Monday, July 25, 2011

:: sapa cakap menulis tue best?? ::

 assalamualikum... 

bertemu kembali kita dalam ruang aku kali nie.. wakaka.. buang tension.. iaitu.. SAPA CAKAP MENULIS NIE BEST???... sapa cakap.. mai.. sini mai.. 

ok.. sebenarnya aku nak cerita kat korang semua sikit.. yang menulis nie sebenarnya tak best pun.. (sama la dengan menaip.. tak best pun..) BILER>>>
- kita kekurangan idea untuk diceritakan dan dikembangkan..
-dah bosan dengan apa yang kita buat..
-tak ada point nak cerita dan bercakap..
-dah tak da maklumat lagi nak mengoreng..

kalau korang cakap korang memang suka menulis.. menaip.. tue maksudnya korang memang ada cerita nak cerita.. nak luah.. nak goreng.. dan timbul la minat nak menaip dan menulis tue.. tapi kalau macam keadaan aku sekarang.. memang sangat malas.. nak menulis dan menaip .. sebabnya aku tak ada idea nak goreng.. terutama bila KENA SIAPKAN REPORT.... aduhss.. memang sakit.. kalau tulis blog lain cerita .. semuanya dah dah dalam otak.. tak banyak pakai fakta.. jom ten gok muka2 stress nak siapkan report...

adakah terselitnya ketensionan di muka mereka??
kalikew aku jew yang tension sorang2 nie..

tak apa la.. kalau diorang tak tension.. aku jew yang tension sebab tak dapat mengoreng dengan baik... uhuh.. untuk menghilangkan rasa stress dan tension semasa buat kerja... lakukan seperti ini... 
- tangkap gambar curi.. orang yang tengah khusyuk buat kerja.. 
-jalan2 atau tenangkan fikiran dengan lihat persekitaran kerja kita..
-tulis blog.. salah satu cara lepas stress juga..
-dan last sekali adalah makan.. hahah.. aku suka tue.. sehingga membulat2kan diri aku kalah bola sepak... hahha..
 sekitar tay nguyen university agi.. ambil gambar .. hilang stress..

ok sampai cnie dulu.. karut-karut aku kali nie..  nak sambung buat kerja balik... dan untuk pengetahuan korang juga..  minggu nie adalah minggu terakhir aku tinggal di vietnam.. tue yang semua tengah bertungkus lumus menyiapkan report.. cz ktorang akan balik ari rabu nie jew dah.. dan report nie kena subm,it esok.. jadi semua kena bertungkus lumus.. ok .. bye dulu untuk hari nie.. see u again...


Thursday, July 21, 2011

::review noval : ROOFTOP RANT ::

orang cakap.. membaca nie jambatan ilmu... dan melalui membaca juga banyak benda kita dapat pelajari.. oleh disebabkan tue.. hari nie.. aku dan bawa korang semua dengan review novel.. yang tak pernah-pernah aku buat sebelum nie.. kiranya ruangan baru aku la yerk..

tajuk : Rooftop Rant
penulis : Hlovate
Terbitan : Jemari seni  sdn. bhd.


Komen saya:
Kisah perasaan seorang remaja Trisy yang bergelut dengan kemelut keluarga. Sungguhpun datang dari keluarga berada, tetapi jiwanya kosong. Dan dia mula memberontak secara diam, menjadi rebellious di sekolah dan di rumah. Bertembung pula dengan Jade di atas bumbung, dan secara tidak sengaja meluahkan rasa hati tentang keluarganya. Jade banyak memberi konsultasi dengan hanya mendengar segala cerita Trisy, sambil membuat lakaran kartun. Jade memang berbeza latar belakang berbanding Trisy. Jade bukan anak orang kaya, duit dicari sendiri dengan menjual burger bagi membeli peralatan melukisnya.
Klimaks bermula, bilamana Trisy overdose pils dan diwadkan di wad psikiatri. Dari situ, ibubapa Trisy nekad menghantar Trisy ke rumah atuk dan opah di JB.
Trisy banyak berubah ke arah kebaikan semasa di JB dan mula membaca kitab-kitab Pak Sunya. Paksu nya yang banyak membimbing dirinya dan dia berjaya memperolehi SPM yang membanggakan. Sementara Jade berjaya menjadi pelukis setelah Trisy memperkenalkan Jade dengan Jason yang merupakan rakan abang nya Jazz.
Trisy diterima di KMS Seremban dan melanjutkan pelajaran di Aberdeen.
Terdapat juga diselitkan Jebat dan Lekiu, mags 7, dan juga kak Jo n Along dalam novel yang sebelumnya semasa di Aberdeen. Trisy tidak terbuka hati walaupun di lamar Lekiu.
Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Trisy kembali semasa cuti semester dan bertemu Jade. Lalu mereka mengikat tali pertunangan. Terdapat juga watak2 dari majalah Lanun seperti Wak Duku dan Rapala. (sy peminat majalah komik Lanun back in 1995/6/7).
Rating saya: ****1/2 (almost tak boleh letak)
 
p/s::  macam mana pendapat korang dengan buku nie.. aku rasa dier sangat best.. jadi jom beli...
 
 

:: cuti2 viet # DALAT ::

Assalamualikum dan sin chao..

tinggal lagi seminggu untuk aku mengucapkan Sin Chao pada korang semua.. cz lepas nie.. kembali kepada salam sejahtera... sebabnya aku dah balik Malaysia.. ureee~~... boleh makan makanan sedap2... hihiihi.. dan puasa di rumah..

ok .. untuk pengetahuan korang.. weekand yang baru berlalu nie.. aku dan kawan2 telah menghabiskan cuti kami di satu tempat yang bagi aku sangat menarik di Vietnam.. iaitu di satu bandar yang sangat famous dengan bunga di sini.. urmm.. agak2 kat mana tue.. tentu la sama nama dengan tajuk di atas iaitu Bandar Dalat.. yang mana bandar utama atau Central Highland  bagi Lam Dong Province..  ( Boun Man Thout  atau bandar yang aku tinggal sekarang nie.. dier pula Central Highland bagi Dak Lak Province.. dan terkenal dengan kopinya.. macam gambar yang lepas  di  welcome to vietnam #2 )


kalau nak tau macam mana percutian kami di Bandar Dalat.. Jom terjah..


tugu bunga di tengah2 bandar yang menunjukkan kemegahan 
terhadap bunga di kawasan tersebut..

kedai-kedai bunga di sekitar kawasan bandar Dalat... 
cantik2 semuanya dan sangat segar..

 melawat ke Taman Bunga.. 2km dari bandar utama..  
tiket  masuk15 000 dong bagi setiap orang..
 sangat berpuas hati dapat masuk ke sini.. terdapat pelbagai jenis bunga..
dan lanskap dier sangat menarik...

dan yang menariknya di Dalat nie... dua tahun sekali.. akan diadakan perayaan atau festival bunga iaitu pada bulan julai hingga ogos.. dan kitorang tersilap tyme lak datang.. cz festival tue akan dirayakan pada tahun depan bukan tahun nie.. ermm.. ruginya.. kalau x dapat tengok festival bunga.. namun .. kalau sesiapa ad kesempatan.. datang la.. uhuhu..

 ke ladang bunga..
dan beberapa tempat menarik yang lain...

di central market.. macam2 buah2an dan pakaian boleh didapati disini.. 
kebanyakkannya pakaian yang berkait.. harga pun boleh tahan .. 
( nak tahu harga sebenar datang sendiri)

untuk pengetahuan korang juga.. bandar dalat adalah 200km dari bandar  boun man thout.. dan mengambil masa 6 jam perjalanan  dengan menaiki bas ke sana.. sangat lambat.. sebabnya.. perjalanan dengan kelajuan 80km/ jam.. sekiranya jalan ok.. dan 20km/jam dengan jalan yang sangat berlopak... tapi sangat berpuas hati apabila sampai ke sana.. kerana cuacanya sangat sejuk.. dan mendinginkan... dan memborong pun sangat bagus disini..

ok.. tue jew kot gambar yang dapat aku uploadkan kali nie.. sebenarnya banyak agi lokasi menarik yang kitorang pergi  seperti crazy house, kilang sutra, kilang kopi dan sebagainya sekitar dalat.. yang kitorang ambil dari pekej pelancongan.. mungkin akan aku masukkan dalam entry berikutnya kot akan datang..  nantikan yer.. atau pun korang boleh datang sendiri ke dalat.. 


Tuesday, July 19, 2011

::tasmania devil ::

assalamualaikum.. dan salam sejahtera...

hari nie aku nak baru korang  untuk kenal dengan  alam haiwan..   yang mana haiwan ini sangat terancam kehidupan dier.. iaitu Tasmania devil.. korang kenal x...?? kew aku pernah cerita pada korang sebelum nie.. ada tak..?? aku pun tak pasti..

Tasmania Devil. COMEL X???

ok.. back kepada haiwan nie.. aku tertarik untuk menceritakan mengenai haiwan ini adalah kerana satu sebab yang agak unik bagi haiwan nie.. ialah.. kerana.. tasmania devil nie dikenali sebagi haiwan yang sangat garang.. terutama.. haiwan  betinanya.. yang mana.. kalau bukan masuk musim mengawan.. haiwan jantan tidak boleh mendekatinya langsung dan akan bertindak ganas kepada haiwan jantan tersebut.. sekiranya kelihatan mendekatinya... dan sikap tersebut akan berubah menjadi sebaliknya pada musim mengawan... urmm.. pelikkan haiwan nie...

namun walau bagaimanapun kepelikan dia.. haiwan nie memang tak ada di Malaysia ok.. ataupun ditempat lain..hal ini kerana.. sekarang.. haiwan nie hanya terdapat di kepulauan Australia sahaja.. dan kian diancam kepupusan disebabkan tindakan manusia dan penyakit... kesian kan.. jadi sama-samalah menjaga kehidupan yang ada...

P/S:: apa2 pun aku still agi di vietnam sekarang.. masih menyiapkan keja yang bersisa.. sebelum balik Malaysia.. wa.. sangat rindu makanan Malaysia.. nak tahu cerita aku kat Vietnam agi nantikan nanti yerk....


Tuesday, July 12, 2011

:: santapan rohani seberang laut# 2 ::

assalamualikum.. Xin Chao..

jumpa agi kita di Santapan Rohani Seberang Laut.. uhuhu~~ macam rancangan tv pula  baca nada dierkan.. hihi.. ok.. kalau nak dilihatkan daripada kedudukan di negara orang  dan kehiduapan ktorg disini.. tak adalah nak sedih-sedih sangat pun.. semuanya ok jew kehidupan kitorang disini.. siap diberi layanan istimewa agi.. biasa..  ktorang nie merupakan group percubaan bagi exchange student di Vietnam nie.. jadi seboleh-bolehnya diorang cakap.. diorang nak beri yang terbaik.. supaya ada agi pelajar yang akan datang pada kemudiannya.. dan alhamdulilah.. setakat nie kehidupan kami disini pun.. baik-baik semuanya.. 

cuma bab makan jew.. menjadi masalah.. sebabnya.. susah nak dapatkan makanan halal.. setiap makanan perlu berhati-hati dan dititk beratkan.. dengan anjing sekitar kawasan.. dan penduduk setempat pun sangat rajin nak belanja kitorang makan.. sangat susah di situ.. menyebabkan kekadang tue terpaksa kitorang berlakon makan.. sedangkan tak makan pun.. nasi still penuh pinggan juga.. terpaksa demi menjaga hati... makanan yang dihidangkan sememangnya halal.. sekadar ikan dan ulam-ulaman sahaja.. sebab ktorang dah nyatakan yang islam melarang umatnya makan  makanan yang tidak disembelih oleh orang bukan islam...  jadi conformlah.. semua daging ktorang tak boleh makan.. dan diharapkan diorang faham semua tue.. dan selalunya diorang akan asingkan semua makan kepada bekas khas untuk ktorang.. tetapi disebabkan was-was.. sukar untuk ktorang makan makanan tersebut.. susahkan.. disebabkan  tersebut kitorang selalu jew cakap dah kenyang.. dah makan.. walaupun hakikat belum makan.... ataupun memilih buah-buahan untuk dimakan...  itu lebih baik..

dan hari nie aku nak kongsikan sedikit satu sketsa.. berkaitan pengharaman babi dengan korang semua..  dan berhati-hati dengan pemakanan korang akan datang.. terutama yang berada di luar negara.. fahaminya okey..



 harap korang semua dapat memahami sepenuhnya.. kenapa islam mengharam dan menghalalkan sesuatu makanan kepada umatnya.. sesungguhnya, setiap apa yang dihalal dan diharamkan dalam islam adalah sangat baik dan terdapat keburukan disitu yang menyebabkan umatnya perlu petuhi dan turuti... ada kebaikkannya pada masa akan datang.. 

Mudah-mudahan kita mendapat manfaat bersama...




::soseh dari vietnam::

 assalamualaikum.. xin cha0..

untuk kali nie aku online dari salah satu Taman Negara Di Vietnam.. iaitu Yok Don National Park (YDNP)... setelah sekian lama menyepikan diri untuk seketika.. al-maklumlah.. di dorm x ada internet..  masuk taman negara baru dapat internet.. mewah tak mewah.. taman negara diorang.. dalam hutan pun dapat layan internet.. tapi di hostel x ada pula.. pelikkan.. uhuuhuh.. ok la apa2 pun.. asalkan aku dapat online kira ok la tue kan... urm.. untuk kali nie.. aku tak pasti la nak cerita yang sedih dulu kew.. atau yang happy.. urmm.. jap .. nak pikir jap..  ......

urmm.. ok la.. disebabkan sekarang aku ada di Taman Negara Yok Don.. atas tujuan kerja... (dan sambil bercuti maybe..) jadi aku start cerita hari nie dengan kerja2 yang kami lakukan disini la.. (mula yang sedang2 dulu.. x sedih dan x happy)

minggu lepas aku tak dapat nak mengupdate blog.. sebab aku tak bawa lappy ke YDNP.. ye la tyme tue tak tahu pula disini ada internet kan.. tapiminggu x terkecuali untuk akau bawa lappy kesayangan aku nie... dan hari nie aku nak upload gambar2 kerja2 kitorang di sini.. kerja yang kitaorang buat minggu lepas.. layan dulu..

 Ambil Data Ekologi.. Deciduous Forest

nie hutan di Yok Don National Park.... deciduous forest..
hutan dia terbuka dan banyak wetland.. tempat kerbau berkubang gak... 
suhu antara 31-37 darjah celcius... panas siot..

sebelum memulakan kerja.. check dulu kedudukan.. pakai gis dan peta

mulakan kerja2.. mengukur ketinggian pokok...

hutan nie.. sangat terang dan banyak pokok buluh renek.. tak macam hutan di Malaysia.. jadi tak susah nak jalan kat dalam dier.. macam semak ladang getah jew..

bincang kerja yang dilakukan..

nie bagi kerja-kerja mengutip data ekologi.. biasa jew.. tapi disebabkan panasnya terlalu terik.. rasa penatnya lebih sikit berbanding selalu.. cepat penat... rasa dehidrat la pula kan... esok kerja yang sama juga bakal kami lakukan... kutip data ekologi agi... aduhsss... tapi kali nie kat evergreen forest lak.. kena daki gunung.. penat la mak esok.. hoohoho...

Perusahaan Katak

kalau dekat Malaysia.. kita tengok perusahaan ikan keli atau ikan talipia dilakukan secara besar-besaran oleh penduduk kampung.. tak kurang juga bagi perusahaan katak di Vietnam.. kerana katak adalah sebahagian daripada sumber makanan utama diorang disini.. jadi penternakan dia juga dilakukan secara besar-besaran.. dan sangat menguntungkan tau.. oleh yang demikian.. pihak universiti aku stay sekarang nie.. iaitu Tay Nguyen University (TNU).... telah memperkenalkan cara penternakan katak besar2an nie pada penduduk kampung.. untuk menambahkan pendapatan penduduk tempatan selain daripada menghasilkan  katak yang banyak zat dan berkualiti.. (sebabnya katak nie diberi makan tablet kot dan vitamin.. bukan leceh2 nyer katak la..) ktorang pun tak terkecuali untuk turut serta dalam taklimat nie.. jom kita tengok...
nie antara kolam katak yang telah diusahakan oleh penduduk tempatan.. 
menggunakkan air bersih yang sentiasa diganti..
nie pula tyme kami ke lokasi seterusnya.. kolam katak yang dilakukan secara lebih terbuka...

nie antara katak2 yang diternak... sihat-sihat belaka.. korang sanggup nak makan nie... hihihhi~~


Forest eco-tourism

 nie bahagian yang aku suka.. sebabnya sambil menyelam minum air namanya..uhuhuh~~ (faham2 la yerk) setakat nie kerja kitorang memang sekitar Yok Don National Park jew.. yang tak berapa jauh daripada Kemboja dalam 30KM la.. lebih kurang... untuk tugasan nie.. ktorang kena buat servai kawasan pelancongan.. sambil melawat kawasan persekitaran.. jom jelajah...
dengar briefing mengenai Yok Don National Park dan ekopelancongan...

petangnya.. mulalah sesi berjalan-jalan... di kawasan ekopelancongan.. Bon Don Village.. cantik tempatnya.. ada jambatan buluh yang menyeberangi Srapuk River.. nak masuk kena tiket sebanyak 15000 dong.. kalau x silap.. tapi puas hati... sungai nie bersambung ke Sungai Mekong...

nak membeli belah pun boleh.. banyak barang cenderahati.. 
tapi dari China dan Thailand.. dan kebanyakkannya ada juga di Malaysia..

 khidmat berbasikal di dalan hutan pun ada.. sewa 5000 dong.. tapi disebabkan ktorang datang atas mempromosi... dapat free berbasikal..
 nie lokasi akhir berbasikal kami.. lata Srapuk.. banyak batu.. best berbasikal dalam hutan..

dan tak melepaskan pelunag juga untuk naik gajah di dalam hutan.. 
nie semua atas hasutan budak perancis sowang nie.. terpaksa la ktorang naik gajah..
kat cnie duit terbang agi 200 000 dong seorang.. tapi puas la.. jalan satu hutan dengan gajah selama sejam..

dan hari nie punya aktiviti adalah.. hutan komuniti.. dimana kitorang kena melawat salah satu kawasan perkampungan di dalam National Park di sini..(aku terlupa lak nama kampung tue .. uhuhu~~) nanti aku check balik.. kat sana ktorang kena temuramah penduduk kampung.. dan melihat tahap pembangunan diorang dengan keistemewaan taman negara bagi diorang..  dapat banyak input disitu.. tapi tak sempat nak upload gambar.. sebab internet dier begitu slow dan lembab.. disebabkan esok aku ada kerja dan kena mendaki lagi.. dan jam pun dah menunjukkan pukul 12.44 jam Malaysia.. di Vietnam bermaksud pukul 1.45 dah.. terpaksa la aku masuk tido dulu... ok.. jumpa agi akan datang.. dengan khabaran lain pula.. 

good night.. tot dem...



Monday, July 11, 2011

:: santapan rohani seberang laut ::

 
Pernah tak korang tetiba terfikir mengenai kematian.. apakah kehidupan korang setelah kematian.. cukup atau tidak amal ibadat korang selama korang hidup didunia nie…?? Dan adakah korang melaksanakan sepenuhnya segala perintah dan suruhanNYA??? Seperti yang kita janjikan seperti sebelum kelahiran kita didunia???

Tahukah kamu….
-bahawa sebelum kita dilahirkan didunia.. pada alam sebelum kita menjadi janin dalam perut ibu kita.. kita telah berjanji kepada tuhan .. untuk menjadi sebaik2 manusia.. melakukan segala suruhannya.. dan meninggalkan segala laranganNya..
-tetapi sedarkah kita dengan apa yang kita lakukan kini.. 

(mungkin ada beberapa kesalahan daripada ayat diatas.. sila rujuk kembali kepada beberapa firman atau hadis….)

Tetapi adakah kita sedar.. dan kita lakukan sesuatu yang betul..

Aku tak pasti semuanya.. tetapi tetiba aku terfikir.. mengenai kematian.. mengenai kehidupan aku dan sebagainya.. sebabnya aku seorang manusia yang lalai.. selalu lupa.. alpa dan leka dengan suruhan  Allah.. selalu meninggalkan suruhanNYA.. yang aku sedar.. semua tue adalah wajib bagi aku lakukan..  sebagai hambanya.. tapi aku selalu ingkar.. 

Aku tak pasti .. kenapa dan tiba-tiba saja aku terfikir mengenai kematian dan aku..  dan merasakan kematian tue datang tanpa dijangka.. dan aku rasa takut sangat.. dengan keadaan aku yang sekarang berada di Negara orang dan sebagainya.. aku merasakan sangat takut.. dan aku berharap sangat.. aku mati dalam keadaan  beriman.. berada disamping keluarga dan cukup bersedia dengan amalan dan amalan takwa aku.. 

yang aku sedar sekarang.. aku tak ada langsung benda tue.. amal takwa dan amalan aku.. aku rasa kosong sangat.. tak ada..  sebabnya aku banyak berfikiran jahat dan sebagainya … dan aku takut.. sangat takut…  astafirullah al-azim… ampunilah dosa hambamu yang cukup banyak melakukan dosa ini .. Ya Allah… selalu alpa dan leka terhadap segala suruhan mu..

Ya Allah.. dan aku mohon pada mu juga.. Ya Allah.. supaya kau bukakan hatiku.. ringankan diriku untuk taat dan patuh pada perintahmu sepenuhnya Ya Allah.. buangkan malas aku , sikap busuk hati dan sebagainya.. supaya sentiasa taat dan patuh pada mu Ya Allah..  supaya aku sentiasa  melaksanakan perintahMu ,  Ya Allah.. sesungguhnya… aku sangat takut pada siksaanmu.. dan takut pada diriku sendiri yang sentiasa alpa dan leka pada suruhan Mu…  dan aku sangat berharap agar aku taat pada perintahMu Ya Allah.. 

AMIN.. AMIN YA RABIL  ALAMIN…