Thursday, September 26, 2013

Kita Memilih Cara Hidup Kita Sendiri..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Hidup manusia nie diberi 24jam sehari.. masa yang sama dan waktu yang sama.. cuma kedudukan jew berbeza sebab ada di timur ada di barat, selatan dan utara.. macam tue juga pilihan hidup manusia.. manusia diberi peluang untuk memilih kehidupan sendiri.. yang mana akhir kehidupan tersebut tetap akan dihisap.. dan di nilai.. Subahanallah.. bersyukur siapa yang diberi hidayah olehnya.. namun kita yang masih alpa dan leka.. kena sentiasa beringat dan berdoa supaya sentiasa mendapat hidayah dan pertunjuk daripadaNya..

Tak tahu nak komen apa.. tapi agak tersentuh bila kawan-kawan bercerita mengenai perubahan hidup.. untuk memperbaiki diri kepada yang lebih baik.. lihat disitu tuhan akan bagi kepada sesiapa saja yang ingin berubah.. tapi kekalkan dengan istiqamah.. insyaallah.. kita akan mendapatkannya.. tadi tertarik juga dengan blog Siti Hajar Aladin dengan nama blog anakjerung.blogspot.com. bermula godek blog dari surat kepada perdana menteri.. kemudian berjalan dari satu entry ke satu entry dia.. banyak benda yang dapat belajar dari blog dia.. penggunaan ayat juga selesa dan sopan.. banyak mendekatkan kita dengan isu semasa dan agama.. rasa tenang dan mesra.. kalau kawan2 ada kelapangan jemput la melawat.. maybe ada yang tertarik hati..



Wednesday, September 25, 2013

Homesick...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Kebiasaannya, kalau melihat orang nie menghitung hari.. mesti orang tue terlalu menanti-nanti hari yang penting dalam hidup dia.. contohnya, nak kawin kew, tunangkan, konvo kew, dapat kerja kew, nak bercuti atau sebagainya... tapi bagi kes aku sekarang... apa yang menyebabkan aku menghitung hari adalah kerana NAK BALIK RUMAH... hohooh.. tetiba rasa homesick pula nak balik kan.. maybe sebab balik hari tue x sempat nak peluk cium mak kot.. balik pun tak berhantar oleh mak ayah.. cause bekejar bas dengan tiket habis.. kakak n abang ipar jew yang hantarkan.. so feeling dia lain jew rasa... hahha.. ayat macam anak manja la pula kan nak duduk bawah ketiak mak jew.. second mesti la rindu kat si budak tecik nie.. walaupun just anak buah jew.. and sempat jadi babysitter untuk  sebulan.. merasa juga la jadi ibu mithali.. poyo kan..


ok ini lah anak-anak buah aku kelahiran 2013..  yang sebaju biru boy.. and putih biru gegurl... yang si boy tue ada adik kembar sebenarnya.. tapi kesian kena dipisahkan.. sebab mak n ayah diorang berkursus.. so diorang kena diantar ke kampung untuk dijaga.. baru tiga bulan dah kena pisah.. dan aku pula yang sememangnya tak menyentuh baby.. kena jaga.. punya susah nak belajar.. sebabnya.. aku takut nak pegang baby.. diorangkan sangat lembut takut terkehil pula nanti.. tapi alhamdulillah..  dengan si hakim nie.. aku dah pandai mandikan baby.. jaga makan tidur baby.. urm best rupanya jaga baby nie.. dia pun tak banyak perangai sangat.. kalau tukar lampin, bagi susu, mandi and tidur ikut tyme dia.. dia pun tak banyak merengek.. siap boleh tengok dengan diam lagi bila bukakan cerita upin and ipin.. like their life la kan.. upin ipin twins and akim ikal twins.. no parents and stay with grandparents.. different untuk beberapa part jew la.. sebab diorang banyak mak.. ucu, alang, n njang...


Sunday, September 22, 2013

Perubahan...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Tak senang nak jadi senang... tak susah nak jadi susah.. tu la kata orang lama-lama.. tapi banyak betulnya... macam malasny kita.. nak ubah jadi rajin.. sangat la susah.. tapi kalau dah start rajin.. dah tak jadi masalah kan... macam tu la juga kehidupan aku sekarang pun.. rancang banyak perubahan tyme masuk master nie.. tapi ntah jadi ntah tidak.. kata nak pindah kolej.. x jadi atas alasan malas nak angkut barang yang banyak bertimbun di kolej lama... kata nak quit dari palapes pun tak jadi bila terfikirkan banyak benefit yang mampu kita dapat dari dia.. last2.. kekal juga aku kat cnie.. duduk juga aku di Kosass.. join juga aku palapes.. hope.. dengan fikir benefit yang bakal diperolehi tak membuatkan aku mengabaikan master aku yang target hanya 2 tahun jew untuk akau habiskan...

Bagi memastikan semua adalah terbaik.. tekad perlu tinggi... nak pula dua tahun kan.. malas tue memang kena buang.. movie, anime, dramacrazy and madduu.. sila-sila la tinggalkan.. mesti kens mengadap journal jew hari-hari.. kena cinta and sayang rama-rama lebih-lebih nie..baru tangkapcintan hah..

kalau ikut sem nie kena siapkan chapter 1, 2, 3... dan tau serba sikit tentang journal yang nak di publish tahun depan.. dua journal ok.. so kena baca lebih sikit..  minggu lepas masuk kelas research method.. fuhss.. luruh jantung mak tau.. baru nampak perbezaan kelas antara degree and master.. kalau student dia ternyata la berbezakan.. selalunya kelas.. kawan2 kita semua sebaya.. tapi bila masuk kelas master nie.. sesi dalam kelas macam dengar taklimat.. kawan2 sekelas terdiri orang yang dah bekerja semua.. terasa diri sangat muda d situ.. foreigner tak payah cakap la  mesti banyak kan.. so ilmu lagi penting kita teruskan...


Monday, September 16, 2013

Kereta Kecil Warna Merah..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Bapaku pulang dari kota,
bapaku belikan kereta,
kereta kecil warna merah,
bolehku bawa kesekolah.

Pom...pom...pom...pom...pom
kereta kecilku berbunyi,
marilah adik mari naik,
boleh kubawa jumpa nenek


Lagu nostalgia zaman kanak-kanak.. tapi itu juga satu harapan aku sebagai seorang student yang masih kerdil ini.. tak mampu nak pakai kereta yang besar2 dan hebat2.. sangat jeles dengan kawan2 yang dah berkerja dengan gaji sendiri.. pakai kereta sendiri.. aku tak ada apa2 langsung sehinggakan nak pergi site study pun kena tumpang orang... sedey kan.. harapan dapat biasiswa nanti..boleh la cari kerita yang kecil-kecil sikit.. untuk buat pengangkutan pergi study site.. and angkut barang-barang kita nie yang tak termampu di bawa dengan motor.. harapan mahu ambil kereta Myvi.. tapi bila difikirkan balik dengan wang yang ada viva dulu jew la pakai... kalau nak pakai saga.. rasa macam besar sangat lak... tap pandai nak parking kereta besar2 nie.. hehhe~~~ saya budak baru belajar memandu...



Hidup Ini Penuh Dengan Pengujian..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

PENGUJIAAN.. sebutan tak betul.. tapi aku nak guna jugak.

Apabila umur mencapai 24 tahun.. sudah tamat pengajian.. dan kawan2 bukan lagi disisi kita.. saat inilah bermulanya dugaan yang maha tinggi bagi kita yang masih ingin meneruskan pengajian.. terutama apabila kita terbiasa beraktiviti dengan kengkawan.. dan kini tetiba sunyi dan kosong.. tak ada aktiviti.. lagi terasa keadaan itu..

26 Jun 2013... merupakan tarikh-tarikh akhir bagi aku dan kawan-kawan digelar sebagai pelajar ijazah sarjana muda.. selepas pada tarikh itu.. semua hilang dengan arah tuju masing-masing.. ada yang mengambil keputusan menyambung pengajian, mencari kerja.. mendapat tawaran kerja dan tak kurang juga yang masih mencari-cari hala tuju seterusnya.. dan tak lupa juga yang sudah menghabiskan pengajian seawalnya lagi... taniah bagi yang sudah sampai ke alam pekerjaan.. 

Pada saat semua kawan2 sibuk dalam menguruskan kerjaya sendiri, mengejar waktu yang tidak mencukupi.. mencari wang ringgit.. dalam membina kerja, aset, dan keluarga.. aku masih bertatih-tatih memanjat tangga kehidupan dalam mencari kerjaya sendiri.. manakan tidaknya cemburu.. disaat kita masih mentelaah.. kawan2 sudah mempunyai kerjaya masing-masing.. hidup dalam kehidupan sendiri.. wang sendiri.. kereta sport, jaguar...semua atas titik peluh sendiri.. sedangkan kita masih diulik hutang.. dan meminta.. siapalah yang akan memberi??

Cemburu aku katakan sungguh cemburu.. namun semua itu rezeki  masing-masing.. disebabkan usaha yang dilakukan masing-masing juga...insyaallah ada rezeki kita akan ada jua pada kita.. cuma kita kena sentiasa beringat.. rezeki tak datang bergolek.. yang pipih pun tak datang melayangkan... semuanya dengan usaha doa dan tawakal insyaallah.. dengan hasil usaha kita hari ini.. dan bersungguh berusaha dengan izinnya.. kita juga mampu berjaya..  yang penting USAHA.. dan diiringi doa dan tawakal.. insyallah..


Friday, September 13, 2013

Sunday, September 8, 2013

Hujan Gerimis

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Hujan gerimis...
suatu daripada rahmat illahi kepada kita makhluk di bumi...
hujan menyejukan pemukaan.. menyegarkan..
salah satu rezeki allah pada kita..
menyegarkan tumbuhan dan memberi sumber makanan kepada kita..

begitu juga dengan nikmat allah yang lain..
kalau telah ditetapkan olehnya.. ditolak pun akan datang juga..
diubah pun akan terambil jua...  mungkin suatu hikmah diberikan kepada kita..
takdir yang menetapkan.. kita perlu bijak untuk mencernanya..

kekadang mungkin kita berusaha untuk mengubahnya..
tetapi ketetapan tetap datang kepada kita..
untuk cuba mengharungi kehidupan yang susah yang cuba untuk kita mengelak..
nak atau tidak terpaksa menerimannya..
hanya tawakal sahaja yang mampu mengiring masa kita itu..
perkara yang perlu dicuba lagi...

aku harap setiap dugaan yang berlaku..
mempunyai hikmah yang tersembunyi..
walaupun dalam keadaan yang aku cuba lari..
dia tetap perlu aku tempuhi..
akhirnya aku terus menatap disini...

aku hanya memohon padamu ya allah..
supaya kau beriku semangat yang kuat..
untuk aku lalui kehidupan baruku.. dalam keadaan yang lama aku cuba perbaiki..
semoga perjalan hidup ini mampu menjadi hujan gerimis yang mampu menyegarkan kenangan hidup..


Wednesday, September 4, 2013

Bergerak ke Satu Tingkat Kehidupan..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Hidup manusia nak gerak bertingkat-tingkat tue bukan senang.. tapi bila dah jumpa jalan tak salah untuk kita ambil peluangkan..

macam tue juga kehidupan aku sekarang.. peluang ada dihadapan mata antara nak kaut atau tidak bergantung kepada keputusan kita sendiri untuk memilihnya.. kelau fikirakan risiko.. masa.. usia.. keluarga dan wang ringgit... mingkin itu akan menjadi masalah besar untuk diri sendiri.. tapi kalau belum cuba kita tak akan tahukan apa kesudahannya..  yang penting kalau mahukan kesudahan yang terbaik.. banyak berusaha dalam setiap perjalanan.. usaha.. doa .. dan tawakal.. insyaallah allah tak akan sia-siakan usaha makhluknya yang berusaha...

level tiga kehidupan, bakal aku tempohi... iaitu kehidupan sebagai pelajar master pula.. dalam ekologi pengurusan hidupan liar.. level ketiga setelah diploma, dan ijazah.. sometime rasa berat.. dan sangat susah.. tapi hati tetap berusaha kuat dan tabah.. cuba untuk melangkah...

kalau boleh aku nak cuba ubah kehidupan aku.. aku nak hidup dalam suasana yang baru... dan lupakan zaman-zaman degree aku yang penuh dengan onak dan duri.. dan lakukan yang terbaik pada master nie... tapi semua tue perlukan persiapan.. yang cuba bersiap sebaik boleh..  dan aku akan tinggalkan dunia palapes.. dunia kosas.. sebab aku tahu betapa sakitnya hidup dengan manusia yang banyak kerenah.. penat.. biarlah aku mulakan hidup yang baru aku .. dalam dunia MASTER..