Posts

Showing posts with the label 2018

Mana hilangnya aku dilaluan ini....? #phd

Assalamualikum... Baru satu semester perjalanan aku dalam pengajian ini.. bermula september dulu dan kini melalui disember.. empat bulan perjalanan  aku mula rasa peritnya.. gusar.. dan tidak menentu rasa hati.. pada kiraannya mula pengajian dulu.. aku rasa semuanya mampu aku tanggung.. tapi kian hari elaun yang aku dapat aku rasa sempit dengan hidup aku.. tak cukup.. apa masalah sebenar disebalik semuanya...  adakah disebabkan aku selalu mengungkit-ungkit disebabkan wang ringgit.. 1. KEWANGAN. pengajian aku kini dilanda masalah dengan kewangan walaupun aku dapat  bulan RM2.5k sebulan.. mana hilangnya wang tersebut bulan-bulan.. sebab tidak cukup.. mana dengan yuran pengajian.. mana dengan hutang ptptn.. mana dengan tempat tinggal.. dan juga makan.. 2.PENGAJIAN. kenapa semangat aku tidak tinggi sebagaimana pengajian aku diperingkat master dulu? mana hilangnya semangat aku untuk menjadi seorang penyelidik. mana? hari-hari aku rasa kosong. aku rasa tidak menentu. tia...

Minggu campur baur

Assalamualikum... Minggu ni adalah minggu campur bau sikit.. kenapa? sebab lepas balik dari Explorasi Saintifik di Mantailang, Taman Banjaran Crocker minggu ni diasak dengan beberapa kerja.. walaupun agak macam berat juga la kepala nak hadap.. tapi rasa la sikit balik life sebagai postgraduate student tu.. sibuk dengan slide presentation dan panganjuran program, beraktiviti sikit daripada duduk ngadam facebook, instagram, youtube, paper and journal (sorry paper and journal sebab duduk part belakang sebelum ni.. insyaallah kita akan bagi tempat dihadapan lepas nie..) Lepas balik explorasi aku rasa datang balik semangat nak buat research tu.. sebab sebelumnya aku rasa boring nak mati.. dah la tak paham method baru.. baca... baca.. baca... tanpa praktikalkan suatu benda memang sangat boring dan sangat susah faham.. so lepas dah try method and buat sendiri.. barulah nampak jalan pengajian tu... kaedah dia dam macam mana nak handle.. tapinya minggu ni diasak pula dengan urus simpos...

Kongsi cerita cita

Suara hati  1#: Dulu dalam hati pernah terdetik.. kalau aku belajar pandai-pandai.. tinggi-tinggi.. jauh-jauh.. suatu hari nanti aku balik kampung, aku nak cerita pada generasi baru di kampung.. macam mana perjalanan mencari ilmu tu.. apa pahit getir yang perlu kita tempohi.. aku nak ceritakan balik pengalaman aku supaya mereka-mereka yang dengar boleh ambil pedoman dan pengajaran supaya buat persediaan pada perjalanan mereka atau generasi yang akan datang... alhamdulillah.. dua tahun aku menganggur.. tuhan bagi peluang pada aku untuk aku tunaikan impian  aku dengan berkongsi pengalaman cerita perjalanan itu... dengan berkongsinya pada pelajar kelas tuisyen aku.. ada yang mendengar dan menerima.. dan ada yang mendengar dan jadikan olokan bagi mereka.. tak kisahlah.. asalkan kau sedar perjalanan ini banyak cabarannya.. walaupun kita berada dalam zaman yang serba maju dan moden... pada golongan ibu-ibu pula.. pengalaman aku ibarat suatu perbandingan dengan anak-...

Kenapa pilih SABAH untuk melanjutkan pelajaran?

Assalamualaikum.. Kali ini aku nak cerita pula kenapa aku pilih sabah untuk further study selepas aku pilih UKM.. Ramai orang bertanya pada aku kenapa pilih pergi sabah kenapa tak stay je upm? kenapa nak pilih jauh sangat..? tak sayang ke dulu study di universiti hebat sekarang pergi jauh ke universiti suam-suam je.. SITUASI SEBENAR.. First jawapan aku.. bila orang tanya aku kenapa pilih study di sabah.. of couse sebab aku dibayar semasa aku study disini selama tiga tahun.. yup puas aku fikir mana aku nak sambung aritue sebab aku tak ada pembiayaan.. lepas mybrain dibuka semula cepat-cepat aku apply study di ukm, sebab memang haluan aku nak rasa suasana baru untuk last pengajian aku.. sebab dari diploma sampai master aku di upm.. jadi kali ini aku nak try keluar sikit dari comfort zone.. dan cabar diri sendiri.. first aku try applu ukm.. dah aku dah rasa kelainan dia.. susah juga nak survive dengan lain dari suasana universiti kita..  tapi aku cuba.. aku try...

Lemah english macam mana jadi siswazah..

Assalamualikum.. Hai hari ni aku nak kongsi sedikit tips untuk siswazah yang mengalami masalah dalam penguasaan bahasa inggelish. Aku menggunakan siswazah merujuk kepada lepasan degree yang ingin melanjutkan pelajar ke peringkat master dan phd by research. Sebabnya term atau sebutan bagi setiap universiti adalah berbeza contohnya upm sendiri panggilan bagi siswazah adalah siswazah dan postgraduate manakala ukm term kebangsaan lah, siswazah dan  ums pula memangil dengan nama pascasiswazah, so setiap universiti adalah berbeza panggilan. Kenapa aku petik untuk by research je, bagaimanapula dengan coursework and mix mode? ermm.. sebabnya coursework dah biasa lalui sepanjang degree kan.. mesti dah pandai handle.. macam tue juga mix mode. Tapi untuk research maybe perjalanan yang baru dan akan banyak bertemu dengan pelbagai bangsa dan negara dan juga akan berlaku gelabah tak bertempat.. so sekarang kita cuba atasinya, okey? Panjang pula celoteh disini kan.... Masih dalam intro,...

Langkah ke EMPAT..

Assalamualaikum.. Today I got my first allowance, it means that I'm officially commencing work with a SAFE project.  Takut cemas tue semua ada... sebabnya aku memang xpandai sangat pun bahasa mat salleh.. tetiba kena keja dengan mat salleh semua kan.. so cabaran baru bagi aku.. masyaAllah takut aku memang aku xtau nak luahkan.. tapiaku terus je bergerak dalam setiap langkah yang aku nak.. ibarat kata kaki jom kita redah je sambil tawakal pada Allah, moga dipermudahkan jalan kita.. Hari  ni, 18 September 2018. Dah tiga minggu aku berada di bumi bawah bayu dan minggu kedua juga aku duduk di dalam kabin yang comel di Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (ITBC). Alhamdulillah, first day aku datang perkenalkan diri aku di ITBC, diorang dah macam fimilar dah dengan kehadiran aku disini. Sebab rata-rata bila aku jumpa dan bagitu nama mesti akan cakap "owh inikah (nama aku)." (sebabnya mungkin aku masuk lambat kot, setiap kali disebut nama orangnya tak wuju...

UKM n kecewa??

rasa macam dah lama x stories mories kat sini.. so malam ni datang la melawat kejap.. cerita aku untuk dua tiga bulan nie.. yang pasti harapan untuk aku sambung study di UKM, stop dulu sampai disini.. bila laporan dari kementarian telah mengumumkan penangguhan bagi menyalurkan biasiswa mybrain untuk postgraduat master dan phd.. orang cakap terima la nasib kononnya nak kaleh bagi elok, golongan berotak gunalah otak sendiri untuk cari dana nak cari ilmu.. so aku pun kaleh la bagi elok dan terbaik untuk masa depan aku.. walaupun tak dapat sambung study di ukm.. untuk makluman, aku kan kurang selesa untuk berkerja di insurans kan.. so lepas balik ukm aritue terus aku maklumkan berkaitan aku nak berhenti awal sebulan sebelum mula pengajian pada bulan 9..  untuk aku buat persediaan sebelum sambung belajar.. dan minggu lepas, my boss boleh pula bagi aku cuti awal seminggu sebelum masuk bulan lapan... so kira farewell awal la.. tapi malangnya bajet aku lari untuk ...

Malaysian's General Election 14..

Kalau scroll facebook dan instagram.. sebuk semua tunjuk jari yang dicat hitam dan tak kurang juga yang tunjuk nombor saluran mengundi pada kertas spr masing-masing.. itu maksudnya MGE dan berlalu.. so malam nie adalah malam yang ditunggu-tunggu oleh rakyat malaysia siapakah yang menang hasil daripada pemilihan kita sendiri.. sebab kita menggunakan sistem demokrasi perpalimen.. kutipan hasil persetujuan ramai siapakah yang bakal memimpin negara.. So malam nie.. aku terpanggil menyuarakan pendapat aku berkaitan politik.. walaupun hakikatnya sebenar-benarnya aku tak berminat sangat pun.. tapi bila ada tempias dengan kehidupan aku dan bakal masa depan aku sendiri.. so diri sendiri mula tertarik untuk menyampaikan sedikit suara hati disini.. walaupun hakikatnya.. tak pandai dan minat pun pada politik negera.. politik ibarat pasang surut air.. time mengundi masing-masing menabur janji sebaik mungkin tanpa sedar bahawa itu suatu tanggungjawab, janji dan amanah yang bakal dipikulny...

Cikgu Paling Best...

Image
Tengok tajuk kali nie... meletops tak kau.... hahahha... Alhamdulillah, setahun tiga bulan mengajar di Pusat Tuisyen Ajyad.. Alhamdulillah juga para pelajar pun boleh terima apa yang aku ajar... TAPI!!!! awat hampa tak pandai-pandai lagi hah!!.. puas cikgu menjerit tau.. nak bagi ampa paham... okey...take u time, students... xpa cikgu bagi masa kat ampa dulu.. tangkap apa yang cikgu ajar.. nanti upsr, pt3 dan spm ampa tunjuk result the best, 'A' tue kat cikgu tau... Sebenarnya, dua minggu lepas pusat tuisyen bagi kertas kat semua student2 kat pusat tuisyen suruh diorang tulis cikgu mana yang diorang suka dan kenapa.. so antara cikgu-cikgu subjek, diorang pilih cikgu subjek matematik dan sains cikgu yang diorang paling suka.. yes of couse it's me, science n math's teacher.. dan aku pun pelik.. kenapa diorang pilih aku.. sedangkan aku tgk diorang nie mengantuk jew dalam kelas.. siap aku cakap nak buat tabung tido.. sapa yang tido lagi dalam kelas kena masuk ...

Persedian PHD

Bismillahhirahmanirahim... Phd buka suatu halatuju yang mudah.. untuk seseorang inginkan gelaran doktor falsafah tersebut.. dugaan akan datang dalam keadaan pelbagai cara.. yang mana ia merangkumi pelbagai benda, fizikal mental, kewangan dan mungkin juga kasih sayang orang sekeliling.. cabarannya juga sangat tinggi.. dan sebelum masuk ke gate perjalanan tue lagi.. ujian dah mula kunjung tiba.. aku ada rasa aura-aura dia.. menyebabkan aku kena ambil nafas dalam ibarat nak menyelam ke laut dalam yang tak pasti risikonya kat mana.... dan nafas itu mampu bertahan tak dengan kedalaman selaman aku.. kalau mampu alhamdulillah, aku dapat mutiara yang bermutu tinggi dari hasil selaman aku.. tapi kalau tak mampu antara dua pilihan yang aku bakal alami.. pertama mungkin dapat timbul dipermukaan dengan selamat dan kedua mungkin \akan lemas dipertengahan perjalanan.. itu risiko yang bakal kena hadap dalam perjalanan phd ini.. tapi apa-apa pun berusaha, tawakal dan berserah pada Ya Ra...

Penat..

Bismillahhirahmanirahim.. Lepas balik dari UKM,  jumaat pagi sampai rumah.. dan jumaat pagi la aku start kembali rutin-rutin harian aku seperti biasa... kelas dari 7.50 pagi hinggalah 5.30 petang.. so kelas aku untuk sekolah rendah.. aku hanya  discuss balik kertas test diorang yang aku suruh diorang buat time aku tak ada.. dan sekolah menengah punya ofcos kena start topik macam biasa sebab nak habiskan semua topik cepat.. disebabkan jumaat aku tak sempat nak rehat n lelapkan mata sikit pun, malam tue.. pukul 9 malam aku dah bantai tidur... sedar-sedar dah tiga pagi.. segar bugar mata aku sebab dah tidur 6jam.. tp disebabkan rasa malas n sabtu masih kelas so aku terus bantai tidur sampai pukul 7 hah.. ambik kau.. subuh pun dah ke mana.. so harinie.. rutin aku start keja insuran la.. weekday.. sampai semua datang tegur.. tanya aku mana lama tak nampak.. sampaikan akak pejabat pos pun ingat aku dah quit keja sebab dah 3 minggu aku tak berurusan dengan dia... respect...

last nite in UKM.. tamat sesi perkenalan...

kesimpulanan yang boleh aku buat sepanjang dua minggu aku tinggal disini... dan tengok sistem siswazah disini.. tiga perkataan yang aku katakan... iaitu.... AKU RINDU UPM~~~!!! Kolej Baharudin Helmi, 23:29 04042018 mood swing...

Refresh as postgraduate student..

Bismillahhirahmanirahim.. Bila nak melangkah semula ke alam siswazah, nak tak nak aku kena selak balik semua nota, nasihat, kata-kata azimat daripada tok guru-tok guru dulu-dulu.. walaupun kali nie aku berubah ke haluan baru.. tapi aku masih rindu lagi kata-kata nasihat dari tok guru- tok guru aku dari UPM.. yup disitulah segala perjalanan aku bermula.. dan disitu juga la aku belajar segalanya.. so jasa guru-guruku itu tidak akan aku lupakan.. ikutkan hati memang nak sangat sambung study sana lagi.. tapi last step bagi aku.. diploma, ijazah dan master.. biarlah phd aku cuba suasana baru, kehidupan baru dan membawa aku pada suatu keadaan yang baru pula untuk aku terbuka dan belajar dari persekitarannya.. Aku datang sini malam nie, nak ingat balik apa yang aku perlu ingat dan buat as student postgrad.. macam nasihat dan kata-kata tok guru aku dulu-dulu.. 1. tok guru aku dulu, dia tak suka benda yang rumit dalam pada masa yang sama dia suka publish paper.. so nasihat yang selal...

First sem defer tapi dah nak kena start projek..

Bismillahhirahmanirahim.. Aku bajet bila defer first semester, boleh la aku relax-relax dulu and start sikit-sikit untuk pengajian phd aku akan datang.. macam entry aku sebelum nie dah cakap.. semester nie aku terpaksa dulu defer pengajian aku memandangkan aku belum cukup lagi duit untuk mendaftar masuk.. tapi aku dah start sikit-sikit proses berkaitan dengan kajian aku.. dan minggu nie dan minggu lepas juga aku dah start bersua muka dengan sv-sv aku untuk berkenalan.. berkenalan la sangat kan.. hahaha.. sv aku cakap bagus la aku defer sebab bulan nie dah makan bulan sikit.. dan lagi bagus aku dah start pre study awal untuk aku kenal kajian aku... berkaitan kajian aku.. kalau korang baca dari entry yang lepas-lepas.. korang akan tahu macam mana aku dapat tajuk kajian.. dan kajian nie buka datang dari main supervisor aku... so situasinya macam aku baru nak kenal tajuk nie.. dan supervisor aku pun belum jelas lagi dengan tajuk kajian nie.. so sama-sama tak tau sepenuhnya lagi dar...

Langkah pertama phD..

Bismillahhirahmanirahim... Tanggal  22hb mac 2018 sekali lagi aku menjejakkan kaki di bumi UKM dengan status separuh sah dan tidak sah.. pelik x? pelik kan... kenapa gitu.. sebab yang jadi sah tak sah nya sebab aku dah dapat surat tawaran untuk sambung pengajian aku tapi aku buat penangguhan pengajian ke semester seterusnya... so pengajian aku bukan bermula sekarang..  next semester baru start.. dan sekarang aku dah ada di UKM.. Sebab pertama aku tak mulakan sekarang  1. sebab yuran terlalu mahal.. yuran dia hampir RM4k.. RM3994.. aku masih perlu kumpul banyak lagi untuk cukupkan jumlah tue.. masih memerlukan RM3K untuk memulakan pengajian so nak tak nak aku kena defer dulu pendaftaran untuk semester nie...  2. aku masih ada kelas tuisyen.. yup kelas tuisyen je yang mampu memyumbang aku sambung pengajian aku ... so nak tak nak aku kena tambah duit dari situ..  3. aku nak puasa and raya tahun nie dekat rumah dengan lebih lama sikit.. so next-next y...

Buka sayap..

Suatu ketika dua merpati terbang sejoli.. seiring mencari kehidupan dan halatuju yang tak pasti.. meneruskan perjuangan bersama-sama sehingga ke akhir landasan yang sama.. hinggalah kesuatu ketika.. fikiran dan keinginan sudah berlainan kata.. kepincangan mula menjengah huluan mereka.. memasing mula mencarian haluan yang berbeza.. dan keputusan akhir kami tak akan bersama.. kini.. merpati tidak sejoli lagi... memasing mula mencari haluan sendiri.. haluan yang pasti tak akan bersama lagi.. lebarlah sayapmu wahai merpati.. teruskan mencari apa yang kamu ingini.. setiap masa yang dilalui.. mempunyai makna-makna yang tersendiri.. teruslah mencapai cita-cita yang kamu ingini.. insya allah tuhan membantu dan haruslah kau hargai... Perpustakaan Tun Seri Lenang 12:02 24032018 prepare proposal... PERLU BACA NI JUGA -> Arah baru lepas phd 

MyBrain PhD dan DELIMA...

Bismillah hirahmanirahim... Walaupun otak aku sekarang serabut dan serat dengan banyak benda nak difikirkan, tapi tangan masih gatal untuk datang dan menaip disini... Still in progress and process penyambungan pengajian.. Mybrain15.. 31hb mac nie tarikh tutup pemohonan.. dalam masa yang sama UPM ada juga duduk hantar aku senarai-senarai biasiswa lain antaranya salah satu biasiswa yang menjadi impian dan cita-cita aku sebelum nie.. yang menyebabkan aku ambil keputusan sambung pengajian tahun nie iaitu biasiswa sime darby..  kenapa aku suka sangat nak biasiswa sime darby, pertamanya sebab elaun dia tinggi.. sebulan aku boleh dapat RM2300 untuk elaun sara diri, yuran dengan thesis asing pula.. so memang sedap la.. lepas tue pulak yuran PhD UPM setakat nie aku tengok antara yang paling termurah dalam semua Research Universiti.. so aku rasa macam sayangnya tinggalkan UPM dah la banyak koleberasi dengan banyak badan besar dalam pertanian... so banyak la biasiswa mahal-mahal ditawark...

Future plan PHD

Al kisah minggu nie... baru rancang nak sambung phd.. minggu nie rasa berat kepala dah... adoihhh..  sebelum nie, duk berkira-kira juga.. awatlah lambat benar MyBrain15 nie nak buka scholarship.. then minggu nie dah buka aku rasa berat kepala sendiri pula confius nak isi yang mana... Doc bad tak conform lagi stay di UPM atau ke UKM.. manakala doc baru tue suruh aku sambung di UKM.. ambil study dalam lab yang lebih menjamin kerjaya bagi perempuan..  doc bad aku tak sembang banyak la sebab aku dah tau dah hala tuju dia nak letak aku kat mana... artificial caterpillar.. doc baru diet artificial... omg.. mana satu ni, mana satu nak pilih.. berat kepala aku.. so rasa macam nak tidur awal.. hahaha.. aku teringat lagi life master aku... kalau aku stress ke haper ke.. xtau macam mana nak handle nak selesaikan.. satu benda jew aku buat waktu zaman master... iaitu tidur.. hahah penyelesaian yang tak berkesudahan... geheee... aku berkurung dalam bilik dan aku tidur... ta...

Doc owh PHD...

Aku rasa dalam beberapa bulan nie.. aku akan banyak up isu berkaitan dengan diri aku sekarang.. Alhamdulillah.. bulan february 2018.. banyaklah la aku nampak yang baik-baik tue makin datang dalam diri aku.. dalaman atau luaran dah semakin positif alhamdulillah... kalau dulu liat nak bangun pagi sekarang alhamdulillah pagi2 dah tak perlu kejut... subuh pun makin terjaga.. harap terus istiqamah.. tidur pun.. kul 11 selalunya dah hanyut.. paling lewat kul 12 aku tidur sekarang... tue positifnya diri aku... luaran... alhamdulillah keja pun sekarang semakin stabil sikit.. insurans memang xde perubahan.. time aku rasa stress aku cuti.. tapi kalau bab tuisyen aku konsisten dan kalau boleh nak bagi sehabis baik untuk student aku.. kalau boleh nak bagi semua yang datang belajar dengan aku.. nak sangat diorang ada improvement dalam diri diorg... nak bagi boleh sains n mate especially tingkatan 3... kelas diorang yang aku agak muram... sebab ada yang paling pandai dan yang paling xboleh.. so...

BantuanNYA....

Awal Februari haritu, aku berblog walking... tujuannya nak mencari kerja dalam betul-betul bidang aku... sebabnya aku rasa penat, bekerja dalam bidang yang aku tak minat memang selalu melahirkan rasa penat dalam diri aku.. rasa menyampah dan rimas.. so aku rasa, aku perlu keluar dari kepompong nie... ye.. memang aku berazam nak sambung phd.. tapi jarak untuk aku ke situ masih la panjang... so kalau boleh dalam masa 6 bulan sekarang aku nak cari benda yang berguna untuk hidup aku dan dalam bidang aku...  so.. dalam tengah berjalan-jalan mencari bidang kerjaya aku.. terjumpalah satu blog nie.. cerita berkaitan dengan kerjaya dalam bidang aku.. aku excited nak baca blog dia sebab nak tau info mengenai bidang aku.. kebanyakkan dalam blog dia, mencerita perkaitan dia dengan kerjaya dalam bidang tue tapi yang tak bestnya dia tak terangkan secara detail.. dia banyak  bagi pembayang je dan kita pembaca kena cari sendiri secara detail info dan maklumat tue.. mostly ramai la b...