Tuesday, January 17, 2017

tANAKA wHite..

Tanaka white dari bio-essence.. produk kecantikan keenam yang aku pakai dan aku rasa sesuai.. sebelum nie sebenarnya aku pengguna setia produk fair n lovely.. muka aku tak ada masalah pun dengan produk tue.. aku pun dah pakai selama 14 tahun start pakai dari muka aku berparut waktu darjah bergaduh dengan abang aku, aku consume pakai fair n lovely.. ternyata kesan parut sebab luka dan jerawat boleh hilang dengan mudah.. ambil masa 1,2 minggu jew hilang..

tue cerita aku dengan fair n lovely.. aku start tukar produk nie lepas kawan aku dia kutuk-kutuk aku pakai produk yang bagi cerah cepat sedangkan aku tak cerah-cerah lebih kurang tue la ayat dia.. lepas tue dia cakap lagi  "produk murah nie banyak pakai bahan kimia.. maybe sekarang okey dengan kau.. nanti lama.. xtau apa effect dia.." so lepas dia cakap macam tue.. terus terpikir entah macam mana hati aku terus beralih arah dengan fair n lovely and try produk nano white.. nano white aku pilih sebab dia ada pek promosi yang mana seratus ringgit kau dapat satu set produk dia termasuk krim siang malam pencuci dan toner.. so aku start pakai produk tue.. lama-lama pakai aku rasa kulit aku berminyak dan tak best... dan kusam.. so aku beralih arah pakai gurnier pula yang merah jambu tue.. dalam masa tue juga aku guna pencuci muka eucerin.. mula-mula aku rasa best dan muka cuci sangat.. pakai gurnier pun okey.. sebab aku pakai serum dia jew bukan krim siang malam.. muka pun jadi pinkish sikit ( bila aku tgk dalam gambar la compare dengan muka orang lain..) tapi lama-lama aku perasan muka aku mula naik bijik-bijik pasir yang kerap.. muka aku jenis yang licin tau walaupun ada parut-parut bekas aku picit jerawat pasir tue.. start dari aku pakai nano white lagi tapi xbanyak.. aku still ok lagi dengan tue sebab bila aku picit jerawat tue akan hilang dan tinggal parut jew.. dan parut boleh recover dalam masa seminggu dua.. tapi dengan pencuci eucerin tak.. muka aku jadi susah nak picit benda tue n blackhead lepas tue dia akan membesar jadi jerawat yang dalam dan susah nak buang nanah tue.. aku perasan semakin kerap dan last aku terus stop.. akibat dia parut jerawat dia still kekal sampai sekarang.. aku stop... sebab selalunya parut aku tak akan ambil masa yang lama untuk hilang,. aku start tukar produk lain..

aku pakai produk berasaskan tumbuh-tumbuhan.. start dari lumina white,, duta produk diana amir.. pun tak menjadi sebab bau dia terlalu kuat.. aku tukar lagi produk ke cellinue pun tak menjadi.. parut tak hilang walaupun aku dah pakai ke bekas yang kedua.. then.. aku teringat kawan aku yang kulit dia semakin berseri.. dia cakap dia pakai produk bio essense.. so aku try miracle bio water just yang spray muka jew aku suka  then try pula tanaka white krim siang malam dan pencuci.. alhamdulillah dua bulan aku pakai okey.. cuma krim siang dia jew terlalu berminyak dan aku tak suka,, tapi aku pakai juga.. heheh.. pastu aku up kepada toner dia n serum.. serum baru nak cuba.. tapi toner dia aku dah pakai 3 minggu alhamdulillah jerawat kecut dan  jerawat pasir pun tak ada la bercambah.. parut yang lama pun makin pudar dan pudar nampak la kesan berbanding produk lain...

kawan aku yang dulu tue.. yang cakap xbagus pakai produk murah tue.. tetiba tanya aku apa produk kau pakai sekarang.. aku cakap la tanaka.. pastu dia balas dengan.. "wah.. pakai produk mahal.. banyak duit kau.." senget punya manusia.. dulu dia  xbagi pakai produk murah bahaya.. sekarang aku pakai produk lain dia komen lain la... fyi.. dia bkn penjual produk kecantikan dan dia lelaki.. mulut dia memang suka komen dan suka compare orang lain dengan akak2 dia.. nie la masalah adik kakak nie.. please la jangan bandingkan orang dengan family kau.. sapa2 jew la aku nasihat nie.. sebab gaya hidup orang dan pembesaran orang berbeza ok.. sila faham.. lagi satu dia kalau aku komen dia dia marah.. tapi bila dia komen orang dia tak pernah nak sedar diri pun..

dan fyi produk nie.. tak ada la mahal sangat kalau bijak membeli.. kenapa.. sebab produk2 nie selalu ada promosi sebenarnya.. so kena alert n rajin2 belik di watson or gurdian.. macam aku beli.. krim siang malam yang pak value punya baru rm30 banding beli bekas besar satu dah rm50++ kan.. kalau toner dia pula asal rm40++ promosi dalam rm37.. dan kalau lagi bijak beli di lazada hanya rm22 sahaja.. untuk serum aku tengok di lazada mahal dalam rm99 tapi kat watson without promotion rm78 tapi kalau lagi bijak beli macam aku pak value sekali pencuci dan mask tanaka baru rm78 kan dapat berjimat banyak tue.. pencuci muka 100g dah rm16 tapi dia bagi yang 50g jew la.. mask pula satu dah rm6 tapi nie free... pandai tak.. okey.. selamat la berjimat dalam berbelanja...




nie set tanaka white aku dengan pak jimat...

Sunday, January 8, 2017

Jangan lupakan aku..

hello peeps..

welcome back in 2017..

0080 am, 8 januari 2017, at home... saat ini aku dah melangkah ke satu tingkat usia.. iaitu 28 tahun.. belum mempunyai sebarang aset, hanya guru kelas tambahan dan belum mempunyai kerja yang tetap. Belum juga mempunyai pasangan hidup.. dan hanya mempunyai crush yang xmenjadi..

Berkaitan dengan kerja.. dah banyak interview dijalankan dan merantau.. dan sekarang hanya dipilih sebagai simpanan lantikan.. masih menunggu dengan peluang pekerjaan dan mencari terus mencari hingga dapat.. insyaallah.. tolong doakan yea kau dapat kerja..

mengenai crush xmenjadi... topik ini yang ingin diketengahkan hari ini.. sebenarnya.. memang tak berminat nak bercerita mengenai cinta, hati dan perasaan.. tetapi bila otak selalu terganggu.. jadi perlukan suatu ruang untuk diluah dan dilepaskan.. seperti yang all peeps sedia maklum.. 1'm adalah seorang yang susah nak luahkan perasaan.. tapi dengan seorang crush nie.. habis hancur segala prinsip hidup aku.. dan rata-rata kawan aku boleh nampak yang aku ada perasaan dngan crush aku nie.. sebab ktorang macam rapat dan gaya aku lain dengan kawan lelaki yang lain..

i'm still call him as my crush.. sebab  walaupun selalu bersama.. dan rata2 orang cakap kami saling ada hati antara satu sama lain.. tapi bila dia dengan aku dia xpernah mengaku dia suka aku.. asal aku buat ayat hint2 mesti dia akan marah gila dengan aku dan akan cakap " aku tak suka kau pun lah.." yup.. aku sakit hati.. sebab aku suka dia, dia boleh jawab macam tue dengan aku.. tapi bila aku xnak cakap dengan dia after tue.. pandai pula dia datang dan tanya macam2 dengan aku.. seolah-olah pujuk.. walaupun xde nada pujuk.. dan setiap kali aku cuba nak lupakan dia.. dan setiap kali tue juga la dia akan muncul balik depan aku.. antara mesej dia atau orangnya.. how to handle that..

ok cukup tentang tue.. sebab dia,. aku jadi gila.. sasau dan tak habis ingat dia.. seolah-olah seperti dia harapkan jangan lupakan dia.. macam ayat dia pernah cakap kat aku " jangan tinggal aku!!." dan tajuk movie yang dia pernah bagi 'stand by me' and 'i'm fine.. thank you.. love you..'..

mood sasau.. abaikan.. hehehhe...

serius..
sekarang aku lebih kepada nak perbaiki hidup aku.. pasangan hidup.. aku tak pasti.. dan malas mencari biarlah datang sendiri,, kalau betul dia suka aku.. biar dia datang pada aku.. macam yang dia cakap.. " aku nak kawin dengan orang yang betul2 aku suka.. taknak parent yang carikan.. n bla.. bla.. bla.. bla.. " panjang la dia bebel.. dan aku pastikan aku ada kerja sendiri.. ada duit sendiri.. nak lagi hebat cari peluang kerja lagi best lepas habis phd.. means akan sambung phd nnt insyaallah.. doakan aku jangan lupa.. *smile*