Posts

Showing posts with the label 2026

Datang mengadu

 Assalamualikum. Jun dah nak habis. Dugaan pun boleh tahan. Bulan ni saja macam-macam ujian. Ada khabar gembira ada dugaan menyakitkan. Khabar baru datang sebagai khabar tau. Belum sampai. Tapi dugaan amat menyakitkan. Yang gembiranya, aku kena invite pergi bumi singa untuk kolaberasi. Hotel, transport guna duit sendiri dulu nanti claim. Lagi sakit kereta aku bunyi macam-macam sekali baiki RM800 melayang. Yang dibaiki tak hilang-hilang bunyinya. Tapi duit dah hilang. Masa yang sama ipad aku, duduk elok, jatuh. Tak pecah. Tapi bila nak on tak hidup. Melayang lagi satu aset aku. Sedih tau. Itu first jenama apple yang aku ada. Anak sulung aku. Sekarang dah tak de. So.... semua yang korang baca macam semuanya sedih je kan. Begitu la aku sekarang. Yang gembira pun dapat jalan pergi singapore je dan insyaAllah hujang bulan 11 ni aku konvo. Bulan 3 haritu dah dapat surat senat. Berkaitan post doc belum ada cerita. Sekarang kepala aku sakit. Hari-hari fikir macam-macam. Aku nak beli kereta...

Terbanglah….

 Assalamualikum.. Hai.. hampir hujung mei. Panas ke tempat korang, bumi bawah bayu ni panas mengetik betul. Ada tanda- tanda nak hujan tapi x hujan. Apa cerita keadaan korang. aku still manusia 2 pekerjaan. 9-5 as research assistaat and 24/7 felo kolej kediaman. Kadang rasa enjoy kadang rasa penat sangat. Tambah bila macam- macam kerja dah mula datang untuk penyelidikan kami, kadang rasa penat. Tak terkejar dengar research. Mana nak belajar benda baru mana nak buat paper. Kerja baru sentiasa datang kadang tak sempat nak fikir. Pastu kolej pun macam-macam. kadang malam masih kena handle hal blok lagi rasa tak terbawa. Kadang di support geng blok. Kadang rasa kena tinggal sendiri. Jadi aku rasa aku kena bergerak. Fikir masa depan sendiri. Tanya adik, macam mana diorang suka dengan kerja. Aku masuk tahu kedua pun, isnin kena ambik semangat byk2 untuk nak masuk kerja. Padahal tempat kerja dengan rumah 10 minit je pun. Tu pun ginie dah gayanya. Sedangkan dulu aku minat research. Kata ad...

Jika dunia berubah #FICTIONVERSIAKU

 Assalamualikum.. Korang ikut ke perkembangan semasa sekarang? isu minyak dan sebagainya. Aku ada terbaca thread yang dia cerita dari side dia kalau dunia berubah. Sekarang aku nak cerita dari side aku pula. Walaupun hakikatnya tak ada la jadi teruk mana pun, imaginasi kita je selalu buat teruk lebih.  Aku sekarang duduk dekat kolej di kepulauan Borneo. Dulu aku suka tengok cerita family Robinson yang tiba-tiba kapal diorang terdampar di satu pulau dan diorang cuba untuk hidup di pulau tu. Dari buat rumah bercucuk tanam. Bela haiwan. Aku nampak seronok. Slow living. Kau bayangkan, dengan isu perang dan minyak ni, tiba-tiba semua negara tak boleh fly sudah ke mana-mana. Maksudnya aku pun kena terdampar permently di kepulauan borneo ni. Time tu macam cerita faction lain selalu bayangkan tiada elektrik, tiada minyak, tiada internet dan sebagainya. Macam mana nak hidup. Aku sudah la tiada family langsung di sini. Nak tak nak aku kena survive sendiri juga. Aku just nampak hutan di ...

Entomologist

Assalamualikum.. Hai untuk 36 orang yang melawat blog sis sebelum ni. Yang baru datang melawat, selamat datang di ucapkan. Oh ya. Selamat berpuasa juga. Cepat je dah masuk bulan Mac yea. Hari ni aku nak bercerita berkaitan pengalaman aku sebagai entomologi. Tahu ke apa tu entomologi dan entomologist. Kita cerita secara kasar je la kan. Nama pun blog santai. Bukan ilmiah. Entomologi ni adalah kajian berkaitan serangga, manakala entomologist adalah orang yang belajar berkaitan serangga. Ok. Sekarang kita selak balik background aku macam mana aku boleh terjebak dalam bidang serangga ni, sebab entry berkaitan course perhutanan haritu dapat sambutan betul terutama pada generasi baru yang nak mendaftar masuk universiti. Ok, disini meh kakak cerita sikit macam mana nak terlibat dan terjebak dengan bidang kajian serangga ni dan mana universiti yang menawarkan bidang ni dan nama bidangnya. Sebenarnya entomologi adalah sub subjek bagi suatu-suatu bidang terutama yang belajar berkaitan perh...

Cerita saving aky.

Assalamualikum.. Hai. Aku tengah fikir sebenarnya, aku kerja hampir genap setahun. Tapi apa aset yang aku ada dengan duit gaji aku setahun bekerja. Aku rasa macam semua masuk toilet je semua. Kalau tengok pengalaman lepas-lepas aku. Master aku sempat beli perabot kayu di rumah kampung hasil simpanan duit master. 3k cash beli. mak top up 1k. Habis master aku ada simpanan 10k. Time lepas master aku sempat kerja jadi guru tuisyen dengan gaji tak menentu. 300, 400 dan kerja insuran kenderaan 500 sebulan. Boleh la buat belanja mengarut- mengarut. Sikit- sikit aku keluar bazirkan simpanan 10k aku. beli phone baru la- time tu femes phone oppo lofa promote bersaing pula dengan vivo siti promote tapi aku beli oppo sebab dah terbiasa dengan oppo. Lama aku sampai aku sambung phd pun masih pakai. Sikit- sikit aku bazir duit sampai aku decide sambung phd. Yuran dan sewa bilik aku guna saving aku. Mak aku beli kereta cash waktu bagi aku untuk kendrraan disini sebab senan aku and adik ulang alik ...

Nasihat akak senior course perhutanan

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan sampai ke tahun 2026. Dah lama tak datang menjeguh disini. Sebelum post tadi saja menjengah ruang komen. Rupanya banyak adik-adik SPM 2024 berminat dengan course perhutanan. Hai dari akak senior. Post 2011 tiba-tiba naik reader di 2026. Jadi mari kita buat perkongsian. Tip untuk adik-adik mengisi borang upu. Dari akak, isi je ikut minat korang yang first ni. Tapi kalau tak dapat, isu rayuan dan pilih course yang orang tak berapa minat dan masih relate dengan minat kita. Letak sebagai pilihan pertama. Jujur akak cakap bidang alam sekitar, geologi akuakultur adalah bidang yang kurang mendapat sambutan sekarang sebab kurang peluang pekerjaan. Bagi akak ini adalah peluang bagi mana- mana adik-adik yang minat belajar untuk cabar diri. Sebab nasib masing-masing lain-lain. Peluang pekerjaan ni sebenarnya ikut nasib dan ikut siapa yang rajin mencari dan berani ke depan. Belajar la sampai tinggi manapun, kalau kau tak cari memang ...