Posts

Showing posts from June, 2022

Apa beza usia matang?

Assalamualaikum.. Dulu aku selalu tertanya-tanya apa beza usia matang? apa beza remaja dan dewasa. Ya la anime, cerita jepun selalu buat cerita orang dewasa back semula ke zaman kanak-kanak atau remaja diorang. Macam mana orang tak boleh kenal pun dia ni yang zaman dewasa atau remaja. Cuba untuk ubah kehidupan zaman remaja untuk dapatkan usia dewasa yang lebih stabil dan sebagainya. Kalau aku duduk sorang-sorang di bilik atau duduk dalam radius kerja yang sama. Memang kita tak nampak perbezaan usia, tapi bila kita sikit dari radius biasa kita bercampur dengan semua usia kita akan nampak perbezaan tu. Baru-baru ni, alhamdulillah aku diberi peluang untuk buka pandangan aku pada satu suasana baru yang aku rasa lama tak rasa perasaan tu, tapi keadaan ni ada sedikit mencabar dan membuatkan aku refleksi diri semula dengan keadaan aku pada waktu tu dan sekarang. Peristiwa tu, hujang bulan Mei haritu iaitu Kongres Taman-taman Asia dan Kota Kinabalu, Sabah jadi tuan rumah pada tah

Analisis dan coding

Assalamualaikum. Walaupun kehidupan sekarang ni penuh dengan ujian. Tapi perjalanan ni tetap perlu diteruskan macam biasa. Sesiapa yang rajin berkunjung ke blog aku ni, mungkin tahu aku ada family problem. Kekadang aku rasa serba salah juga tinggal jauh dari family, walaupun dalam keadaan macam ni. Tapi kalau aku balik rumah dalam keadaan sekarang, problem tu akan jatuh teruk lagi pada diri aku sendiri. Kenapa? Sebabnya, aku tahu balik rumah aku mesti takkan fokus punya dengan kerja aku. Haritu aku balik rumah asyik dengar bergaduh je, stress weh. Aku tak selesa langsung dengan adanya abang aku dirumah. Aku rasa bebasnya lahai duduk di kolej, sebab semuanya perempuan. Kekadang aku terfikir juga, aku ni tak boleh tak boleh nak kerjasama dengan lelaki ka? Kkedang aku rasa insecure bila dengan lelaki. Abaikan lah benda tu, bukan topik utama untuk hari ini. Topik hari ini adalah analisis dan coding. Aku ada problem juga dengan study aku sebenarnya.Banyak benda yang aku kena cari untuk