Posts

Showing posts with the label ADVICE

Masa

Image
Assalamualaikum.. Dulu kecil-kecil aku pernah ada impian nak ubah dan nasihat orang untuk jadi baik. Tapi bila besar dan kau tengok banyak ragam manusia terus terdetik dalam hati rasa penat. Dan mula rasa lantak la apa manusia nak buat malas nak ambil peduli. Tapi sebenarnya perasaan tu jahat sebenarnya. Sedangkan dalam al quran sendiri cakap " Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

Barang yang lepas jangan di kenang

Assalamualikum.. Aku tak tahu sebenarnya macam mana nak sampaikan pada kawan aku untuk dia lupakan je la benda lama-lama. Ada benda yang boleh di ingat dan ada benda yang biarkan je la berlalu jadi kenangan. Terlalu mengimbau pun kadang benda tu merimaskan dan boleh jadi toksik pada diri. Bagi aku masa lalu adalah masa lalu. Masa sekarang yang perlu kita hargai dan jadikannya lebih baik kedepannya. Tapi bila aku cakap, dia salah tafsir. Kata aku terasa dengan orang sebagainya. Bagi aku hidup kita ibarat drama atau novel bagi yang baca novel dan tengok drama. Setiap perjalanan hidup kita ada chapter dan topik yang tersendiri. Aku boring la jenis baca novel yang banyak flashback tu. Dah jalan ke depan, sekali pandang balik belakang. Bila nak habis jalan cerita. Aku nak novel atau drama yang jalan terus untuk kita tau ending. Kalau ada flashback pun mungkin untuk kita faham jalan cerita sikit-sikit supaya boleh betulkan jalan cerita di hadapan. Itu je aku mahu. Mungkin boleh la sikit ...

Temu duga oh temu duga..

Hai Assalamualaikum.. Hari ni aku nak bercerita berkaitan temu duga. Situasi aku sekarang, alhamdulillah di beri pengalaman menjadi penemu duga dan ditemu duga. Kedua-duanya pun aku pernah rasa. Sebagai ditemu duga siapa tak pernah rasakan, waktu tu tahap mendebarnya macam nak terkeluar jantung. Padahal kalau dilihat balik bukan penemuduga nak makan kita pun. Tapi takutnya tu, YA Allah. Bukan apa, takut tak dapat jawap soalan yang diberikan dan takut tersalah menjawab soalan. Orang selalu cakap confident ja bagi jawapan, insyaALLAH dapat. Tapi kita selalu tergagap-gagap disebabkan point di atas. Tambahan pula bila nervous, terus hilang segala jawapan yang kita nak bagitau tadi. Padahal kita tau ja jawapan tu. Bila duduk sorang-sorang, mula la jawapan-jawapan tadi berterbangan di minda sedangkan waktu temuduga tadi tak dapat jawap. Itu pengalaman aku bila masuk interview. Tapi sebenarnya jawapan kita bagitau tu, tak ada betul dan salahnya. Tapi kita takut, takut kemungkinan untuk di t...

Belajar lah. Ilmu bukan dogeng kosong.

Assalamualikum... Aku nak bercerita berkaitan housemate aku. Dia student phd bidang geologi. Sama dengan aku, kami asyik mengeluh berkaitan dengan bidang kami dan kerjaya yang ibarat orang tak pandang kami. Dugaan belajar tinggi ni sama tinggi dengan level dia. Lagi tinggi kau belajar lagi terhad bidang kerjaya kau nak masuk terutamanya di Malaysia. Dia pernah pergi interview Suruhanjaya perkhidmatan awam baru-baru ni jawatan Q41 pegawai sains geologi tapi kena reject sebab ada phd. Aku dulu pun pernah juga kena ayat yang sama interview penolong pegawai kurator kena reject sebab ada master. Kata penemuduga tu "Kamu tunggu la jawatan 41. Ada rezeki kamu ada la" tapi sampai sekarang nak habis phd dah pun belum ada. Tambah dia bercerita lagi, bidang dia sudah la terhad berapa universiti ja ada bidang geologi. Pemintaan pelajar untuk bidang ni pun dah tak ramai. Mungkin sebab peluang pekerjaan yang terhad, orang tak nampak dan yang ada pun banyak yang dah lari keluar bidang. ...

WHAT PHD MEAN To YOU.

Image
Assalamualaikum, Hi! Sihat semua? Right now I'm just playing a game, watching Taylor Swift's graduation speech, and doing some corrections. While listening to Taylor's speech, I was reminded of something my sister said to me. She mentioned something about many people with PhDs and a story about throwing stones. I wasn't sure what she meant by throwing stones and it hitting PhD students. Maybe it meant there are a lot of people with PhDs these days? The other part of her story was that she doesn't want her children to have to go through super long studies like me. She thinks it's enough with the education they have now just to get a job. I really hope someday she'll understand the value of education and appreciate what I'm doing. This is one of the reasons why I don't like to stay in my hometown. They dont appreciate what i do now.

WELCOME 2024

Assalamualaikum.. To my life again sampai juga ke satu lagi angka baru dalam hidup iaitu 35 tahun. Terbaca tadi post dari Sahilbloom's ig. Sepuluh tahun lepas dia pernah tulis pada diri sendiri berkaitan hidup dengan berbunyi.. " Hai orang tua, jika kamu baca ini bermakud kamu masih hidup. Taniah.." Melihat pada apa yang dia tulis refleksi semula pada diri sendiri. Tiga hari lagi genap tiga puluh lima tahun kehidupan aku di bumi ini. Alhamdulillah. Walaupun masih dalam fasa hidup single belum ada keluarga kecil sendiri tapi tuhan bagi aku mata dan fikiran untuk melihat dan telitikan sekeliling dan bersyukur apa yang telah diberikan buat masa ini. Alhamdulillah 12.12.2023 aku berjaya melepasi satu lagi fasa hidup kerjaya aku iaitu menghantar penulisan thesis bagi pengajian phd aku. Satu cita-cita yang aku impikan moga dipermudahkan juga urusan viva dan mendapat pekerjaan sebagai pensyarah tetap. Tiga puluh lima tahu. Satu angka yang aku tak pasti macam mana pe...

Nasihat untuk diri pada masa akan datang.

Image
Assalamualikum.. Tadi saja aku google nama sendiri, tengok apa carian google bagi pada aku. Apa yang aku jumpa adalah keseluruhannya gambar wife pada mantan menteri kita dulu. Dalam banyka-banyak gambar wife mantan menteri, ada la terselit dua keping gambar aku. Aku try buka. Jumpa research paper aku dan satu blog supervisor aku sekarang.Aku buka dan scroll blog dia. Tengok pencapaian dia. Hebat.Tapi kehebatan dia tu tak jadi idola pada aku. Tak seperti aku tengok pensyarah-pensyarah lain yang aku rasa bangga dengan kejayaan diorang. Supervisor aku, bagi aku bagus dia boleh bawa diri dia setinggi tu. Dia bawa nama kami untuk kejayaan dia, tapi bagi aku dia abaikan anak didik pada masa yang sama. Aku tak tau la benda ni hanya berlaku pada aku sahaja atau pada yang lain juga. Kawan aku time master dulu nampak stressnya, dia sangat la struggle sampai dapat anxiety. Cina kan diorang study hard. Aku, tak ada la anxiety. Tapi agak terkilan la sebab jadi banyak keluar duit untuk yuran se...

Advice for myself

Assalamualikum.. Aku tau kecewa tu kekadang menyakitkan kenapa aku tak belajar dari pengalaman. Aku tak faham la diri aku suka kejar benda yang tak logik. Suka kejar benda yang dah nampak red flag. Kejar orang yang tak hargai kau. Tolong sedar. Jadi orang yang berharga dan bernilai. Jangan jadi orang yang terdesak. Sakit aku tengok, malu pun ada. Please wait for the right one. Dont be desperate. Wake up. Please myself remember : 1. When someone like your posting does not mean he likes you. He only like what you mentions in your post. 2. He always ignore you right? when you invite him to lunch or dinner, also when you mesej to him. What do you think? Its red flag ok. 3. You order something but he denial/ ignore it. Oh myself, please. Please forgot about him. Does not mean, when he wish your birthday he means something to you. Think rightly. He wish to everyone ok. To all his friends. Please do not easy to falling in love on someone. Build the wall and make sure you give you...

Bahasa Badan

Assalamualaikum.. Hai 2023, nampak macam tahun ni busy ja.. Banyak pula aktiviti kolej yang dirancangkan dan yang dah dijalankan.. Ini antara beberapa-berapa la.. nanti aku download gambar. Cerita berkaitan bahasa badan, semalam ada pelajar aku nak suruh aku join meeting kelab dia. Tapi bagi pilihan pada aku either aku nak join ke tidak. Memang malas la aku nak join kalau sekadar meeting kelab biasa-biasa ja. Sekali lepas meeting su post butiran meeting mesyuarat dalam group. Sebab sebelum ni aku dah pesan pada diorang, kalau diorang tak mau minit mesyuarat proper pun isi meeting post juga dalam group supaya semua ahli meeting boleh tengok dan tau terutama yang tak datang. Kita pun boleh double check hasil meeting lepas. So tadi, aku tak masuk tapi aku tgk minit mesyuarat meeting diorang. "Ah, buat program besar?". Lepas meeting aku jumpa balik la dengan student aku tu. " Program apa ni? Macam mana perancangan program ni.." then dia cerita detail yang dia nak b...

Abang

Assalamualikum.. Rumah kami tak harmoni macam dulu agi. Keadaannya jadi ketara bila ayah dah tak ada. Mak sebagai kunci kedua kekuatan rumah semakin tak bertenaga mengharung rintangan ni. Semuanya berpunca dari abang. Kadang aku minta pada tuhan.. cepat la ambil nyawa abang aku ni.. supaya semua orang tenang. Tak da lagi orang yang susahkan hati mak. Kami adik beradik rasa tak selesa balik kampung. Saudara mara lain pun tak berminat dah datang rumah sebab perangai dia. Mengamuk tak tentu hala, rosak kan barang ni, barang tu. Macam tikus. Aku dah tak da hati nak beli barang balik kg. Aku pernah cat rumah penat-penat berhari last dia balik boleh celit-celit cat lain jadi tompok geram betul aku. Memang dari kecil aku tak pernah tentang dengan dia ni. Dia tak pernah ringankan kerja orang tapi selalu tambah beban. Banyak barang ayah dia dah rosakkan mesin rumput lampu.Pagar rumah dia tebas biar berlubang. Hidup dia macam khianat harta sendiri. Aku sayang rumah kami, rumah yang ayah dan ma...