Future plan PHD
Al kisah minggu nie... baru rancang nak sambung phd.. minggu nie rasa berat kepala dah... adoihhh..
sebelum nie, duk berkira-kira juga.. awatlah lambat benar MyBrain15 nie nak buka scholarship.. then minggu nie dah buka aku rasa berat kepala sendiri pula confius nak isi yang mana... Doc bad tak conform lagi stay di UPM atau ke UKM.. manakala doc baru tue suruh aku sambung di UKM.. ambil study dalam lab yang lebih menjamin kerjaya bagi perempuan.. doc bad aku tak sembang banyak la sebab aku dah tau dah hala tuju dia nak letak aku kat mana... artificial caterpillar.. doc baru diet artificial... omg.. mana satu ni, mana satu nak pilih.. berat kepala aku.. so rasa macam nak tidur awal..
hahaha.. aku teringat lagi life master aku... kalau aku stress ke haper ke.. xtau macam mana nak handle nak selesaikan.. satu benda jew aku buat waktu zaman master... iaitu tidur.. hahah penyelesaian yang tak berkesudahan... geheee... aku berkurung dalam bilik dan aku tidur... tak nak jumpa sapa-sapa pun... makan selalunya makan jew apa yang ada dibilik.. atau petang2 keluar cari makanan dan buat stok dalam bilik.. lepas tue xpayah keluar bilik 2, 3 hari... malam kerja membaca, atau writing sampai subuh.. siang aku tidur sampai nak dekat asar... dan yang pasti nya.. zohor aku selalu sipi-sipi jew hujung-hujung waktu...
orang lain kalau ada masalah dekatkan diri dengan tuhan.. aku time tue ikut angin.. tapi hujung-hujung dekat dengan viva.. barulah ada kesedaran sikit untuk dekatkan diri.. time tue hampir tiap-tiap malam juga la.. solat hajat, solat taubat... mohon dipermudahkan urusan.. dan alhamdulillah aku habis kini... sekarang nak cari penyakit lagi nak masuk balik dunia tue... tak serik kan...
cerita tentang nak sambung phd.. aku berbelah bahagi sebenarnya antara nak sambung dengan doc bad atau nak ikut doc baru tue... still confius lagi dengan keadaan tue.. aku suka dengan gaya doc bad.. tapi aku nak try juga bidang lain.. doc baru pula.. aku suka cara dia nak bawa aku kebidang baru tue... tapi kekadang aku takut aku tak mampu surviva dengan dia.. sebab dia banyak sangat tekankan dekat aku, aku kena independent... yup aku boleh independent tapi still takut.. sebab aku bukan dia.. dan aku tak nampak lagi diri aku boleh bawa tak kearah tue.. aku takut...
umur sekarang 29 tahun.. dia cakap dia haritue buat phd 4 tahun.. kalau aku dalam kiraan tue.. keluar dengan 33 tahun.. hohoho... kerja mana, nak kena surviva banyak tue.. lain la kalau ada yang nak support aku disebelahkan.. rasa kurang la sikit beban tue.. so sekarang masih terkira-kira lagi.. mohon tuhan bagi petunjuk..
sekarang punya kerja... majalah xsiap edit... buku tergantung disitu... proposal batang hidung xnampak langsung lagi... sv masih tercari-cari.. MyBrain15 ada 28hari lagi... otak serabut.. buku tuisyen entah kemana.. bilik tunggang langgang... tanggan masih menaip di blog.. dan hati mengeluh xtau nak buat apa... so rasa persiapan paling baik.. pergi la sujud cari ilahi... mohon pertolongan dia...
p/s: hati please jangan malas... nak jumpa pencipta segala alam kot... mohon disana lagi better...
p/s: hati please jangan malas... nak jumpa pencipta segala alam kot... mohon disana lagi better...
My Sweety Room , Villa Field
21:58 03032018
busy tapi serabut...
Comments
Post a Comment