:: semester kembali::
assalamualikum...
hari nie dah masuk hari kelima aku duduk di rumah.. dalam lebih kurang tak sampai 48 jam.. aku dah kena balik ke UPM... balik dengan semester baru yang bakal membawa aku yang aku sendiri belum pasti dengan perjalanan yang bakal aku tempuhi.. adakah lebih baik daripada sekarang atau bagaimana... namun itulah perjalanan semester 4 aku yang bakal aku lalui..
semangat.. cita-cita.. dan harapan selalu aku semat.. namun kekadang mudah pudar dek keletihan.. kepenatan.. dari tingkah laku sekeliling dan kerja-kerja yang ingin ditanggung... aku tidak mahu diri aku mengulangi kesilapan atau tingkah laku yang sama yang mampu membawa kepada kegagalan aku..
semesternya aku sedih.. sedih dengan diri aku sendiri pada semester lepas dan sebelumnya.. sebab aku tak mampu untuk menjadi diri aku sebenar.. aku mudah mengeluh.. aku mudah mengalah dalam situasi.. aku tak mampu membawa diri aku... dan aku tak cuba menjadi diri aku sebaiknya.. sebabnya malas menguasai aku sepenuhnya.. tanggunjawab yang aku sendiri pilih aku abaikan dan anggap sebagai bebanan.. mengelak.. please after this.. be your self.. buat sebaiknya tanpa gagal... jadi diri kamu... ingat tujuan kamu kenapa kamu sambung belajar...
- nak kejar cita-cita setinggi langitkan...
- tak nak hampakan harapan ibu bapa selama inikan..
- dan yang paling penting sekali.. dan dapatkan sebanyak
mungkin ilmu dan pengalamankan...
jadi cuba jadi yang terbaik untuk kejar semua tue.. please don't give up... sebab masa dah tak lama untuk mencari semua tue.. semuanya dah semakin hampir dengan penghujungnya.. just setahun setengah sahaja lagi.. lepas nie dah tentu hala tuju sendiri.. please patient.. sesungguhnya orang yang bersabar tue banyak hikmahnya...