Hidup Ini Penuh Dengan Pengujian..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

PENGUJIAAN.. sebutan tak betul.. tapi aku nak guna jugak.

Apabila umur mencapai 24 tahun.. sudah tamat pengajian.. dan kawan2 bukan lagi disisi kita.. saat inilah bermulanya dugaan yang maha tinggi bagi kita yang masih ingin meneruskan pengajian.. terutama apabila kita terbiasa beraktiviti dengan kengkawan.. dan kini tetiba sunyi dan kosong.. tak ada aktiviti.. lagi terasa keadaan itu..

26 Jun 2013... merupakan tarikh-tarikh akhir bagi aku dan kawan-kawan digelar sebagai pelajar ijazah sarjana muda.. selepas pada tarikh itu.. semua hilang dengan arah tuju masing-masing.. ada yang mengambil keputusan menyambung pengajian, mencari kerja.. mendapat tawaran kerja dan tak kurang juga yang masih mencari-cari hala tuju seterusnya.. dan tak lupa juga yang sudah menghabiskan pengajian seawalnya lagi... taniah bagi yang sudah sampai ke alam pekerjaan.. 

Pada saat semua kawan2 sibuk dalam menguruskan kerjaya sendiri, mengejar waktu yang tidak mencukupi.. mencari wang ringgit.. dalam membina kerja, aset, dan keluarga.. aku masih bertatih-tatih memanjat tangga kehidupan dalam mencari kerjaya sendiri.. manakan tidaknya cemburu.. disaat kita masih mentelaah.. kawan2 sudah mempunyai kerjaya masing-masing.. hidup dalam kehidupan sendiri.. wang sendiri.. kereta sport, jaguar...semua atas titik peluh sendiri.. sedangkan kita masih diulik hutang.. dan meminta.. siapalah yang akan memberi??

Cemburu aku katakan sungguh cemburu.. namun semua itu rezeki  masing-masing.. disebabkan usaha yang dilakukan masing-masing juga...insyaallah ada rezeki kita akan ada jua pada kita.. cuma kita kena sentiasa beringat.. rezeki tak datang bergolek.. yang pipih pun tak datang melayangkan... semuanya dengan usaha doa dan tawakal insyaallah.. dengan hasil usaha kita hari ini.. dan bersungguh berusaha dengan izinnya.. kita juga mampu berjaya..  yang penting USAHA.. dan diiringi doa dan tawakal.. insyallah..


Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..