Bahasa Badan

Assalamualaikum..

Hai 2023, nampak macam tahun ni busy ja.. Banyak pula aktiviti kolej yang dirancangkan dan yang dah dijalankan.. Ini antara beberapa-berapa la.. nanti aku download gambar.

Cerita berkaitan bahasa badan, semalam ada pelajar aku nak suruh aku join meeting kelab dia. Tapi bagi pilihan pada aku either aku nak join ke tidak. Memang malas la aku nak join kalau sekadar meeting kelab biasa-biasa ja. Sekali lepas meeting su post butiran meeting mesyuarat dalam group. Sebab sebelum ni aku dah pesan pada diorang, kalau diorang tak mau minit mesyuarat proper pun isi meeting post juga dalam group supaya semua ahli meeting boleh tengok dan tau terutama yang tak datang. Kita pun boleh double check hasil meeting lepas. So tadi, aku tak masuk tapi aku tgk minit mesyuarat meeting diorang. "Ah, buat program besar?". Lepas meeting aku jumpa balik la dengan student aku tu. " Program apa ni? Macam mana perancangan program ni.." then dia cerita detail yang dia nak buat pertandingan debat antara universiti- universiti. Anak buah aku hebat-hebat debat. Kena dekat penyelaras dia, introvert. Nak cakap depan pun kekadang lupa dah gaya nak cakap. Nasib baik bab bagi arahan dekat diorang lancar je. Back up juga dari kawan felo penyelaras dan jakmas (jawatan kuasa kolej) so lancar la kan. Itu la kisahnya.. Dia sebenarnya nak suruh aku masuk meeting tu. Tapi bila aku jawap korang je la.Terus dia macam okey je la. Aku cakap la pada dia balik. "Kalau kamu nak saya masuk cakap ja. Ok la next2 saya masuk la.. sebab program besar ni".. so ketawa je la dia. Nak support tak bagi tau. Haishh...

Itu la cerita aku, kadang susah aku nak faham bahasa badan orang sebab cara fikiran aku dan fikiran orang lain. Jadi aku akan sampaikan macam mana aku fikir ja. Last rupa-rupanya lain pula apa yang orang nak kan. Sebab manusia tiada kelebihan membaca fikiran manusia pun. Tapi ada sesetengah orang dia pandai untuk baca reaksi muka. Kelebihan buat dia.

Aku nak tulis sini sebagai take note aku pada masa depan, mungkin pada masa akan datang aku berada diatas. Mungkin juga aku tidak perasan, perasaan yang di bawah. Dimana mata-mata dibawah perlukan tumpuan dan perhatian. Diorang nak kita sebagai yang atas, hargai dan nampak sumbangan yang diorang berikan atas apa-apa idea yang dikeluarkan. Itulah tanda perhargaan yang diorang mahukan dari atasan. Walaupun dalam persepsi aku, aku hanya insan biasa ja. Aku hargai apa yang telah ditunjukkan dan dipersembahkan tapi tak mampu menyerlahkan perasaan tu sebab rasa privasi untuk diri sendiri. Sebab dah terdidik dalam diri sendiri, orang lain tak faham perasaan kita. Buat apa kita nak ekspersi diri. Tapi tidak sekarang, "bagus" dengan reaksi muka capricorn yang tiada perasaan. Buat orang rasa tak dihargai. Come on capricorn you need to change when you are leader, when you are upper. Them need you as supporter, them need you to appriecation what they do. Diorang tak pandang kau sebagai orang biasa, macam kau rasa. Setiap perhargaan kau, diorang akan rasa bangga dan dihargai. Jangan lokek untuk memberi penghargaan. Buat la orang sekeliling anda gembira. Itu yang aku belajar dari students aku sekarang. Nak untuk dihargai.

Mungkin juga esok-esok dah jadi mak ayah yang membawa anak-anak. Diorang perlu penghargaan, dari penghargaan tu mendidik diri diorang rasa ntuk dihargai. Mungkin disitu membawa satu arah kehidupan yang bermakna untuk diorang bila besar nanti. Kita tak pasti. Dulu kalau cerita berkaitan parents aku sedih. Sebab banyak lagi belum aku buat untuk balas budi mak ayah aku. Sekarang sedih aku bertambah, bila memikirkan generasi akan datang pula. Bagaimana keadaan anak dan anak-anak buah aku akan datang. Sebab situasi yang diorang hadapi sekarang akan membawa siapa mereka bila besar nanti. Aku harap anak-anak buah aku jadi manusia yang berguna pada masyarakat. Aku sedah sebab aku tak mampu membantu diorang buat masa sekarang. Ya Allah aku harap diberikan pertunjuk untuk bantu jadi anak-anak buah aku manusia yang berguna. Risau sebenarnya.

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..