Posts

Showing posts from November, 2020

Sindrom wanita single

Image
Assalamualaikum. First sekali aku nak cakap kat sini. Aku tak suka gila templet hat penulisan blog sekarang ni. Apa jenis pun aku tak tau. Menyusahkan ja aku rasa. Nak tengok lebih-lebih kat sini pun tak boleh. Terpaksa juga aku buka blog sebenar baru sedap sikit mata memandang. Kalau dak duk keluar tulisan hijau, merah error kiri kanan. Sakit pula mata aku tengok. Ok habis dah apa yang cik nak beleteiq. Back to story sebenar hat nak bercerita.... Sindrom wanita single. Aku tak tau la perangai ni aku boleh dari mak aku ka atau macam ni perangai perempuan bila depa duk besa hidup sorang-sorang. Perangai dia ialah jenis hang rasa rimas gila bila ada orang yang asyik nak mengikut bontot ang. Sebab sebelum ni aku duk bisa duk rumah sewa, masing-masing buat hal sendiri. Hang nak bangun pukul berapa ka, ang nak makan apa ka, ang nak p mana pun tak ada orang kacau nak tanya ang p mana. Tapi walaupun macam tu aku dekat rumah sewa dulu, kami still tau juga mana kawan-kawan rumah kami p. Ant

Komitment bulanan

Assalamualaikum.. Bila dah masuk kolej, komitmet kewangan aku alhamdulillah dah banyak kurang. Dari sebelumnya bilik sewa dah RM450 sebulan, internet lagi RM 103, phone RM35 plan unlimitad internet celcom, RM 30 Tunetalk (tapi kekadang je top up sekadar hidup no), minyak kereta RM150 sebulan dan last aku ambil insurans diri rm100 sebulan. Jadi bulan-bulan dah RM800 aku kena wajib bayar tak masuk lagi yang kekadang gatal tangan layan netflix tambah lagi RM35,jadi bulan-bulan hampir RM900 dekat separuh elaun juga la bayar itu ini. Tak masuk lagi gila online shopping di lazada. Itulah masalah aku. Aku harap bila masuk kolej ni aku dapat la jimat cermat dan buang perangai-perangai suka shopping aku tu. Teruk betul. Hari ni aku dah berjaya terminate internat bill aku iaitu yes. Bagi aku setakat aku pakai ok la coverage dia. Di kampung pun ok di rumah sewa aku pun ok. Sebabnya rumah sewa aku dulu di Angkasa Apartment tu sangat teruk coverage internetnya. Phone aku mana dapat sangat line

RUMAH FELO: Offically tinggal di kolej

Image
 Assalamualaikum... Masuk hari ni sebenarnya dah 18 hari aku tinggal di kolej yang mana sebelum ni pernah aku cakap aku dapat sebuah rumah di tingkat atas yang mana aku seorang. Disebabkan sekarang Sabah masih dalam Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKB) dengan kes positif hari ni masih dalam beratus jadi belum pasti bila akan tamatnya perang dengan  covid 19 ni. Oh ya, 17hb hari tu adalah hari ulangtahun covid yang mana kes pertama yang dicatatkan di Wuhan China. Setahun sudah kes dia yang membawa macam-macam cerita pada dunia dan mengubah gaya hidup manusia daripada bersosial bersua muka kepada sekarang fokus pada teknologi dan berhubung secara maya. So keuntungannya sekarang perniagaan  online dan apa sahaja pekerjaan yang melibatkan maya dan teknologi sekarang semakin naik dek kerana covid juga. Manakala manusia yang jauh daripada sistem teknologi dan dunia maya semakin terasa terhimpitnya disebabkan oleh pendemik covid 19 ini. Ok hari ni aku datang bukan  nak cerita berkaitan dengan s