Posts

Showing posts from January, 2020

PHD dan perkongsian #02

Image
Perkongsian ni aku ambil dari facebook Dr. Rahim Ridzuan .. so sebab aku jenis yang rajin juga baca blog.. so aku kongsikan disini juga.. Kepada rakan rakan yang baru memulakan pengajian master atau PhD pada semester ini, tahniah diucapkan! Izinkan saya berkongsi tips dari hasil pengalaman saya sendiri berkenaan perjalanan melengkapkan pengajian PhD saya dalam tempoh 5 semester (dari awal sehingga selesai viva). Tips ini ditujukan khas kepada pelajar yang menggunakan secondary data (economy, accounting, finance etc) sebagai analisis kajian.Moga coretan ini juga dapat dimanfaatkan sepenuhnya kepada kesemua rakan seperjuangan. Sem 1 pengajian PhD : 1. Mengenalpasti isu kajian dengan lebih mendalam. Pembacaan jurnal perlu lebih kerap bagi mengupas isu yang sedang berlaku dan mengaitkan dengan skop kajian kita (negara, dasar, polisi, entiti lain seperti syarikat, perbadanan dan lain lain). Dah mengenalpasti isu, baru lah kita boleh nampak research objektif untuk tesis

Phd and perkongsian #01

Image
Tips ringkas sebelum memulakan pengajian sebagai postgraduate Ada 3 faktor utama 1. Persiapan diri sebelum PhD - Giat dalam aktiviti penulisan dan penerbitan - Kuatkan knowledge dengan memilih mengajar pelajar degree instead pelajar diploma - Berjaya memperolehi geran FRGS yang mana ia dikembangkan pula sebagai pengajian PhD - Rajin attend kursus analisis dan menguasai satu dua jenis analisis semasa 2. Pemilihan SV dan Universiti Pemilihan SV - SV bidang yang berkaitan bidang or kajian yang kita berminat untuk lakukan. - Memilih SV yang tidak memegang jawatan besar dalam universiti juga beri satu kelebihan untuk kita kerana mereka boleh memberi perhatian pada progress pelajar dengan lebih teliti. - Gabungan sv baharu dalam.dunia supervision dan yang sangat pengalaman adalah wajib (my second SV, AP Dr Abdul Fatah memiliki pengalaman luas dan sangat kritikal terhadap penulisan pelajarnya manakala my main SV, Dr Nur Asmat sangat supportive dalam m