Tuesday, June 18, 2013

Aku dan Penceritaan..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Kawan aku selalu tegur.. yang cerita aku sangat panjang.. dan kekadang terlalu skema.. berpuitis pun ada... macam nak jadi sasterwan.. tapi hakikatnya aku tak pandai pun nak bersastera.. pandai cerita mengarut jew.. apa yang ada di kepala otak.. semua aku nak luahkan.. tue sebab cerita aku panjang.. dan kekadang serabut.. sehingga maksud cerita pun tak sampai..

lagi satu sebab.. kerana memang aku suka nak cerita.. sebab bila aku cerita mulut.. aku rasa tak semua orang nak dengar.. (sebab orang buat tak kisah bila aku cerita.. so aku assume x nak dengar la).. so blog.. sebagai element lain la untuk dengar cerita aku.. kekadang aku rasa orang sikap tak adil pada aku.. aku dengar cerita diorang.. bila aku cerita diorang buat bodoh dengan aku.. sedey betul..so kalau adabany yang sudi baca cerita aku.. aku thanks banyak sebab sudi dengar luahan aku..

sebab kedua bila aku cerita panjang2.. aku harap maksud yang aku nak sampaikan tue.. betul2 sampai pada orang tue.. bukan salah faham.. dan bukan juga salah tafsir.. tue sebab cerita aku kebanyakkan panjang2.. tapi bila diorang suruh aku tolong handle majalah.. aku rasa macam berat pula.. sebabnya.. aku suka buat benda secara bebas.. buka dah ada guide yang perlu aku ikut.. bosan.. aku suka bebas.. free~~~

tue jew aku nak cerita hari nie.. sebab tak nak panjang2.. hahah.. kekarutan itu semua kan.. minggu nie.. minggu last aku di kolej.. before tauliah.. lepas tauliah.. tak tau apa jadi.. untuk minggu nie.. kena handle majalah gempur.. dah rasa macam orang gila aku arrange semua tue.. kena perbaiki second draft thesis.. kena handle budget untuk barang pertauliahan.. dan juga handle.. oh.. bukan handle.. tapi jawab exam final untuk watershed... so goodluck untuk diri sendiri.. 





Monday, June 17, 2013

Kawen again..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Tarikh nafas.. turun.. tarik nafas.. fuhhhsss... (lepas kuat2)... again story about KHAWIN.. kawen.. kawen.. dan kawen... bukan satu benda yang gediks bagi aku.. tapi adalah sebaliknya.. SCARYyy~~...

satu benda yang menakutkan bagi aku.. kalau call mak aku jew.. dia sebut tentang kawen.. memang macam nak luruh jantung aku rasa.. haish.. takut weh.. takut.. rasa macam nak mengigil satu badan.. walaupun aku rasa dah cukup makan.. dan dah cukup tidur.. heheh.. (sebab selalunya aku mengigil badan... pertama x cukup tidur.. dua.. tak makan nasi.. badan aku akan mengigil..) tapi untuk situasi ini.. mengigil adalah kerana takut... aku ada penyakit phobia kawen kew.. sedangkan aku mana pernah kawen lagi kan..hah.. peliks..

ok situasi.. aku tau.. umur dah  capai tahap matang pun.. 24 tahun dah.. dan lepas nie habis study.. lagi dua bulan konvo.. so bagi sesetengah orang.. bila dah habis study.. alam rumah tangga semakin orang pandang.. selepas dapat kerja yang tetap..  so tak kisah la bagi aku benda tue.. sebab diorang dah dapat kerja tetap.. macam kawan2 sekolah aku kan.. tapi dalam situasi aku nie.. kerja belum dapat.. nak sambung study lagi..  nak pikir kawen... memang jauh sekali la kan.. nak pula dengan orang yang kita tak kenal.. calon.. pilihan family.. ah!! semua tue menakutkan ok... lain la kalau dah ada buah hati pengiran jantung kan.. gatal disitu.. hahah~~

 isunya bermula bila.. aku la gatal mulut.. tanya tentang cousin aku yang nak kawen tyme raya nanti.. biasa la weh.. bila kita dah tau sepupu kawen.. so nak juga join kemeriahan kenduri diorang.. bila agi nak join ramai2 dengan sanak saudara jauh.. macam kecil2 dulu kan.. sembang2 borak2 balik.. so nak adjust la jadual mana yang patut supaya boleh join kenduri.. TAPI...hah.. tapi besar disitu.. bila dikaitankan dengan.. semua family dah ada yang tunang and kawen mak aku jew x de kenduri.. so aku dah jadi takut.. takut tetiba ubah topik untuk aku pula.. walaupun aku tau mak aku takkan macam tue kan.. tapi hint2 tue.. aku dah dapat detect.. oh.. tolong la.. bukan waktunya...

apa sebab aku takut.. of course la sebab aku tak ready lagi.. aku ada prinsip yang aku sendiri pegang.. selagi tak ada kerja.. x dapat tanggung hidup sendiri bagi duit kat mak ayah.. so jangan mimpi nak kawen.. biar hidup stabil.. baru senang hidup kan.. so bila tak ada kerja.. hidup aku pun mesih tunggang langang.. macam mana aku nak berumah tangga.. nnt takut ada rumah jew.. tangga x de.. memang rumah sekarang x berapa nak ada tangga.. kan.. kedua.. calon pilihan .. aku sangat takut.. takut yang macam2.. sebab dia akan sehidup semati dengan kita.. dia penentu rumah tangga kita.. kalau ada yang jenis hangin x tentu pasal.. x mampu jadi husband n bapa yang baik macam mana.. tak sekepala dengan aku.. tak memenuhi citarasa aku (dah masuk high demand nampak...heheh) hah macam mana tue.. semua tue aku sangat takut.. so bila takut.. macam tak nak kawen.. boleh lak kan.. tapi tue la hakikatnya.. tapi aku tak nak jadi andartu.. hahah.. macam2 aku fikir.. teruk punya budak.. hehhe~~

tapi apa2 pun sekarang fokus aku adalah study.. habis mastar.. umur aku adalah 26 tahun.. tua sikit.. tyme tue.. sikit2 dah kena start cari kerjaya.. tutor kew.. apa2.. dan matlamat seterusnya sebelum continue ke phd.. untuk calon.. tyme tue.. sapa masuk kena terima jew la.. hahha~~ sebab takut tua.. baru nak ada anak kan.. hhehe.. namun kerja tetap kerja juga la..  haish susah juga perancangan hidup nie kan.. haish.. kan senang kalau admirer aku tue.. terus masuk minang aku jew.. conform aku terima.. nak juga admirer tue.. syhusss~~~!!! rahsia..  ^_^.. heee~~~

kucing nie dah gemuks.. dan tak kenal aku pun...

Sunday, June 16, 2013

Tiger Rock..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

 Sebenarnya banyak benda yang tak berkait yang aku nak cerita hari nie.. terutama sekali melibatkan diri aku, isu semasa, pembelajaran, kawan-kawan, penginapan, pengajian, ilmu, kehidupan, pertauliahan, gempur, cari bahana, permasalahan, peribadi, cinta, kasih sayang, mak ayah, kewangan, perasaan, dan segala-galanya yang tak mampu aku nak senarai panjang lagi.. 

Tapi disebabkan oleh kepala bengong jap.. sebab mengantuk.. dan takut penulisan jadi bengong lagi macam yang pernah aku tulis di blue hole.. bahana dari sifat mengantuk yang ditahan..tapi  nak juga menulis..  
dan bila kembali kepada real life.. n dunia sedar sebenar.. n baca balik.. rasa macam..
"apa  yang nak aku sampaikan sebenarnya.. keling betul ayat itu.."
walaupun hakikatnya ayat aku selalu keling pun kan.. mean tungang terbalik sangat..
bila berada dalam dunia separuh sedar tue..(ada beza sikit la).. (-_-)"

So hari nie nak santai jew la.. tengok Tiger Rock...
What is Tiger Rock????
Harimau batu.. ada kew?? bukan ada harimau dahan jew kew...atau salah satu hotel di Penang.. 
nama dia pun Tiger Rock juga..

Jawapan untuk semua soalan itu adalah di bawah..

Harimau belajar shuffle... nampak rock apa.. hahah~~
agak2 betul kew edit... kalau la gambar nie memang real ditangkap oleh fotografi...
agak2 apa yang harimau nie nak buat sebenarnya sehingga macam nie sekali gaya dan muka dia..
comel sangat.. tapi maksud sebenar disini just santai malam jew..
selamat bersantai...




Thursday, June 13, 2013

Blue Hole..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..


mesti korang pernah nampakkan gambar nie di facebook, mana2 laman web atau laman sosial kan.. sebab  lubang nie kan kelihatan sangat menakjubkan dan ada sedikit scary di situ.. mengerunkan.. sebab nampak.. lubang.. berkawah... besar.. kalau dia diatas permukaan jalan mesti kurang dah teragak2 untuk datang dekat disebabkan oleh gayat.. tapi memandangkan lubang tue didalam air... so untuk boat lalu pun macam tak ada masalah la kan.. tapi daya imaginasi manusia tue luas.. boleh fikir macam2.. contohnya macam... jerung besar.. atau raksasa keluar dari lubang tue.. ala macam dalam cerita orang putih kat TV tue...  errrrrr~~ sangat mengerunkan... kan.. kan.. kan... (imiginasi manusia tue maha dasyat)

tapi dalam takut2 manusia.. ada juga sebahagian manusia yang berani.. dek kerana semangat ingin tahu yang tinggi.. golongan ini diketogerikan sebagai " manusia tegar dengan kematian" walaupun kematian boleh menjemput di mana2 pun sebenarnya.. tak perlu sehingga mencarinya kan... wah ayat.. ok disebabkan semangat ingin tahu diorang yang tinggi.. kita pun dapat la tahu rahsia disebalik lohong biru nie.. ataupun rahsia dalam lubang nie... so meh kita tengok sama2..

lubang nie.. secara general locationnya.. ada di Abaco island, di Bahamas.. kat mana pulau tue.. korang pandai2 la type di encik google.. air lautan dia sangat biru.. tapi lubang tue sangat gelap.. mana tak gelap kan kalau tiba2 pula ada gua  di kawasan tersebut.. of course la cahaya tak boleh nak sampaikan.. akibat daripada kawasan yang tertutup dengan batu kapur.. yang jadi benting pemisah antara dua kawasan tue.. iaitu laut yang luas.. dan lubang yang panjang dan tertutup.. macam kat bawah nie.. mengagungkan ciptaan tuhan .. tetapi kekadang scary pun ada gak..


lubang nie berkedalaman lebih 600 kaki.. dan pada pertengahan 45meter lebih kurang penyelam akan menjumpai satu kawasan gua yang besar penuh dengan stalagtik dan stalagmit disitu.. akibat tindakbalas batu kapur yang terlarut yang membentuk stalagtik.. situasi gua dia sama la macam gua atas darat gak.. bezanya dia dalam air.. dan menjadi habitat bagi hidupan akuatik hidup disana dengan selesa.. sebab tiada gangguan.. kalau tengok dari bentuk batu kapur tue pun.. kita dah agak.. boleh la ikan2 tue nanti main sorok2 dengan musuhkan.. ataupun polis sanctuary.. kan... so dapat la selamatkan diri.. betul tak?? lagi yang uniknya dalam tue.. penyelam nie juga dapat jumpa spesies2 baru hidupan akuatik.. terutama macam ikan laut dalam.. dan mempunyai lightening dia tersendiri.. wah menarik kan.. tak semua orang dapat lihat keistimewaan tue.. melainkan pergi ke laut yang betul2 dalam.. mungkin sebab dia gelap menyebabkan muncul ikan2 macam tue.. dan lagi keunikkannya adalah kehadiran awan violet.. disebabkan oleh tidakkan becteria.. dan hidrogen sulfat di kawasan tersebut.. menjadikan dalam gua tersebut mempunyai pencahayaan yang unik..



tapi jangan best sangat.. dalam keindahan dan kecantikan ciptaan tuhan.. ada baik dan buruknya juga.. sebab tue la kena selalu berfikir.. sebab tempat macam nie sangat berisiko.. dan terlalu tinggi risikonya.. disebabkan oleh.. pertama tekanan.. dan kedua.. ketahanan badan tue sendiri..  dalam kajian yang dilakukan.. penyelaman terhadal di hantar untuk membuat selaman nie.. iaitu salah seorang penyelam profesional dari Navy.. aceh Navy juga.. hehhe~~ (navy tue tentera laut ok.. so apa kaitan dalam cerita ini.. kalau korang ikut cerita aku dari sebelumnya.. maybe kau org tahu perkaitannya..) selama penyelaman dia kat dalam lubang nie.. terdapat banyak tengkorak yang dia jumpai.. dan mempunyai tong gas.. maybe akibat daripada ketidak sesuaian tekanan.. tong gas rosak, bocor.. dan badan sendiri.. waallahuallam..  tapi tue la risikonya.. hidup sebagai penyelam sebenarnya sangat berisiko.. bukan lesen dia saja mahal.. tapi mati dan sakit pun.. mudah la..(dari cerita pasukan paskal yang aku dengar la)

tengok.. betapa terujanya mat salleh nie dengan alam.. sanggup jew diorg nie buat apa saja untuk menikmati ciptaan tuhan.. tak kurang juga yang menggangap nie sebagai challenging bagi diorang.. tapi aku sangat respect dengan study diorang terutama dalam cerita national geographic, discovery channel, crocodile hunter dan sebagainya.. yang membuatkan aku excited dengan dunia kajian.. diorang juga suka explore benda yang kekadang kita rasa macam tak logik.. dan gila kot.. cari maut.. kalau dalam lohong gunung berapi pun diorang kajikan.. tapi tue mampu bagi info kat kita.. sebab kita tak mencari benda tue kan.. diorang tolong carikan tapi kita dapat ilmu tue..  so sebab tue aku berminat nak join dalam bidang kajian.. bukan aku nak challenging dan adventure macam tue.. tapi nak tahu detail mengenai makhluk allah yang lain.. dalam masa yang sama bagi benefit and protect others, preserved supaya generasi akan datang masih kenal haiwan yang ada didunia nie.. this my goal... to my study.. hope sangat supaya bagi benefit untuk diri sendiri juga...



p/s : ayat berselerak.. bahana daripada mengantuk dan excited menaip dah diedit.. so ayat terletast nie la dia.. tersusun la sikit.. dari ayat gelong tyme ngantuk tue kan...

Monday, June 10, 2013

Susah Kew Nak Luah Perasaan???

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Sebenarnya... susah sangat ke nak luahkan perasaan.. kalau suka.. cakap jew la suka kan.. tak payah nak pendam-pendamkan.. dah la tak ada orang tau.. alik2 diri sendiri yang rugikan.. disebabkan masing-masing simpan perasaan.. sama-sama suka.. saling berahsia.. sama-sama makan hati.. last-last sama kecewa.. weh rugi kalau korang ada suka sapa2.. korang simpan2.. sebab mana la nak tahu.. kalau2 orang tue pun ada hati kat korang.. tunggu korang bagi jawapan kat dia jew.. last2 korang tak bagi tau.. memag melepas la korang.. rugi-rugi.. acehh.. cakap macam tak pernah simpan perasaan jew kan.. heheh~~

Hari nie... aku nak buka bekung di dadalah.. terutama bagi lelaki.. sila ambil paham benda nie.. kalau korang suka perempuan.. sila nyatakan ok.. because girl's mostly adalah pemalu sifatnya.. itu memang lumrah kehidupan.. so yang lelaki.. as the gentleman guys.. takkan nak tunggu perempuan luahkan rasa hati dulu kot.. bagi respon kew apa kew.. mula jew la kalau korang rasa ada perasaan terhadap perempuan tue.. tak payah nak takut sangat kena reject la.. sebab aku rasa lagi kesian kalau masing2 membisu.. sedih weh.. sedih orang dengar cerita korang... lagi tragis adalah.. so untuk kurangkan peratusan manusia-manusia yang akan hanya menyimpankan perasaan sahaja sedangkan masing2 saling menyukai.. hari ini di blog aku ini.. aku menyarankan sesiapa yang ada hati dengan mana2 orang sila lafazkan suka kamu kepada orang tersebut.. dengan penuh adab kesopanan dan kesusilaan.. ataupun hantar rombongan meminang terus..hahha (idea yang korang rasa boleh pakai tak)...

sebenarnya dah terjebak dengan novel Sungguh aku gilakan engkau... best.. tak menyesal la aku rasa aku beli pun novel tue.. walaupun hakikatnya aku nak menghabiskan baucer buku aku tue.. mula2 baca mungkin rasa macam ala cerita novel semua sama jew.. tapi bila baca.. urmm.. ada keunikkan disitu.. dan aku boleh bayangkan si hero dalam novel.. dikatakan kacak tapi kacukkan india cina jadi muka melayu.. dan gaya dia caring.. so terus aku terbayangkan beberapa orang mix india dan caring yang berhampiran dengan aku.. uhuh~~ dan heroin semestinya bukan aku la..  sebab heroin dia putih melepak.. suka berjenaka dan manja.. kontra giler dengan sifat aku kan.. yang aku suka lagi dengan sikap laki tue..  sangat setia pada perempuan tue.. walaupun dia sangat cintakan perempuan tue.. tapi please la lelaki.. jangan susah sangat melafazkan suka walaupun anda sesetia itu.. sesungguhnya merana jiwa orang lain yang berhampiran dengan anda... hahah~~~

 tak payah buat teruk macam nie.. boleh tak???
Mood melayan perasaan.. mentang-mentang la dah habis writing... tinggal nak mengedit jew lagi.. pastu hanya satu paper jew sem nie.. wah suka-suki betul minggu exam nie kau melayan novel kan di saat orang lain tengah bersusah payah dengan nota-nota bagai dan slide kuliah.. kau hanya mengadap novel.. makan.. tidur.. mengadap laptop.. tue jew rutin kau kan.. doc ajak melawat study site pun kau tak nakkan (ok tue bukan alasan.. tapi memang paper aku tyme tue.. kalau doc pergi awal sikit maybe aku dapat join..).. tapi lihat la dunia.. bertapa beruntungnya budak diploma.. yang sepatutnya menghabiskan 2tahun setengah study.. nak juga buat tiga tahun kan.. saja menghabiskan duit mak bapak...


Wednesday, June 5, 2013

Fesyen..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Terjentik pula hati ini dengan dunia fesyen.. semakin hari semakin cantik dan menarik.. nak pula sekarang fesyen muslimah semakin berkembang pesat.. ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.. aku pun dah jadi semakin tergoda dengan dunia fesyen.. walaupun aku nie hanya la seorang yang simple2 saja.. tapi dek kerana selalu mengusya-usya blog orang yang pandai berfesyen.. dan ada style .. dikit sebanyak kita rasa macam.. wah menarik.. dan ingan turut mencipta kelainan juga dalam diri kita.. antara blog yang buat aku terpikat dengan fesyen nie antaranya adalah blog sHea... My Amethyst



ok kan fesyen dia.... tertutup.. tapi lebih kepada skirtkan.. seluar kurang sikit.. tapi tetap ada.. ok sapa2 yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia fesyen.. boleh la berkunjung ke blog dia.. aku rasa.. banyak boleh belajar.. tapi.. untuk aku.. hehhe.. ikut keadaan la.. sebab aku lebih suka dengan style aku sendiri.. walaupun orang selalu kutuk kan.. kau tak ada t-shirt lain kew,  hitam jew dengan seluar jeans.. ok untuk pengetahuan korang.. aku nie sebenarnya lasak sikit,.. terutama bab makan.. dulu waktu sekolah, tudung sekolah selalu jew tumpah sos la bagai.. so ambil pengajaran dari situ.. gunakan warna gelap.. untuk tutupkan kelemahan.. tak la nampak comot sangatkan.. that why la aku selalu pakai hitam.. nak cover cubby aku juga kan.. 

ok.. untuk baju kurung atau skirt.. memang jarang aku pakai.. sebab mak aku cakap aku pakai baju kurung nampak pelik.. i don't no why.. tapi macam tue la mak aku cakap.. mungkin sebab selalu nampak aku pakai seluar jew kot.. tue sebab bila aku pakai baju kurung dia nampak pelik.. nak pula aku nie memang tak suka pakai kain sebab rasa mudah masuk angin.. so aku lebih prefer seluarlah.. skirt pun memang tak pernah sentuh la walaupun hati pernah terdetik ingin mencuba.. so untuk pakai bergaya sikit.. maybe dinner jew kot.. nak try fesyen baru.. baru nampak special sikitkan.. dan kenduri juga.. hahha~~

Monday, June 3, 2013

Kalau Lah...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Kalau lah..
writing thesis.. dalam BM kan best..
tak payah aku nak takut2 grammar aku hancus...
sentence aku terabur..
bahasa aku kucar kacir..
idea mungkin mencurah-curah keladang gandum..

Tapi akibat dia...
ayat akan terlampau berbunga-bunga kalah kesasterawan..
tulis dah jadi sastera bukan scientific writing lagi dah..
agak-agak maksud ayat tercapai kew tak??
sebab panjang lebar sangat...
kos untuk print thesis pun bertambah..

Kalau lah.
writing thesis ikut kepala sendiri kan best..
tak payah nak semak kepala cari jurnal..
tak payah nak tulis references banyak2..
nak menulis pun laju jew.. selaju air terjun..
macam aku tulis blog...

Tapi kalau itu terjadi..
apa relevent yang kita dapat..
boleh faham.. ada kaitan..
ada orang nak percaya kew benda tanpa bukti, tanpa kaitan ..
so pencetus tue penting.. bukan untuk plagiarism..
tapi untuk idea dan bukti..
kalau laju menulis tak da isi tak da makna...  ^_^

So.. setiap apa yang dibuat.. yang dipilih..yang dilakukan.. dah ada kelebihan tertentu..
antara fikir dan tidak.. dapat menerima atau berdegil... atau berdolak dalih dengan kenyataan..
tue sebab asyik mengeluh dengan keputusan.. so.. try to take positive.. it will be easy.. susah2 dulu..
senang2 kemudian... kalau nak lebih kena berusaha sikit.. baru boleh pandai ok.. belajar lebih sikit..

MINGGU MOTIVASI DIRI + STUDY WEEK.. ( walaupun 1 subjek jew~~~ tp semangat tue penting)


Saturday, June 1, 2013

Sungguh aku giler kan kau..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Sejak bertemu dia semalam.. bayangan dia sentiasa datang di mata.. bak kata pepatah.. makan tak kenyang.. tidur tak lena lah jadinya.. tapi mampu nyenyak gak la.. cuma tak lena jew.. aku tak tau apa perasaan nie.. tapi harap sangat perasaan nie bukan yang bukan-bukan la..  kerja aku pun tak mampu aku fokus.. sebab asyik fikir dia jew.. betul kew dengan aku nie.. atau ada apa-apa.. sudah la kalau benda nie terjebak.. aku takut aku tak mampu menahan diri lagi dari apa yang aku cuba elakkan sebelum nie.. walaupun ianya sekadar azam baru untuk beberapa hari nie.. haish.. (asyik mengeluh jew)..

nak elak terjebak.. memang aku sangat perlu elak.. tapi blogger pun aku rasa aku perlu elak juga.. mengganggu daya tumpu aku jew.. kat writing.. dah banyak buang masa aku kat cnie... jap2 melawat belog.. jap2 melawat blog.. ganggu betul.. so tak bermaksud.. kalau aku layan dia jap tak bermaksud aku mengganggu aku punya writing kan... hahah~~ idea mengarut aku dah datang..

ok.. jangan dilayan sangat dengan ayat2 tragis di atas yang mampu mengaburi fikiran korang.. kerana ayat2 tersebut adalah poyos belaka.. tak ada kena mengena dengan sesiapa pun manusia di muka bumi ini.. kerana semua ayat tersebut ditujukan khas buat novel yang baru aku beli tajuknya Sungguh aku gilakan kau.. baru beli semalam kerana nak habiskan baucer buku yang masih berbaki RM50.. so tetiba rasa macam nak tarik lagi sebuah novel dari baucer buku tue.. (ok kalau duit sendiri memang takkan aku beli novel.. sebab rasa membazir sangat..) dengan harapan sengang2 lepas habis thesis boleh baca.. NAMUN.. ada perkataan namun disitu... kerana.. bayangan dia sentiasa menarik aku untuk baca.. walaupun tekad aku..

 "selagi tak habis writing.. jangan nak mimpi baca novel" dengan nada ala2 mak tiri..

so dengan tekad terpahat.. hanya mampu ku tenung-tenung cover novel.. di rak buku.. bukan untuk dibaca.. ok plastik dia pun belum aku buka untuk pastikan azam aku berjaya.. hope sangat boleh habis writing dengan cepat...


Words for today...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

 I REALLY LIKE DOING....

HEHEHHE....

IT'S TRUELY ME...