Monday, March 24, 2014

Sunday, March 23, 2014

Cerita Kanak-kanak...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
Hai.. Hari nie teringin pula nak cerita  waktu zaman kanak-kanak dulu.. bila tengok kan ragam aku n sepupu-sepupu aku tyme bercuti bersama di cameran hari tue.. lama tak lepak sama-sama macam zaman kanak-kanak dulu.. nie pun dapat pergi bercuti dengan diorang sebab my parent pergi umrah.. dan kebetulan tinggal dengan diorang so terpaksa la join percutian keluarga diorang.. lama tak berjalan sama-sama.. sebenarnya best juga... semua tue mengimbau kenangan waktu kanak-kanak dulu...

Waktu kecil.. aku rapat juga la dengan sepupu aku.. sebab parent aku tak suka sangat ktorang adik beradik berkawan dengan orang luar.. lepas sekolah.. mesti terus balik rumah.. kalau nak pergi rumah kawan pun dia tak benarkan kecuali pergi rumah mak-mak saudara jew..  dan kebetulan.. sepupu aku baru pindah ke kedah.. sebaya dengan aku pula tue.. so lapang-lapang memang aku pergi rumah dia la melepak.. boring-boring.. dan disebabkan tue juga kitorang jadi rapat... 

Ingat lagi.. beberapa perkara yang selalu ktorang buat tiap kali hujung minggu adalah kumpul duit sekolah sama-sama.. and beli nurget balik makan di kampung.. rumah tok di Kampung Mani.. naik basikal ok balik kampung... dalam 30 minit juga naik basikal untuk ke sana.. mak tih aku kekadang tak bagi.. sebab bahaya katanya.. dia suruh tunggu jew.. nanti dia hantar balik naik kereta.. tapi aku nie jenis yang degil dan sukakan cabaran memang tak nak la.. so kekadang aku pergi juga dengan sepupu lain naik basikal balik kampung.. nampak tak kedegilan tyme tue... pernah juga sekali.. tyme tue kitorang naik basikal 3 orang satu basikal... sepupu aku lelaki yang kayuh.. aku n sepupu aku nie duduk di belakang.. last tak muat tempat  sepupu aku jatuh.. dan berdarah kepala.. mau kena bebel ktorang bertiga satu hari haritue.. lepas tue dah kurang dah dapat lepas keluar main-main diluar... sama-sama....
Macam tue la kisah aku kanak-kanak... and until now.. kalau aku balik jew kampung kalau tak ada di rumah lama-lama tue.. tau la kemana aku pergi... conform-conform pergi melepak kat rumah mak tih aku.. sebab diorang masing-masing keja dekat-dekat rumah... dan cuti sem pun sama.. so lepak jew la tyme cuti...
my mak teh... layan jew la kerenah anak saudara dia yang sorang nie... kecik2.. mandi ramai2 sampai basah satu rumah..  pastue tiga-tiga orang kena marah.. uhuhuh...

Selamat Malam...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Selamat malam semua sekali... 
Apa bunyi tergantung la ayat tue... tapi tue la ayat yang aku lafazkan sebentar tadi depan PDL (Pegawai Dalam Latihan).. dah perasan sebutan aku tue salah.. tapi abaikan jew la.. sebab mood nak tidur atau mengantuk tue lebih tinggi... daripada nak terus hell diorang.. so.. baik  aku halau semua balik tidur awal lagi bagus.. syuh.. syuh..

Today.. aku jadi PLB.. Pegawai Latih Bertugas... so kena pantau diorang sana-sini.. sebelum aku start cuti balik kampung.. horey.. esok cuti.. hohoho... balik kampung... tapi sebelum tue.. jaga diorang training jap..  sebab dah banyak bulan sangat dah aku tak turun training.. sibuk dengan collect data untuk projek sendiri.. rindu juga nak pakai uniform balik... try tadi.. semua muat lagi.. alhamdulillah.. berat badan tak naik sangat.. still muat... sempat ambil gambar selfie jap di office... sementara tunggu diorang habis kelas petang tadi.. tapi malu pula nak upload.. so.. upload gambar lama-lama jew la..


masuk bab ayat tadi balik... ayat sebenar.. sepatutnya ialah...
Assalamualaikum dan selamat petang semua sekali.. 
selamat malam tue.. untuk kita.. jom tidur...
pipe down... 01:02...zzZZzZZzZzzz...

Friday, March 21, 2014

Hobi dan minat aku..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Salam Jumaat...
Hari nie tetiba rasa macam nak cerita banyak benda.. sebab aura baik tengah menguasai diri.. selepas semalam mimpi tentang si kucing gemuk... lepas tue dapat cuti dua minggu dari study site... and nak balik rumah minggu depan.. yeahhhh!!!  so aura baik menguasai diri sekarang.. ditambah pula dengan baru lepas baca buku karya Ramli Awang Mursyid.. yang tajuk "Aku Bercerita".. so lagi semangat untuk menulis dan bercerita... 
So hari nie aku pilih untuk bercerita mengenai hobi dan minat aku.. urmm.. bunyi macam boring.. tapi aku suka..
AKU.. tak susah pun hidup aku... apa yang aku cari adalah ketenangan.. keselesaan.. kebahagian.. so kira macam happy ending tue semua aku suka la.. kalau ikut ilmu metafizik.. yang kira-kira melalui tarikh lahir tue pun.. kata aku memang jenis manusia yang suka nak happy jew.. so tak salah kalau aku suka buat hal sendiri kan untuk cari kegembiraan.. manusia nie kekadang sesak juga dengan masalah.. sebab benda remeh temeh pun nak ambil masuk dalam kepala buat serabut.. sehinggakan kekadang tak berkaitan dengan dia pun.. so jangan jaga tepi kain orang sangat la... happy dengan cara hidup kita ok.. chill...

Hidup dengan alam.. penghargaan yang besar bagi DIA buat aku.. bila aku masuk bidang nie.. banyak benda yang aku boleh jelajahi.. ketahui.. dan hargai.. subahanallah... sangat memberi ketenangan bila tengok ketenangan air.. dengaR bunyi-bunyi serangga.. tengok kehijauan hutan dan alam.. sangat selesa dan menenangkan walaupun kekadang penat berjalan...

Aku suka aktiviti santai.. dan aku suka kepada tumbuhan dan kekemasan.. bila keadaan berselerak atau bilik aku semakkan dengan barang aku sendiri.. mulalah aku membebel dengan diri sendiri.. sehinggakan romate pun pernah tegur.. " rajinnya mengemas bilik malam-malam.." sorry mate... ganggu u tidur.. tak boleh la nak tengok semak nie.. kalau tak.. nanti tak nak masuk bilik pula rasa.. semak... bermonolog sendiri.. tue la tabiat aku.. sendiri semakkan sendiri tak boleh tengok..

Berkait dengan alam.. alam itu indah.. kalau boleh setiap moment dengan alam aku nak simpan buat kenangan.. terutama bila aku jungle trakking.. itu sebab aku nak ada kamera sendiri.. kamera yang cantik.. yang boleh aku abadikan semua kenangan.. aku tak suka tangkap gambar aku sorang-sorang.. tapi aku suka tangkap gambar alam.. suasana dan reramai.. bila ramai.. ramai lagi gelagat.. lagi menceriakan suasana.. aku suka tengok tue semua.. tapi harapan nak beli kamera baru belum dapat.. pinjam jew la.. dari doc.. nasib baik my supervisor baik.. bagi pinjamkan kamera.. boleh simpan moment tue.. (haha.. ayat bodek supervisor.. peace)..

alah... muka my supervisor tak ada pula disini.. tak boleh nak bodek lebih-lebih... hehehe..
Kenangan : Empangan Sungai Terip Jelebu.. ok.. tengah hari rembang jalan-jalan tepi empangan tengok burung.. azab la... nie tyme kemarau tau.. air empangan pun merosot.. siap kena catuan lagi..


Selain tue.. aku suka tanam pokok.. sebab bila tanam pokok.. pokok hidup.. menghijau.. wah.. aura ketenangan tue datang... sejuk jew mata memandang.. sebab tue juga aku suka warna hujau.. hijau tue menyejukkan bagi aku.. walaupun orang cakap  warna biru lagi sejuk.. aku tetap kata hijau sejuk.. haha.. nak jew aku buat bilik aku tue taman botani.. tanam pokok banyak2 ternak nyamuk yang sedia banyak dalam bilik tue.. tapi sekarang tak dapat nak tanam-tanam sangat la.. sebab tak ada tempat tetap.. selalu keluar site..mati pula.. macam pokok di lab.. csian nya... ok tue jew la kot cerita aku hari nie.. nanti aku ceritakan pula.. berkaitan bilik aku.. kerja di jelebu.. burung.. sepupu.. serangga.. my buah hati kalau ada.. haha.. ok see u next lain entry.. lain post.. and lain cerita.. kalau rajin nak follow.. chill..


Monday, March 17, 2014

he is not meant for you!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Hai assalamualaikum..


Dah lama giler tak menjeguh blog... rindu.. busy sangat dengan study site... so memang tak ada masa nak menjengah dah update blog.. al- maklumlah.. site dalam kelapa sawit dan hutan.. jadi jangan bermimpi sangat nak dapat internet..

Baru sampai UPM... balik terus mengadap cik ternet... sambil2 tue melawat blog EH! jap.. saja hilangkan boring... tapi suka pada satu artikel dia.. berkaitan... ADAKAH DIA 'THE ONE' YANG ANDA CARI... dan tertarik pada point ini...
 

 

 "Kadang-kala dalam satu hubungan terdapat seseorang yang ingin mengawal hubungan itu dengan cara yang lembut ataupun kasar. Tetapi dalam hal ini ia sepatutnya menjadi two way street kerana anda juga pasti mempunyai pendapat sendiri yang ingin diwartakan oleh itu jangan takut atau segan untuk bersuara kerana anda juga mempunyai hak dalam hubungan itu. Jika dia tidak boleh menerimanya bermakna he is not meant for you!..."

 

By this point.. I take note as.. jadi diri sendiri adalah penting dan kalau orang tak suka cari kita.. go ahead.. jangan la bersendeng-sendeng tunjuk kata suka.. tapi menyampah.. hohoho...

Sebab bagi aku.. dalam kehidupan sangat penting kejujuran bagi kedua-dua pihak.. terutamanya dalam menerima orang tersebut dalam diri kita.. tak kisah la.. dia cuba untuk menerima cara kita  (tak kisah kalau mencuba.. sebab ia merupakan langkah pertama dalam mencari keserasian..) ataupun dia sememangnya selesa dengan cara kita.. begitu juga kita dengan dia.. untuk menerima dia dalam diri kita.. apabila ada keselesaan maksudnya ada keserasian.. dan mampu menerima.. so hubungan pun mampu dijaga dengan baik.. sebab selesa.. 

Tapi kalau hubungan atas dasar.. kepentingan.. for sure.. hubungan tak kan kekal lama.. sebab apabila tidak memenuhi kepentingan tue.. atau habis kepentingan tersebut.. habis segala hubungan.. tak gitu..

So pilih  dan buat keputusan yang terbaik dalam kehidupan.. mencari manusia.. kawan atau sebagainya.. bukanlah semata-mata atas kepentingan.. tapi jujur sebagai seorang friends..

sebagai sisipan hari nie.. post jap gambar last.. tolong budak camera trap pasang perangkap...

  (p/s: kena jadi tukang masak untuk diorang weh.. jadi makcik kantin jap  :(  )