Baik hati.. mana kira pangkat..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

InI cerita masa aku masih jadi kadet lagi dalam palapes..
hidup palapes.. serupalah keadaan hidup dengan alam ketenteraan.. cuma umumnya.. kami pelajar sambilan yang dilatih untuk menjadi simpanan tentera sekiranya darurat atau sebagainya.. jadi.. keadaan latihan yang diberikan pun semua.. ala-ala tentera la.. dari fizikal dan mental.. kena maki hamun adalah perkara biasa.. mulut pegawai yang macam cibai pun juga adalah biasa..

hinggalah suatu hari.. aku nie kedet yang baru bertatih-tatih dan mengenali dunia ketenteraan.. pergilah ke markas palapes untuk pinjam baju bagi latihan kawad konvo... segala urusan pinjam meminjam  tue aku berurusan la dengan seorang staff di pejabat markas tue.. orang panggil staff tue dengan gelaran ustaz... mungkin alim kot.. sebab cara dia bercakap dengan kami kedet-kedet pun lembut.. sedangkan kami nie siapalah sangat disitukan.. orang pijak-pijak jew kalau nama kedet dalam ketenteraan nie..

nak dijadikan cerita suatu hari.. aku tengah berurusan dengan staff nie.. aku nampak satu lampu nie yang tengah terpasang walaupun hari cerah.. aku memang pantang sikit.. tengok benda-benda yang bagi aku membazirkan tenaga elektrik dan meningkatkan suhu bumi nie.. so secara automatik tangan aku pun gatal tutup suiz lampu tue.. dan apa lagi habis black out satu office tue.. hahah.. lepas tue mula lah dengan suara-suara sumbang dari dalam office yang memaki-maki aku yang tutup suiz lampu tue.. kerana dah tertera sebelah suiz tue ditampal notis.. yang mana aku tak perasan langsung dan terus padam.. dan diorang tak tahu pun siapa yang tutu suiz itu... tetiba staff.. yang tengah berurusan dengan aku tue.. pergi masuk office dan minta maaf cakap dia tak segaja tertutup suiz tue.. sedangkan tadi memang dia nampak pun aku yang tutup suiz tue.. terharu gila.. aku dengan manusia yang macam nie,. sangat baiknya... sanggup tanggung kesalahan orang.. walaupun bukan dia yang buat.. kau rasa dunia hari nie.. ada orang nak mengaku macam tue.. dah buat siap sorok tangan lagi ada la.. manusia sekarang.. macam aku tyme tue.. uhuhu..

point dari cerita tue.. aku harap sangat aku dapat jumpa suami yang macam nie.. dengan aku jew.. dia baik sangat.. bukan dengan semua orang.. sebab aku tak sanggup tengok suami aku dibuli..hehe.. aku nak suami yang macam nie.. sebab aku rasa dia seorang yang sabar.. dan mampu mendidik aku yang degil nie.. yup.. aku mengaku aku degil.. sangat-sangat degil.. kalau orang garang dengan aku.. kalau aku dah kenal.. aku akan lagi garang daripada orang tue.. tengok juga la pada tahap yang macam mana.. tapi kalau orang tue lembut dengan aku.. sabar dengan aku.. insyaallah... suatu hari aku pun aku lembut dengan dia.. dan sayang dia macam mana dia sayang aku,.. sebab aku mengaku.. walaupun dalam degilnya hati aku..semuanya lebih kepada ego.. kalau dia bagi kasih sayang pada aku,,. aku sebenarnya tak mampu nak tengok orang yang buat baik kat aku dan dibalas jahat.. hati aku akan sayu dan akan salahkan diri sendiri untuk tue.. hati aku akan turun egonya dengan sendiri.. so aku sangat percaya pada diri aku.. kalau aku dapat suami yang penyayang.. insyaallah aku pun akan sayang pada dia.. insyaallah amin..

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..