Saturday, February 25, 2012

:: kenapa diciptakanNya NERAKA?? ::

Assalamualikum..

tadi aku membelek2 post di facebook.. dan hati tertarik dengan tajuk sebuah artikel nie.. "Kenapa DiciptakanNYA Neraka"...  ayatnya simple tetapi kekadang membuatkan aku terfikir dan merenung kembali.. ya.. sesungguhnya tuhan tue maha Adil dan saksama.. jom kita melihat ceritanya..


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum."






setiap kejadian yang telah diciptakannya.. mesti ada sebab dan hikmahnya yang tersendiri yang kita sendiri tak menyedari semua tue.. disebabkan itulah kita disuruh untuk belajar.. mencari ilmu.. dan berfikir dengan setiap kejadian alam ini.. bak kata pepatuh "mencari ilmu biar sampai ke negeri China".. right..  jauh sangat nak sampai china tyme dulu-dulu... 

apa2 pun mari beramal.. berubah kepada yang lebih baik.. =P


Friday, February 17, 2012

::akan bermula rutin sebagai pelajar::

assalamualaikum...

jangan salah faham.. aku masih lagi dirumah sekarang... dan masih belum start kuliah lagi.. isnin  nie baru start kuliah bagi para pelajar yang belajar di Universiti Putra Malaysia... kalau UMP dan UM.. sememangnya diorang dah start kuliah minggu nie lagi kan... tapi tidak untuk UPM... 

akan menunjukkan sesuatu yang masih belum terjadi tapi bakal terjadi... ya seperti diri aku yang bakal kembalu ke kampus malam ini..  bakal memulakan semester baru.. yang mana sekarang aku sangat-sangat memerlukan semangat yang banyak untuk aku kembali bangunkan diri aku dari tidur yang panjang.. yang telah aku lakukan pada semester-semester sebelum ini..

ya kali nie.. aku nak sedarkan diri aku lebih awal.. sebab aku tidak mahu mengulangi sejarah hitam aku pada semester-semester lepas.. yang mana aku rasa aku sangat teruk dengan diri aku sendiri.. tiada kejujuran dalam mencari ilmu.. kejujuran yang aku maksudkan bukan meniru dan sebagainya.. tapi kejujuran dari segi iklas belajar.. betul berusaha untuk mendapatkan sesuatu tue seperti tiada dalam diri aku.. jadi aku nak lebih serius tahu nie..

aku sedih dengan diri aku semester lepas... jeles menunjukkan aku terlalu main-main dengan diri sendiri.. kawan-kawan risaukan aku.. tapi apa yang aku buat pada diri.. masih tidak ambil kisah.. dan resultnya lihat sendiri la.. kini kawan-kawan aku semuanya dapat result yang best-best.. semua disenarai dekan... tapi aku masih di takok lama.. malahan result aku lebih teruk lagi jika dibandingkan dengan result tyme aku diploma.. aku sangat sedih dengan semua tue... sebab benda yang sama juga yang diajar berulangkali... namun kenapa aku tak mampu buat dengan lebih baik.. sedihkan..

Ya Allah.. Aku benar-benar memohon kekuatan kepadaMu... supaya aku berusaha bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita ini.. kau sebatikanlah diriku dengan semangat dan azam yang kuat untuk sentiasa berusaha mendapatkan ilmu dan kejayaan... kau permudahkanlah segala urusanku.. sesungguhnya aku tidak mahu mengecewakan orang-orang yang paling hampir denganku.. ibu dan bapaku... dan aku mohon juga seupaya aku mampu menjadi insan yang berguna.. yang mampu berbakti kepada masyrakat dengan ilmu yang aku perolehi.. AMIN...


AKU SANGAT BERHARAP UNTUK MEMPUNYAI SEMANGAT YANG KUAT DAN BERTERUSAN SEMESTER NIE... DAN DAPAT RESULT YANG BAIK...


p/s:: aku sedih tau dengan prestasi aku sekarang.. sebabnya aku banyak mengeluh dengan semua kerja buat aku.. banyak merungut dan sebagainya... nampak sangat aku tak iklas dengan apa yang aku pilih dan buat.. jadi sem akan datang aku harap aku dapat buat lebih baik.. aku kena pandai bahagikan masa.. iklas buat semua.. tak nak merungut lagi.. manage masa dengan baik.. dan iklas.. n fokus dengan study sebaik mungkin.. tue la tangga kejayaan kan.. betul tak??? jom kita cuba.. insyaallah..





Thursday, February 16, 2012

:: semester kembali::

assalamualikum...

hari nie dah masuk hari kelima aku duduk di rumah.. dalam lebih kurang tak sampai 48 jam.. aku dah kena balik ke UPM... balik dengan semester baru yang bakal membawa aku  yang aku sendiri belum pasti dengan perjalanan yang bakal aku tempuhi.. adakah lebih baik daripada sekarang atau bagaimana... namun itulah perjalanan semester 4 aku yang bakal aku lalui..

semangat.. cita-cita.. dan harapan selalu aku semat.. namun kekadang mudah pudar dek keletihan.. kepenatan.. dari tingkah laku sekeliling dan kerja-kerja yang ingin ditanggung... aku tidak mahu diri aku mengulangi kesilapan atau tingkah laku yang sama yang mampu membawa kepada kegagalan aku.. 

semesternya aku sedih.. sedih dengan diri aku sendiri pada semester lepas dan sebelumnya.. sebab aku tak mampu untuk menjadi diri aku sebenar.. aku mudah mengeluh.. aku mudah mengalah dalam situasi.. aku tak mampu membawa diri aku... dan aku tak cuba menjadi diri aku sebaiknya.. sebabnya malas menguasai aku sepenuhnya.. tanggunjawab yang aku sendiri pilih aku abaikan dan anggap sebagai bebanan.. mengelak.. please after this.. be your self.. buat sebaiknya tanpa gagal... jadi diri kamu... ingat tujuan kamu kenapa kamu sambung belajar...

- nak kejar cita-cita setinggi langitkan...

- tak nak hampakan harapan ibu bapa selama inikan..

- dan yang paling penting sekali.. dan dapatkan sebanyak
 mungkin ilmu dan pengalamankan...

jadi cuba jadi yang terbaik untuk kejar semua tue.. please don't give up... sebab masa dah tak lama untuk mencari semua tue.. semuanya dah semakin hampir dengan penghujungnya.. just setahun setengah sahaja lagi.. lepas nie dah tentu hala tuju sendiri.. please patient.. sesungguhnya orang yang bersabar tue banyak hikmahnya...



Sunday, February 12, 2012

:: semester break bermula::

Assalamualikum...

hola semua.. harap semua sihat... today.. i'm baru start semester break tau.. betul-betul ketinggalankan.. orang dah lama bercuti.. kita baru mula bercuti.. sedey betul.. dah la tue cuti ada tak sampai seminggu.. uhuu =(

namun tak kisah la.. dalam lambat bercuti tue.. banyak pengalaman yang saya perolehi.. kenal kawan baru.. kenal tentang disiplin.. kenal tetang pertemuan.. kenal tentang navy.. dan belajar banyak pengalaman.. sebabnya.. saya tak bercuti kerana mengikut kursus ACT di Lumut.. seperti yang saya katakan sebelum nie.. dan pergi selepas habis pra-act yang dilakukan di universiti..

penat tue.. bukan kepalanglah.. tapi pengalaman tue penting..apa-apa pun nanti saya ceritakan untuk entry khas punya bagi kursus yang telah dijalankan selama 2 minggu tue.. sebabnya saya tak ada gambar la.. hardisk saya ada pada kawan.. tak dapat nak upload gambar..

dan perkara yang tak boleh blah sekali.. tyme training nie.. macam biasa la aku.. mesti bawa balik parut kesan training.. untuk kali nie.. parut teruk sikit.. iaitu muka yang terbakar yang sangat ketara.. dan kaki yang terseliuh kerana jatuh tangga.. memang sangat memalukan..

apa-apa pun tunggu cerita yang lebih detail nanti ya~~ nantikan.....