan sebagainya..ok.. aku mengaku.. dalam golongan ktorang ada yang selalu x datang.. tapi sedar x diorang.. dengan mulut busuk diorang tue.. menyebebkan lagi banyak orang malas nak datang...

ntah la.. bila aku fikir mulut2 busuk diorang tue.. buat aku bertambah stress jew.. untuk pergi meeting diorang.. bukan apa.. kalau pergi.. sekadar nak dengar diorang bergaduh.. bermasam muka... mambebal yang bukan-bukan.. tambah stress aku.. better agi aku duduk di bilik.. siapkan kerja aku yang bertimbun-timbun..  yang banyak giler aku nak kena siapkan..  semata2 dulu kononnya.. x nak menyusahkan diorang aku pergi... last-last.. diorang buat.. bagai melepaskan diri diorang sebenarnya.. aku jadi mangsa.. aku datang.. diorang x datang.. sedangkan diorang penghuni kolej tue.. aku yang jauh sanggup turun..

diorang gunakan peluang untuk x ank turun.. korang nampak di situ..  aku dah malas dengan diorang.. biar la.. sekarang nie.. aku just join kawan-kawan aku.. malas nak ambil kisah tentang diorang.. dan nak fokus sepenuhnya pada pelajaran...lantak la diorang nak cakap apa pun... x da masa nak layan..
p/s:: sekarang nie.. aku nak tutup hidung.. n berlalu macam tue jew... malas nak hidu apa-apa..

Wednesday, March 2, 2011

:: dairi aku dan alergi::

hampir 4 bulan..  aku asyik diserang gatal-gatal dan bintik-bintik gatal, seperti kelopok garam.. yang sangat aku menyampah.. tapi waktu kejadian.. sangat konsisten.. iaitu waktu malam dan pagi.. dan tengahari dan petang.. badan aku normal licin seperti sediakala.. seperti tidak pernah ada apa-apa sebelum nie..
pada awalnya.. aku ingatkan aku jadi sebegini.. disebabkan oleh keadaan selalu yang terjadi pada aku.. biasa la.. aku nie kekadang .. sering jadi kelopak garam.. asal masuk hutan jew... mesti kena.. tapi bila aku masuk dalam bidang perhutanan... penyakit tue.. dah kurang.. melainkan aku pergi ke Mulu ari tue jew.. tue pun selepas aku sapukan garam.. ke bahagian badan.. yang gatal-gatal.. badan aku kembali normal.. 

tapi kini... masalah kerap terjadi.. tiap-tiap hari.. 

semasa CNY... baru-baru nie.. aku pulang ke rumah untuk mengambil ubat.. dari kejadian nie.. cz aku pernah ambil ubat di pusat kesihatan universiti.. tapi doktor pakistan tue.. macam tak dapat nak detect jew... masalah aku.. dan ubat yang dier beri pun x berkesan langsung.. iaitu.. ubat cecair dalam botol yang perlu disapu ketika gatal... hasilnya.. x memberi effect langsung kepada kegatalan tersebut.. sehinggalah aku belikan.. sebotol ubat dettol.. baru berkesan sedikit..

berbalik kepada cuti CNY.. aku menggunakan peluang untuk mengambil ubat.. bagi menyelesaikan masalah ini... kepada seorang doktor india.. yang biasa dengan masalah kulit.. setelah pemeriksaan dijalankan.. didapati aku sebenarnya mengalamai alergi.. yang mana aku sendiri x pasti aku alergi apa..  yang pasti aku dinasihat.. jaga pemakana aku.. dan makan ubat.. pada masa yang sama satu suntukan diberikan .. bagi menghilangkan kegatalan..

aku diberi ubat pagi dan malam.. dan satu krim gatal.. seperti aturan.. aku makan ubat yang diberikan.. hilang segala kegatalan aku selama sebulan... namun.. selepas.. habis segala ubat.. kaki tangan aku.. mula kembali seperti biasa.... tompok-tompok gatal mula kelihatan...hampir setiap hari tergaru-garu seperti monyet.. tension aku dibuatnya.. dan waktu kejadian x seperti dulu lagi.. mula tidak seragam.. suka hati jew.. nak wujud waktu mana.. sedangkan.. pemakanan aku sering aku jaga.. makanan yang menyebabkan kegatalan.. sering aku tolak.. ntah la.. aku pun x faham.. dengan diri aku sendiri...