Posts

Showing posts with the label 2020

Sindrom wanita single

Image
Assalamualaikum. First sekali aku nak cakap kat sini. Aku tak suka gila templet hat penulisan blog sekarang ni. Apa jenis pun aku tak tau. Menyusahkan ja aku rasa. Nak tengok lebih-lebih kat sini pun tak boleh. Terpaksa juga aku buka blog sebenar baru sedap sikit mata memandang. Kalau dak duk keluar tulisan hijau, merah error kiri kanan. Sakit pula mata aku tengok. Ok habis dah apa yang cik nak beleteiq. Back to story sebenar hat nak bercerita.... Sindrom wanita single. Aku tak tau la perangai ni aku boleh dari mak aku ka atau macam ni perangai perempuan bila depa duk besa hidup sorang-sorang. Perangai dia ialah jenis hang rasa rimas gila bila ada orang yang asyik nak mengikut bontot ang. Sebab sebelum ni aku duk bisa duk rumah sewa, masing-masing buat hal sendiri. Hang nak bangun pukul berapa ka, ang nak makan apa ka, ang nak p mana pun tak ada orang kacau nak tanya ang p mana. Tapi walaupun macam tu aku dekat rumah sewa dulu, kami still tau juga mana kawan-kawan rumah kami p. Ant...

Komitment bulanan

Assalamualaikum.. Bila dah masuk kolej, komitmet kewangan aku alhamdulillah dah banyak kurang. Dari sebelumnya bilik sewa dah RM450 sebulan, internet lagi RM 103, phone RM35 plan unlimitad internet celcom, RM 30 Tunetalk (tapi kekadang je top up sekadar hidup no), minyak kereta RM150 sebulan dan last aku ambil insurans diri rm100 sebulan. Jadi bulan-bulan dah RM800 aku kena wajib bayar tak masuk lagi yang kekadang gatal tangan layan netflix tambah lagi RM35,jadi bulan-bulan hampir RM900 dekat separuh elaun juga la bayar itu ini. Tak masuk lagi gila online shopping di lazada. Itulah masalah aku. Aku harap bila masuk kolej ni aku dapat la jimat cermat dan buang perangai-perangai suka shopping aku tu. Teruk betul. Hari ni aku dah berjaya terminate internat bill aku iaitu yes. Bagi aku setakat aku pakai ok la coverage dia. Di kampung pun ok di rumah sewa aku pun ok. Sebabnya rumah sewa aku dulu di Angkasa Apartment tu sangat teruk coverage internetnya. Phone aku mana dapat sangat line ...

RUMAH FELO: Officially tinggal di kolej

Image
 Assalamualaikum... Masuk hari ni sebenarnya dah 18 hari aku tinggal di kolej yang mana sebelum ni pernah aku cakap aku dapat sebuah rumah di tingkat atas yang mana aku seorang. Disebabkan sekarang Sabah masih dalam Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKB) dengan kes positif hari ni masih dalam beratus jadi belum pasti bila akan tamatnya perang dengan  covid 19 ni. Oh ya, 17hb hari tu adalah hari ulangtahun covid yang mana kes pertama yang dicatatkan di Wuhan China. Setahun sudah kes dia yang membawa macam-macam cerita pada dunia dan mengubah gaya hidup manusia daripada bersosial bersua muka kepada sekarang fokus pada teknologi dan berhubung secara maya. So keuntungannya sekarang perniagaan  online dan apa sahaja pekerjaan yang melibatkan maya dan teknologi sekarang semakin naik dek kerana covid juga. Manakala manusia yang jauh daripada sistem teknologi dan dunia maya semakin terasa terhimpitnya disebabkan oleh pendemik covid 19 ini. Ok hari ni aku datang bukan  nak cerita...

PKPBD ke2 Sabah & PHD

 Assalamualaikum.. Kalau diingatkan sesi lepas PKP aku ada di kampung sempatlah marathon manga, anime, menternak kucing sapa-sapa datang rumah dan siap kemaskan bilik belakang untuk dijadikan bilik beradu aku di kampung. Tapi berbeza untuk PKP fasa dua, kali ini aku berada di rumah sewa aku di Angkasa Apartment, KK, Sabah dan septatutnya awal oktober hari tu aku dah masuk ke rumah felo kampung E. Tapi terpaksa aku tangguhkan disebabkan kereta aku meragam, dan tiada berteman disana sebabnya dapat rumah sebuah untuk aku sorang jadinya aku stay je la dulu di Angkasa memandangkan aku masih menyewa bulan ini. Bercerita berkaitan PKP kali ni apa aktiviti aku. Bagi aku tak banyak beza sangatlah sebabnya aku sememangnya suka berkurung dirumah. Jadi aktiviti aku pun macam biasa. Malam aku try untuk baca paper dan menulis untuk chapter 1 thesis, paper aku masih struggle disebabkan dah lama tinggalkan dan kadang-kadang aku mengadap sampel-sampel semut yang mana dari awal-awal lagi SV aku dah ...

Planning one shot flight to Tawau

 Assalamualaikum.. Ini perancangan agak berani la yang aku cuba buat yang mana aku sendiri tak pasti  macam mana keadaan di depan. Perancangan ni sebenarnya memakan masa hanya separuh hari perjalanan yang mana aku nak tebus juga unlimited pass yang aku beli  time pkp dulu dari Air Asia. Sebenarnya aku ada juga la rancang  nak buat beberapa perjalanan dalam Malaysia ni menggunakan unlimited pass yang Air Asia keluarkan dan bakal lupus 17 Mac 2021 tu. Tapi memandangkan kerja aku masih banyak dan kes covid dan zon merah pun semakin meningkat terpaksa la aku canclekan niat tu. Dan tiket pulang ke kampung aku pun, aku rancang bakal hantar barang je balik ke kampung dan akan di ambil oleh kakak aku di airport nanti sebabnya aku ada beli luggage sampai 20kg dengan set, makanan semua. Tapi aku tak mau risikokan  keluarga aku di kampung dengan penerbangan aku disini dan pada masa yang sama aku belum beli tiket balik Sabah, jadi baik lah aku hantar barang je balik dan aku...

First meeting felo

 Assalamualaikum. Sekarang aku masih menetap di luar, di rumah sewa aku angkasa apartment. Tapi kalau dipanggil untuk aktiviti kolej aku pergi la juga terpaksa kacau geng-geng rumah  ambil hantar aku ke kolej. Aku ingat macam nak pindah cepat-cepat juga ke sana sebab tak nak susahkan diorang angkut ambil aku memandangkan sekarang kereta aku masuk bengkel susah pula nak gerak. Sabtu ni kami (aku dan geng rumah sewa) nak pergi cuci rumah dulu. Sebab rata-rata orang cakap kolej-kolej sana keras juga. Tapi bila fikir keadaan yang aku banyak susahkan geng rumah sewa aku rasa macam nak duduk sana je sorang pun sorang la.. just try dulu..   Tapi rata-rata juga minta cakap tunggu la student masuk dulu baru aku pindah masuk rumah tu.. sorang-sorang tu macam bahaya juga kata diorang. Susah juga aku nak fikir, tak apa la slow-slow apa pn  try juga.. harap boleh manage semua masa aku.

kERETA AKU MERAGAM

 Assalamualikum.. Cuti pkp lepas aku ada hantar kereta aku untuk dibuat overhaul. Dalam RM2000 ++ juga la total semua. Tapi ok nya orang yang buat tu bagi aku bayar ansur-ansur. Semua budak-budak rumah buat dengan dia kalau ada masalah kereta. Masalah hati aku ni, cepat kesan sesuatu kat orang. Kalau hati aku terdetik mesti ada benda akan jadi. Hari tu bab kereta excident. Aku terdetik something je kat seseorang.. zappp kereta aku terlanggar kereta depan. Kali ni pula terdetik mekanik aku tak pandai buat baiki kereta maybe just trying..zapppp kereta aku terus bocor apa ntah sampai dia sendiri pening kepala apa benda lagi masalah kereta aku. Lepas overhaul aku baca kereta memang senang leaking kalau salah pasang something. Tapi sekrang tak tau masalah apa jangan la ditukar lagi benda-benda yang tak berkaitan. Sebab memang ketara tambahan sekarang pula hujan nampak sangat bocornya minyak tu. Tapi setiap kali aku check minyak hitam, minyak brek, minyak stereng semua masih paras-paras ...

Rumah sewa aku

Image
 Assalamualaikum... Hari ni aku nak bercerita berkaitan rumah sewa aku sekarang. Ye la nanti aku dah nak pindah masuk kolej dah tak tinggal di rumah sewa. Jadi sini aku nak simpanlah sedikit kenangan tentang rumah sewa aku disini.  Aku dah masuk dua tahun tinggal di rumah sewa ni yang mana bilik aku  adalah bilik belakang sekali dekat dapur dan tandas utama rumah. Waktu pertama kali datang tinggal sini, aku rasa sangat tak selesa dengan bilik ni sebabnya aku dah biasa tinggal di kolej dengan semua kemudahan lengkap untuk kita tinggal sebagai pelajar. Tapi bila pertama kali aku masuk rumah ni dalam bilik kosong hanya ada almari baju plastik yang 5 laci tu je dan satu kipas meja yang pendek tu. Bagi aku sangatlah tak selesa. Tambahan pula bilik tu sangat kecil dan aku tinggal dengan adik aku berdua dalam bilik tu. Nasib baik la awal-awal datang aku dah bawa tilam kecil yang aku beli time master dulu dan conforter jadi boleh la buat sebagai toto lapik tidur malam.  Situ...

Surat Pelantikan Felo kolej

 Assalamualikum.. Hari ni aku dapat surat pelantikan felo kolej. Selepas timbang tara dengan sumber kewangan aku yang berbaki hanya setahun, sewa rumah yang 1/5 dari elaun yang aku dapat. Dengan aku guna kereta disini jadi aku sangat-sangat perlu berjimat dan solusinya aku pilih tinggal di kolej. Natijahnya, aku mungkin akan sibuk dengan aktiviti-aktiviti pelajar dan kolej dan sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada kajian dan pembelajaran yang mana aku masih baru dalam bidang kajian sendiri. Itu antara  kesimpulan yang dapat aku buat. Kalau tengok balik syarat bergraduasi sini, satu syarat pun aku belum lepas, kertas penerbitan, conference, thesis, viva. Benda ni mungkin kena diperhalusi memandangkan aku bakal menjejak ke tahun ketiga pengajian aku. Ya. Memang matlamat nak habis pengajian phd ni awal. Selesaikan dengan sempurna dan siapkan dalam masa tiga tahun pengajian. Memandangkan umur pun dah meningkat. Tapi apa pengalaman aku dapat? Hanya ilmu di tapak kajian  d...

Mohon Felo Kolej

 Assalamualaikum.. Hari ni punya cerita. Aku sebenarnya dah lama nak apply felo kolej. Semester ni aku baru berkesempatan untuk apply sebabnya aku dah tak banyak kerja site tapi masih ada juga. Tapi tak sepenuhnya dekat site mungkin ambil masa seminggu  je kali ni. Sebab duit projek dah tak banyak  dan kerja pun pasang dan tinggal jasi tak banyak kerja dah. Dan hari ni aku ada interview untuk pemilihan kolej kediaman. Ceritanya, kalau ikutkan syarat dan kelayakan aku, macam boleh lulus sebabnya disini felo memerlukan kenderaan sendiri yang mana boleh angkut pelajar kalau ada apa-apa kes. Tapi bila ditekankan oleh pengetua berkaitan projek kajian aku dengan  situasi kolej yang berhadapan dengan covid dan strugglenya situasi sekarang, aku jadi serba salah. Pertamanya, sampling aku belum siap sepenuhnya dan aku berada di fasa-fasa kemelut yang mana aku kena siapkan segera objektif pertama aku. Walaupun semua objektif kajian aku jenis berdiri sendiri tapi, kalau aku bert...

Cari kerajinan.

  Dari April 2019 aku diberi tugasakan oleh supervisor untuk buat satu paper kajian iaitu paper review dengan kerangka dah siap diberikan. Tapi sampai sekarang aku tak pasti apa masalah aku, sampai sekrang aku tak boleh nak siapkan. Macam-macam aku rasa. Tak kenanya. Rasa lost. Bila buka paper tak boleh nak hadam. Tak faham. Tak apa point yang aku nak. Semua aku rasa tak kena. Harap aku diberikan semangat yang lebih untuk habiskan phd aku ni dengan kesabaran dan semangat yang kuat.

My Dreaming Room..

B I S M I L L A H IR R A H MA N I R RA H I M. . Dari dulu lagi.. mengidam-idam.. dapat kejap.. lepas tue hilang balik.. dapat pula.. pastue hilang balik.. tak habis-habis.. dan tak pernah kekal..dan kekadang fikir macam.. ala biar la.. tunggu ada rumah sendiri jew la.. memang kekal untuk kita.. tue la masalah bilik yang aku sering alami dirumah.. tak pernah cukup walaupun asyik tambah bilik.. sentiasa kena campak... selalu jadi mangsa aku dengan kakak aku jew la.. sebab kami paling banyak mengalah.. urmm dia pun pernah cakap.. kita patut ada bilik sorang satu.. so.. kalau cam tue.. sorang kena ambil bilik baju yang kat luar rumah..  kesian yang menjadi mangsa tue.. tapi sampai sekarang.. masih belum ada yang nak volunteer ambil bilik di luar rumah... so aku rela menumpang bilik adik lagi.. walaupun kena tidur di bawah... Begitu permasalahannya.. Sekarang aku nak bilik sendiri... ada satu bilik kosong.. selepas semua pakaian dah diubah ke bilik diluar rumah.. yea.....

Kucing dan PKP

Image
Hari ini aku nak bercerita tentang aku dan kucing-kucing sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) ni dilaksanakan. Ceritanya begini, sepanjang PKP  kami adik beradik yang masih bujang ni akan penuh la di rumah. Mak aku punya habit macam anti gila dengan semua haiwan tak kisahlah haiwan peliharaan ke atau haiwan liar. Tupai pun setiap hari dia lastik katanya makan buah kelapa dia yang nak masak. Haish. Ayah aku pula jenis penyayang dengan haiwan. Sampai aku pula anti dengan ayah aku sebabnya dia buat haiwan semua melekat dirumah. Ayam tak pasti la berapa puluh ekor dekat rumah aku tak tau siapa punya ayam tapi hari-hari melekat dirumah sampai berak-berak atas simen rumah, itu yang menyebabkan hangin sangat. Burung tak kisah la sebab dia atas so suka hati dia la. Itik, itik angsa beb.. duk angggg.. angggg... anggg... jalan datang rumah kadang-kadang cari makanan. Tapi tak sempat sampai dah kena halau dengan anak buah aku. And the last one...its own topic for today... kucing. Nak ...

covid19, PKP & 2020

Image
Peringatan untuk tahun2 akan datang.. • DIS 2019 - COVID-19 serang Wuhan, China • 25 JAN 2020 - Kes pertama COVID-19 di Malaysia melibatkan warga China • JAN - FEB 2020 - COVID-19 mula serang negara lain • 24 FEB 2020 - PM ke 7 - Dr. Mahathir letak jawatan • 01 MAC 2020 - PM ke 8 - TS Muhyiddin angkat sumpah • 11 MAC 2020 - WHO mengumumkan COVID-19 sebagai global pandemic Perintah Kawalan Pergerakan (PKP): • 18 MAC - 31 MAC 2020 PKP Fasa 1 • 01 APR - 14 APR 2020 PKP Fasa 2 • 15 APR - 28 APR 2020 PKP Fasa 3 • 29 APR - 12 MEI 2020 PKP Fasa 4 (4 MEI ditukar kepada PKP Bersyarat (PKPB)) • 13 MEI - 9 JUN 2020 - PKPB (tak boleh balik raya / rentas negeri...PKP seluruh ) • 10 JUN - 31 OGOS 2020 PKP Fasa 5 (PKP Pemulihan - PKPP) Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah. Semua sekolah dan pen...