Wednesday, September 21, 2011

..wordless wednesday..

 apakah ini???


nantikan kemunculannya esok...






Monday, September 19, 2011

::wujudnya persoalan terhadap sesuatu::

lagu yang bagi aku sarat dengan persoalan dan nasihat..
layan jew lagu nie k..


macam wordless wednesday lak.. =)


:: aku bukan seorang seni::

assalamualikum.. jumpa agi.. wahai blogku..

datang jap sini sebelum tidur dan menghabiskan homework2 yang perlu disiapkan.. mind set sekarang think positif.. walaupun ada kerja .. think positif untuk siapkannya ok.. kalau sebelum nie.. aku banyak bercerita berkaitan perkara2 negetif jew disekitar aku.. macam nie.. macam tue..  tapi sekarang aku  nak berfikiran positive pula.. think positive.. for stay in positive position..  one quote about positive.. bagus gak la bila difikirkan..

DOUBLE negatives are positive, double positives are positive, 
even the math agrees that positive wins. Why be so negative? =)

jawapan aku >> sebab ad negetif n positif kan..
answer is negative lah kan..
kekadang negetif pun bagus gak untuk kita ambil jadikan terbaik.. sebagai contoh.. kalau kita cakap  "au~~ sedih.. kawan aku pandai .. kenapa aku pun tak pandai juga.." tapi disebabkan oleh kita fikirkan kita tak pandai.. kita cuba berusaha bersungguh2 untuk berjaya kan.. betul x??? sekurang2nya.. kalau tak mampu mencapai setinggi langit.. dapat meredah awan pun dah kira tinggi la kan.. daripada hanya memerhati di bawah.. tanpa mampu memilikinya..

berkaitan aku bukan seni.. YA.. aku bukan seorang yang seni.. dari tutur kata ataupun berkarya.. tak ada langsung.. sebabnya aku hanya mampu memerhati.. ini bermaksud aku tak mampu memiliki.. seperti yang memerhati awan biru.. tak mampu redah awan.. apatah lagi mengapai langit.. sebabnya aku ada haluan aku sendiri.. tak sampai aku di atas.. aku masih ada laluan ke kiri dan ke kanan.. mencapai cita2ku.. itu haluan aku sekarang..

aku suka melihat orang yang mempunyai seni yang tersendiri dalam diri mereka.. berkarya.. melukis.. menari.. berlakon.. bermain muzik.. kelihatan sangat hebat.. sehinggakan kekadang.. aku rasa diri aku sperti tidak mempunyai keistemewaan langsung.. bila berada di dunia mereka.. namun aku tetap bersyukur.. dalam ketidak punyaan keistemewaan tue.. aku masih mempunyai keistemewaan yang tidak ternilai dalam diri.. iaitu kelengakapan sifat  dan otak yang mampu berfikir.. mata mampu melihat.. telinga mampu mendengar.. dan segalanya sempurna.. alhamdulillah..

apa yang pasti paling jelas padaku.. aku lebih suka memerhati yang menyebabkan aku lebih memahami manusia.. walaupun hati aku menolak dengan sifat manusia.. kadangkala..







Friday, September 9, 2011

::HUTAN.. sedarkah kita??::

assalamualaikum..

disebabkan oleh kerana sekarang aku nak kembalikan mood back to study... jadi aku nak bercerita la dengan korang berkaitan hutan nie.. sebabnya aku nie ambil kos perhutanan..  yang mana dipertanggungjawabkan kepada kami untuk mengenali, menjaga dan memelihara khazanah hutan tersebut dalam masa yang sama menggunakan segala hasil hutan dan mengguna pakai khazanah tersebut dengan bijaknya..

sebagai contoh.. nak tebang, ambil hasil balak hutan.. tak kisah.. ambil la.. tapi mesti ikut piawai yang ditetapkan.. ada limitnya.. dan lepas ambil jangan lupa tanam semula.. cam tue juga kalau berekreasi dan riadah.. boleh nak guna dan hayati.. tapi dalam masa yang sama menjaga hutan juga untuk kepentingan.. kalau nak buat research lagi bagus.. dalam masa yang sama memeliharanya.. itulah tugas kami..

hutan sememangnya sumber yang boleh diperbaharui.. mudah sahaja.. namun atas sikap manusia juga.. perkara yang mudah menjadi susah..kerosakan berlaku disana sini.. disebab oleh sikap ambil mudah manusia.. kemusnahan berlaku.. dan sesuatu perkara dipandang remeh..

kalau sebelum nie kita dengar mengenai kerosakan hutan.. dan sebagainya.. kita salahkan pembalakan.. walaupun pembalakan atas tujuan ekonomi.. namun pernah tak kita pertikaikan orang yang menggunakan produk dari hasil pembalakan.. dan kita lihat tak persijilan produk dari hasil perabot yang kita beli .. ada tak memenuhi piawai alam sekitar.. dan adakah kita tahu kewujudan dan sedar terdapat persijilan tersebut terhadap hasil2 dari prodak hutan yang dikeluarkan...

masih banyak yang belum kita sedar bukan.. dari hutan.. dan banyak lagi jenis perlindungan yang diberikan kepada hutan kita .. dan langkah penjagaannya..  namun begitu banyak manusia memang remah terhadap perkara tersebut.. dan memandang subjek perhutanan adalah subjek yang mudah.. dan hanya dipandang remeh oleh masyarakat.. tanpa kita sedar.. udara yang kita hirup sekarang nie.. perlu penjagaannya.. dari kemusnahan...

walau apa sekalipun.. hutan adalah sumber kepelbagaian biologi yang perlu kita sedari dan kita jaga..





::tak bersemangat::

assalamualaikum semua...

hari nie hari tak bersemangat aku.. sebab hari nie adalah hari terakhir aku di rumah.. dan esok aku dah start mula kuliah..

aku tau.. bagi orang lain mungkin bagi mereka cukup bersemangat dan excited sangat nak balik ke kampus... nak mulakan sesi baru pengajian.. dengan azam baru dan semangat baru.. dan target baik2 punya result untuk tahun nie.. walaupun mulut cakap tak nak balik.. tapi hati tetap nak balik.. dan sangat bersemangat.. aku tahu.. sebab aku dulu pun macam tue juga... bersemangat.. tapi sekarang semua tue dah berubah cuma atas satu sebab...

ya.. aku mengaku.. aku bab belajar aku memang sangat excited.. tak pernah ada penyesalan pun dalam diri aku.. seboleh2nya aku nak dapat banyak ilmu.. nak belajar rajin2 walaupun aku ada perangai malas aku..tapi aku nakkan ilmu... namun disebabkan oleh satu faktor nie.. semangat aku rosak.. diri tak bermaya.. dan semangat2 yang aku ada sebelum nie.. dah hilang.. terutama bila terfikir untuk balik ke kampus.. sangat berat untuk aku melangkah pergi.. terasa beban berat di badan untuk aku balik.. sebabnya terfikir satu benda nie.. hidup bagaikan di penjara..

ko memang pelumpuh semangat aku.. memudarkan semangat aku untuk terus belajar dengan baik.. bukan tanggungjawab yang aku rasa.. tapi bagi aku adalah bala..bebanan dari mulut yang berbisa.. bala disebabkan oleh mulut manusia yang berbisa.. aku menyempah dengan mulut2 manusia  itu.. belangnya lebih dari ilmu didada.. kegilaan pangkat menjadi kuasa.. manusia.. tolonglah.. kau pun manusia biasa.. bukan malaikat yang turut dari langit.. manusia belajar dari kesalahan ok.. bukannya dilahirkan dengan kesempurnaan..

aku tak kisah dengan undang2 dan disiplin..sebabnya bagi aku.. undang2 dan disiplinlah yang melatih manusia.. untuk lebih berjaya.. tapi aku tak tahan dengan mulut manusia.. mahu jew aku  potong dan cincang lidah yang tak peri kemanusiaan itu.. manusia ada kudratnya.. ada kemampunya.. ada masa dan ketika untuk bersabar.. dan hati dan otak untuk memahami setiap butiran kata.. jangan anggap kami budak tadika yang tidak tahu apa sehinggakan urusan kehidupan pun nak ditentukkan..

dan jangan ingat kami budak tadika yang tidak tahu undang2 dan peraturan untuk di patuhi.. manusia mengunakan kuasa pangkat itu bodoh bagi aku.. sekiranya tidak tahu erti kemanusiaan.. tak tahu erti disiplin sebenar.. dan aku bukan manusia bodoh yang kau anggapkan untuk memperlekehkan aku dengan pangkat mu..  aku persetankan semua tue.. dengan kekerasan hatiku.. beginikah kehidupan orang beruniform.. menggunakan pangkat untuk kegilaan sedangkan ilmu tidak sampai setinggi langit.. hilangnya resam padi semakin berisi semakin tunduk.. dan orang berilmu tidak akan menggunakan pangkat untuk mengerahkan manusia.. tapi kebijaksanaan yang digunaan untuk menguasai manusia..

maaf.. andai aku bercoletah panjang disini.. disebabkan rasa menyampah aku pada sistem pangkat yang agak gila tue.. aku dah start berceloteh disini.. namun apa2 pun.. aku harap sangat pada korang yang kat luar.. kalau nak melatih manusia.. bukan kekerasan atau maki hamun yang mampu mengajar manusia menjadi  yang terbaik.. tapi didikan terbaik adalah perkara penting dalam kemanusiaan.. aku tak tahulah.. kalau dalam peperangan sikap kejam tue mesti dipupuk.. namun aku rasa kalau masih memikirkan misi kemanusiaan... negara still dapat dipertahankan.. asalkan dalam hati penuh dengan semangat cinta...  dan semangat pertahankan tanah air dari  sebarang anasir2 asing yang membawa kerosakkan kepada agama.. bangsa dan  negara tercinta.. itu yang perlu disematkan..  

bukan dengan diri manusia yang gila pangkat.. hipokrit dan gilakan penghormatan.. sila sedar manusia2 yang beruniform di sekitar diri aku.. sebab aku tak nak ''mentionkan'' nama mengelak ketecemara berlaku disini.. 

ayuh semangatku .. fokus pada study.. bukan kegilaan pangkat yang "sampah" macam nie...





::merawat diri::

assalamualaikum..

hai.. apa khabar semua..?? mood aku malam nie,.. tetiba lak rasa nak berkongsi petua kecantikkan sikit dengan korang semua.. actually untuk aku sendiri la.. yang rasa  semakin hari.. kulit semakin kusam.. aku pun tak pasti kenapa.. mungkin sebab sekarang cuaca  tak menentu kew??? atau aku kurang minum air?? banyak terdedah pada panas terik kew?? atau sebagainya.. entah la.. tapi apa yang pasti.. aku rasa kulit aku kering sangat.. berkedut2 macam tangan orang tua dah.. pakai losyen pun kurang berkesan.. jadi malam nie, try la godek2 untuk dapat info sikit..  jom kita tengok sikit..

MENYEGARKAN KULIT

Muka yang lesu dan tidak bermaya tentu menghilangkan seri wajah seseorang. Berikut adalah beberapa petua untuk menyegarkan kulit muka;
  1. Perah sebiji epal hijau dan sapukan jusnya ke muka. Biarkan selama 10 minit kemudian cuci muka dengan bersih.
  2. Perah limau nipis lebih kurang empat sudu dan campurkan dengan satu sudu kecil madu. Sapukan pada muka dan biarkan selama satu jam. Bersihkan muka dengan air suam. Boleh juga dijadikan sebagai masker dan untuk mengecilkan pori-pori. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Bersihkan muka dan biarkan selama lima minit. Sementara itu, jerang air sehingga mendidih, kemudian tuangkan ke dalam sebuah bekas.
    Tundukkan muka anda ke arah bekas itu supaya wap yang panas sampai ke muka. Sambil itu tutup kepala dengan tuala supaya wap itu tidak dapat keluar. Amalkan setiap pagi dan malam, beberapa kali seminggu sebelum dapat melihat kesannya.

Just ambil petua jew.. buatnyer memang susah nak ditentukan.. namun apa2 pun tak salah mencuba..

Wednesday, September 7, 2011

::Draysrap Waterfall :

..jAuh pErjalanAnan iNdAh PemANdAnGaN..


view dari
Dray Srap Waterfall, Dak Lak Province, Vietnam

Thanks for
Hani ,  Sarah n Vietnam friends
 because give an interesting trip every weekend..



Sunday, September 4, 2011

::ayuh kembali ke sekolah!::

assalamualikum..

bertemu kembali kita hari nie.. urm.. kalau dihitung2.. hari nie dah masuk hari raya yang ke enam kan?? dah banyak rumah sanak daudara dan rakan taulan yang dah dilawati.. dan bersua temu.. ibarat program jejak kasih di tv3 dulu2 tue kan.. namun tak lupa juga dalam keseronokkan kita yang masih beraya.. cuti pun dah kian habis.. sekolah pun dah kembali di buka.. dan tak lupa juga bagi yang para pelajar lain yerk... selamat kembali ke kampus tercinta.. terutama yang matrikulasi, diploma dan juga pelajar ambilan baru ijazah sesi 2011/2012.. SELAMAT DATANG KE ALAM UNIVERSITI/ IJAZAH...


Dah bermula sesi pengajian 2011/2012.. baru jew terasa cuti.. dah kembali ke kampus yang sangat "tercinta" itu.. arghhh... cuti aku masih bersisa seminggu... sebelum memulakan waktu2 yang mengetatkan jiwa aku.. menyalar2 hati dan perasaan aku dan masa yang bakal mengurung aku dengan aktiviti koko yang semakin hari aku rasa semakin menyampah.. nak jew  kekadang aku rasa nak keluar.. tapi bilik di pikir2kan balik... x pe la berkorban sedikit demi masa depan..

banyak kenangan.. tyme mula2 masuk diploma dulu.. baru nak kenal2an

lupakan benda tersebut seketika.. sebut mengenai ayuh kembali ke sekolah.. dengan suasana perasaan yang  menyelimuti diri.. macam mana la keadaan yerk.. ingat zaman2 sekolah dulu.. tyme nie la masing2 bawa pelbagai juadah raya dari rumah masing2 untuk di beri rasa pada kawan2.. dan yang paling membanggakan agi adalah yang buat sendiri la.. kembang bila kena puji dengan kawan2.. kuih mak kiter buat SEDAP!!!

dan tadi juga... aku pergi ke station bas alor setar.. masya-allah sesak manusia.. semua berpusu2 menghantar anak2 pulang ke tempat pengajian..atau bekerja.. tak kurang gak aku n family.. yang menghantar adik aku nie.. menambah kesesakkannya.. memang sesak gila.. nasib baik la aku balik minggu depan.. mungkin kurang sesak sikit kot tyme tue.. namun sepanjang kesesakkan tue.. aku sempat tangkap gambar tayar bas jer.. yang berkilat selepas di cuci.. tertarik pula aku nak ambil gambar.. bukan pada kesesakan tetapi pada tayar bas .. uhuhu.. sampai tak perasan orang lalu disitu..

berkilat2..??

ok la.. malam pun dah semakin lewat.. apa2 pun aku ucapakan selamat la bagi semua yang dah mulakan sesi persekolahan panggal dua maybe.. selepas raya.. dan selamat juga bagi yang mula melangkah ke alam baru iaitu alam universiti.. bagi yang agak veteren seperti ex-diploma dan asasi under universiti... maybe kurang excited untuk memulakannya.. (macam aku juga dulu.. sebab dah selalu merasainya) jadi perlu berusaha bersungguh2 sebab tak mempunyai culture shock dengan suasana sedemikian.. kalau ada pun mungkin sedikit.. jadi boleh fokus sepenuhnya pada study.. bagi lepasan STPM dan matrikulasi.. selamat datang ke alam baru.. dan cuba beradaptasi dengan suasana baru.. jangan abaikan pelajar pula.. bila terasa diri sangat bebas dari peraturan, masa dan keluarga.. ingat tujuan utama adalah belajar.. bukan untuk bersuka ria atau bangga.. ok take care n good luck..


apa yang aku melalut sebentar tadi??? tak faham bukan.. urm.. ok lah.. kembali kepada ayuh kembali ke sekolah.. sebenarnya nak ucapkan selamat kepada kepada pelajar baru yang sudah mulai mendaftarkan diri ke program ijazah... selamat datang..

dan tak lupa juga bagi adik2 yang masih sekolah juga.. selamat kembali ke sekolah.. dan juga pada student2 yang masih dalam pengajian.. selamat pulang ke kampus.. namun bagaimana pula la nasib aku.. untuk memulakan sesi baru nie.. macam banyak dugaan jew pada aku.. dan menjadikan kampus sekarang adalah zaman kampus tercinta yang berada dalam kurungan seperti ini..  "tercinta"...


tapi bila lihat gambar di bawah nie.. teringat semangat bersama kawan2.. excited.. berusaha.. bersaing demi mengejar ilmu.. dalam masa yang sama sentiasa mencari pengalaman baru.. dengan melalui ragam masing2.. menarik bila dikenangan kembali.. terutama kenangan mula2 masih universiti.. mula2 mendapat kawan baru.. di tempat yang asing.. belajar untuk menerima suasana.. tempat tinggal, pembelajaran dan rakan-rakan.. jauh dari keluarga.. namun semua tue beri kenangan yang sangat bermakna..

  sangat excited..awal2 masuk diploma tyme nie.. matrix card pun belum dapat..

  first tyme nak pergi field.. berkumpul ramai2 tunggu bas..

bila dah kenal.. start arrange program sendiri.. 
buat untuk junior pula

tue semua betul2 jadi kenangan kini.. sebabnya masuk degree.. semua dah mula busy dengan hal masing2.. dan jadual kuliah pun.. semua dah tak sama.. masing2 ada tyme sendiri.. pilih minor sendiri.. buat hal sendiri la senang citer.. jadi susah la nak jumpa.. borak2.. arrange program dan berkumpul sama.. namun apa2 pun yang penting semua bahagia dengan cita2 masing2... dan paling penting ingat tujuan utama.. belajar adalah mencari ilmu.. dan juga pengalaman yang tak boleh ditukar ganti.. success in u life..


Thursday, September 1, 2011

::SELAMAT HARI RAYA DAN MERDEKA::


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir Batin
&
HARI KEMERDEKAAN KE-54
MALAYSIA

dari saya;
http://samsunshine06.blogspot.com