Posts

Showing posts with the label kehidupan

Barang yang lepas jangan di kenang

Assalamualikum.. Aku tak tahu sebenarnya macam mana nak sampaikan pada kawan aku untuk dia lupakan je la benda lama-lama. Ada benda yang boleh di ingat dan ada benda yang biarkan je la berlalu jadi kenangan. Terlalu mengimbau pun kadang benda tu merimaskan dan boleh jadi toksik pada diri. Bagi aku masa lalu adalah masa lalu. Masa sekarang yang perlu kita hargai dan jadikannya lebih baik kedepannya. Tapi bila aku cakap, dia salah tafsir. Kata aku terasa dengan orang sebagainya. Bagi aku hidup kita ibarat drama atau novel bagi yang baca novel dan tengok drama. Setiap perjalanan hidup kita ada chapter dan topik yang tersendiri. Aku boring la jenis baca novel yang banyak flashback tu. Dah jalan ke depan, sekali pandang balik belakang. Bila nak habis jalan cerita. Aku nak novel atau drama yang jalan terus untuk kita tau ending. Kalau ada flashback pun mungkin untuk kita faham jalan cerita sikit-sikit supaya boleh betulkan jalan cerita di hadapan. Itu je aku mahu. Mungkin boleh la sikit ...

Pendidik atau penyelidik?

Assalamualaikum. Hi. Datang lagi sini. Aku perasan semakin aku meningkat usia semakin aku rasa selesa sendiri. Kadang la. Kadang aku rasa aku nak connect dengan semua orang. Kadang aku rasa sendiri tu penting untuk baiki diri. Aku kekadang rasa malas nak cerita apa yang aku hadapi seharian. Sebab apa, sebab manusia ni kuat judging ikut kepala sendiri. Hal orang pandai cakap, tak elok gini tak elok gitu. Tapi kenapa hal diri dia sendiri dia tak buat begitu. Sebab aku rasa penat terima penilaian orang. Aku rasa sembang dengan chat-gpt lagi baik tau. Nasihat chat-gpt lagi bernas dari nasihat manusia. Sebab manusia ada had dan limit. Semua benda perlu diperbaiki hari demi hari. Bukan sempurna kalau namanya lulusan phd sekalipun. Korang kalau rasa stress nak cari tempat meluah pada masa yang sama nak dengar sikit-sikit nasihat better chat dengan chat-gpt sangat bermaanfaat. Sebab situ sumber aku sekarang. Tak sakit hati. Oh tujuan aku datang sini malam ni sebenarnya aku dapat panggilan...

Got a job.

Assalamualaikum. Selamat melangkah ke tahun 2025. First entry untuk tahun ni. Jujur aku cakap penat tau. Tahun ni agak mencabar pada aku sebabnya dah habis phd masih ada satu paper kajian tergantung. Jadi surat senat pun tergantung. Lepastu aku interview kerja tahun lepas semua kena reject. Hujung tahun lepas aku hantar 4 jawatan dua je panggil interview. Satu cakap nak panggil, tapi tak panggil-panggil. Satu dah kena reject, tapi aku tak mengharap sangat la position tu sebab itu projek besar under jabatan perhutanan gred gaji pun 58, semua candidate pun pangkat Dr semua. Tapi tu pengalaman iv yang paling best aku rasa. Sebab candidate just empat orang je. Nak panggil masuk dalam punya la lama. Sempat la kami berkenalan antara satu sama lain, berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing dan bertukar no phone sebagainya. Jadi pergi iv pun dapat input tau. Nak pula kalangan Dr-Dr. Banyak la diorang bagi cadangan dan nasihat pada aku yang bakal Dr ni (sebab belum konvo kan mana pangg...

Temu duga oh temu duga..

Hai Assalamualaikum.. Hari ni aku nak bercerita berkaitan temu duga. Situasi aku sekarang, alhamdulillah di beri pengalaman menjadi penemu duga dan ditemu duga. Kedua-duanya pun aku pernah rasa. Sebagai ditemu duga siapa tak pernah rasakan, waktu tu tahap mendebarnya macam nak terkeluar jantung. Padahal kalau dilihat balik bukan penemuduga nak makan kita pun. Tapi takutnya tu, YA Allah. Bukan apa, takut tak dapat jawap soalan yang diberikan dan takut tersalah menjawab soalan. Orang selalu cakap confident ja bagi jawapan, insyaALLAH dapat. Tapi kita selalu tergagap-gagap disebabkan point di atas. Tambahan pula bila nervous, terus hilang segala jawapan yang kita nak bagitau tadi. Padahal kita tau ja jawapan tu. Bila duduk sorang-sorang, mula la jawapan-jawapan tadi berterbangan di minda sedangkan waktu temuduga tadi tak dapat jawap. Itu pengalaman aku bila masuk interview. Tapi sebenarnya jawapan kita bagitau tu, tak ada betul dan salahnya. Tapi kita takut, takut kemungkinan untuk di t...

Belajar lah. Ilmu bukan dogeng kosong.

Assalamualikum... Aku nak bercerita berkaitan housemate aku. Dia student phd bidang geologi. Sama dengan aku, kami asyik mengeluh berkaitan dengan bidang kami dan kerjaya yang ibarat orang tak pandang kami. Dugaan belajar tinggi ni sama tinggi dengan level dia. Lagi tinggi kau belajar lagi terhad bidang kerjaya kau nak masuk terutamanya di Malaysia. Dia pernah pergi interview Suruhanjaya perkhidmatan awam baru-baru ni jawatan Q41 pegawai sains geologi tapi kena reject sebab ada phd. Aku dulu pun pernah juga kena ayat yang sama interview penolong pegawai kurator kena reject sebab ada master. Kata penemuduga tu "Kamu tunggu la jawatan 41. Ada rezeki kamu ada la" tapi sampai sekarang nak habis phd dah pun belum ada. Tambah dia bercerita lagi, bidang dia sudah la terhad berapa universiti ja ada bidang geologi. Pemintaan pelajar untuk bidang ni pun dah tak ramai. Mungkin sebab peluang pekerjaan yang terhad, orang tak nampak dan yang ada pun banyak yang dah lari keluar bidang. ...

Penutup tirai 2021

Assalamualaikum.. Cepatnya masa berjalan. Hari ni dah 22 Disember 2021, beberapa hari lagi nak masuk 2022. Cerita menyedihkan di penghujung tahun 2021, tak habis lagi dengan episod-episod covid-19. Semenanjung Malaysia dilanda banjir besar disebabkan oleh tekanan pergerakan angin yang mana kadar penurunan hujan dalam tempoh 72jam bersamaan dengan hujan kadar hujan sepanjang 8 bulan (ini yang aku tengok berita 2 hari lepas). Hampir beberapa kawasan di Selangor dan Pahang mengalami banjir teruk. Rumah, kereta, motorsikar banyak dihanyutkan dan mengalami kerosakan yang teruk. Sekarang masih lagi ada beberapa kawasan yang masih ditenggelami air. Faktor banjir kali ni berlaku disebabkan oleh air pasang besar dengan luruan monsoon timur laut bergerak serentak tambahan hujan lebat lagi menyebabkan banjir kali ni terjadi di Selangor. Ledakan udara sejuk yang kuat (luruan monsun) ini saling bertindak dengan sistem tekanan rendah dan pusaran siklon yang terbentuk berhampiran Khatulistiwa, meng...

Cerita JODOH aku ?

Assalamualikum... Jodoh tu rahsia.. Kita tak pasti siapa jodoh kita. Kadang-kadang kita mampu merancang, tapi perancanganNya lagi hebat. Aku pernah crush pada seseorang. Bak kata kawan aku, aku ni nampak je lembut tapi suka bad boy. Bad boy yang dimaksudkan bukan yang rempat dan bermasalah semua tu, bukan. Tapi ada sikit yang 'bad' nya tu pada seseorang, aku tutup mata dan try untuk terima walaupun tak suka. Walaupun ada yang lebih baik dari tu. Macam tu lah gaya dia cakap. Bila fikir-fikir balik sembang bab jodoh macam tu macam ni. Nak yang begini, begitu. Itu yang kita nak tapi tuhan tetapkan apa yang sesuai dengan kita. Aku pernah crush dengan seseorang dan berkawan dengan dia. Aku suka dia yang 'bad boy' itu. Tapi dia bukan jodoh aku. Aku pernah menangis depan kaabah, suruh tuhan tunjukkan pada aku betul ke dia jodoh aku. Aku suka dia tapi kadang-kadang aku tak dapat terima beberapa perangai dia. Aku tak yakin untuk hidup dengan dia. Banyak benda aku tak yakin d...

Review ipad dan iphone

Image
Assalamualaikum.. Hai, ini aku nak cerita dari pendapat aku la sebagai pengguna tegar android dan window. Bagi pengguna apple boleh skip je cerita aku ni sebab dah biasa dan berpengalaman akan rasa, "Hak ala.. itu pun nak cerita.." tapi bagi yang belum biasa dengan apple dan nak cuba-cuba beralih arah. Dia akan nak tahu semua benda secara terperinci bagaimana keadaan sesuatu benda tu. Jadi hari ini cerita aku sangat sesuai bagi sesiapa yang nak cuba pengalaman baru dengan apple. Aku bermula perkenalan dengan apple ini melalui ipad baru iphone. Secara jujurnya, aku susah sikit nak survive dengan ipad sebelum ni sebab tu aku beli iphone. Bagi pengguna iphone dia akan lebih senang untuk survive dengan ipad berbanding pengguna ipad sahaja. Kenapa? Mungkin orang akan ingat sebab tak biasa akan jadi kekok tersebut. Tapi sebenarnya ada beberapa faktor lain yang menjadikan situasi tu. Lebih senang cerita bila ekosistem yang sama lebih memudahkan sebab mempunyai connecting yang...

Fobia dengan kehidupan

Assalamualikum, Hidup aku dah berbalik dah pada kehidupan sebelum ni. Dimana saat-saat kehidupan master dulu. Masing-masing sibuk bertanya bila nak habis belajar, bila nak dapat kerja tetap. Soalan tu sebenarnya soalan yang menyusuk kalbu bagi pelajar-pelajar pascasiswazah. Kesamaan soalan ini adalah sama seperti soalan orang yang lepas kawen ditanyakan bila nak dapat anak. Sedih weh. Sensitif sangat. Bulan ni adalah bulan terakhir aku dapat elaun bagi pengajian aku, elaun universiti. Elaun lain ada lagi sampai bulan 11 ni. Mak aku dah mula dah buat gelabah dia, bila aku nak habis belajar. Bila aku nak dapat gaji dari usaha aku sendiri. Masalahnya, aku pun tak ada jawapan. Aku sendiri pun kadang-kadang tertanya-tanya juga kenapa susah sangat aku nak dapat kerja sedangkan merata aku pohon kerja. Selalu aku positifkan diri, ada tu rezeki aku belum muncul lagi. Tapi mak aku sentiasa buat aku sentap. Dia cuba musnahkan kepositifan diri aku dan buatkan aku rasa down. Selalu aku mengeluh...

Kualiti atau kuantiti

Sekarang aku tengah buat thesis chapter 2, literature review. Chapter 1 and 3 aku dah hantar.. tinggal chapter 2 lagi belum hantar sebelum aku proceed semula dengan data semut aku. Sebenarnya aku rindu dengan pensyarah-pensyarah UPM. Aku ingat lagi sv-sv aku dulu cakap, menulis kamu jangan fikir nak tulis panjang-panjang je, pastikan penulisan kamu tu ada point, biar ringkas tapi padat. Benda tak perlu, tak payah kamu masukkan. Pening pemeriksa nak baca. Mengadap tulisan panjang-panjang pening dia. Bukan kerja dia mengadap thesis kamu ja. Banyak lagi kerja lain dia kena buat. Tanda kertas periksa pelajar, buat paper kajian dia sendiri dan sebagainya. Pernah juga aku dengar penceramah tips penulisan thesis kot. Dia pun pernah cakap benda yang sama. Katanya dah la dapat thesis kadang-kadang bulan puasa, panas terik. Tengok pula thesis pelajar cerita panjang tapi belum masuk point kajian rasa macam sia-sia je puasa hari tu. Kadang-kadang malam-malam sebelum tidur mengadap thesis pelaj...

Kehidupan. Wang. Kematian

Assalamualikum Hari ni tajuk aku deep sikit. Tiba-tiba aku teringatkan arwah seorang pensyarah aku disini selepas aku memikirkan duit dan gaji besar. Tadi aku ada terbaca wassap sorang ex-classmate aku dulu. Story tu menyentuh berkaitan sepasang suami isteri ni, mempunyai kelulusan phd dan master bergaji besar 7k, 8k sebulan dengan tanggungan 3 anak, terkesan bila pkp dilakukan. Mulanya dipotong gaji kemudiannya diberhentikan. Katanya juga bekerja bawa syarikat swasta. Waallah huaalam. Tentang kebenaran kenyataan. Tapi kalau benar, sedih. Biasa bermewah-mewahan tiba-tiba susah memang sakit. Melainkan ada simpanan dan sebagainya. Tambahan ada komitmet tanggungan, lain tu rasanya. Bila diri sendiri seadanya, cukuplah. Tapi bila ada tanggungan, ibarat ada satu balang kaca yang kita kena jaga. Kalau bawa tak betul balang tu akan jatuh dan pecah. Aku dah rasa perasaan tu waktu mak ayah aku pergi mekah. Aku jaga anak buah aku dan adik-adik aku yang masih single ni. Dan perasaan tu aku ras...

PKPBD ke2 Sabah & PHD

 Assalamualaikum.. Kalau diingatkan sesi lepas PKP aku ada di kampung sempatlah marathon manga, anime, menternak kucing sapa-sapa datang rumah dan siap kemaskan bilik belakang untuk dijadikan bilik beradu aku di kampung. Tapi berbeza untuk PKP fasa dua, kali ini aku berada di rumah sewa aku di Angkasa Apartment, KK, Sabah dan septatutnya awal oktober hari tu aku dah masuk ke rumah felo kampung E. Tapi terpaksa aku tangguhkan disebabkan kereta aku meragam, dan tiada berteman disana sebabnya dapat rumah sebuah untuk aku sorang jadinya aku stay je la dulu di Angkasa memandangkan aku masih menyewa bulan ini. Bercerita berkaitan PKP kali ni apa aktiviti aku. Bagi aku tak banyak beza sangatlah sebabnya aku sememangnya suka berkurung dirumah. Jadi aktiviti aku pun macam biasa. Malam aku try untuk baca paper dan menulis untuk chapter 1 thesis, paper aku masih struggle disebabkan dah lama tinggalkan dan kadang-kadang aku mengadap sampel-sampel semut yang mana dari awal-awal lagi SV aku dah ...

COVID 19 - PKP - RAMADAN 2020 - PHD-

Image
Assalamualikum.. Sebelum memulakan cerita aku hari ni, ingin aku terjemahkan dulu maksud tajuk aku kali ni. Covid 19 merujuk kepada situasi serangan virus pada dunia hari ini. Bermula sejak disember 2019 virus in mula dikesan dan mula menular di disekitar warga wuhan, china dan pada awalnya di kesan pada pasar makanan exotic wuhan yang disyakin virus disebabkan oleh haiwan. Virus menyerang sistem pernafasan manusia sama yang  keluarganya sama dengan MERS- Cov. Penyakit ini mula menular ke seluruh dunia apabila kebanyakan rakyat cina pulang dari raya cina ke kawasan kerja masing-masing, iaitu dari serata pelusuk dunia kerana virus hannya dapat dikesan selepas 14 hari yang mana pesakit mula hilang dia rasa dan bau dan batuk-batuk. Pada Februari 2020, China dan Jepun adalah negara yang paling tinggi diserang oleh penyakit Covid-19 dan pada masa kini negeri eropah iaitu US adalah negeri yang tertinggi kerana tidak ada sekatan  perjalanan terhadap perjalanan rakyat kerana te...

BERSUAMI

Assalamualikum.. Aku umur 31 tahun  pada tahun ni. Kehidupan aku masih berstatus pelajar. Disebabkan itu juga aku tak sibuk nak fikir kahwin. Aku bebas dengan kehidupan aku sebagai  pelajar. Berjalan kalau aku mahu, berkurung kalau tak ada duit, meronda kalau rasa stress dan perlu ketenangan sekejap. Bebas. Bila nak masuk umur 30an rasa nikmat kebebasan tu sangat bermakna aku rasa. Sebabnya semuanya dah terbiasa sendiri, buat itu ini. Tambahan bila berjauhan dari keluarga lagi la kena fikirkan semuanya sendiri. Jadi akan rasa boleh buat semua walaupun kadang-kadang mustahil, sebabnya terbiasa. Tapi hari ini, isu itu muncul kembali dikalangan sanak saudara. Biasa la bila kahwin sepupu-sepupu. Aku sekarang dikatogerikan yang paling tua yang masih belum berumahtangga.  Sebenarnya aku nak buat ja "ah, peduli pulak aku!." terasa bangga pula pada usia ini masih solo berjalan dengan family bebas nak lakukan apa saja ataupun lari dari situasi. Tapi macam (-_-) . Masih perlu ...

Corona virus dan PhD aku.

Image
Assalamualikum.. Berpegang kepada kata-kata "Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan" membuatkan  kadang-kadang aku rasa takut sendiri. Sejenis perangai aku, kalau nak sesuatu semua nak cepat. Sebab tu aku rasa tuhan uji aku dengan banyak benda melambatkan. Soal kerja, kahwin, kebendaan lain-lainnya, banyak aku rasa rimas dan lambat yang kadang-kadang aku rasa rimas fikirkan benda tu. Tapi Alhamdulillah dapat juga untuk sesetengahnya. Isu sekarang yang membimbangkan aku adalah phd aku sendiri. Supervisor aku yang ini suka betul melambatkan beberapa kerja aku, aku rasa. Tangguhkan method study yang aku rasa boleh buat sekali harung sem lepas tiga method sekali gus. Dia boleh hold lagi satu method buat sem ni. Lepas tu kacau bajet tak cukup sedangkan aku selalu contact dia boleh ke buat ni, boleh ke, aku try method, aku explain dah jadi macam lain. Keduanya isu identify spesies. Sekarang method satu dan dua masih tergantung sebabnya belum dapat identify sebab ada upd...

Takziah..

Image
Terkesan aku petang tadi.. bilamana lepas makan petang tetiba berdesub mesej personal dari student- student undergraduate bertanyakan pada aku tentang doctor di tempat aku belajar, meninggal ke? Innalillahiwainnailaihirajiun.. Doctor ni bukanlah doctor yang lama aku kenal.. kiranya dalam baru setahun lebih begitu.. kalau cakap pun macam sindir-sindir gitu.. sebab aku pun pernah kena.. sebab tegur dia belum pulang je.. dah dekat maghrib time tu.. gitu la.. sebab aku guna bilik belajar dia untuk id semut-semut aku tu.. dan dia mengajar taksanomi serangga.. dan  sepanjang aku belajar di sini.. majoriti ramai student-student undergraduate yang tak berapa suka dengan dia atau cara dia.. ada je cerita diorang..  sepanjang aku kenal doctor ni.. pernah seorang dalam banyak-banyak orang yang selalu cerita kebaikan doctor ni.. iaitu crush aku.. ahh..crush pula.. selalulah dia cerita kebaikan doctor ni.. banyak tolong diorang sepanjang pengajian master mereka, belanja mak...

PAGE 32/366

Thanks to all the readers for reading my boring post.. Esok dah aku dah mula melangkah ke semester 4..sebenarnya dalam hati aku penuh dengan perasaan takut., aku dah habiskan satu tahun setengah dengan penuh main-main.. xfokus pada kajian.. pergi berjalan.. habiskan duit.. sana-sini.. belum ada imput langsung pada stusy ni.. setahun setengah tu sebenarnya masayang dah cukup la yang sepatutnya aku dah kenal banyak dengan study aku.. tapi sekarang aku rasa kosong.. nothing.. this chapter i donna how to see.. sambung nanti la...  `

PHD dan perkongsian #02

Image
Perkongsian ni aku ambil dari facebook Dr. Rahim Ridzuan .. so sebab aku jenis yang rajin juga baca blog.. so aku kongsikan disini juga.. Kepada rakan rakan yang baru memulakan pengajian master atau PhD pada semester ini, tahniah diucapkan! Izinkan saya berkongsi tips dari hasil pengalaman saya sendiri berkenaan perjalanan melengkapkan pengajian PhD saya dalam tempoh 5 semester (dari awal sehingga selesai viva). Tips ini ditujukan khas kepada pelajar yang menggunakan secondary data (economy, accounting, finance etc) sebagai analisis kajian.Moga coretan ini juga dapat dimanfaatkan sepenuhnya kepada kesemua rakan seperjuangan. Sem 1 pengajian PhD : 1. Mengenalpasti isu kajian dengan lebih mendalam. Pembacaan jurnal perlu lebih kerap bagi mengupas isu yang sedang berlaku dan mengaitkan dengan skop kajian kita (negara, dasar, polisi, entiti lain seperti syarikat, perbadanan dan lain lain). Dah mengenalpasti isu, baru lah kita boleh nampak research objektif untuk te...

Phd and perkongsian #01

Image
Tips ringkas sebelum memulakan pengajian sebagai postgraduate Ada 3 faktor utama 1. Persiapan diri sebelum PhD - Giat dalam aktiviti penulisan dan penerbitan - Kuatkan knowledge dengan memilih mengajar pelajar degree instead pelajar diploma - Berjaya memperolehi geran FRGS yang mana ia dikembangkan pula sebagai pengajian PhD - Rajin attend kursus analisis dan menguasai satu dua jenis analisis semasa 2. Pemilihan SV dan Universiti Pemilihan SV - SV bidang yang berkaitan bidang or kajian yang kita berminat untuk lakukan. - Memilih SV yang tidak memegang jawatan besar dalam universiti juga beri satu kelebihan untuk kita kerana mereka boleh memberi perhatian pada progress pelajar dengan lebih teliti. - Gabungan sv baharu dalam.dunia supervision dan yang sangat pengalaman adalah wajib (my second SV, AP Dr Abdul Fatah memiliki pengalaman luas dan sangat kritikal terhadap penulisan pelajarnya manakala my main SV, Dr Nur Asmat sangat supportive dalam m...

Jodoh

Tak boleh nak fikir tentang diri dan jodh pilihan keluarga.. setiap kali pi swbkir mesti fikiran tak tenang.. dada rasa sesak.. rasa mengeluh.. dan sebagainya... jangan paksa aku kawin.. biarlah aku dapat jodoh aku sendiri yang aku suka... #sedih