Friday, February 26, 2010

analisis SWOT di samilajau

alhamdulilallah selesai gak pembentangan analisis SWOT kat Taman Negara Similajau.. Risau benor... mana x nyer tetiba jew diorg lantik aku sebagai pengarah program... nasib baek tak banyak yang kena buat.. kalau x mati la aku... dah la aku x buat persedian apa pun... namun keadaan membuatkan keadaan menjadi baik dan berjalan lancar... apa yang penting.. kiteorg memang enjoy habis amali nie.. x pernah rasa terlalu enjoy dalam mana2 amali sebelum nie..

sebelum nie mmg kmi pernah buat perbentangan nie kat kelas... menceritakan kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman terhadap taman-taman negara kat Sarawak nie... tapi yang kali nie cukup berat .. apa x nyer.. nak ceritakan sendiri analisis yg ktorg buat tue di depan pegawai pengurus taman negara.. cuak gak la pertama kali dengar ari 2.. mana tak nyer .. laen2 boleh terima agi la.. bab kelemahan 2 jadi parah... ad kew org yang boleh terima kelemahan dier di depan orang laen... huh.. semangat.. ( nie keadaan mula2 dgr kena bentangkan d taman negara yg terpilih...)

untuk trip yng pertama... aku di pilih sebagai pengarah program... tapi kebanyakkannya telah diuruskan oleh lecturer aku sendiri iaitu En. Geoffery James Gerusu.. uhuh.. seorg yg senyap..
utk trip nie kebanyakkannya aku jadi orang perantaraan jew... untuk sampaikan ap2 maklumat pada kawan2 aku... namun ap2 pun still ok.. jz makanan jew ktorg uruskan sendiri..

aktiviti ktorg... x de la padat.. sangat2 enjoy.. 2 yang best dengan lecturer lelaki.. sporting skit...
smpai2 kat sana.. ktorg dirikan khemah dulu.. cari lokasi yg sesuai utk khemah masing2... smua nyer nak ngadap pantai... biasa la pantai putih cantik.. mmg tidur tepi pantai la malam 2...

nie la tapak khemah ktorg.. mengadap pantai..
tapi x jelas sgt gambar nie...


selesai jew dirikan khemah, ktorg buat lak rempah utk bbq malam nnt.. smua bergotong royong siapkan bahan.. cam biasa la ktorg..

prepare for bbq.. cz masuk utan nnt lama.. balik petang.. takut x sempat
nak perap...

kul9.00 start la perjalanan ke golden beach.. perjalanan yang pada awalnyer agak excited n steady.. namun lama kelamaan masing2 mula senyap dan tercari2 lama agi kew nak sampai ke golden beach???? memang memenatkan namun rasa cukup berpuas hati biler dah betul2 sampai ke sana.. bahagier nyer biler dapat sampai ke sana dalam 3 jam perjalanan sepanjang 10km hanya berjalan kaki melalui denai d hutan similajau...

GOLDEN BEACH... pasir dier memang best sangat.. cz agak besar dan kasar
seronok buat rawatan tapak kaki yang penat berjalan..

pasirnyer beu0l warna keemasan..

time balik lak... x payah nak cakap la.. masing2 muka cam nak pancit jew... dengan bekalan air yang dah x de (masing2 bajet nak senang jalan dalam utan 1 botol air cukup..) then ap agi semua pakat cari air sebab keletihan, termasuk dengan aku sekali la... x de bekalan air nyer... pastu air sungai yang kitorg jumpa pun start la minum jew... x kisah la berkarat atau x... uhuh.. rasa macam betul2 survival...jalan yang mencabar... perlu untuk mengimbangi
diri utk merentasi sungai...

sepanjang perjalanan balik 2 boleh jew ktorg melepak kat beberapa tempat sesuka ati.. mana x nyer yang laen2 smua dah jauh 1km kat depan ktorg yang tgh2 nie.. mula la buat kepala sendiri cz x jumpa agi orang kat belakang... first 2 tidur kat bawah pokok..

PENANDA KM.. tengok nie merasai kepenatan berjalan...
1km pun cukup..huh..


group after ktorg pun turut join tidur... 5,6 minit after perjalanan lalulah di kawasan yang hampir sangat2 dengan pantai... ap agi.. mula buat suka ati.. g kat pantai main air kat sna.. konon2 nak minum air laut.. tapi d sebabkan kemasinan yang melampau ktorg batal dan teruskan perjalanan agi... sehingga la 2km agi nak smpai ktorg terjumpa sungai.. time 2 start la masing2 keluarkan botol utk minum air... sedap dan sebagainya...

apa yang diorg buat 2??? kaji air kew???
hurmm... faham2 sendiri la...

n boleh lak masing2 melentok kat atas jambatan selepas minum air.. shingga la group last datang.. barulah ktorg balik skali...

malam nyer aktiviti bbq... walaupun keletihan seharian berjalan namun masing2 masih semangat membakar ayam2 yang ada... sempat jew petang 2 diorg mandi laut agi.. walaupun dah ad papan tanda >> awas buaya<<keadaan giler2... konon nyer nak buat gambar background org kawin ..
tapi x jelas... belakang sana...uhuh..

Tuesday, February 23, 2010

teddy monkey

assalamualikum....
chat smua.. al- maklumlah baru keluar dari hutan... nak tau gak cam mana keadaan yang laen... uhuu....

bercerita mengenai baru keluar hutan nie... hurmm.. biasa la.. lama x jumpa kawan2 kat kolej n rakan2 lepak kat bilik.. rindu lak biler dah tiga ari tak menjenguk... jadi semalam aku n seorang kawan agi, cam biasa lak g melepak bilik seorg kawan nie... lama x jumpa memandangkan x sempat nak g bilik cz asyik masuk utan jew...

tp ap yang special nyer time ktorg g melawat dier adalah....jeng3x...

3 ekor yang cute di situ nie satu teddy monkey yang baru dan comel... aku jz tengur jew n tetiba dier bagi dua ekor teddy monkey kat aku and salah satu nyer untuk kawan aku sorang agi nyer sarah...comel x teddy monkey nie.. shei2x..

n now, ktorg ada teddy monkey yang sama... sorang satu.. terima kasih nisa... monkey nie aku akan jaga elok-elok... n akan menjadi kenangan selalu...

sekarang teddy bear aku pun ada teman..uhuuhuh...

p/s> x pernah2 aku minat bear2 nie .. sejak 2 menjak aku masuk U nie jew terminat dengan benda2 alah nie... impak dari pengaruh kawan2 yang hmpir keseluruhan ad bear dlm bilik... uhuhu.. mmg cepat terpengaruh... hihiih.. biasa la kan...

Thursday, February 18, 2010

++keja aq ari nie++

bukan x de keja.. tapi memang banyak keja nak kena buat... tp still sempat agi buka facebook n blog.. uhuhhu.. x bleh nak kata ap.. memang dah jadi rutin harian...

first buka jew mata tadi aku asyik ingatkan report n asgmnt yang belum siap2 agi... al- maklumlah sok dah nak kena masuk hutan.. cam mana pun kena siapkan gak ari nie..


mengadap benda alah nie jew dari semalam... tapi x siap2 gak..
nak cari kat mana agi maklumat nie...
dari semalam ak cari2 maklumat x dapat2 gak... utk siapkan asgmnt yg bertimbun nie.. n pagi tadi akhirnya ak buat keputusan g library utk cari maklumat walaupun dalam keadaan malas nak g... alhamdulillah ak g tadi ad gak sikit2 maklumat yang aku nak (bleh gak tolong skit2)... n dalam masa yg sama ak terjumpa buku manual yg sedikit sebanyak dapat membantu aku dalam menjalankan projek ak nie..


nie la... buku yang ak dapat dari library tadi manual latihan pemuliharaan n penyelidikan wildlife..
hope sgt2 dpat membantu.. laen2 tue smua peralatan utk projek esok..

skrg aku cuba usahakan ap2 yang patut.. untuk siapkan ak nyer asgmnt.. kalau ak tunggu minggu depan conform agi stress macam minggu2 sebelum nie.. siap x bertegur sapa antara ahli group.. sebabnya adalah asgmnt la.. semua cam nak mengelak diri tak nak buat.. then jumpa orang pun start la nak angin bukan2... fine.. biar keadaan menjadi lebih terkawal minggu nie...


khemah dah siap basuh n lipat.. dah simpan pun..
tinggal sleeping beg jew masih tersadai d ctue cz malas nak lipat..
p/s::>> arrrrrghhhh... sok masuk hutan agi... cepat la berlalu projek nie.... tapi still nak hasil yang memuaskan gak ... huhuuhuu..

Tuesday, February 16, 2010

::final year project::

sudah tiga minggu aku menjalankan projek semester akhir aku bagi kursus pengurusan dan perlindungan hidupan liar... cukup memenatkan... apa tak nyer jumaat pagi masuk hutan, mulakan projek, pasang perangkap, masuk keluar hutan check perangkap, isnin pagi keluar dan petang ada kelas sampai ari khamis... waaaaa..bagitu bahagia tugasan mingguan aku.. cukup padat... tak kira lagi masa basuh baju, peralatan perkhemahan, asgmnt yang bertimbun-timbunnyer dan belum di buat... memang begitu memenatkan..

kekadang aku rasa letih dan penat dengan semua nie, di tambahkan pula dengan perangai orang disekeliling yang cuba menambahkan beban di hati, menjadikan keadaan cukup rimas, panas dan memenatkan...

namun biler difikir-fikirkan, aku menganggap ini sebagai satu dugaan yang perlu aku tanggung dengan baik memandangkan ini adalah semester akhir aku berada disini dan lepas nie '' I say good bye to all insan2 tersebut , dan tak akan menyusahkan aku lagi'' huhuh...

biarlah ia berlalu bersama masa...

actually, aku nak berkongsi cerita mengenai projek yang aku kena siapkan semester nie... iaitu projek small mammals yg aku kena buat tiap2 minggu nie .. banyak tajuk diberikan berkaitan dengan kursus nie..dan dah jodoh aku dengan mamalia kecil menyebabkan aku perlu buat projek nie... first dapat memang aku tak berminat memandangkan aku lebih berminat kepada projek burung tapi disebabkan patner aku kata ''kita ambik jew la projek nie'' .. jadi aku pun terpaksa memikirkannya dan bersetuju dengan projek nie... kaedah projek ini dilaksanakan iaitu dengan kaedah tangkap dan lepas melalui petak kuadrat yang dilakukan di dalam hutan upm sendiri, masa bagi menahan perangkap adalah 4 ari termasuk ari memasukkan perangkap...

minggu pertama projek nie dijalankan, amat frust giler sebabnya aku nyer projek langsung tak dapat hasil... sedangkan tupai selalu jew bertentang mata dengan aku time nak pasang perangkap, kawan2 aku bagi projek lain lak memang penuh data diorg tiap2 minggu... terutama burung.. sakit hati giler time 2.. minggu pertama memang aku tak dapat hasil langsung... 4 ari di hutan.. minggu 2 memang sekadar memenatkan badan jew... balik dengan x da hasil..


nie gambar time perjalanan nak masuk hutan boleh tahan juga la berat dier..
jarak camp site dengan trap area dalam 300m lebih kurang..


masuk minggu kedua... iaitu 5-8 feb 2010... mula merancang strategi dengan mengubah umpan.. mana la nak tahu kalau2 kali nie mengena.. kali nie aku merancang dgn patner group aku untuk letak umpan cempedak pula supaya dapat attract haiwan di area tersebut,(sebelum nyer umpan pisang).. dengan harapan kali nie berhasil... tunggu punya tunggu berlalu 4 ari di sana, x de juga hasil bagi live trap aku... memang sedih giler.. tapi alhamdulillah ... walaupun live trap aku tak mendapat hasil... namun aku ada juga hasil bagi projek nie untuk minggu kedua.... iaitu tarsus bancanus, haiwan andemik di kepulauan borneo, tersangkut di net bagi projek burung, n kelawar... agak bahagia di situ... sebabnya data sheet aku terisi juga akhirnya.... nie dikategorikan sebagai anak angkat aku la, iaitu 3 ekor sekali gus... uuhuhuuhh..

measurement yang dilakukan terhadap mamalia yg diperolehi..

berat juga turut diambil... nak tau berat dier berapa?? 140g
dikategorikan sebagai agak berat dan sihat la..

minggu ketiga projek... minggu yang baru berlalu.. lokasi bagi kedudukan trap di ubah.. memandangkan hasil tidak diperolehi.. mungkin disebabkan faktor hutan dan kawasan yang menjadi laluan bagi budak2 projek lain.. kali nie kedudukan betul-betul sangat jauh pada laluan sebabnya net kali nie menfokuskan kepada laluan di hadapan.. oleh yg demikian kmi mengambil peluang untuk meletakkan perangkan dilaluan 300m kebelakang di line yang sama.. tapi still mengunakan kaedah kuadrat yang ditetapkan dan waktu pemeriksaan perangkap juga turut dikurangkan dengan hanya sekali dalam sehari untuk mengurangkan kesan bau manusia dikawasan tersebut... ari kedua dan ketiga... turut tidak mendatangkan hasil kecuali satu perangkap sahaja yang berlakunya kehilangan umpan dan trap tertutup namun hasil tidak kelihatan... jejak pun tidak di temui... namun ia tidak menjadi pematah semangat kami untuk meneruskannya.... dan ari keempat.. kesemua perangkap akan dikumpul dan hasil sulung kami berjaya diperolehi iaitu Callosciurus notatus (tupai pokok)... bahagia bukan kepalang.. akhirnya live trap aku menjadi... dan ini menunjukkan hasil terakhir juga kajian di kawasan Hutan Nirwana terhadap kepelbagaian dan populasi mamalia di kawasan tersebut....


Hutan Nirwana, laluan ke kawasan kuadrat

kesimpulan yang boleh dibuat dikawasan tersebut adalah... kawasan sememangnya kaya dengan kepelbagaian haiwan namun populasi bagi spesies tikus dikawasan tersebut adalah kurang memandangkan hutan dikawasan tersebut agak jarang-jarang dan kawasan semak di lantai hutan sememangnya tidak diganggu memandangkan kehadiran sarang labah2 di kawasan tersebut sememangnya tidak di usik oleh tanah.... (teori mengarut aku sudah datang, p/s: nie bukan untuk report k.. klu nie yang ak present conform2 ak kena hantam ..huhuhuhuh)

minggu depan spot kami untuk projek ini adalah di kawasan hutan ladang pula... bermula lagi minggu kepenatan, 2 ari dari sekarang.... huhhhhhhh!!!!!

p/s: doa2kan supaya banyak hasil yang dapat diperolehi minggu nie dan minggu seterusnya yerk... INSYAALLAH...o0okkk... da~~~~