Tuesday, July 28, 2015

my nephew ..


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Aden belum kawen lagi.. mano nak ado nya anak...
tapi budak sowang nie lah selalu buat aden fefeeling ibu mathali.. asal keluar aja qhumah.. dari gelaran alang tue.. dah bertukar jadi ibu.. kurang hassam punya anak buah.. so layan jew la kami adik beradik.. sebab adik-adik aku pun kena jugaq..


the naughty nephew's..

my nephew name's Muhammad Rayyan Hakim.. yang bermaksud.. kepuasan yang bijaksana.. awal-awal dah nampak kecerdikkan dia.. petah bercakap.. buat perangai pun boleh tahan.. tapi alhamdulillah.. seorang yang dengar kata.. dan cermat..

dia dijaga sepenuhnya oleh mak ayah aku.. sejak dia lahir.. memang jarang berenggang dengan mak ayah aku.. dan sejak 3 bulan dah ditanggalkan kepada mak aku.. sebab abang dan kakak ipar aku sibuk sangat dengan kerja dan posting sampai abaikan anak-anak.. so mak aku ambil keputusan untuk jaga dia.. dan cita-cita mak aku.. dan sangat dia menjadi sorang al-hafiz... yang menghafal al-quran dan mengamalkan segala apa yang di hafal..

dialah juga teman gaduh kitorang kalau balik kampung.. rasanya kalau tak ada dia sunyi rumah.. kuat menjerit dan penakut.. kalau pergi kedai.. hanya akan ambil satu barang jew.. yang dia suka.. pastue takkan kacau kita lagi dah.. akan baik jew ikut kita.. dan sangat cermat.. sebab barang mainan dia.. semua dia akan main jew.. takkan rosakkan.. tak pula adik dia.. kalau main semua benda nak dirosakkannya.. so dia sangat marah kalau adik dia datang nak main mainan dia.. begitu juga orang lain..

 rajin cuci kereta dia.. sebab dah kotor bawa turun main di tanah..


Itulah dia.. selalu jadi peneman kami.. pagi-pagi mesti datang melawat bilik... naik atas katil.. golek-golek, pusing atas katil kitorang... tendang-tendang.. dah kitorang taknak bangun juga.. lari keluar bilik buat perangai kat luar..

lagi satu perangai.. tak suka dimarahi dan kuat memberontak... sebab terlalu manja mungkin.. tak boleh marah sikit.. semua barang dia nak campak.. dan protes.. so orang cakap kalau budak kecik buat perangai macam tue.. kita kena peluk dia.. dan bercerita kepada dia supaya dia tak buat perangai lagi.. tue la yang aku cuba terapkan kekadang..

aku harap sangat dia jadi budak yang bijak, bertanggungjawab, soleh dan berbakti pada agama dan negara  pada masa akan datang... Insyaallah... amin..




Sunday, July 26, 2015

Checklist Bakal Suami..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Semalam  bermimpi orang datang meminang..
Aku tak kenal sapa pun.. tetiba ayah aku call cakap orang nak masuk meminang.. kawan kakak ipar aku... tapi aku tak berminat.. sebab akku tahu.. sudah tentunya tentera.. kawan kak ipar aku kan.. dia tentera.. dan aku join uniform aku tau life tentera dan aku tak berminat..tapi bila fikir balik tak baik aku terus judge orang macam tue jew kan.. aku try dengan penerangan kakak ipar aku.. dan pagi nie.. aku bangun.. terus buat checklist sikap lelaki yang aku suka.. supaya akan datang.. kalau datang calon pun aku tak goyah.. aku tahu apa yang aku nak dalam diri.. dan aku perlu soal siasat orang tue... sebab tak adil kalau aku ikutkan hati aku.. orang yang aku tak kenal aku terus reject.. dan mungkin dia bakal suami yang terbaik untuk aku.. dan bapa yang baik.. kita tak tahukan.. so aku perlu buat checklist.. untuk aku nilai dia..

1. Taat pada perintah Allah
- dia BAKAL memimpin aku.. bakal pimpin keluarga aku dan anak-anak.. so aku mahukan dia yang berlandaskan agama Allah.. kalau dia tahu tanggungjawab dia sebagai hamba.. mesti dia tak abaikan yang lain.. agama Allah tue.. adil dan saksama..

2. Bertanggungjawab..
- ciri-ciri nie boleh nampak melalui kerja dia seharian dan kerjaya dia.. kalau dia jenis melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan sempurna.. insyaallah mesti seorang yang bertanggungjawab.

3. Penyayang..
- Sikap nie jelas ditunjukkan bila dengan family, kanak-kanak dan haiwan

4. Bukan kaki perempuan atau playboy
- aku tak suka lelaki gatal.. so aku sangat2 nak lelaki yang dia tak pandang perempuan sangat, dan pilih perkahwinan sebagai tanggungjawab dan perintah allah bukan untuk nafsu..

5. Bukan manusia panas baran
- boleh kawal ego, dan boleh kawal kemarahan.. bukan kaki pukul..

6. Mempunyai cita-cita dan impian..
- dia nampak aim dan goals dia untuk masa hadapan.. dan cuba untuk mereaslisasikannya sebaik mungkin..



Monday, July 13, 2015

Personal Room Decoration..


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Hello uoalls!!!
Sekarang mood tengah mengelamun nak dekorasi bilik..  
almaklumlah.. wifi kampung1malaysia.. kampung we all's laju sangat.. so rugi kalau tak digunakan sepenuhnya.. sila hantuk kepala didinding yea.. keja tak nak buat.. mengarut jew lebih.. uhuh.. sekali skala ambil feel.. apa salahnya kan..

mood sekarang ada di kampung.. nak deko my room yang sebelah bilik.. macam rumah usang.. yang tak berpenghuni.. setiap kali balik.. mesti melepak bilik adik-adik.. sebab bilik diorang dah siap ada smua perabot.. dan paling penting.. ada meja study.. so tue tempat lepak aku setiap waktu malam.. sebab tv jangan mimpi lah.. kalau asyik alhijrah n oasis jew 24hour.. memang susah sikit la aku nak melayannya.. uhurmmmm... alamatnya cari kawasan jajahan sendiri.. nie pun selesa lepak bilik diorang sebab diorang tak ada di rumah.. so bolehlah luaskan kuasamu.. jadi bilik sendiri kan..

bilik aku.. dah cat.. purple.. keliling tingkap.. ingat nak cari perabot putih supaya masuk dengan purple terang bilik aku tue.. so sekarang masih godek-sodek cari ilham.. nak yang low budget.. cantik dan kemas.. nak bilik ala2 gugirls or princess.. yang cute mute gitue.. selesa untuk aku study n lepak.. and ada life aku.. mean aku tak kekok.. n semua barang aku ada disitu.. itu baru namanya bilik sendiri kan.. yea.. itu yang aku cari..

setakat yang aku godek.. dah jumpa beberapa..

Perabot putih.. dan lampu tinggi.. ok juga.. sebab bilik aku dah jadi gelap lepas cat warna purple terang.. so kena tambah kesan cahaya.. ok... good ideas..

meja buku n rak buku tue aku suka.. tapi tak nak warna tue.. sebab dah terang sangat dah cat yang aku masukkan.. meja buku pun aku tak nak yang ada wall macam tue.. sebab aku nak letak depan tingkap.. nanti ganggu.. saiz dia ok..

ala gugurls.. ok.. not bad.. warna putih pula.. suka2.. :)

nie pun menarik juga.. warna yang hampir dengan bilik aku sekarang..

half of my room in collage.. heaven rasa bila duduk sorang..



Sunday, July 12, 2015

Ramadhan 1436 hijrah (2015)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Ramadhan 1436 Hijrah.. ramadhan tahun nie..
dimulakan dengan first week kesunyian.. second week kegembiraan.. third week ujian.. dan forth insyaallah.. kemeriahan bersama family...

kesunyiaan.. first weeks aritue.. aku rasa sangat sunyi.. sunyi tue.. memang dah datang sebelum datangnya ramadhan lagi.. sunyi yang tak terkata.. sunyi sangat.. tyme tue aku rasa.. macam nak sangat balik kampung.. tapi aku tyme tue baru sesangat jew balik kampung.. takkan nak balik lagi kan..  tapi memang aku rasa sunyi tyme tue... adakah naluri tue sebenarnya datang dari parents aku.. almaklumlah.. puasa dah dekat tyme tue.. anak-anak pula semua jauh.. mestilah parents terasa sunyi kan.. dan naluri itu sampai pada aku.. mungkinkah??.. tapi tyme aku rasa sunyi tue.. aku tekad.. ramadhan nie.. aku cuba sebaik mungkin untuk dekatkan diri dengan allah.. tapi sampai sekarang masih bertatih lagi.. nak pula sekarang tengah ber'cuti' lagi lah.. bilalah tekad tue nak sampai... lah sam... 


second week.. kegembiraan.. dah start hilang sikit kesunyian tue.. bila setiap kali buka puasa dah ada peneman.. terawih pun dah berteman.. iaitu sha black.. teman aku berbuka dan terawih.. sebab kaklaili n bul tak puasa.. so sha lah jadi peneman setia... hari2 ktorang berbuka bersama.. kecuali hujung minggu.. dan next-next.. peneman berbuka bersama kami bertambah hari demi hari.. dan srmpat juga berbuka dengan CSG ( Conservation science group) dan team lab mate aku...



inilah gaya ktorang yang sempat berbuka puasa bersama.. di fakulti dan di putrajaya...

minggu ketiga.. aku betul-betul diuji.. dimana dah berjanji dengan parent nak bali kampung buat kuih raya.. tapi kerja belum siap sepenuhnya.. then.. tyme rushing nak siapkan kerja.. tangan aku problem pula.. aku tak ingat medical term dia.. yang aku pasti dia berkait dengan salur darah yang tersepit.. disebabkan oleh kebiasan pada satu kedudukan tersebut.. dan kemungkinan dari postur tangan aku letak waktu manaip dan guna tetikus.. dan menyebabkan salur darah aku tersepit dan tangan aku sakit.. terasa macam bengkak.. tapi tak bengkak.. keadaan tue sebenarnya selalu aku rasa waktu menulis especially buat karangan kan.. dan salalunya aku akan urut-urut dan picit-picit tangan.. tapi malam tue.. aku terus tidur.. tak letak minyak.. memang itulah yang aku dapat.. maybe kesan dari curi kerusi lab juga kot.. bawa balik bilik.. uhuh...


alhamdulillah sekarang sengal-sengal tue dah kurang.. tangan pun dah boleh gengam macam biasa.. kata pisiotrapi tue.. jangan biarkan tangan.. jangan takut untuk gerak dan lawan sakit tue.. kalau tak lagi membengkak.. hari nie dah menyapu keliling rumah dah pun.. terasa selesa..  tapi untuk gengam dan sental.. terasa sakit lagi.. menaip pun aku belum berani gunakan tangan kanan.. sebab terasa sengal tue balik.. terpaksalah tangan kiri aku belajar menaip dengan libih efisin.. hehe..

dan sekarang.. minggu keempat.. aku dah berada di rumah.. insyaallah.. prepare sikit-sikit .. kemas rumah.. tolong parent untuk semuanya..




Tuesday, July 7, 2015

Aku dan Penulisan..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Aku sangat berminat untuk bercerita.. 
Bercerita dan menulis bagi aku adalah sesuatu yang menarik dan boleh jadi kenang-kenangan pada kita untuk masa hadapan dan hari mendatang.. tak kisah la pada kita atau orang lain.. bercerita sebenarnya adalah sebuah perkongsian bersama bagi sesiapa yang sudi untuk mendengar.. kekadang aku rasa lucu sendiri... apabila membaca semula semua cerita yang aku tulis.. terutama dalam blog dan dairi.. sebab kebanyakkan cerita aku adalah apa yang aku impikan dan apa yang terjadi pada aku pada ketika itu.. semua tue kenangan.. kenangan yang mungkin tak boleh dibeli oleh orang lain...

aku pelupa orangnya.. terutama benda yang aku benci.. aku akan cepat untuk lupakannya.. alhamdulillah untuk itu.. tetapi kekadang benda yang baik pun aku cepat lupa juga.. sebab dah terlalu taksub dengan benda lain.. so benda baik juga aku cepat lupa.. tapi alhamdulillah.. hidup dengan dunia blog.. banyak memberi ruang untuk aku mengingati diri aku semula.. termasuklah cerita pahit manis.. suka duka.. yang mungkin aku bercerita disebalik selindung pun aku dapat mengimbau kembali... itu semua kenangan.. yang sentiasa memberi pengajaran buat aku..

aku dan penulisan.. bukanlah sebahagian daripada cita-cita aku.. tapi apa yang jelas aku nampak sekarang.. bakal jadi sebahagian daripada hidup aku.. master research.. sememangnya cita-cita aku.. dan lebih spesific lagi.. researcher.. adalah cita-cita yang aku impikan sejak kecil.. hidup sebagai researcher bukan mengkaji sahaja.. tapi akan merepotkan segala benda dari hasil kajian yang kita perolehi.. ini juga memerlukan penulisan.. tapi penulisannya adalah lebih hebat dan lebih power la berbanding penulisan blog aku yang hanya pision semata.. 

english benda yang aku benci.. aku kena hadap.. penulisan dalam english la yang selalu memberatkan aku untuk menulis setiap hasil kerjaku.. sesungguhnya aku sangat berminat untuk memuntahkan setiap hasil kajian aku.. tapi.. english.. bagaikan satu batu yang selalu menyekat tekakku untuk memuntahkan segala isinya.. itulah yang memberatkan aku sekarang.. dalam cita-cita yang aku sangat-sangat impikan... 

kekadang aku sangat cemburu.. cemburu kepada kawan-kawan yang english mereka sangat power.. sebab bagi aku ini memudahkan kerja meraka.. menulis terus apa yang ada di benak minda.. tanpa perlu merujuk kamus atau bahan bacaan yang hampir untuk melihat ayat yang betul dan sesuai digunakan.. yup..aku lemah untuk itu..  aku belajar sekarang ibarat bayi yang bertatih-tatih berangkak untuk berjalan ke suatu destinasi.. bermula dengan berangkak.. itulah kekadang yang cuba mematahkan minat aku kerana aku lelah untuk itu.. tapi aku tak pernah lupa.. sedangkan waktu kecil kita tidak pernah give up untuk belajar berjalan.. kenapa untuk ini aku perlu give up untuk aku dapatkan cita-cita yang aku inginkan..

ya allah permudahkanlah urusan aku ya allah.. 
RABIYASIR WALA TU'ASIR.. ROBITAMIM BIL KHOIR... AMIN...

Friday, July 3, 2015

Baik hati.. mana kira pangkat..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

InI cerita masa aku masih jadi kadet lagi dalam palapes..
hidup palapes.. serupalah keadaan hidup dengan alam ketenteraan.. cuma umumnya.. kami pelajar sambilan yang dilatih untuk menjadi simpanan tentera sekiranya darurat atau sebagainya.. jadi.. keadaan latihan yang diberikan pun semua.. ala-ala tentera la.. dari fizikal dan mental.. kena maki hamun adalah perkara biasa.. mulut pegawai yang macam cibai pun juga adalah biasa..

hinggalah suatu hari.. aku nie kedet yang baru bertatih-tatih dan mengenali dunia ketenteraan.. pergilah ke markas palapes untuk pinjam baju bagi latihan kawad konvo... segala urusan pinjam meminjam  tue aku berurusan la dengan seorang staff di pejabat markas tue.. orang panggil staff tue dengan gelaran ustaz... mungkin alim kot.. sebab cara dia bercakap dengan kami kedet-kedet pun lembut.. sedangkan kami nie siapalah sangat disitukan.. orang pijak-pijak jew kalau nama kedet dalam ketenteraan nie..

nak dijadikan cerita suatu hari.. aku tengah berurusan dengan staff nie.. aku nampak satu lampu nie yang tengah terpasang walaupun hari cerah.. aku memang pantang sikit.. tengok benda-benda yang bagi aku membazirkan tenaga elektrik dan meningkatkan suhu bumi nie.. so secara automatik tangan aku pun gatal tutup suiz lampu tue.. dan apa lagi habis black out satu office tue.. hahah.. lepas tue mula lah dengan suara-suara sumbang dari dalam office yang memaki-maki aku yang tutup suiz lampu tue.. kerana dah tertera sebelah suiz tue ditampal notis.. yang mana aku tak perasan langsung dan terus padam.. dan diorang tak tahu pun siapa yang tutu suiz itu... tetiba staff.. yang tengah berurusan dengan aku tue.. pergi masuk office dan minta maaf cakap dia tak segaja tertutup suiz tue.. sedangkan tadi memang dia nampak pun aku yang tutup suiz tue.. terharu gila.. aku dengan manusia yang macam nie,. sangat baiknya... sanggup tanggung kesalahan orang.. walaupun bukan dia yang buat.. kau rasa dunia hari nie.. ada orang nak mengaku macam tue.. dah buat siap sorok tangan lagi ada la.. manusia sekarang.. macam aku tyme tue.. uhuhu..

point dari cerita tue.. aku harap sangat aku dapat jumpa suami yang macam nie.. dengan aku jew.. dia baik sangat.. bukan dengan semua orang.. sebab aku tak sanggup tengok suami aku dibuli..hehe.. aku nak suami yang macam nie.. sebab aku rasa dia seorang yang sabar.. dan mampu mendidik aku yang degil nie.. yup.. aku mengaku aku degil.. sangat-sangat degil.. kalau orang garang dengan aku.. kalau aku dah kenal.. aku akan lagi garang daripada orang tue.. tengok juga la pada tahap yang macam mana.. tapi kalau orang tue lembut dengan aku.. sabar dengan aku.. insyaallah... suatu hari aku pun aku lembut dengan dia.. dan sayang dia macam mana dia sayang aku,.. sebab aku mengaku.. walaupun dalam degilnya hati aku..semuanya lebih kepada ego.. kalau dia bagi kasih sayang pada aku,,. aku sebenarnya tak mampu nak tengok orang yang buat baik kat aku dan dibalas jahat.. hati aku akan sayu dan akan salahkan diri sendiri untuk tue.. hati aku akan turun egonya dengan sendiri.. so aku sangat percaya pada diri aku.. kalau aku dapat suami yang penyayang.. insyaallah aku pun akan sayang pada dia.. insyaallah amin..