Tuesday, November 30, 2010

::khayalan dan fantasi::

hai.. dan assalamualaikum..
disebabkan kali nie.. aku mengadap lappy sambil menonton 'brainscan : aku dan topi ajaib' di astro prima..  jadi aku nak cerita sedikit la mengenai khayalan dan fantasi.. memandangkan dalam filem nie.. banyak pula khayalan dier kan..  dengan topi ajaib tue.. tapi semua imiginasi dier.. lawa2 lak tue.. hihi~~ suka pula aku..

ok back pada tajuk.. korang nak tau.. kata orang.. budak2 kecil suka khayalan n ada dunia fantasi diorang sendiri.. betul kew??? bagi aku .. itu betul.. x pasti la bagi orang laen.. cz aku ada fantasi dan khayalan aku sendiri waktu kecil dulu.. sekarang pun mgkn ada.. (tapi sikit2 jew la.. ala2 berangan mat jening..)  sebagai contoh.. biler aku nak something.. tapi x dapat buat.. aku start la berkhayal.. dan create la something.. semuanya bentukkan dalam imiginasi.. kemudian aku lukiskan kat buku.. (tapi apa yang aku lukis x sama dengan aku imiginasi.. cz aku x berapa nak pandai melukis..)

secara x langsung sebenarnya fantasi nie juga mengembangkan minda kanak2 supaya lebih kreatif.. tetapi kekadang ada juga yang menyumbang kepada faktor negetif.. apabila budak tersebut terlalu banyak berkhayal.. dan x banyak hidup dalam dunia nyata.. menyebabkan dier mungkin hilang dalam dunia khayalan sendiri.. dalam kata laen dah abaikan dunia nyata.. oleh yang demikian .. ibubapa perlulah selalu memantau anak2 nie erk.. supaya imiginasi dier x lebih dari had tersebut.. (kalau setakat cakap2 dengan kucing tue... sikit2 .. boleh kira normal agi la..)

korang nak tau.. dengan berkhayal juga la.. banyak drama2 dan filem menarik diterbitkan.. korang tengok sendiri la.. sebagai contoh cerita Narnia, Lord of The Ring, Harry Potter dan sebagainya.. semua tue timbul dari dunia khayalan penulis tau.. dan khayalan2 kreatif diorg juga telah menimbulkan beberapa bangunan2 menarik.. yang kita dapat lihat disepanjang cerita tersebut.. sangat cantikkan.. jadi jangan lupa berfantasi.. hihi

 nie salah satu daripada dunia khayalan yang di createkan ke dunia nyata.. Doll House Emporium.. cantikkan.. design dier nampak macam betul2 real.. kan best kalau rumah aku cam tue.. hihii~~

p/s:: berkhayal boleh.. tapi jangan lebih khayal pula.. n jangan makan pil khayal.. tue semua negetif.. jaga diri baik2 untuk kebaikan diri sendiri..

Sunday, November 28, 2010

::bertukar sikit::

hai.. assalamualikum..
uhuhu.. ceria sikit lepas dah dapat tukar header baru.. cz hari  nie aku terlebih rajin.. untuk buat benda2 nie.. mengantikan header aku yang lama.. kat bawah nie adalah header2 yang aku buat tadi.. dari satu header ke satu header aku edit..tapi yang kat atas nie juga yang terakir aku pilih... cz yang laen2 smua aku rasa x sesuai.. (korang nak tau.. sebenarnya.. bukan yang kat bawah nie jew.. cz yang bawah nie.. actually 1/4 daripada yang aku buat.. dalam ertikata lain.. aku ada satu file header yang aku edit2 tadi.. tapi semua gambar yang sama.. uhuh.)

 nie header yang sebelumnya.. gambar kerusi..

 nie pula idea yang first2 tadi.. nak kekalkan gaya autumn sebenarnya..  tapi biler dah start edit2..
hilang gaya autumn tue..

 nie pula .. nak letakkan kata2 tue dalam box.. tapi x jadi gak.. cz nampak kosong sngt..

 dua nie pun aku x jadi ambil.. ntah.. aku rasa cam x sesuai lak.. 

dan disebabkan aku terlalu cerewet.. yang atas nie aku jadikan pilihan.. aku pun x pasti kenapa aku pilih yang aku guna sekarang.. maybe sebab malas dah nak mengedit kot..

dan korang perasaan x kata2 aku tue.. banyak ejaan yang berapa nak betul.. tue pun sebab aku dah malas.. lepas dah siap semua.. baru aku perasan.. rupanya banyak ejaan silap.. lantak la.. (walaupun dier akan jadi persepsi pertama org.. terhadap blog aku..) tapi maksud kata2 tue sebenarnya aku tujukan khas untuk aku.. bukan orang yang datang berkunjung.. cz blog nie la sebagai peneman hidup aku..tyme aku gembira .. sedih.. dan marah.. dier la tempat aku luahkan.. dan lepaskan..  dan dier juga sebagai penawar.. (cz aku rasa mgkn ad orang yang akan salah faham dengan penggunaan 'you' n 'I'.. yang aku gunakan.. tapi.. memang macam tue maksud nyer..

tapi x salah kalau ada rasa yang berasa sedemikian kalau datang blog aku.. cz blog aku nie.. hanya cerita aku.. dan karut marut aku.. yang x mampu nak berikan apa2 pada orang laen.. sebabnya semua cerita aku.. kalau yang datang berkunjung.. dan follow.. aku ucapkan terima kasih.. cz aku anggap.. sebagai insan yang ingin berkongsi dengan aku... 

p/s:: alamak.. terbanyak mengarut lak hari nie.. ok.. selamat malam.. dan ceriakan hari mu selalu..

Saturday, November 27, 2010

::bilik idaman::

kali nie aku tulis entry sambil layan casa impian.. tengah2 malam.. uhuhu~~ nie la sifat nocturnal.. layan tv n ternet.. tengah2 malam.. ok balik pada tajuk.. aku sangat2 suka benda yang cantik2 nie.. biasa la lumrah alam.. smua orang sukakan benda yang cantik.. dan disebabkan tue juga.. aku sangat sukakan dengan  dekorasi dan landskap..(biasa la .. dulu pun teringin nak jadi arketik.. tapi disebabkan .. x pandai seni.. n x yakin dengan diri sendiri.. hajat tue terpaksa dibatalkan.. n cari la cita2 baru).. sebab aku bukan budak seni.. dan manusia yang kreatif.. jadi.. buku2 dan tv show yang berkaitan dengan benda2 alah nie.. aku sangat  suka.. tak kira dari gaya yang simple atau mewah..mesti akan jadi pilihan aku..
gaya yang paling ringkas iaitu dekorasi dari eric.. aku sangat suka.. first dulu.. mungkin aku kutuk sikit..  cz dier banyak gunakan barang mahal2 kan.. dalam dekorasi.. of course cantik.. walaupun simple.. tapi sekarang.. aku x pandang macam tue agi dah.. cz kekadang gaya letak perabot dan warna juga memainkan peranan.. kalau salah letak perabot.. mungkin ruang yang besar pun jadi sempit.. dan warna memainkan peranan untuk kecerian ruang tersebut.. perabot murah pun mampu mencantikkan ruang..

sememangnya gaya yang diterapkan dalam casa impian.. banyak menggunakan barangan baru dan nampak mewah.. tapi bagi kita yang masih belum mampu.. tetapi ingin berhias.. boleh belajar dari susun letak barang yang diaplikasi dalam casa impian.. dan warna cat rumah juga..(cz bagi aku dalam rumah x kisah sangat kalau guna cat murah.. cz dier x mudah luntur.. banding diluar.. dan harga dier pun dalam lingkungan RM25 utk tong 5liter..) cz aku pun suka cat rumah..  terutama tyme raya dan kenduri.. membuatkan aku busy mengembil tugas tersebut..

tapi sehingga kini.. hajat aku untuk deko bilik aku sendiri.. masih belum mampu.. cz klu boleh.. aku nak beli barang2 tue dengan duit sendiri.. dan x nak menyusahkan kedua ibubapa aku agi.. setakat perabot dalam bilik tue memang sedia ada.. tapi barang sampingan lain.. yang aku berminat untuk menceriakan agi.. agak sukar untuk dimiliki.. cz kekadang agak mahal.. n kekadang.. apa yang diinginkan x memenuhi citarasa aku.. ( nie la susahnya biler diri sendiri sangat cerewet..)



gambar atas antara bilik2 kegemaran.. tapi gambar keempat kurang sikit.. cz aku x berapa suka sangat ala2 british nie.. sebab dah terlalu comman.. dan bukan gaya aku.. cz aku sangat suka  warna2 ceria macam gambar yang kelima.. tapi mak aku.. tak bagi cat warna tue.. aku x pasti kenapa.. tapi aku suka sangat.. sebab nampak ceria nak semangat.. ( tp biler mak aku x bagi.. terpaksa la pilih warna cam gambar satu...) dan design yang aku paling suka bilik kedua tue...  tapi aku lebih suka kalau rak buka dier .. jenis yang lekat dekat dinding.. cam gambar ketiga..

p/s:: kalau korang boleh cantumkan semua kata2 aku tadi.. korang akan nampak cam mana gambaran bilik idaman aku.. uhuh~~ (kena kuat imaginasi la..)

:: kopi::

tyme cuti nie.. tetiba jew aku ad kegilaan baru.. (bukan berblogging ek.. cz blogging dah memang menjadi kegilaan.. ) tapi satu tabiat yang kurang baik.. iaitu kuat minum kopi susu.. pagi2.. bangun dari tidur.. mengadap satu mug kopi susu.. n malam2 sambil lepak2 depan tv pun mengadap kopi gak.. aduhss.. apa nak jadi nie..

cz sebelum nie.. memang aku agak kurang minum kopi.. dan x akan ambil kalau tyme study... terutama untuk berjaga pada waktu malam kew.. saja2 nak minum .. ataupun nak siapkan report dan sebagainya.. aku memang mengelak... bagi aku biar la tido sekejap pun x apa.. asalkan jangan ambil kopi tyme2 tue.. sebabnya seperti yang kita tahu.. kopi nie mengandungi kafein.. yang bertindak sebagai dadah perangsang.. untuk mencergaskan kita buat sementara waktu..  dalam pada masa yang sama menjadi otak palsu bagi kita kan..  untuk kecergasan sementara... disebabkan tue juga.. kita akan mengalami insomnia.. iaitu penyakit sukar tidur..

sememangnya sebelum nie pun.. aku dah dapat penyakit sukar tidur malam nie.. atau insomnia..(walaupun x minum kopi..) terutama tyme cuti la.. kalau tyme kelas nie kurang sikit.. cz badan kekadang tue dah penat sangat kan.. dengan kelas seharian,.. pastu kerja tue.. kerja nie..  memang senang nak tidur.. tp x untuk tyme cuti .. cz sekadar duduk dirumah.. x banyak kerja dibuat.. menyebabkan aku sukar tidur.. tambah sekarang lak kuat minum kopi.. agi2 la kan.. 

minum kopi nie juga sebenarnya akan meyebabkan ketagih.. tapi dalam isu aku sekarang aku x pasti la.. cz aku x rasa aku ketagih.. sebab aku memang suka minum kopi susu.. yang mana ku masukkan.. setengah sudu kopi.. 1 sudu gula.. dan 4 sudu susu.. memang kaw2.. lemak berkrim...  tambah pula susu yang aku guna .. susu dutch lady.. wah memang sedap.. (memang tambah lemak aku).. tapi tabiat nie x bagus tau.. jangan ikut.. cz x bagus untuk kesihatan.. aku pun dah nak kena taubat sudah.. 

cz ia mampu memberi kesan pada jantung, buah pinggang dan pembuluh darah..  serta denyutan jantung x menentu.. selain tue juga pengambilan kafein nie.. boleh menyebabkan dehidrasi.. iaitu kekurangan air dalam badan disebabkan oleh pengeluaran air yang banyak.. x kisah la berpeluh atau sebagainya..  dan mudah berlakunya osteoporosis terutama bagi perempuan yang dah monopous.. cz tyme tue akan menyebabkan kehilangan banyak mineral2 penting dalam badan.. disebabkan pengambilan kafein nie.. (jadi nasihatkan nenek  dan mak anda yerk.. yang suka mengambil kopi.. di usia senja..) kalau pengambilan dengan susu lak.. aku x pasti.. maybe mampu menyumbang.. atau kalsium dalam susu tue.. awal2 agi dah terubah suai.. aku pun x tahu.. 

p/s:: kopi susu warna nyer macam milo... bukan hitam pekat cam nie.. uhuhu~ apa2 pun utamakan makanan yang mampu berikan kesihatan pada diri

Thursday, November 25, 2010

::the day u will meet ur love::

gambar hiasan semata2.. 

nak tau satu kisah x.. sedey betul.. aku dengar.. aku tau la.. aku x hensem.. x cantik.. dan segalanyer x lah.. tapi jangan la tunjuk sangat.. buat hati aku betul2 sedey tau.. uhuhu.. kecewa gitu..

kisahnyer bermula begini.. tadi aku maen2 dekat facebook.. dari satu game ke satu game.. then lepas habis semua game tue.. aku melawat la home page facebook.. and ada la sowang kawan aku nie.. maen satu  phrases on facebook.. about the day u will meet you love.. nampak cam menarik.. aku pun cuba la game nie... korang nak tau apa yang aku dapat.. toinkss... dier bagi ayat cam nie kat aku.. "u never meet you love".. memang betul2 toinkss..  kat aku... 

pastu aku yang tak berpuas hati.. try agi.. game nie.. nak tengok la cam mana jawapan dier untuk kali kedua.. hurmm.. untuk jawapan kali kedua nie.. ok sikit dier bagi kat aku.. kali nie jawapan dier.. "u meet ur love on dec 22, 2011".. uhuh.. ok.. jawapan yang baek.. tapi aku nak tengok pula pa jawapan yang dier tulis untuk seterusnya.. aku try agi.. kali ketiga.. jawapan pula berbunyi cam nie " u meet ur love on dec 22, 2010".. biler tengok jawapan tue.. isyhhss.. semakin berganjak kedepan pula dier punya game nie.. then apa agi .. aku terus click consult again...

nie jawapan paling x boleh bla.. ada kew patut.. dier cakap cam nie.. ibarat mendoakan aku pula.. aku tahu la dier tengah bengang dengan aku maybe.. cz click banyak2 kali kan.. nak tau apa jawapan dier.. boleh pula dier cakap "u die after meet ur love".. kureng assem punya jawapan... ad ke patut.. nauzubillah.. minta dijauhkan.. kasian kat aku nie kot.. tahu la aku banyak reject orang sebab nak fokus study.. jangan la sampai macam tue sekali.. (aku reject pun.. cara baek2 kot)... memang x patut game nie.. urmm.. nanti kalau terbuka hati aku nie.. nak terima 'cinton' orang .. mati pula.. kan sedey nama nyer tue..  tak nak la aku.. jadi cam filem2 korea tue.. (walaupun aku minat cerita2 korea tue.. tapi aku x nak pegang watak tersebut.. huuhu).. fikir giler sikit..

disebabkan aku x  puas hati agi dengan jawapan tue.. yang meletakkan aku dalam keadaan x selamat tue.. aku test agi game nie... untuk kali terakhirnya... dan last jawapan aku dapat yang ini... tengok bawah... uhuuh~
Aaa.. tau pun dier nak tarik balik.. kata2 tadi.. kalau x mesti aku saman dah...
( uhu~ nak saman.. banyak duit.. ihhihi)... 

apa2 pun tue semua permainan jew.. sekadar suka2 tak ada kena mengena dengan  yang hidup dan meninggal dunia.. uhuhu.. aku pun tak sanggup kalau benda tue jadi betul.. nauzubillah .. minta simpang dari aku.. dan game nie pun aku stop sampai kat cnie jew.. cz malas nak click agi.. kalau x apa2 agi la dier cakap pula...mau dier tambah2 agi.. aku pun x pasti..

p/s:: mudah2an jodoh aku dikalangan yang baik, beriman dan beramal soleh.. dan mendorong aku kepada kebaikkan.. Insya-allah.. AMINN~~

Wednesday, November 24, 2010

:: andai perempuan tahu::

satu ayat yang menari untuk dibaca, direnung dan difahami.. tetapi terdapat banyak persoalan dan jawapan yang perlu dirungkai.. dari hati masing2.. lumrah hidup manusia.. perempuan dengan keadaan pemalu.. lelaki pun kekadang apa kurangnya.. jadi sebarang persoalan tiada jawapannya... korang hayatilah kata2 di bawah...

Andainya perempuan tahu
Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif
dan mengambil berat (prihatin)
Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak
semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi.
Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan
dengannya samada dari segi pemikiran atau minat.
Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama. 

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui
perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.
Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.
Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat
hati wanita…
Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap
wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan
menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau
swimming pool.
Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi
ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho
hanya kerana ingin memikat hati wanita.
Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu
seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu
hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang
dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
Kebanyakan lelaki yg nampak ‘desperate’, datang dari
sekolah all boys!
Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila
perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan
dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru
dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap
begitu begini…
Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang
bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat
berjalan dgn lebih baik.
Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan
‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman
wanita yg istimewa…yang lain hanya kawan..:)
Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu
menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka
merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki
juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di
depan orang. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki,
perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh
minat.
Senang usahanya nanti…
Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan.
Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan
yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun
rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah
mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan
mempunyaikelemahan


p/s::pendapat korang??? sendiri fikir lah...

:: menjejak ::

bunyi entry aku kali nie.. agak misteri sikit.. tapi x pasti la..  dari pandangan orang laen.. mungkin kedengaran agak biasa.. tapi hakikat yang sebenar.. memang agak misteri.. dan ingin kepastian..

sebenarnya.. sepanjang cuti semester nie.. (masuk hari nie.. dah 7 hari di rumah.. tolak dengan raya.. aku baru sampai rumah.. borak2.. makan kenduri.. bb kena block cz x bayar.. jadi semuanya 5 hari la lebih kurang..) aku asyik mengadap blog jew.. dalam lingkungan 24jam nie... dah banyak blog yang aku tinggal kesan.. (kenyataan tue korang boleh tgk kat ruang tinggal jejak korang.. erti kata laen shout mix la..) aku melawat dan aku baca.. dan sepanjang blogwalking nie juga la.. aku dah meletakkan beberapas enarai blog.. yang wajib aku terjah.. tiap2 malam.. untuk baca entry terbaru dier.. 

dan sehingga la satu malam.. (semalam jew .. benda tue terjadi) tyme aku baca2 blog nie.. aku ternampak satu tempat.. yang di tunjukkan oleh satu blog nie.. (aku sangat suka blog nie.. nak tau nape.. nanti aku ceritakan) tempat tue sangat2 la fimiliar bagi aku.. n the geng.. cz hanya budak2 tertentu jew akan pergi kesitu.. jadi memang boleh detect sangat la siapa kan..???

bab tue sebenarnya x kisah sangat bagi aku.. tapi disebabkan budak nie.. atau dalam ertikata laen.. tuan punya blog tue.. sangat la perahsia tentang identiti dier.. muka dier pun x pernah tunjuk dalam blog.. dan dier selalu menceritakan mengenai perasaan dier dan sebagainya.. menjadikan aku, nak sangat tau tentang dier.. sapa dier.. dan dan bagaimana rupa dier.. (walaupunpada hakikatnyer.. kalau kenal atau jumpa pun mungkin x bertegur..) tapi kemahuan untuk tahu tue tinggi.. ntah susah aku nak nyatakan..

apa yang pasti.. aku nak tengok macam mana budak tue.. sama x hati dier.. atau perwatakkan dier dengan gaya penulisan dier.. biasa la.. kekadang manusia nie.. luar nampak brutal.. tapi dalam hati ada taman kan.. bak kata adnan rempit la.. gaya penulisan dier.. agak sempoi.. tapi dapat menarik hati aku.. sebagai pembaca.. dan nak tau kesudahan cerita dier.. nak cakap dier nie  ad persepsi sendiri pun..  mungkin juga.. cz byk juga pandangan dan pendapat yang diberikan..  nie juga antara penyebab yg menjadikan aku  nak lihat dier yang sebenarnya...

sekarang nie.. aku cuba jejak.. dari entry dier yang pertama dibuat.. sehingga yang terkini dipostkan.. aku buka dan baca semuanyer (walaupun belum habis agi)... gambar lokasi dan link yang boleh dijadikan kelu.. turut aku simpan.. buat penunjuk jalan.. cam mana tuan blog nie sebenarnya.. tapi sepanjang aku ikuti blog nie.. aku x pernah tinggal kesan pun.. untuk tuan punya blog tue... satu jejak kaki pun.. TIADA.. jz sebagai silent reader jew.. n aku pun pasti.. dier pun tak tau.. yang sebenarnya dier mempunyai peminat misteri.. (yang x misteri sangat.. cz korang dah tau.. uhuhu~~) yang nak sangat tau mengenai identiti dier yang sebenar.. 


p/s:: tetiba rasa macam penyiasat pensendirian yang x bertauliah pula.. cz nak kesan sapa orang tue.. tapi harap2 dapat la.. jgn dier tutup blog awal la.. uhhu~~

:: jom join- AWARD BOOMBASTIC BLOG ::

 disebabkan hari nie.. tahap keboringan yang tinggi.. dan tak de idea untuk tulis entry... jadi aku jz melawat2 jew blog... dalam masa yang sama terserempak pula banyak award n contest.. masa blogwalking nie.. jadi.. apa salahnyer aku join kan... support sambil hilangkan keboringan yang dialami...


Jom la.. korang pun.. join award nie.. jz suka2 sendiri jew.. cz banyak sangat masa lapangkan.. uhuhu...
syarat dier pun x mudah.. dan  x susah pun.. (apa yang aku mengarut??)
better korang tengok sendiri la syarat dier..
korang melawat blog bawah nie...


dari award nie juga aku tagkan 3 blogger laen ..iaitu

p/s:: semuanyer ada I.. suke sama huruf I.. hiihi~ (memang x de kaitan langsung..) award nie sampai 
31 disember 2010 tau..
 




Monday, November 22, 2010

::jom terjah::

ello geng..
hari nie.. cam  x banyak sangat isu yang aku nak katakan.. cz  x ada imput yang masuk ari nie... kerja aku hari nie pun jz buat kerja rumah sikit2.. makan...tengok tv..  n malam nanti tido..  (tak berkembang otak aku ari nie..) nak berjalan2 keliling kampung.. ahakss.. tue bukan kerja aku.. cz aku jz suka melepak kat rumah jew.. mengaco adik2 aku.. gaduh2.. kutuk2 sikit.. tue kerja aku la... (tapi sikit2 jew.. jz gurau.2. bukan sampai bergaduh teruk) kalau jalan2.. biar orang kampung bertegur sapa.. pastue mengata.. tue bukan kerja aku.. (tue la kekadang sehinggakan orang kampung pun x sedar kewujudan aku dalam keluarga aku nie.. senang kan..)

ok2.. sudah di situ.. malas aku nak melalut banyak2 nie.. (nnt aku buat entry khas.. segmen melalut tahap kaw2 nyer..) aku pun x faham sudah ap yng aku tulis.. ok la.. actually aku nak  sajikan gambar2 yang aku ambil di sekitar rumah ak.. tyme nak cuba kembangkan otak ak balik.. n nak rasa pijak tanah gak (cz dah berapa hari x pijak tanah kan.. asyik terperap dalam rumah jew..) gambar biasa2 jew.. n guna kamera murah.. (tapi boleh la.. untuk penuhkan entry aku hari nie..) harap semua enjoy...

 nie gambar si kentot dengan muka poyo dier..
(ntah kenapa sgt2 takut dgn aku ntah.. mybe dier x kenal aku kot.. sebab before nie dier belum lahir agi.. sem lepas)

nie cik itik yang tengah mengeram telurnya.. sempat posing maut agi.. (sebenarnya nak marahkan aku..)

 nie aku x pasti encik apa.. tapi aku rasa dari order hemiptera.. cz dier ad segitiga kat atas belakang.. tp x pasti membran dier lembut kew x.. oleh yang demikian .. better panggil jew dgn nama en. x pasti.
.
kalau yang nie aku pasti la.. nie dari order lepidoptera.. dan nama dier mr.rama2
kalau yang nie memang susah aku nak tangkap gambar.. cz kena ambil gambar dengan gaya paparazi gitue..
gaya santai yang ditunjukkan nie adalah miss. pepatung.. 
dier nie pula dalam order ordonata.. dengan nama laen odous iaitu gigi taring.. (nie bkn vampire ek.. uhuh)

p/s:: actually x de ap yang diterjah pun.. jz nak tunjukkan serba sedikit haiwan n serangga yang ad sekeliling rumah aku jew.. secara x semena-mena aku.. terbelajar ento sekali.. hihihi~ layan jew la...

Sunday, November 21, 2010

::KAHWIN?? ::

hahha.. hari nie punya entri.. memang tak boleh blah.. n mana2 kawan2 ak yang terbaca entry nie.. jangan salah faham lak.. ok.. bukan aku yang nak kawin atau sebagainya.. cz ak terasa aku masih muda remaja agi k (uuhu.. perasan sendiri) .. n belum matang agi.. nak terima tanggungjawab tue..(ini yang betul..)

urmm.. tapi kenapa pula aku boleh terfikir tentang entry nie???? sebab banyak kenduri kawin kew sekarang?? atau  sebab x tau nak tulis ap?? 
tapi persoalan diatas ... bukan sebab kenapa aku tulis entry nie.. sebabnya sebenar adalah.. kat bawah nie.. uhuhu~~

oh.. nie semua.. berlaku sebab satu kisah tadi.. melibatkan kawan mak aku..  anak dier terima lamaran beberapa minggu lepas.. (erti kata lamaran merisik la).. tapi anak dier nie (merangkap ex-senior aku tyme sekolah menengah).. tak pasti agi dah bersedia atau belum.. biasa la umur muda agi.. jadi nak la tanya pendapat mak aku nie.. n kebetulan.. yang datang tue senior aku.. jadi terpaksa aku duduk di situ sekali.. mendengar khabaran.. (al- maklum la.. aku kalau tetamu.. lepas hidang air.. aku terus ghaib dari pandangan diorg.. jangan minta agi aku wujud di ruang tamu hingga diorang pulang..) jangan hairan.. cz aku memang manusia yang pelik.. tapi dalam situasi nie ak terpaksa tunggu .. n dengar perbualan diorang..

ok.. kalau diikutkan usia.. boleh dikatakan muda agi la.. 22 tahun.. tapi dah berkerja tetap (ada gaji sendiri).. kuat agama gak.. cantik dan manis.. lemah lembut pula tue.. (aku pun tergoda .. cz sangat baek.. senior aku nie..) n tadi dier tanya mak aku.. n aku sekali.. kalau ada di tempat dier .. akan pilih x lelaki tue.. tapi aku pun tak pasti.. cz aku tak kenal langsung kan laki tue.. then pula..susah sikit aku nak berminat dengan laki nie kalau tak kenal sendiri peribadi dier n tingkah laku dier.. (kan aku cakap.. aku nie manusia yang pelik).. jadi susah aku nak buat keputusan untuk dier.. dalam pada masa yang sama juga .. banyak perkara dibincangkan dalam isu nie.. tyme tue..

biler aku dengar balik.. tengok2.. dan perhatikan.. aku ada persepsi aku sendiri pada masyarakat..  ntah ak x pasti kenapa.. tapi yang penting .. aku lebih minat untuk fokuskan pada study aku agi.. sambung pengajian sampai cita2 aku tercapai... dan insya-allah aku akan kejar gak cita2 aku tue yang nak sangat jadi saintis tue..
kawen awal bagi aku.. ntah la.. bukan dalam senarai hidup aku kot.. uhuhu.. cz aku rasa  masih muda... walaupun kalau dilihat balik dah ramai kawan aku yang kebanyakkan dah kawen atau sebagainya...tapi ntah la.. x berminat.. abaikan .. whatever..

khas pesanan dari penaja :: tapi kalau yg desperate sangat.. peluk2 tepi jalan n x malu dengan tuhan, masyarkat sekeliling n sebagainya.. macam di YOU TUBE tue.. better kawen awal la... elak maksiat.. elak tomahan masyarakat gak..

 p/s:: apa2.. semalam pengantin baru.. bagi yang melangsungkan majlis perkahwinan dalam musim cuti nie.. uhu.. memang banyak kenduri.. yang laen pun.. selamat untuk makan kenduri juga ek.. ihih~~

Saturday, November 20, 2010

::dunia blogger::

biler bercerita tentang dunia blogger... mesti macam2 persoalan dan pertanya yang timbul oleh para2 blogger sekalian.. biasa la.. cz yang baca entry nie pun semuanya dikalangan para blogger juga.. kurang sikit orang luar sebenarnya.. yang suka baca blog.. kalau ad pun.. x sekerap para blogger nie.. (cz sebelum ak buat blog pun.. jz sikit2 blog jew ak melawat n baca.. x banyak dan sekerap sekarang) sebab tyme tue .. rasa seperti tiada kepentingan untuk buka blog..(tapi sekarang ad.. cz ak nak tulis entry.. sambil2 tue melawat la kenal2 yang singgah blog ak)..

sekarang baru aku rasa kepentingan bagi dunia blog.. walaupun dier hidup antara realiti dengan dunia nyata... tapi dier mampu menenangkan jiwa.. menjadi teman yang setia.. dan mendengar segala cerita si penulis.. (dalam kata laen.. bertindak sebagai dairi la..) keseronokan.. kegembiraan.. ketidakpuasan hati penulis dan aktiviti penulis dapat dilihat d cnie.. bergantung dari penulisan penulis itu sendiri.. mahu menuliskan secara jelas atau samar2.. tetapi yang pasti dapat meluahkan apa yang terpendam...

ada juga yang menggunakan blog sebagai sumber rujukan dan sumber menyebarkan maklumat.. satu tindakkan yang baek untuk dikongsi dan sangat bermanfaat untuk semua.. dari sini gak banyak info2 yang aku dapat perolehi.. x kisah la catatan dalam bentuk info atau pengalaman yang telah dicatatkan.. termasuk la hal hati dan perasaan.. smua nie dapat aku pelajari... dari blog.. dan menyatakan dengan jelas perasaan manusia .. yang mana x dapat aku pelajari dari dunia nyata..

dari blog juga ak dapat lihat dengan jelas.. kekratifan insan2 yang bernama manusia nie.. macam2 yang di bawa masuk ke dalam ruang blog.. yang menampakkan ia menarik.. dan tertarik aku ke ruang blog tue.. dari segi gambar.. n macam2 la.. yang dimuatkan.. membuatkan ruang tersebut sangat menarik... dan dengan secara x langsung.. aku rasa nak berkenalan dengan tuan punya blog dengan lebih mendalam.. yang dapat aku puji d cnie.. majoriti blog perempuan sangat cantik dan cute meut... dari susunan serta kelihatan menarik.. (laen betul dgn blog serabut aku nie).. manakala lelaki pula.. sangat kreatif.. x kisah la daripada segi  widget yang diletakkan.. atau ayat2 yang digunakan.. agak sempoi (ada juga dari blogger perempuan yang ayat sempoi.. tapi x banyak) yang menyebabkan aku tertarik untuk melawat blog tersebut berulang2 kali. .. antaranya seperti blog aku bukan blog bapak kau dan cero... sebenarnya.. memang banyak agi blog yang best.. tapi susah lak ak nak detect malam2 cam nie.. jadi jz dua nie dulu yang aku link kan.. klu korang nak tau cam mana best.. buka la diorang nyer blog.. (tapi ikut persepsi masing2 sebenarnya.. kekadang kiter cakap best.. n orang laen x suka).. tapi ap2 pun belum cuba belum tahu..


p/s:: kerja blogwalking dah menjadi kegilaan aku sekarang.. kalau korang tinggal jejak .. aku selalunya akan jejak korang balik.. antara silent atau ak turut tinggal jejak juga jew..

Friday, November 19, 2010

::edit lagi::

hurhhh.. hari nie ak rajin mengedir ak nyer blog.. nak tau knp??? ntah aku pun x pasti... nak kata x ada kerja sangat pun.. bersepah kerja ak kena buat... sedangkan rumah baru jew lepas kenduri korban tadi.. banyak pingan mangkuk nak kena basuh.. n rumah nak kena simpan.. sempat gak ak mengedit blog..

hihihi... cz sebab ak terlebih rajin tadi.. lepas jew aku tolong akak aku kemas ap yang patut.. aku mengadap la lappy.. then dier panggil agi.. aku buat.. then pastue ngadap lappy agi.. (hhhah.. saja jew buat orang tension..macam x de waktu laen dah kan.. nak buat benda mengarut nie..) lepas semua benda dah siap kemas.. basuh dan 'terap' (mean keringkan pinggan).. lepas manghrib aku mengadap balik lappy.. sampai la sekarang..

abis sudah ak mengarut di situ.. skrg back pada ak nyer kerja mengedit.. hah.. utk pengetahuan tuan2 n puan2.. nie kali ke4 blog ak berubah wajah.. sejak dari 1 ogos 2010.. (tarikh lahir blog nie.. kira 4 kali tukar baju la..)  first baju .. hitam dengan gambar rama2.. second.. putih, biru dengan burung helang... thirth.. warna cerah.. dengan bunga2.. then yg kali nie... ak tukar pada hitam balik.. (semua pertukar tue berlaku dalam 2, minggu nie juga).. dan mungkin lepas nie lambat sikit ak nak tukar kepada wajah baru pula...

sebabnya kali nie aku rasa sangat puas hati.. dengan template kali nie.. walaupun agak serabut dan semak.. tapi aku puas hati.. n masuk dengan jiwa aku..( mybe sidebar jew.. ak akan edit agi).. cz aku x suka warna cerah.. ntah la kenapa.. ak pun x pasti.. tapi dengan warna hitam nie.. aku rasa jelas jew smua ayat ak nampak.. walaupun agak 'kelam' kata orang utara.. tapi tue yang aku suka..berbanding  template yg aku guna sebelum nie.. rasa suram jew.. ad jew yang x kena.. n nak tulis pun ak tak semangat..

tapi sekarang x agi cz ak dah make up sikit2... supaya sama dengan jiwa aku.. baru la ada mood nak tulis.. walaupun ak pasti .. blog aku nie.. x la secantik blog2 yang laen... comel.. cantik.. kretif.. edit gambar pun lawa2.. cute meut.. x macam blog ak yang sangat semak nie.. tapi aku selesa...

p/s:: harap korang enjoy dengan aku nyer blog yang berwajah baru nie... sekitarnya sangat semak sikit.. then thanks gak buat semua followe n tetamu yang sudi melawat ak kat cnie..thanks korang.. muah~~ haha..

Wednesday, November 17, 2010

::kembali ke desa::

subahanallah.. dibawah rezeki allah.. dan ketenangan hujan di waktu petang nie... curah-curah kebumi... aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA untuk semua pembaca blog dan selamat hari raya qorban la dalam erti kata laen.. n bagi umat islam yang menunaikan ibadat haji.. aku doakan diorang selamat juga disana... 

seperti kebiasaan.. walaupun tyme raya.. aku akan mengadap lappy atau tv jew.. x akan ke mana-mana... stay jew kat rumah .. meneruskan kerja-kerja ak seperti kebiasaan.. tunggu jiran n sanak-saudara yang datang menziarah.. melainkan kalau ayah aku cakap..  nak pulang ke kampung atau melawat sanak-saudara yang laen... baru la ak bergerak.. untuk menziarah.. kalau harapkan aku jew.. atau sendiri-sendiri .. jangan mimpi.. alamatnya .. aku melekat kat rumah jew..

tahap x tau nak buat ap.. kini..
semalam aku baru sampai.. lepas jew habis last paper malam sebelumnya... ak start packing2 barang2 ak semua.. masukkan dalam stor n kosongkan bilik... pagi semalam.. kul 12 tgh ari ak baru bergerak dari kajang.. hingga la ke Kedah.. Adusss.. x tahan aku naek bas semalam.. berjam lamanya.. dengan keadaan jalan yang jem dan sejuk.. menyebabkan ak rasa boring nak mati.. ad dalam bas tue.. tambahan pula hendset ak dah hmpir abis betteri... terpaksa la offkan... x boleh nak dengar lagu.. takut anset mati.. dalam masa yang sama terpaksa la ak lalui perasaan yang boring sepanjang perjalanan.. nak tido x mengantuk.. jadi jz termenung jew la...

n semalam akhirnya ak sampai kul9 malam.. tengok berapa lama ak ad atas bas.. x bergerak2.. jz duduk  jew.. kematu ak di situ.. tyme sampai tue memang mak n ayah aku tengah marah sangat.. cz lambat sampai.. diorg dah tunggu ak dari kul 4 petang (awal giler kan).. cz diorang antar akak ak balik dulu tyme tue.. n pada masa yang sama tunggu ambik aku sekali... (akak aku kerja nurse kat penang)..tapi nak buat cam mana kan bukan salah aku.. jadi diorang terpaksa gak terima.. namun ap yang penting tyme tue ak sangat lapar.. lapar.. n lapar.. cz sehari suntuk x makan..

then hari nie lak.. hari top up balik kerja2 semalam...(cz makan x henti..walaupun dari semalam agi ak kerja makan jew).. hahah.. biasa la .. bangun jew pagi tadi.. kerja aku.. mengadap makan.. ketupat .. rendang... kuih.. n laksa... dari tadi agi... tambah pula dengan coklat2 yang mak aku beli kat langkawi ari tue.. jadi kerja ak ari nie makan jew... ntah la.. cam mana x gemuk cam nie.. asal balik jew.. semua makan sedap.. semalam makan nasi dengan sup ketam, sambal petai n kerabu ikan sadin campu dengan sambal belacan sikit.. ari nie lak.. mengadap ketupat palas yang cukup berlemak tue dengan rendah.. aduh.. lari program diet aku..hihih(diet kew akak??.. uhuh).. 

kesimpulannya.. cam tue la kerja nyer.. aku kerja makan jew ari nie.. sambil mengadap lappy n tv.. esok pula.. makan agi.. cz bat kenduri korban pula.. al-conform makan sup daging lak.. +++gemuk agi aku...x sanggup terima kenyataan .. yang ak nie yang dah belon akan jadi belon yang bertambah agi kembang dan x pasti biler akan meletup..




p/s:: abis la ak nanti... untuk annual camp palap nanti.. conform dah tak larat nak lari.. nak buat PT semua tue..takut nyer..

:: santapan rohani::

7 Perkara Ganjil Yang Pernah Dialami oleh Seorang Penggali Kubur

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.

Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat." Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

Jawab ahli ibadah tersebut "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."
Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.

Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"

Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.

Sunday, November 14, 2010

::bersemangat... aja2 fight ::

hhohoho.. assalamualaikum semua.. kini tuan rumah nak cerita.. tuan rumah dah nak habis paper exam.. (terasa bangga seketika.. walaupun hakikatnya.. banyak universiti dah start cuti terlebih dahulu..) last paper malam esok... tapi sekarang still relex agi layan blog ya...belum start study agi...jap agi.. jap agi ok.. habiskan blog dulu.. uhuhu.. baru start study... kini ak rasa sangat bersemangat.. cz semester nie dah nak habis (last sok malam).. pastu.. terus blah.. balik.. n selamat tinggal kolej.. ohho... bahagia hatiku buat seketika... sebab dapat balik beraya di rumah.. (walaupun x tentu agi cam mana la keadaan dirumah)..

semester nie aku rasa sangat bersemangat nak balik.. tue yang bezanya sikap ak di Serawak n semenajung... kalau dulu.. di Sarawak.. habis exam hari nie.. seminggu selepas tue baru aku terhegeh-hegeh nak balik.. cz malas nak balik.. boring duduk rumah.. x de kerja nak buat sangat selain cuci rumah...  better agi duduk kolej.. lepak agi dengan kawan2 tyme tue.. tapi kalau kat cnie.. pantang jew habis exam .. rasanyer belum habis exam agi dah beli tiket balik... sharp2 dengan tyme exam lak tue.. habis ari nie.. sok terus balik.. klu boleh lagi awal .. lagi bagus... 
 
kenapa jadi cam tue??? uhhu.. aku pun x pasti.. maybe x serasi kot dengan aku... cz aku sukakan suasana tenang.. dan damai.. walaupun sini tenang dan damai.. tapi kekadang tak masuk dengan jiwa aku.. dalam kata laen x berapa tenang la.. senang cerita... uhuhu.. (biasa la suka gelak sendiri)

tapi kalau ikut keadaan aku.. still sama la... walaupun dah berada di penghunjung hari nak balik pun.. aku still tak nak mengemas barang.. tue punya tabiat still sama dengan sana.. (nie sebabnya ak selalu kena marah dengan jiran kesayangan aku tue.. merangkap kawan baek aku.. agak kuat membebal.. tapi aku suka dengar..uhuhu.. jangan marah yerk makcik..) dier marahkan aku .. sebab kata nyer suka mengemas last minit.. biasa la.. dier seminggu agi nak balik.. dah start packing.. tinggal yang mana patut pakai jew.. tapi aku nie lak pelik.. kalau bilik aku kosong2 sangat.. terutama meja study.. ak tak boleh study..  hilang mood study.. nnt aku g tido jew.. (punya pelik kan.. tabiat aku) dan tue sebab lah ak x packing awal2.. kalau aku rasa nak packing juga pun.. aku just kemas almari jew.. dan bila lama2 dia faham sangat dah.. n kurang sikit bebel dier..

tapi tue kenangan dulu2 la.. dengan jiran2 kesayangan aku.. sekarang.. jiran2 ak jauh.. nun di kolej sebelah.. nak cari diorang pun susah.. tapi kekadang tue ada juga la.. melawat jiran2 lama.. rindu kot ..kenangan dengan diorang.. main.. study.. makan.. mandi sama-sama (tapi mandi bilik asing2 erk.. tyme jew yg sama.. siap main simbah2 air agi.. pastu kecoh satu tandas..) biasa la.. kanak2 rebina agi tyme tue.. ok lah.. banyak lak aku melalut... padahal exam malam esok.. ak cau dulu.. untuk ari nie.. nanti ak sambung agi.. cerita aku dengan diorang.. jangan lupa kunjung agi tau.. kalau nak dengar cerita la...da~~~
 

p/s:: best kalau ingat balik kenangan dulu2.. suka duka.. membawa seribu erti..

::mungkin hikmah sebalik kejadian::

subahanallah.. tuhan itu maha kaya dan maha adil... setiap apa yang berlaku sebenarnya ada hikmahnya.. disebalik kejadian.. mungkin kita tidak sedari apa yang kita pernah lakukan.. dalam setiap tingkah laku seharian kita.. sehinggakan kita mengabaikan benda-benda disekeliling kita.. dan kita juga lupa dan alpa dengan perbuatan seharian kita.. sehinggakan kita didatangi satu ujian.. disitu baru kita sedar kelemahan kita.. baru kita mencari.. memikir.. dan melihat.. apa tidakkan yang pernah kita lakukan sebelum ini..

mungkin juga dari kejadian yang berlaku.. sebenarnya.. mengajar kita kembali untuk memuhasabah. diri. menyesali.. dan memikirkan setiap tindakkan yang pernah kita lakukan.. hari ini.. dan menginsafinya.. dan berubah kepada yang lebih baik...

aku sedar hari ini... apabila aku memikirkan kembali kejadian yang berlaku... dan melihat kembali kepada diri sendiri.. kini ku renungi dan ku amati... dan aku teringat satu petikan dari buku motivasi yang pernah ak baca.. '' sekiranya kita ingin melihat diri kita yang sebenar... pelajarilah dari musuh kita.. sesungguhnya apa yang diperkatakan oleh musuh kita adalah benar belaka mengenai diri kita"... apabila ak mengingati kata2 itu.. aku merenung kembali..setiap baris kata dan isi... ak perhati dan ak cuba fahami.. walaupun agak pedih untuk ak terimanya.. namun mungkin dari sini aku mampu pelajari sesuatu yang baru... tentang diri aku..

kini mungkin ak boleh katakan... aku mungkin sudah kehilangan 8 orang kawan yang aku kenal.. yang ak pernah lalui suka duka bersama mereka suatu ketika dahulu.. yang sama2 mencari ilmu dan pengalaman baru.. tapi semua tue.. hanya tinggal kenangan kini.. dan biarkan ia berlalu.. apa yang aku pasti.. mungkin selepas nie.. ak lebih berhati2 dalam setiap langkah ku..  dan ak terfikir juga.. adakah sebab aku sombong dalam kehidupan ak.. tidak mahu berkenal dan berkawan dengan sahabat2 baru.. yang menyebabkan ak kehilangan kawan yang ak ada kini...kalau benar seperti apa yang ak rasai... bagaimanakah harus ak lakukan.. sesunggahnya ak sukar untuk berkenalan.. dan menerima teman2 baru di sekeliling.. aku takut.. dan ak susah untuk memulakannya..  sekiranya benar seperti yang dirasai Ya Allah.. berikanlah ak pertunjuk dengan apa yang perlu aku lakukan.. sesungguhnya hambamu ini sangat2 jahil dan lemah...

p/s:: Ya Allah .. berikanlah ak hidayah dan pertunjukMu.. bagi setiap kejadian yang berlaku..

Saturday, November 13, 2010

::Kisah benar ini berlaku di US::

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….


p/s:: kisah nie aku copy dari facebook.. bagus untuk pengetahuan semua dan dijadikan pedoman hidup..

::blog dan hidup aku::

salam semua bertemu kembali... hari nie hari nie hari yang suram sikit dalam hidup ak... bukan sebab cuaca mendung..  atau sebab aku kena jawab exam malam nie.. tapi disebabkan kata2 manusia.. yang cuba menguris hati aku.. walaupun ak dah minta maaf.. fine.. semua salah aku sebab menulis tanpa usul periksa.. n aku minta maaf dengan semua tue.. tapi apa yang ak terima.. kata-kata sebalik nyer.. menyebabkan ak rasa tawar hati untuk menulis kembali blog.. (konon2 nak fokus study untuk malam nie).. tapi semua tue harapan palsu.. untuk diri aku sendiri.. ak tak boleh hidup tanpa blog.. buat masa nie.. cz cnie la tempat luahan hati ak.. tempat lepaskan kemarahan aku.. dan tempat melepaskan rindu aku dan sebagainya..

kali nie aku tak kisah .. kalau diorang nak hukum aku pun.. sebab memang itu salah aku.. tak kisah lah kalau diorang tak nak tengok ak dan nampak kelibat ak.. jijik sangat diorang dengan ak.. fine.. ak cuba mengelak.. dan kalau boleh ak tak nak muncul agi depan diorang.. aku bertahan dalam masa lebih kurang 3 hari lagi.. ak tak akan wujud dikalangan diorang agi.. dan kalau diorang rasa diorang nak remove aku dari kalangan diorang pun ak redha.. dan aku try hidup dengan diri ak sendiri.. 

sebabnya disini.. aku tak rasa dari dulu semua orang faham dengan diri aku.. tahu kehendak aku.. mengenali rapat dengan aku.. just teman setia aku adalah lappy.. dan sumber luahan ak adalah blog.. walaupun tak semua isi hati aku sepenuhnya ak sampaikan disini.. tapi dier lah jadi pengubat kelukaan dan sebagainya.. maybe ak ada facebook dan skype .. yang mana ada kawan2 memberi perangsang.. tapi tue dihadapan kita .. dibelakang.. aku tidak tahu hakikat dalam hati mereka.. 

kini ak rasa .. aku lebih selesa hidup di alam maya... bukan realiti.. biar orang tidak mengenali aku.. tidak tahu kewujudan aku.. dan rupa bentuk fizikalku.. asalkan memahami ak.. mampu berkongsi isi hati aku...dan mendengar segala kedukaan ak.. dan biarkan ak menyepi disini.. 

p/s:: aku lebih suka wujud di alam maya.. yang mana orang sendiri tidak mengenali ak yang sebenar... biar hidup aku lebih dikenali dengan sam sunshine... yang cuba untuk menyinari diri sendiri...

Friday, November 12, 2010

60 PETUA MENDAPATKAN PASANGAN

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untukmencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang didunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

p/s:: bukan semua manusia perfect.. tapi boleh cuba untuk jadi perfect.. (sebab aku pun bukan manusia yang perfect juga..