Wednesday, April 27, 2016

Personaliti Aku dan ....


Aku..

Hijau. Capricorn girls. Januari. Anak ketiga.

kata orang personaliti manusia yang sukakan warna hijau adalah manusia yang sukakan kedamaian, romantik, orang yang berperinsip, tegas atau mempunyai pendiriannya sendiri sehingga kekadang kelihatan kolot dan suka pada perhiasan. Manakala, insan capricorn atau januari mempunyai sifat yang tidak jauh bezanya dengan si pengemar warna hijau. sikapanya yang pemalu, suka menyendiri atau tinggal di rumah, seorang yang rajin, kemas, sensitif dan berfikiran mendalam. Bercita-cita tinggi dan setiap apa yang dilakukannya menampakan keuntungan menjadikan ini kelebihankukan. Seorang yang romantis tapi tidak pandai mempamerkannya dan sorang yang setia. Bagi anak ketiga, perangai pelik daripada adik beradik yang lain. Perangai sedikit menjengkilkan tetapi kuat. Seorang yang degil dan keras kepala tetapi seorang yang manja. Suka tunjuk garang tetapi berjiwa sensitif dan seorang pemendam, marah dalam senyap sentap dalam senyap dan tidak suka menceritakan masalahnya kepada orang lain. Kecilnya banyak menyusahkan tetapi bila dewasa merupakan tulang belakang kepada keluarga. Dengan dikap anak ketiga sebegini membuatkan diminati ramai.

Yup. keseluruhannya tepat.. itu sifat aku.. manusia yang ada ego sendiri.. degil keras kepala.. tapi bila nak marah senyap.. malas nak tunjuk sebab rasa memang takkan ada sesiapa pun ambil peduli.. yea.. aku sukakan kekemasan.. ketenangan .. kedamaian.. tak suka gaduh-gaduh.. tak suka benda yang serabut... tapi aku jenis dengil sikit.. kalau aku nak sesuatu benda.. nak tak nak macam mana sekalipun memang aku nak dapat juga.. tegas dan setiap apa yang dibuat menampakan keuntungan.. haah.. dengan sikap nie.. membuatkan aku cukup marah dengan orang yang buat culas-culas main dengan sesuatu kerja yang tengah aku serius.. benda tersebut akan buat aku naik angin tahap dewa punya.. tapi keras sikap aku yang pemendam.. kekadang aku buat diam jew dengan situasi.. tapi kekadang terhembur jugakan... yea itu semua sifat aku.. personaliti aku..

bab diminati ramai.. urmm.. aku tak sangkal.. memang ada beberapa yang ajak berkenalan.. tetapi sifat aku yang tegas dan kolot tue.. membuatkan semua yang minat aku tak dapat masuk line pun.. kebanyakkan aku buat bodoh jew.. tue sebab kot umur 27 pun masih belum kawen-kawen lagikan.. dan pernah aku cakap kat kawan aku aku nak seorang yang sama sifat dengan aku.. yang tegas, yang berprinsip, tetapi penyayang dan caring.. yang mampu jaga aku.. dan didik aku.. sehingakan kawan aku cakap.. "arghh.. boringnya.. tak ada variaty perangai..  kau dah la senyap.. suami kau senyap.. aku dah boleh agak situasi rumah korang.. suram..".. tapi dia tak tahu.. perangai aku macam mana.. hah lagi satu.. sifat bulan januari.. seorang yang pendiam tetapi kecoh apabila dirangsang.. kau kenal aku kau akan tau betapa kecohnya aku nie.. pot.. pet tanpa henti..

bila bercerita bab jodoh.. lama berjalan dan mengharungi kehidupan.. kekadang kau akan jumpa dengan manusia-manusia yang kau inginkan sebelum ini.. yea.. aku pernah rasa.. aku jumpa dengan manusia yang aku inginkan..  yang serupa dengan diri aku.. ibarat berkawan dengan cermin.. dan adakah ini jodoh..????

continued bab2 #mungkin jodoh..