Thursday, October 29, 2009

b0Ring kew hIDUP aku????

persoalan yang menjadi tanda tanya semula kepadaku.... x enjoy, terlalu fokus, skema, terlalu mengejar kejayaan sendiri dan sebagainya.... boring kew???
mungkin kedengaran agak boring... tapi itukan motif kehidupan... kalau tak ada kejayaan, takkan ada kehidupan yang sempurnakan... betul tak.. jadi takkan boring kan...

macam tue juga la hidup aku yang sering dikatakan BORING... tak pandai mengejar kegembiraan dunia dan terlalu utamakan kehidupan sendiri....kurang bersosial dan sebagainya...

Sunday, October 18, 2009

hati yang hancur...

huuh.... hatiku agak hancur sikit dalam keadaan sekarang.... maaf kawan-kawan dengan apa yang terjadi... sebab majlis terakhir yg kita handle agak hancur.... maaf silap aku sebab x ambil berat tentang beberapa perkara.. cz terlalu fikirkan satu part dan abaikan beberapa part yang lain....
berkaitan dengan majlis ... mungkin aku terlalu pandang mudah sehingga aku abaikan beberapa aspek... teks ucapan sepatutnya aku check dulu... persembahan dan sebagainya mungkin aku perlu ambil berat tetapi aku abaikan...
aku jz fikir ttg masakan... aku benci... aku benci... aku benci... aku benci dengan diri aku sendiri... aku x berminat lagi untuk mewujudkan malam nie... aku x suka ......

Saturday, October 10, 2009

belajar dari pengalaman....

mak aku sentiasa berpesan belajar dari pengalaman, hidup sentiasa berdikari dan jangan terlalu mengharapkan pada orang lain.... itulah kata mak aku berkali-kali, sentiasa berpesan dan mengingatkan pada diri kami anak-anaknya... pesanan itu sentiasa aku sematkan dalam minda dan jadikan panduan hidup aku... mak aku berpesan lagi ''kita nie walaupun perempuan mesti pandai uruskan urusan luar dalam family... tau semuanya, agar x kena tipu dengan lelaki....'' aku faham maksud mak aku tue... bukan bermaksud x percayakan ayah aku atau sebagainya... tapi nak bagi pengajaran pengajaran kepada kami semua anak-anak perempuannya supaya sentiasa berhati-hati dengan lelaki sekarang, dengan pelbagai kes yang sering kita dengari membuatkan semua perempuan cukup fobia dengan dunia sekarang.... ayah aku pun sentiasa berpesan... ''kalau nak pilih laki tue selidik dulu elok-elok macam mana, bawa jumpa family jangan sembunyikan kat belakang mak ayah... laki sekarang nie bukan boleh percaya..'' tue pula pesanan ayah aku.. membuatkan aku kekadang terfikir juga...'' bukan insan tue boleh hiprokit kew''... huhuhu.. aku nie kan sentiasa berfikiran jahat... hhuhuhu.. macam tue la keadaan aku... yang sentiasa berfikiran negetif terhadap lelaki, x kisah la dia sememangnya baik kew atau betul-betul jahat...
aku memang cukup takut dengan dunia sekarang... sehinggakan aku terfikir yang bukan-bukan.. biar aku mempunyai kerjaya sendiri... dan x payah susah-susah nak cari calon teman hidup... kalau family pilih pun x tentu agi terbaik untuk aku... cz kita x tau cam mana keadaan dia sebenar... manusia boleh hipokrit depan manusia lain... jadi aku malas untuk mencari untuk semua tue ... dan kekadang memikirkan pula, mampukah aku bertahan hanya dengan kerjayaku sahaja.... susahkan kehidupan nie... dari pengalaman2 lain... aku sentiasa perhatikan nasib mereka2 yang mungkin agak lanjut usia(andartu)... memang agak kesian dengan diorg walaupun ada kerjaya sendiri tetapi x da keluarga untuk meluahkan kasih sayang... sadihkan...aku x nak jadi cam tue... dan masa tue aku bahagia rasanya sebab aku masih kecil ada ibubapa yang masih berikan kasih sayang kepadaku...
pengalaman memeng mengajar segalanya....

Friday, October 9, 2009

raya oh raya

Tiga minggu nie betul-betul minggu yang agak buzy bagi aku... macam-macam aku kena buat dengan tugas sebagai pelajar and kelab... banyak yang aku perlu settle program, projek, agsmt, triap, exam, present dan bagai la yang menyebabkan keadaan aku kekadang jadi blurrr.... x tau nak buat yang mana satu..... map lagi x siap... huh cukup tension...

kait pula dengan program aku... x tau la macam mana... kalau ikutkan memang aku nak yang perfect la because it the last programme we handle... and after that, dah x de lagi kot... sebabnya kami dah turun tahta... jadi rakyat biasa jew jz join the program..

nie adalah first time aku jadi pengarah program, handle majlis gabungan DEEPARAYA... memang aku takut sangat... mula-mula tue aku ingat majlis biasa2 jew... jadi aku on je la, walaupun dalam hati masih ragu-ragu, boleh kew aku handle program nie dan masih agi nak x nak untuk handle...

tapi setelah di fikirkan balik, aku on jew la... memandangkan memang aku kurang bab handle majlis walaupun aku berjawatan dalam kelab jadi, aku setuju jew... walaupun memang beban akan datang .... dan sekarang apa yang aku fikir sebelum nie memang x betul.... majlis nie dah x jadi macam majlis yang simple pada anggaran aku.... siap kena meeting dengan ahli jabatan agi... kalahkn program besar-besar pula....

cukupla dengan tue... pastu dengan ajk2 pun kekadang memang memeningkan kepala aku jew... pas kat cnie jap sna jap... huh.. tolong la.... aku rasa kalau aku ada kuasa macam naruto... memang aku dah pecah2kan badan aku banyak2 bahagaian biar aku jew la yang buat... dah banyak sangat songehnyer kan... aku yg settle kan...

namun walaubagaimanapun.... terima kasih yang banyak bagi sokongan kat majlis nie( cz yg byk songeh 2 yg x buat kerja sgt pun... songeh jew lebih... kerja nyer aku x nampak agi) cz kalau tanpa korang semua majlis nie x akan berjalan seperti yang dirancangkan.. sama-sama la menjayakannya pada 17hb nie bersama... JOM DEEPARAYA...