:: kopi::
tyme cuti nie.. tetiba jew aku ad kegilaan baru.. (bukan berblogging ek.. cz blogging dah memang menjadi kegilaan.. ) tapi satu tabiat yang kurang baik.. iaitu kuat minum kopi susu.. pagi2.. bangun dari tidur.. mengadap satu mug kopi susu.. n malam2 sambil lepak2 depan tv pun mengadap kopi gak.. aduhss.. apa nak jadi nie..
cz sebelum nie.. memang aku agak kurang minum kopi.. dan x akan ambil kalau tyme study... terutama untuk berjaga pada waktu malam kew.. saja2 nak minum .. ataupun nak siapkan report dan sebagainya.. aku memang mengelak... bagi aku biar la tido sekejap pun x apa.. asalkan jangan ambil kopi tyme2 tue.. sebabnya seperti yang kita tahu.. kopi nie mengandungi kafein.. yang bertindak sebagai dadah perangsang.. untuk mencergaskan kita buat sementara waktu.. dalam pada masa yang sama menjadi otak palsu bagi kita kan.. untuk kecergasan sementara... disebabkan tue juga.. kita akan mengalami insomnia.. iaitu penyakit sukar tidur..
sememangnya sebelum nie pun.. aku dah dapat penyakit sukar tidur malam nie.. atau insomnia..(walaupun x minum kopi..) terutama tyme cuti la.. kalau tyme kelas nie kurang sikit.. cz badan kekadang tue dah penat sangat kan.. dengan kelas seharian,.. pastu kerja tue.. kerja nie.. memang senang nak tidur.. tp x untuk tyme cuti .. cz sekadar duduk dirumah.. x banyak kerja dibuat.. menyebabkan aku sukar tidur.. tambah sekarang lak kuat minum kopi.. agi2 la kan..
minum kopi nie juga sebenarnya akan meyebabkan ketagih.. tapi dalam isu aku sekarang aku x pasti la.. cz aku x rasa aku ketagih.. sebab aku memang suka minum kopi susu.. yang mana ku masukkan.. setengah sudu kopi.. 1 sudu gula.. dan 4 sudu susu.. memang kaw2.. lemak berkrim... tambah pula susu yang aku guna .. susu dutch lady.. wah memang sedap.. (memang tambah lemak aku).. tapi tabiat nie x bagus tau.. jangan ikut.. cz x bagus untuk kesihatan.. aku pun dah nak kena taubat sudah..
cz ia mampu memberi kesan pada jantung, buah pinggang dan pembuluh darah.. serta denyutan jantung x menentu.. selain tue juga pengambilan kafein nie.. boleh menyebabkan dehidrasi.. iaitu kekurangan air dalam badan disebabkan oleh pengeluaran air yang banyak.. x kisah la berpeluh atau sebagainya.. dan mudah berlakunya osteoporosis terutama bagi perempuan yang dah monopous.. cz tyme tue akan menyebabkan kehilangan banyak mineral2 penting dalam badan.. disebabkan pengambilan kafein nie.. (jadi nasihatkan nenek dan mak anda yerk.. yang suka mengambil kopi.. di usia senja..) kalau pengambilan dengan susu lak.. aku x pasti.. maybe mampu menyumbang.. atau kalsium dalam susu tue.. awal2 agi dah terubah suai.. aku pun x tahu..
p/s:: kopi susu warna nyer macam milo... bukan hitam pekat cam nie.. uhuhu~ apa2 pun utamakan makanan yang mampu berikan kesihatan pada diri
Comments
Post a Comment