Sunday, November 27, 2016

Teman Hidup..

Dengan penyakit rindu  dan confius hilang tak nak habis.. datang pula soalan kahwin terjah menerpa aku.. dah agak dah situasi nie mesti akan jadi punya bila aku dah habis study..

genap hari nie baru seminggu aku duduk dirumah.. dah ada tanya soalan sudi tak terima dengan calon sedemikian-demikian.. anak kawan mak... dah ada kerja tetap, cikgu.. muka biasa-biasa jew.. tapi muda sikit la.. takpe kan beza tak jauh pun umur tue.. asal dah ada kerja.. urmmmmmmmm...

persoalannya... yang buat aku serabut...
bukan sebab dah ada kerja apa atau apa.. tapi masalahnya.. aku belum sedia untuk terima sesorang masuk dalam diri aku.. takut untuk pikul tanggungjawab.. takut aku tak mampu puaskan hati semua orang.. takut dalam macam-macam keadaan..

Percaya atau tidak.. kalau aku katakan dalam hati aku dah ada orang yang bertahta di hati..
tapi dengan dia sendiri.. aku masih takut menerima.. takut untuk pelbagai benda.. walaupun kekadang dari penceritaan dia cuba menyakinkan aku dan sebagainya masih aku takut lagi untuk terima dia andai dia meluahkan kata-kata untuk masuk sekalipun dalam kehidupan aku.. aku sendiri tak mampu nak terima.. walaupun kekadang aku cuba sikit-sikit untuk terima dia dalam hidup aku..






Friday, November 25, 2016

Di Mana Halatuju aku?

kembali kepada diri sendiri penentu kepada kehidupan sendiri dan seterusnya..

Tanggal 27 Oktober 2016.. complete sudah kehidupan aku sebagai seorang pelajar master.. dah berjaya viva.. dah berjaya submit thesis dan dah berjaya submit 4 paper pada journal high impact factor.. tau tak la nak rasa bangga kew.. nak rasa sedih kew.. atau nak rasa sayang untuk melepaskan... tapi kalau aku tunggu pun memang dah tak ada makna pun.. kan..

first bagi aku.. memang terdetik aku nak sambung juga study aku sampai phd.. sebab supervisor yang membantu... persekitaran yang aku biasa.. kawan-kawan masih ada.. dan semua kemudahan aku dah tersedia ada disana.. tapi last minit aku terpaksa ubah fikir.. disebabkan oleh kekangan dari segi wang ringgit aku terpaksa tangguh dahulu hajat aku untuk sampai ke peringkat phd..

kekadang aku terfikir..
betul kata orang.. anak yang terlalu dimanjakan akan sukar berdikari.. kekadang ada betulnya juga.. sebab bagi aku kekadang kami terlalu dimanjakan oleh supervisor dan kawan-kawan.. sehinggakan kekadang nak pergi site pun berteman.. haha.. hakikatnya memang aku takut.. tapi itulah kenyataannya.. sehinggakan bila berpisah daripada rakan-rakan aku, aku rasa.. adakah aku akan bertemu lagi dengan orang yang pernah aku jumpa sebelum nie.. yang mampu bantu aku setiap kali aku susah.. dan kekadang aku rasa takut untuk berdiri atas kaki sendiri.. disebabkan oleh bantuan-bantuan mereka yang senang dihulurkan sehinggakan aku takut untuk berpisah dengan mereka..

ada seorang kawan.. yang kerap membantu aku.. terutamanya dalam penulisan english.. kau tahu perasaan terlalu mengharapkan dia sehingga kau takut untuk melepaskannya.. disebabkan oleh satu perkara tersebut sahaja.. kau rasa nak dia sentiasa ada dengan kau.. kerana setiap kali kau memerlukan semestinya dia akan membantu.. walaupun pada awalnya ada penolakkan tetapi dia tetap akan datang membantu kau..  dan keadaan itu akan menyebabkan kau rasa nak kan dia untuk sentiasa ada bersama kau..

sehinggalah suatu hari.. kata-katanya membuatkan aku tersedar..
"sampai bila kau nak mengharapkan aku.."
kata-kata tersebut memang membuatkan aku tersedar dan sedih.. yup.. betul.. tak semestinya dia nak tolong aku selamanya.. aku perlu mencari haluan aku sendiri.. aku perlu bergerak sendiri.. aku tak boleh mengharapkannya lagi.. aku perlu sedar dan aku perlu bergerak..

sekarang aku perlu mencari halatuju aku sendiri.. yup.. sendiri..