PKPBD ke2 Sabah & PHD

 Assalamualaikum..

Kalau diingatkan sesi lepas PKP aku ada di kampung sempatlah marathon manga, anime, menternak kucing sapa-sapa datang rumah dan siap kemaskan bilik belakang untuk dijadikan bilik beradu aku di kampung. Tapi berbeza untuk PKP fasa dua, kali ini aku berada di rumah sewa aku di Angkasa Apartment, KK, Sabah dan septatutnya awal oktober hari tu aku dah masuk ke rumah felo kampung E. Tapi terpaksa aku tangguhkan disebabkan kereta aku meragam, dan tiada berteman disana sebabnya dapat rumah sebuah untuk aku sorang jadinya aku stay je la dulu di Angkasa memandangkan aku masih menyewa bulan ini.

Bercerita berkaitan PKP kali ni apa aktiviti aku. Bagi aku tak banyak beza sangatlah sebabnya aku sememangnya suka berkurung dirumah. Jadi aktiviti aku pun macam biasa. Malam aku try untuk baca paper dan menulis untuk chapter 1 thesis, paper aku masih struggle disebabkan dah lama tinggalkan dan kadang-kadang aku mengadap sampel-sampel semut yang mana dari awal-awal lagi SV aku dah suruh bawa balik semua sampel dan microscope ke rumah sebabnya tak tahu PKP  Sabah sampai bila. 

Bila aku dah jadi felo ni, status lain dan keadaan pun ada kelainan sikit. Pertamanya info tentang universiti cepat la kau tau walaupun kau duduk diluar. Semalam, rushing dengan penolong su aku senaraikan nama dan keluar masuk felo kolej sebabnya ada sorang staf tadbir kolej positif covid. Hari ni dapat panggilan daripada pusat warga untuk disuruh jalankan ujian saringan covid disebabkan berkemungkinan tersebar walaupun aku masih belum tinggal disana sebab ada juga datang office untuk urusan rumah hari tu. Tapi disebabkan aku tinggal diluar so di utamakan yang dalam dulu ujian covid sehingga ditetapkan temujanji.

Situasi aku sekarang tak menentu, masuk kolej dah macam tu, Kalau tinggal di rumah sewa haruslah berbayar. Tujuan utama aku mohon felo untuk aku berjimat cermat dan simpan untuk kegunaan akan datang tapi tak pasti keadaan sekarang. Kereta aku pula, macam biasa la. Hari tu baiki dah kena tambah lagi rm450 lepas tu pula sekarang setiap kali start kereta bunyi apa ntah yang nyaring dan kuat. Takut aku terus tak jadi aku nak panaskan enjin kereta tadi. Tanya housemate diorang cakap maybe bearing aircond kereta. Tapi ye la kereta aku tetiba mati aircond sebelum stering dan brek jem hari tu. Tunggu PKP habis la bawa kereta pi klinik lagi service aircond. Aku pula, period kali ni jadi macam yang bulan-bulan sebelumnya sakit dibontot macam buasir. Time period je rasa kalau tak period macam tak ada apa-apa. Pergi klinik dia bagi antibiotik maybe bakteria banyak sangat katanya terbang lagi RM160 bulan ni. Oh, banyak betul dugaan. Tapi sekrang antibiotik dah habis, rasa tu still ada lagi. Tak selesa macam buasir. Tapi bila doctor tanya tanda-tanda buasir aku tak ada benda tu.

Itu la dugaan aku bulan ni. Perit sikit. Moga dipermudahkan akan datang. Oh ya, study aku. Chapter 1 tinggal sikit lagi, maybe lepas dah hantar chapter 1 kat doc tengok dan aku teruskan dengan penulisan paper aku yang dah berapa tahun aku tulis tu kot dan sambil-sambil settlekan id spesies semut aku juga. Baru satu plot aku siap. Ada dalam 13 plot lagi tu belum masuk yang tanah punya baru fokus yang kanopi. Objektif research aku pula dah terpaksa buang satu method sebabnya sepatutnya bulan ni masuk Maliau Basin untuk method ketiga tapi dah sana red zone so jadinya disini la aku fokus pada menulis dan id. Itu je laporan aku untuk pkp kali ni. Nocturnal balik aku.


08.28pm 15102020
ANGKASA APARTMENT.

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..