Friday, December 5, 2014

Perlunya belajar hidup SENDIRIAN...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..


Hidup.. tak selamanya sentiasa ada kawan disisi..
ada ketikanya.. pasti kita akan bersendirian.. tak kisahlah atas alasan ditinggikan kawan-kawan.. atau yang lain masing-masing sibuk dengan urusan sendiri sehingga tak perasan kawan yang berada keseorangan.. bagi yang biasa keseorang.. memang sangat tak kisah.. sebabnya dia mampu untuk hidup sendiri dan berdikari.. tetapi tidak bagi orang yang selalu berkepit dengan kawan-kawan.. apabila dibiarkan sendirian.. mulalah terkontang-kanting dia mencari solusi untuk sesuatu.. oleh yang demikian.. meh kita bersedia dari sekarang... belajar hidup berdikari dan bersendirian..

Hidup bersendirian.. bukan bermaksud loser.. tetapi lebih kepada melatih diri untuk berdiri di atas kaki sendiri.. tanpa mengharapan orang lain dalam  hidup kita.. selain itu juga ia membantu sesorang supaya lebih yakin dengan diri sendiri dan lebih tegas membuat keputusan terhadap diri sendiri kerana tiada sikap kebergantungan terhadap orang lain.. so benda nie perlu dilatih dalam diri kita kerana apabila kita mempunyai sikap ini.. tidak mudah bagi orang lain mengambil kesempatan terhadap diri kita.. kerana kita yakin dengan diri kita.. dan kita mampu melakukannya sendiri.. kau nak merajuk.. kau tak kisahkan kita.. apa kita kisah.. sebab kita ada diri sendiri yang mampu membantu kita.. dan allah juga lah..

ada orang persoalkan aku.. kau tak ada kawan kew?? aku selalu nampak kau jalan sendiri jew..  aku diam.. dan hanya mampu tersenyum.. :)

Kawan.. bagi aku tak susah nak cari kawan.. bagi kita senang sikit.. ada duit.. dan rela habiskan masa-masa yang kau ada untuk bersama mereka.. insyallah.. kau ada sangat ramai kawan.. tapi aku lain.. aku ada kehidupan sendiri.. ada ego sendiri.. ada ruang sendiri.. yang ada nak tumpukan untuk diri aku sendiri.. tue sebab aku tak betah untuk selalu berteman.. dan mempunyai kawan rapat.. yang bersama ke sana ke mari.. mungkin orang cakap aku pasif.. hidup nak bersendiri.. tapi sebenarnya aku rela.. aku sedia untuk bersendiri.. dari ada teman-teman.. yang hanya ada pada waktu senang.. dan hilang waktu kita memerlukan.. apa gunanya kawan waktu tue.. dan apa fungsinya kawan.. bagitu sikit??

bukan maksud aku berkawan.. untuk dipergunakan.. dan nak suruh kau bantu aku 24jam.. tak.. tapi.. saling membantu.. mungkin ada part aku tak dapat bantu kau.. tapi insyaallah kau bagi part lain aku dapat bantu kau kalau kau nak,. tapi kawan-kawan tak pernah paham kita.. kekadang cakap kita mempergunakan mereka dan sebagainya.. dan isu nie juga aku sebenarnya kecewa dengan kengkawan.. dan ku fikir.. hidup sendiri adalah lebih baik.. tak da orang cemuh... kalau cemuh juga.. maksudnya nak bagi pahala kat kita la tue..

dan hidup sendiri adalah lebih senang.. bebas kau nak buat apa-apa pun.. tak pernah kisah,.. dan aku harap.. keluarga aku sentiasa bersama aku untuk memberi semangat.. sebab aku tak PERCAYA LANGSUNG KAWAN2.. cakap semuanya tak serba bikin.. janji.. hanya tingga janji.. tue sebab aku pilih bersendiri kebih baik..

Thursday, December 4, 2014

Apa yang perlu anda lakukan untuk HAPPY???

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
HAPPY..
maybe agak subjektif untuk setiap orang...
sebabnya.. mungkin ada sesetengah orang.. dapat gula-gula sebijik dah mampu gembira.. dan melonjak kegirangan walaupun tadi bermuram durjana.. dan mungkin ada sesetengah orang dapat duit berjuta-juta secara cash depan  mata tapi masih belum mampu tersenyum dan masih berduka lara.. so happy atau gembira.. bergantung kepada kemahuan dan kehendak seseorang untuk memenuhi hatinya..

Bagi aku.. aku jenis orang yang kuat memendam rasa.. apa yang aku inginkan tak semesti aku lafazkan.. tapi aku akan sentiasa berusaha untuk dapatkannya.. kalau aku tak dapat sesuatu.. of couse la timbul perasaan kecewa.. dan sedih semestinya akan menjadi teman kepada kekecewaan aku.. tapi aku tak suka perasaan itu terus menguasai aku.. sebab aku rasa.. "ah.. perasaan yang tak mampu nak memberikan manfaat kepada aku.." dalam masa yang sama juga.. kalau kita ada perasaan sedih dan kecewa.. ia juga akan bagi aura negetif kat orang yang hampir dengan kita.. so jangan libatkan orang lain dalam hidup kita.. kau sendiri fefeeling nak sedih-sedih..  kenapa nak libatkan orang.. so cuba cari penyelesaian..


sebab prinsip hidup aku mudah.. kalau boleh.. aku hidup taknak menyusahkan orang.. aku akan cuba yang terbaik pada diri sendiri untuk buat yang terbaik dan tidak menyusahkan orang.. sebab bagi aku kita sebenarnya mampu buat sesuatu benda tersebut dengan sendiri, kekadang tue tak perlu pun menyusahkan orang lain.. massing-masing ada kudrat.. melainkan la kalau sakit atau sebagainya... walaupun begitu..  kekadang tue aku saja menyusahkan orang gak.. bukan bermaksud nak mengada.. dan bukan juga nak jadikan  dia hamba kerahan tak bertempat.. tak pun sebenarnya.. tapi saja nak menguji dia.. adakah dia iklas nak bantu kita.. adakah dia mampu buat sesuatu untuk aku suatu hari nanti.. sebab dalam pertolongan yang kecil pun sebenarnya.. kita mampu tengok sikap seseorang terhadap kita...tak kisah la dengan sesiapa pun.. dan kekadang aku saja nak menguji orang.. bukan lebih2 pun.. hehehe...

ok balik pada tajuk.. macam mana nak happy kan diri.. nak gembira.. tak susah sebenarnya.. yang penting diri sendiri kena kuat dengan MOTIVASI... motivasi diri yang menyatakan kita kuat.. kita ada kelebihan tersendiri.. kita mampu jadi sesuatu.. kita ada orang yang sayangkan kita.. so semuanya membantu..

selain itu.. kalau motivasi kita lemah.. rasa tak yakin dengan diri.. cari kawan2 yang mampu beri semangat kepada kita.. supaya kita boleh ceria kembali.. perbanyakkan aktiviti yang mampu memberi kita lupakan sesuatu dari kekecewaan tersebut.. dengar ceramah motivasi untuk kembalikan semangat  kita.. call keluarga, bercerita dengan mereka.. dan akhir sekali semestinya mengadu pada ALLAH.. untuk bagi kita kekuatan.. dan selesaikan segala permasalah kita.. insyaallah.. dia akan cuba membantu kita..

so.. sentiasa happy kan hidup mu... sebab hidup kita adalah milik kita sepenuhnya.. hanya kita mampu gembirakan hidup kita sendiri.. dengan keredhaanya...